Sunday, December 30, 2007
Asmaa dah 3 bulan
Saturday, December 22, 2007
Pengorbanan di Aidiladha
Di pagi Aidiladha lalu selepas solat raya, Asmaa turut berkorban. Rambutnya la...Sib baik member sporting morting tak menangis langsung masa ayahnya mencukur tu.

Tuesday, December 18, 2007
Hal di rumah
Monday, December 17, 2007
Berkhatan: Kesian Aiman
Sebelum & Selepas
Aiman balik daripada berkhatan petang Sabtu hari tu, kaklong ada di halaman rumah. Dia keluar aje daripada kereta terus cakap, "Ummi..sakit" dengan kerut mukanya.
Suami terus bawa dia naik ke bilik atas, tali rapia digunakan sebagai pengikat untuk menggantung kain pelekat dengan spring katil atas (katil 2 tingkat).
Baring aje, dia dah mula mengaduh sakit. Ubat bius dah habis. Siannya dia, menangis2 sakit. Umminya ni sama tumpang nangis, kesian kat dia. tak tau nak buat apa utk tolong dia. Suami pun sampai cakap," nak nangis nangislah. ayah tau sakit. ayah dulu pun sakit juga," lebih kurang gitu ayatnya.
Adalah dalam setengah jam dia menangis2. Sakit..sakit..dia menggongoi. Dahlah member jenis tak tahan sakit, kena camtu lagilah. Suami pun tak bagi kaklong dekat ngan Aiman, sebabnya dia tengok riak muka kaklong yg takut, cemas , campur menangis tu. lagi haru. Suamilah duk pujuk dia. Biarlah, ni hal anak lelaki - ayahkan..
Saturday, December 15, 2007
Bila Rindu..
Dua malam lepas kalau tak salah, masa nak tidur hati menjadi2 rindu. Dada tu rasa sesak. Rasa nak kejut paksa suami balik rumah mil malam tu jugak. Tapi tak boleh sebab suami nak kerja esoknya.
Thursday, December 13, 2007
Akan berkhatan
Nanti kaklong jawab komen2 kat entri2 di bawah, insyaAllah.
Thursday, December 6, 2007
Jadi Rebutan
Monday, December 3, 2007
Korum, Demam dan Agar-agar
Gambar semalam- Baby demam tidur nyenyak. Ummi punya hal la tu ajar dia tidur peluk bantal, konon takut dia tak nyenyak tidur sebab demam. Sudahnya Asmaa sendiri kalihkan badan dan tidur menelentang hehehe .
Saturday, December 1, 2007
Asmaa dan Aquaria KLCC
Ok, nak bagitau yang Asmaa dah berusia 2 bulan tau pada Jumaat, 30 Nov. Antara perkembangannya yang terkini;
1. Mula banyak tersenyum bila bercakap2 dengan dia.
2. Mula nak 'berborak'. Masa ni la alahai...rasa tak mo buat kerja lain. Seronok layan dia 'berborak'
4. Mula banyak berjaga
5. Pandai tengok tv
6. Suka mendongak kalau ada orang duduk kat hujung kepala dia atau lalu kat tepi dia.
Ok, pada Rabu lepas (28 Nov.), kami membawa anak2 ke Aquaria KLCC. Kaklong ingatkan hanya ada pelbagai spesis ikan sahaja, rupanya ada haiwan-haiwan lain juga. Jom tengok gambar2 yang kaklong sisipkan di bawah ini;
Ya ampun, tak dan nak jawab komen2 yang ada kat entri2 sebelum ni. Nak dapat buat entri pun payah. Tapi nak jawab juga insyaAllah, harap tak marah ya. Nak ronda semua blog yang tersenarai kat tepi blog ni pun tak dapat nak buat hari2. Ingatkan lepas berpantang bolehlah nak santai2 depan pc berjam2, idak le boleh ghupenya, terutama musim cuti sekolah ni, kena buat giliran dengan anak2, sapa yang guna pc dulu. Pendek kata, 5 orang duk bergilir guna pc kat rumah ni, tu tak termasuk suami. Sabor ajelah.
Friday, November 16, 2007
My Besday Girl - Alia Khairiyyah
Masa ni umurnya 43 hari (sorilah gambar gelap)
Ni pula masa umurnya 30 hari lebih. Tak de bedung2 dah, dia marah dibedung! Ha, masa dia baru lahir ari tu, nampak iras Alia, tapi bila makin besar ni, nampak iras Aiman pula.
Tuesday, November 13, 2007
Kembali
Monday, October 1, 2007
Kaklong Selamat Bersalin
Alhamdulillah, Kaklong telah selamat melahirkan seorang baby girl seberat 2.8 kg pada jam 11.39pm malam tadi, 30 September bersamaan 18 Ramadhan di Gombak Medical Centre, Tmn Sri Gombak.
Baby selepas dilahirkan
Baby selepas dibersihkanVideo clip baby
Nanti bila Kaklong dah balik rumah, dia akan cerita lagi.
Suami Kaklong,
http://www.AmalJariah2u.com/
Thursday, July 5, 2007
Cerita baby
Wednesday, June 27, 2007
8 tahun dah...

