Thursday, January 4, 2007

Sekolah bermula

Assalamualaikum,

Semalam, 3 Januari 07, persekolahan bermula. Husna naik darjah 2. Aiman pula darjah 1. Tak risaukan Husna dah sebab dia dah biasa ngan suasana sekolah. Aiman pula, dia ok. Syukur tak menangis. Cuma dia ni ambil masa nak sesuaikan diri dengan kawan baru. Dengan orang, susah nak mesra, kecuali dah kenal lama.


Kami berada di sekolah sehingga waktu rehat. Sebelum tu, kami p dengar taklimat. Tapi KL tak lama kat dalam dewan, terpaksa keluar sebab mulut alia bising pasal kasutnya. Sebelum dia jerit kuat2, baik cha alip but. Tinggal ayahnya aje yang dengar. KL bawa Alia dan Huda ke kantin, belikan makanan.


Bila budak2 darjah 1 keluar rehat, KL yang masih berada di kantin perhatikan daripada jauh Aiman jalan seorang diri ke sana. Yang lain dah ada kawan nampaknya. Bila KL datang dan tanya, mana kawan. Dia jawab ada. Hehe..Kemudian, time makan, dia nampak tak selera, makan sikit aje. Senang sikit pasal makanan ni, sebab tahun 1 diwajibkan ambil pakej makanan, tinggal bayar ajelah utk setiap semester.


Sebelum balik, KL pesan kat Aiman: 1. Nak buang air, bagitau cikgu (takut dia masih tak berani ngan cikgu kelasnya), 2. Balik nanti tunggu kakak kat Dataran sekolah. Kat Husna, KL pesan balik nanti tunggu ayah kat dataran ngan Aiman.

Balik sekolah, KL tanya dia, apa nama kawan yg duduk sebelah dia. Dia jawab tak ingat. Hehe. Sabor jeklah. Tak pelah. Harap2nya dia dapat cepat sesuaikan diri. Yang lawak tu, dia boleh menahan buang air kecil n besar kat sekolah sepanjang hari. Itupun Husna yang bocorkan rahsia. hehe. Janganlah hari2 camni hendaknya.

Minggu ni minggu orientasi depa, jadinya, minggu depan baru kelas bermula. Tapi Aiman dah bawak balik homework, alah..lukisan untuk diwarnakan aje.

Dan minggu ni, KL start amik tender balut buku sekolah budak2 ni. Tahun lepas, buku Husna aje. Tahun ni, tambah buku Aiman pulak. Sib baik suka balut buku, kalau tak..togel ajelah jawabnya buku budak2 tu. Ini pun nak mood kaw kaw gak balut buku depa, kalau tak, hancus.




13 comments:

13may said...

Hi KakLong:))

Kaklong said...

salam,

13may: salam kenal :D.terima kasih tinggalkan jejak

alinlai said...

lepas ni kena panggil KL ka? ummi balut dengan plastik ke siap dengan kertas balut hadiah warna warni?

yus said...

Bertuahnya Husna dan aiman, ummi rajin balutkan buku..

ingatlak zaman sekolah dulu, yus memang excited bila dapat buku teks, suka nak membalut..hehe

NBB said...

er...sudah tukar nama jadi kak long eh...selamat membalut buku2 anak2 tu. lepas tu letak bawah tilam supaya plastik dia elok tajammm gitu...

Mama Sarah said...

wah macam-macam petua membalut buku keluar ni!

lambat lagi nak tunggu anak sendiri masuk sekolah ni :) tumpang baca je lah kat sini.

Shami said...

wah dah tukor semuonya....mulo tadi poning jugok...apo tu KL....he..he

p/s:kak long tu kawan kita tu dah ado gambar bungo keluar...saper tu ...hok bungo oren..tu..he..he

Azer Mantessa said...

selamat menyambut tahun 2007 kepada syikin sekeluarga.

simah said...

cha alip but hahahahaha comel betul la syikin nih!!

amacam masa tu syikin berdebar tak? kalau syikin yg saya kenal.. mesti mak dia yg lagi risau dari anak :0)

Led said...

assalamualaikum Kak Long,

Teringat zaman skola dulu. memang minat yang mencabar bila time balut membalut buku nih.dolu2 kan selalu ada rancangan kanak2 tentang kraf. tu yg minat sgt ngan balut membalut buku nih. time dolu2, semua buku adik saya tolong balut kan. cara balutan tu saya pakai plastik alas meja.tebal. teks skola masa tu semua boleh dikatakan standard.so, bila naikk skola, tak yah nak sebo2 balut buku. buka, terus adjust apa yang patut, pas tu dah siap. itula dia yg saya namakan. adjustable book plastic cover.

Kaklong said...

salam,

led: wa'alaikumsalam.

rajinnya tolong balutkan buku adik2. mmg buku dulu saiznya standard. la ni, saiznya tak semua sama

Kaklong said...

salam,

la hai..baru perasan kenapa komen lain sebelum ni tak masuk?

alinlai: alah, guna plastik biasa tu aje :D

Yus: setahun sekali tak pe yus hehe

nbb: tocey2 ngan petua ni :D

MSarah: ha..baca dulu :D

Kaklong said...

shami: eh, sapa dia ya?

Bro. Azer: selamat utk bro. sekeluarga juga :D

Simah: hhee..tahun ni debar dah kurang sikit sbb dah ada experience ngan Husna dulu, dan excited lebih utk aiman :D