Thursday, January 25, 2007

Saman

Assalamualaikum,

Saya kira sejak berita utama malam tadi terutama yg menonton Buletin TV3 dah maklum yang ada warga bloggers kena SAMAN oleh NST yg dikatakan me LIBEL NST. Sebenarnya 2 malam lepas saya masuk drp satu blog ke satu blog hinggalah termasuk ke blog Rocky's Bru salah sorang blogger yg kena saman ni (Beliau seorang wartawan). Dan seorang lagi Jeff Oii . (Anda boleh klik kat nama mereka ni). Saya doakan mereka kuat dan tabah. Saya percaya, jika mereka menulis di atas nama kebenaran, mereka akan mendapat kemenangan juga, tidak kira dalam apa juga bentuknya.

Update:

Saya difahamkan juga, satu Bloggers Legal Fund akan ditubuhkan untuk membantu bloggers yang menghadapi tindakan undang2 seperti kes bloggers di atas. Oh ya, Bloggers United juga ditubuhkan rentetan perkara ini.

16 comments:

RaFFLeSiA MeRaH said...

yey yey...pengomen pertama....dah tgk dah blog 2 org tuhh, tapi sumer ckp omputih, x bape nak paham...apepun kita nyer blog ok kan kaklong...hehehehe, takder kena mengena samaada yg hidup atau yg mati...insyallah, takder sape berani saman kita....

Kaklong said...

salam,

RM..hehe, tahniah2..akak pun tak reti sangat b.i ni, amik masa gak nak paham, kena baca satu2.
blog kita ok..hehe. Kalau kita kena saman tu, something wrong somewhere la tu hehe.

oren said...

dah tengok blog depa...

sebagai seorang wartawan yang terikat dengan tugasan serta segala macam kerenah birokrasi, tak semua berita benar dapat disampaikan dalam media2 cetak di Malaysia. so, depa guna blog sebagai salah satu tempat untuk menceritakan hal yang sebenar2nya..salah ke bercakap perkara yang benar?

Salute kat depa dan mereka2 yang berani bercakap demi kebenaran..

Kaklong said...

salam,

ORen, itulah dia kalau kita menulis atas nama kebenaran dan kebenaran itu didapati menggugatkan kepentingan pihak2 berkenaan. Inilah harga yg harus dibayar oleh pencinta kebenaran.

betul, salute kat depa. InsyaAllah, perkara yg benar pasti akan terbela, cepat atau lambat.

NBK466 said...

Entahnyer...tak berapa sempat nak tgk berita nie sbb dok concentrate tgk cerita banjir jerk..dok tahu gapo dio kisah 2 ore nie...gyoyak ler...

mawar said...

salam akak, first time masuk sini..dah masuk dah blog dua org tu..kesian lak kat depa yer...harap diaorg tabah hadapi dugaan ini.

kaklong said...

salam,

nbk: oh..depa ni kena saman sbb dikatakan memfitnah NST.tp saya tak pasti berhubung perkara apa..

mawar: wa'alaikumsalam. tima kasih dtg. sama2 kita doakan utk mereka.

ontahsapo said...

kita tgk nanti siapa yg kena.....

Azer Mantessa said...

berani tulis berani tanggung :-)

kasutVINCCI said...

dorang tulis pasal apa kak?

kaklong said...

Salam,

OS: bila baca quote ni, saya tergelak, sbb teringat adegan arwah Ibrahim pendek melontar dadu dlm 1 cerita p.ramlee tu (kalau saya tak salahlah),"mari kita lihat sapa yang kena"

Bro. Azer: saya rasa itulah keberanian yg mereka miliki

KV: akak pun tak pasti isu sbnrnya. kena baca balik drp awal kat blog bloggers tu.

cikdinz said...

ape yg dorang tulih sampei jadik isu dan kena saman dek nstp.......

tak paham lah...........

13may said...

kena hati2 tulis entry nih:D

kaklong said...

salam,

cikdinz: entahlah, sensitip benor nampaknya depa tu

13may: blog adik insyaAllah selamat :D. mmg nak kena hati2.

simah said...

terkejut saya baca entry ni.. blogging sampai kena saman..

bloggers legal fund? nampak sangat blogging is something powerful these days..

kaklong said...

salam,

Inilah perkembangan terkini yang berlaku kat msia ni Simah. nampaknya begitulah Simah dunia blog sekarang.