8 tahun dah umur anak ummi - di rumah mbahnya
Umur 3 tahun, dia debab masa ni - di rmh mak kaklong
p.s: * Husna cakap nak jadi angkasawan masa umur dia 4 tahun lebih selepas baca ensaiklopedia mengenai angkasa lepas dan angkasawan. Kemudian cakap cancel tu masa announcement kerajaan bakal angkasawan msia kat dlm paper.
- Andai Bro. Id baca entri ni, tag Bro. tu insyaAllah saya akan buat juga :D.
Friday, June 22, 2007
Dah 4 tahun...
d. Tak boleh ditegur keras kalau tengah mengamuk atau menangis, dia akan lagi melawan, kena slow talk.

Dulu : Rambutnya panjang

Sekarang : Gara-gara gunting rambut sendiri, terpaksa ayahnya 'betul'kan balik, potong pendek terus, kalau tidak, rambutnya nampak bercapuk2..
Wednesday, May 23, 2007
Lega & Selamat Bercuti
Tuesday, May 15, 2007
Iklan oh iklan
Iklan Digi (maskot orang kuning tu) - ha, ni iklan feveret kaklong haha..kaklong suka jingle (betulkan istilah ni?) dia sebab menyegarkan pendengaran. Buat kita rasa teruja, lawak pun ya tgk aksi orang2 kuning ni. Sempoi gitu.
Wednesday, February 28, 2007
Modal nak menangis
Ni kaklong nak citer pasal si Alia. Bukannya apa, akhir2 ni kaklong perasan dia ni banyak sangat modal nak menangis. Kata orang, ada aje jalannya nak menangis. Modal dia;
2. Kalau nak gosok gigi tu pulak, biar dia yang ambil sendiri berus gigi dan ubat gigi. "Nak buat.." itu ayat standard dia. Kalau kaklong dah ambilkan, dia akan menangis . Sudahnya kaklong kena letak semula dua benda tu dlm ragas ubat gigi dan biar dia buat sendiri. Cuma bantu dia picitkan elok2 ubat gigi tu atas berus gigi. Tutup penutup ubat gigi tu pun mesti dia yang buat, kalau kaklong buat, dia akan marah.
3. Kalau mandi, dia mesti nak sabun badan dia sendiri. Nak buat, itu katanya. Kalau kaklong yang sabunkan badan dia dan tak bagi dia menyabun, dia akan mula menangis dan jerit, nak abun..nak abun. Selagi tak bagi, selagi tu dia memekak. Sudahnya, kaklong kena bagi dia sabun gak dan sama2 menyabun badan dia. Terus dia berhenti menangis/ menjerit. cukup buat dia tersengih suka.
4. Kalau nak pakaikan dia diaper, bila kaklong ambil drp plastik diaper tu, mesti bagi dia dulu. Nak bagi, katanya. Kalau kaklong buat derk dan terus pakaikan dia diaper, dia akan menangis. Sudahnya, kaklong kena bagi dia dulu untuk senyapkan dia, kemudian dia akan serahkan pada kaklong pula. Barulah boleh nak pakaikan dia diaper.
5. Masa dipakaikan diaper, dia mesti nak lekatkan pelekat diaper tu sendiri. Nak buat, katanya. Kalau kaklong terus lekatkan, dia akan menangis. Nak buat, nak buat..tangis dia. Kalau kaklong dah siap lekatkan, terpaksa bukak balik untuk bagi can dia buat jugak. Baru dia senyap. So, kaklong kena pandu tangan dia memegang pelekat tu dan lekatkannya. Tp, kalau dia rasa kaklong punya usaha yang lebih lekatkan benda tu, dia akan cakap lagi, nak buat..nak buat selagi kaklong tak bukakkan. so, terpaksa bukak balik, dan pastikan dia yg betul2 lekatkan pelekat tu.

