Wednesday, January 24, 2007

Cabaran khusyuk

Assalamualaikum,

Kaklong masuk ke blog ni sebagai lawatan balas, dan entrinya mengenai petua khusyuk dalam solat. Kesimpulannya, memang nampak mudah, tapi praktikalnya payah. Mungkin orang lain mudah khusyuk, tapi kaklong...aduh, banyak pantang larangannya untuk khusyuk. Dulu, masa zaman sekolah, kaklong memang tak boleh menghafal lagu2 , siaplah, time solat tu, angkat aje takbir, tup2 macam dalam hati ni ada radio, terus aje hati tu menyanyi2 lagu2 yg kaklong hafal tu. Menyampah tul, entah syaitan calit berapa bapak iblis hantar nak goda kaklong jgn khusyuk. Kekadang tu, elok aje angkat takbir tup tup tak sedar dah bagi salam..macam tu pun ada ka??? Itu belum lagi kalau tengok2 citer drama or filem, tengah solat tu, elok aje terbayang2 scene drama kat mata kita, jahat tul syaitan ni kan, saja jer nak distract kita drp 'berbual-bual' khusyuk ngan Allah. Puaslah duk pejam2kan mata nak khusyuk. Tapi tembus gak, nampak gak scene2 tu..naknya hero heroinnya, terutama citer hindustan...haru tul. Pendek kata, kalau lagu n citer tu, untuk diri kaklonglah, dengar dan tengok camtu aje, jgn sampai melekat kat hati, payah khusyuk solat.

Lagi satu, kalau ada masalah, tengah solat tu memang boleh teringat2. sudahnya hati kita hanya fokus pada masalah, bibir aje yg kumat kamit baca ayat, tak sampai kat hati. Camnerlah nak jadikan solat kita tu sebagai salah satu cara utk tenangkan fikirankan. Kekadang duk memikir masalah tu, sampai terlupa kita dah rakaat ke berapa. Itu belum lagi kalau sebelum solat kita terlupa letak mana sesuatu barang tu, or kita terfikir nak buat sesuatu tapi terlupa, ha time solat tulah tiba2 teringat kat mana letaknya atau teringat benda yang lupa nak buat tu. sabor jelah.


Lagi satu, perasan tak, kalau kita start aje baca surah2, ada masanya laju aje nak abihkan bacaan, macam nak kejar sesuatu. tu yang solat pun tak sampai 5 minit dah siap. tu yang tak sedar solat dah siap, sedar2 dah bagi salam kedua. Ni pun syaitan kacau gak sebenarnya, dia nak kita cepat sampai kita tak perasan entah tajwid surah yang kita baca tu betul atau idak. kalau tak betul, dah salah, silap haribulan solat tu tak sah. itu belum part sebutan ayat betul atau tidak, kalau salah sebut dah lari makna bahkan salah sebut baris ayat tu pun boleh berubah makna. Bahasa arab ni lain sikit, sesetengah perkataan boleh beri banyak makna, salah sebut, tu berubah makna. Tu kena hati2, silap hari bulan, itu bukan ayat quran dah yang kita baca, tapi ayat songsang. Tu pentingnya belajar tajwid, terutama mengetahui tempat keluar huruf tu. Ini salah satu ingredient penting untuk solat kita diterima Allah. Tapi, kalau baca laju dan tajwid bacaan hebat, dan mmg fokus 100%, no hal.

Kalau dah ada anak ni, lagilah susah nak khusyuk, terutamanya anak2 kecil dua tiga orang. Kalau sapa ada anak2 tu fahamlah. Terutama yang toddler tu, kita elok aje mula solat, depa landing kat tempat sujud kita, atau main sorok2 dlm telekung kita (ni anak2 kaklong lah ni), siap peluk2 kaki kita, main kejar2 keliling kita, kita yg nak khusyuk ni jadi hot. Itu belum lagi depa panggil2 kita, sebab tak tau yang tengah solat tak leh jawab. Selagi tak jawab selagi tu depa duk memanggil kita. Naknya kalau depa pegang barang, siap tayang2kan lagi depan muka kita. Pernah sekali tu, kaklong nak sujud sambil pejam mata (ni kes nak khusyuklah ni), terkejut sebab kaklong tersujud atas kepala anak kaklong!!! bukak mata, ya Rabbi, rupanya elok anak kecik kaklong ni landing atas tempt sujud tu. Mungkin ada berpendapat, jangan solat time anak2 ada, memang betul. tapi kalau kita dn anak2 aje yang ada masa tu. mcmana pula, terpaksa solat gaklahkan. tp sebenarnya inilah salah satu cara didikan utk mereka solat awal, paling penting tahu pergerakan solat tu. seronokkan bila anak kita usia setahun lebih dah tau pergerakan solat.

Pendek kata, kena usaha lebih utk khusyuk ni terutama bab memahami apa yg dibaca dlm semua rukun solat. Bacalah entri blogger ni tentang petua tu. Dan sebaiknya mula masa berwuduk tu dah kena khusyuk. Kaklong pernah baca kisah sorang sahabat Rasulullah, masa amik wuduk tu muka dia dah pucat, bila ditanya kenapa, sebabnya dia nak mengadap ALlah. Tengok tu, punyalah sampai camtu sekalikan. Kalau kita, tengah amik wuduk tu boleh siap2 bercakap lagi, naknya time berwuduk ramai2, siap boleh anyam ketupat ( mengumpat) lagi tu, gelak2 lagi. Itulah dahsatnya penangan godaan setan ni tak mo kita rapat ngan Allah. Kita yang tak perasankan.


