Showing posts with label Bulan Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Bulan Ramadhan. Show all posts

Friday, September 21, 2007

Balik sekejap

Salam semua,

Ala..rindu kat blog ni. Kebetulan pagi Jumaat ni ada antenatal checkup, tu ikut suami balik ke rumah sat. Dlm jam 11 nanti waktu appointment kaklong Huda dan Alia tinggal rumah mak lagi. Petang nanti baru kami balik ke rumah mak semula. Tapi insyaAllah Ahad nanti kaklong akan pulang ke rumah semula. Doktor dah cakap, kalau kaklong nak balik rumah semula masuk minggu 37 nanti, bolehlah, turun naik tangga tu boleh bantu cepat bersalin hehehe.

Oklah..hari ni dah masuk minggu 37. Lega rasanya dapat lepas 2 minggu kritikal sejak kaklong kena bermalam di wad ari tu. Tapikan, lepas keluar wad aritu, sekali lagi kaklong terpaksa ke GMC sebab kena sakit yang sama pada awal pagi Ahad tu, 3 pagi lebih. Syukurlah pintu rahim tak buka lagi dan CTG baby pun ok. Dan kaklong diberi ubat utk hilangkan contraction tu. Lepas tu kaklong dibenarkan pulang. Rabu malam lepas pun, kena lagi, tapi kali ni kaklong tak p ke GMC, tunggu dan lihat ajelah. Syukur tak lama sakit tu.

Sesekali fikir, lawak pula rasanya, dah nak masuk 5 kali beranak ni, pendek kata dah otailah bab mengandung dan nak beranak ni, tapi masih duk confius sakit nak bersalin tu camner. Apapun kaklong percaya, Allah nak bagi kaklong rasa sakit tu camner dulu dan camner kaklong nak hadapinya sebab kaklong ni mmg takut sangat rasanya nak bersalin. Yelah, contraction minit2 akhir tu yang boleh buat orang terjerit terlolong kesakitan kalau tak kuatkan hati tu. Ni duk pulun doa semoga kaklong berani hadapi saat2 bersalin dan mudah segala urusan berkaitan dengannya. Tolong aminkan ya. Terima kasih.

Eh, dah 9 hari kita berpuasakan termasuk hari ni. Setakat ni alhamdulillah kaklong berjaya berpuasa penuh. Tu pun duk pulun doa ngan Allah minta kaklong diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk berpuasa. Tak larat ooo nak menggantinya. Cumanya hari ni sedikit bimbang sebab pagi tadi lepas sahur kaklong termuntah, harap2nya dapat bertahanlah sampai waktu berbuka nanti.

Pagi tadi, jam 3 pagi lebih kaklong dpt sms drp sorang sahabat baik kaklong, dia dah selamat bersalin, alhamdulillah. Tahniah S dengan kelahiran bayi lelaki yang sihat!!!!

Takziah kepada keluarga adik Nurin Jazlin di atas berita malang itu. Kejamnyalah pembunuh tu, sampai pecah usus anak tu dibuatnya. Bunuh balas bunuh! Itulah yang Allah benarkan dalam jenayah Qisas. Sama2 kita doakan pembunuh kejam itu tertangkap!!!!

Oklah, kaklong nak berhenti dulu. Terharu sbnrnya tengok masih ada yang datang ke teratak blog buruk kaklong ni dan yang tinggalkan komen tu, jutaan terima kasih ya terutama doa2 kalian tu. Aminnnnnnnnn. Ada juga bloggers yang baru pertama kali tinggalkan komen, terima kasih ya. InsyaAllah, kaklong akan buat kunjungan balas ke blog kalian.

Maklumat terkini:

Salam..Kaklong balik dr klinik tadi ni hampir jam 1 tgh. Berita terkini, baby kaklong dah engaged ke bawah. Tgk scan tadi pun kepala baby dah mengecut sikit sbb dah masuk ruangnya utk keluar tu. Berat badan kaklong pun dah turun 2 kg! Nurse pun tegur perut kaklong dah makin ke bawah. Kata doktor, mungkin tak sampai 2 minggu lagi kaklong akan bersalin. Gembira ya, debor lagilah berkati2 jawabnya. Takut tu mmg dah berkilo2. Ni duk belajar tak mo fikir takut, takut, takut bersalin. Ya Allah, berilah aku keberanian nak bersalin ni, hilangkan rasa takut aku. Amin...
Selamat berbuka petang ni ya.

Tuesday, September 11, 2007

Menjelang Ramadhan

Salam semua,

Di bawah ini adalah forward email yang kaklong perolehi;

Malaikat Jibril pernah berdoa menjelang Ramadhan " Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang mengamiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu, sempena kehadiran Ramadhan dalam minggu ini, Kaklong mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf kepada semua pengunjung blog ni yang setia berkunjung tanpa jemu dan juga pembaca senyap kalau posting2 kaklong ada yang menyinggung perasaan, kalau ada komen2 yang tak berbalas tu dan kalau kaklong lambat atau jarang menjengah blog kengkawan lain.

Moga puasa dan jenis ibadah2 lain dalam bulan Ramadhan tahun ni adalah lebih baik daripada tahun2 yang lepas. Amin.