Thursday, February 8, 2007
Klinik & laporan akhbar
Tak de citer menarik pun. Tapi saja tangan gatal nak menaip. Teringat pulak petang semalam p klinik sebab nak buka jahitan Alia, Husna dan Aiman kena bintik2 merah kat badan, muka dan kaki. Mula2 tengok muka Husna bila dia sampai daripada sekolah, pelik ada bintik2 merah kecil, selak belakang baju dia, ada gak. Kat lengan pun ada gak. Berderau jap darah. Takut itu bintik2 denggi, tapi dia tak demam pun. Takkan demam campak pulak. Pas tu suruh dia terus naik dan mandi. Tak lama lepas tu, Aiman pulak terjerit2 gatal kaki, bila diperiksa, sama simptom ngan kakaknya. Pun sama kaklong suruh dia naik atas dan mandi.
Tuesday, February 6, 2007
Diaper
Lega rasanya bila Huda dah tak pakai diaper. Dah masuk 3 minggu lebih ni. Cuma waktu tidur dan keluar berjalan aje pakaikan dia. Ayahnya cakap, agaknya nak ganti ngan orang lain pakai kot hehehe. Sabor ajelah. Kiranya kuranglah sikit perbelanjaan diaper la ni. Tinggal Alia ajelah lagi full time pakai diaper. Tergerak gak nak ajar dia off diaper dah, tp penat ngajor Huda tu tak abih lagi..er, boleh gitu?? Malas tul ummi ni.
Bercakap pasal diaper ni kan, pernah tengok orang jemur diapers kat ampaian? Kalau kita tengok tu kira fikir dia membasuh diapers tu setelah dipakai. Macam tak percayakan. Tapi ini berlaku kat kawasan kejiranan kaklong. Mula2 tu, suami yang nampak dulu kat rumah jiran yang selang beberapa pintu drp rumah kami (bukan keluarga melayu), dia bagi tau kaklong. Tapi kaklong ni mcm percaya dan tidak, hinggalah satu pagi kami keluar berjalan dan menempuh depan rumah jiran ni, laaa..sungguh bagai dikata. Berderet beberapa keping diapers dijemur kat ampaian!!! Biar betul orang ni. Kaklong terfikir, satu, ni diapers yang belum dipakai tp dijemur dulu atau, dua, diapers ni adalah diapers yg terkena ken*ing aje kemudian dibasuh atau, tiga, diapers ni tak kiralah kena be*ak atau ken*cing, dibasuh bersih jugak untuk diguna semula. Camner tu ya?

Gambar di copy dan paste drp Utusan Malaysia:
"Bayi itu ditemui terdampar di Flat Lobak, Seremban di sini pagi ini, dengan kepala dan hidung yang masih berlumuran darah serta tali pusat yang masih terlekat dan dipercayai meninggal dunia dalam tempoh lebih 24 jam di satu lokasi lain. "
Berita penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm
Pengumuman!Pengumuman! Anak sapa ni? Mana mak bapak dia? Nikmat dunia dikecapi, zuriat hadir dianggap beban diri. Nanti Allah tak bagi anak langsung lepas ni baru tau... (eii..marah sangat ni). Sian kat baby tu, macam sampah betul dibuatnya. Syukur tak de anjing masa tu. Kalau tak, selamat dah rasanya...Moga kita, ahli keluarga dan kaum kerabat serta keturunan kita terpelihara daripada perbuatan zalim ini. amin. Na'udzubillah.
Nampaknya, mak bapa kena didik bagus anak2 (beratnya tugas kaklong nak didik anak2 yang hidup di akhir zaman ni..) kena pantau ngan sapa anak2 berkawan, orang ramai kena amik tau masalah masyarakat (bukan busy body, tapi prihatin) dan kerajaan di bawah kementerian2 tertentu kena bergabung tenaga utk mendidik masyarakat. Kesimpulan, semua kena main peranan, termasuk media cetak dan elektronik. Peranan utama media2 ni kena pastikan program depa menjinakkan hati penonton/pendengar dngn kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Jangan fikir nak UNTUNG BESAR aje. Dan kita para bloggers..kena main peranan sama membantu membina akhlak masyarakat. Tak besar sumbangan, sikit pun tak apa. Jangan jadi macam BLOG DAJAL tu (taukan kandungan blog tu pasal apa?)..sampai hampir menghancurkan rumahtangga orang, menjatuhkan air muka orang yg tak bersalah gara2 memfitnah peribadi orang lain.