Tapi..bila dapat tangkap khusyuk tu, aduh...rasa tenang setenang2nya. Bila qiyam (berdiri) tu, rasa badan kita cinonit sangat. Masa membaca surah tu ngan tajwidnya, rasa lazat sangat bacaan tu. Masa rukuk tu rasa rendah sangat sebab tunduk pada kuasa Maha Besar. Masa sujud tu, ni lagi best, rasa kita kecik sangat macam semut sampai rasa tak mau bangun, sedap sangat sujud tu rasanya, tak sedar air mata mengalir laju. masa ni memang boleh keluar air mata sebab kita rasa kita lemah sangat sampai mintak semuanya ngan Allah. Masa duduk antara dua sujud tu atau tahyat tu, rasa kecik sangat sebab kita berteleku dan memohon depan kuasa Maha Besar. Kan seronok kalau hari2 solat 5 waktu dapat rasa macam ni.

14 comments:

sya said...

Memang susah nak khusyuk even at my age dan adakalanya nak diduga kalau mencari barang atau terlupa sesuatu masa tu lah ingat kat mana letak.. syaitan banyak mengganggu

kaklong said...

salam,

kak sya: pendek kata, mmmg susahkan nak khusyuk ni..hmm

RaFFLeSiA MeRaH said...

betul sgt ape yg kak sya ckp tu, same la ngan sy ni jugak, nak pulak kalo sms masuk time kita smbhyg, mula la duk x sabar nak tahu sape antar...kalo tipon bunyi pun same...pasni kena off kan la tipon time solat kan...

Alex Lacey said...

ni akak try lagi..entri kat bawah tu akak cuba komen sampai 5 kali tapi tak leh....
anyway, nak khusyuk memang susah, Tuhan pun dah bagitau...banyak lobang yg syaitan buleh celah...even sampai tahap tertukar baca pun ada...hmmm...sama2lah kita mencuba ek?

kaklong said...

salam,

RM: ha..bab tepon tu mmg satu hal kan, itu pun godaan gak tu. elok gak tu off hp.

kak wan: tq kak, tak putus asa nak tinggalkan komen kat sini. ha, bab tertukar bacaan tu pun samalah..adehh..yap.sama2 kita cuba khusyuk..ALlah tu Maha MEngetahui kan..

cikdinz said...

well, kalu kita buat benda lain dgn bersungguh-sungguh dan focus betul-betul, ia buleh mendatangkan kusyuk sampai leka...
cth nye kita tengok citer bwg putih, bwang mrh. kenapa marah sbb orang lain kacau.sbb kita tgh fokus tgk citer tuh.....

sama lah mcm beribadah....
cobe kita beri dgn sepenuh jiwa raga kita, 100% fokus, so dptlah kita kusyuk tu....

kakLuna said...

solat kat tempat keje leh khusyuk, tapi takleh nak wirid panjang2 pulak..

tapi bila balik umah..mcm2 benda nampak kat sejadah :P

aduh..lalainya

kaklong said...

salam,

cikdinz: ebtul cakap cikdinz tu..

kakluna: tak pe, tak dpt berwirid sambil duduk tu, sambil salin kain telekung tu bolehlah wirid dlm hati..sambil jalan ke ofis pun boleh lagi wirid dlm hati..yg pnting zikrullahkan..

hehe..nampak mcm2 kat sejadah, lucu plak ayat ni. tak pe, sama2 kita ebrusahakan

oren said...

yelah kak, susah tul nak khusyuk bila ada kanak2 ribena nih..

apapun, kena cuba yang terbaik jugak..

13may said...

salam kaklong....
kat mesjid pun selalu diganggu oleh bunyik tepon...habih hilang kusyuk...

kaklong said...

salam,

betul tu oren.kita kena cuba yg terbaik.

wa'alaikum salam. nampaknya 13May, tok imam kena tambah peranan baru ; kena announce jemaah supaya offkan hp b4 solat bermula. bayangkan kalau bunyi hp tu suara kambing mengembek..mau jemaah yg dengar tu menahan gelak

Azwa said...

Kaklong,

ihikss..bab nak khusyuk solat memang banyak cabarannya. Specially tang anak2 main sorok2 la, landing kat tempat sujud la..macam2. Bagi azwa, solat tengah malam lepas semua kanak2 ribena dah tido nyenyak adalah yang paling sahydu sekali..sunyiii jer, tinggal lagi nak berlawan ngan setan2 yang dok suruh tido la wahai permaisuri tu...

azwa

kaklong said...

salam,

betul tu azwa. setuju sanga2. tp bila kita dah solat tu hilang pulak ngantuknya sabor ajeklah..

cikdinz said...

yapppp....sumer orang betullll...
zikir pun kita leh buat sentiasa...
mcm selawat pd nabi muhammad....
kita leh buat sepanjang masa.....