Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Saturday, December 22, 2007

Pengorbanan di Aidiladha

Salam,


Di pagi Aidiladha lalu selepas solat raya, Asmaa turut berkorban. Rambutnya la...Sib baik member sporting morting tak menangis langsung masa ayahnya mencukur tu.













Selepas bercukur tu, barulah kami bersiap2 balik ke rumah mak kaklong dulu dan tengahari baru balik rumah mertua. Dua malam tidur di rumah mertua. Jumaat petang kami hadiri kenduri doa selamat untuk adik sepupu suami yang mengandung sulung. Orang dulu2 buat melenggang perutkan, tapi yang ni tak de upacara melenggang perut tu, setakat doa selamat tak salahnya. Pagi Sabtu ni kami balik ke Gombak semula. Dan seperti tahun2 sebelumnya, ruang beku peti ais rumah ni kaya dengan daging korban.


Sebenarnya, hampir saja kami beraya di Gombak dan tak balik rumah mak dan rumah mertua. Pertamanya mengenangkan Aiman belum pulih sepenuhnya, walaupun dah berani bergerak ke sana ke mari, turun naik tangga rumah tu. Bimbang dia akan rasa kesakitan kalau terhentak2 masa dalam perjalanan. Kedua, petang Rabu tu kaklong tak sihat tiba2. Perut masuk angin dan kepala jadi sakit semacam. Melepek. Siap muntah lagi tu. Dah lama sangat tak kena camtu. Makan panadol dan ubat gastrik. Bawa berbaring. Husna pula tolong urutkan kepala. Sib baik jari jemari dia kuat memicit. Lebih kurang 10 malam baru rasa ok sikit. Ingat nak balik bermalam raya di rumah mak kaklong, tapi tak jadi. Tak de mood nak mengemas pakaian. Masak2 malam raya lagilah tidak.


Tentang Aiman pula, dia dah mula berseluar malam Sabtu hari tu. Punyalah dia seronok, satu rumah mertua dia bising. Kalau tak berkain pelekat aje. Dia pun dah mula mandi sendiri pagi tadi (Sabtu), tapi katanya masih terasa sakit kalau tersentuh kuat kat tempat luka tu. Cuma yang pelik tu, setiap malam dia akan menangis sambil merintih2 sakit. Bila ditanya, dia kata dia tak sedar pun menangis tengah malam. Mengigaulah tu. Tapi dia cakap, dia mimpi kena sunat lagi...Adeh. Bak kata mak kaklong, traumalah tu :) . Tak taulah kot2 malam ni dia akan mengigau menangis lagi.

Penat masih terasa lagi ni. Walaupun keluar daripada rumah mertua pagi tadi, tapi kami singgah di Puchong membeli stok Phyto Fiber. Lepas tu, kami membeli barang2 dapur di Giant Batu Caves. Lebih kurang 5 petang lebih sampai rumah. Lepas maghrib, keluar lagi ikut suami hantar pesanan phyto fiber kat area Damansara. Sesat barat mencari tempat yang dijanji, sudahnya kami berjanji bertemu di luar Restoran Burger King dekat the Curve. Baru tau the Curve kat mana. Malam2 pun sesak kat situ ya? Tak ronda2 pun lepas tu, kami terus balik rumah. Sebelum tu, kami singgah kat restoran Mamak pekena thosai dan roti nan. Lotih mak lotih. Balik pulak buat entri blog. Bertambah lotih mak. Wa chow dulu...wassalaam.

Monday, December 3, 2007

Korum, Demam dan Agar-agar


Bismillahirrahmanirrahiim. Assalamualaikum wbth.

Minggu ni, ahli rumah kaklong tak cukup korum. Husna dan Aiman duduk rumah mil. Malam Sabtu lepas kami balik rumah mil dan depa volunteer nak tinggal sana sampai hujung minggu ni. Alia dan Huda awal-awal tak mo tinggal sana. Maklumlah ada geng baru, sapa lagi kalau bukan si Asmaa. Sunyilah sikit rumah ni daripada biasa, tapi bising tetap on terutama part berebut pc tu. Sabor ajelah.


Gambar kandid - Si Huda tu sambil menunggu giliran dia guna pc sempat menyusu lagi, sesekali tunjuk kat Alia nak main game camner. Antara website feveret depa pbs kids, jojo circus dll.



Ahad malam, lepas maghrib kami bawa Asmaa pi suntik triantrix+ubat polio. Menangis gak dia. Malam tu meragam, agaknya dia rasa sengal kat bahagian injection tu. Tak pernah meragam camtu. Asal terjaga dia nangis, minum susu pun boleh menangis. Sian pulak. Tuam kat tempat suntikan tu dan bagi makan ubat demam siap2 tak mo bagi dia demam. Syukurlah jam 2 pagi ke atas dia boleh tidur sampai ke pagi tanpa meragam pulak. Cumanya bangun pagi Isnin tu, dia demam jugak. Risau dia meragam aje, tapi syukurlah dia tak meragam langsung. Bagi makan ubat dan minum susu. Dia tidur nyenyak lepas tu. Anak2 kaklong semua camtu, lepas kena suntik memang demam jawabnya. Hari ni alhamdulillah, demam dia dah kebah.


Gambar semalam- Baby demam tidur nyenyak. Ummi punya hal la tu ajar dia tidur peluk bantal, konon takut dia tak nyenyak tidur sebab demam. Sudahnya Asmaa sendiri kalihkan badan dan tidur menelentang hehehe .



Ada ada sesiapa yang biasa buat agar2 bersantan ni tak? Kaklong ni baru belajar buat agar2 bersantan.
Nak tanya, kalau buat agar2 bersantan pandan ni, mesti tambah pewarna hijau ke? Sebabnya k.long hanya guna air perahan daun pandan semata dan tak sengaja terbiarkan ia lama menggelegak, dah naik ke atas air perahan tu, tak sangka warna hijau pandan tu berkumpul kat atas. Dan lapisan bawah tu warna hijaunya jadi pucat.Kalau kalian perasan kaler atas agar2 tu macam berbelak2 ngan warna hijau tu. Tu air perahan pandan yang terkumpul di atas tu la. Boleh tunjuk ajar saya? Terima kasih didahulukan :D .




Friday, June 15, 2007

Kembali but slowly

Salam,

Kembali but slowly...maknanya kaklong dah boleh blogging tapi mood tu masih tahap minima lagi, so kena slowly la ni.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan kaklong anak beranak cepat sembuh dan ada gak yang prihatin minta kaklong hati2 makan ubat ni sbb tgh pregnant. Terima kasih sekali lagi. Kepada yang baru dtg ke blog kaklong, terima kasih banyak2 kerana meninggalkan jejak.

Syukur mata2 anak kaklong semua dah sembuh betul minggu ni. Cuma mata kaklong ngan suami masih ada sikit2 kaler merah tu. Tapi yang penting tak perit lagi dah dan tak rasa siksa waktu sujud dalam solat. Rasa nak tercabut biji mata sakitnya. Kiranya hampir 2 minggu la kami sekeluarga sakit mata ni, siap demam panas lagi semua anak2 kaklong. Kaklong dan suami on off demam.

Minggu ni dah mula alam persekolahan sejak Isnin lepaskan, tapi Husna dan Aiman baru hari ni (Jumaat) kaklong benarkan ke sekolah setelah puas hati tengok keadaan mata mereka tu.


Oklah..nanti citer lagi (Malas lagi sebenarnya nak menulis ni).

Thursday, June 7, 2007

Sakit mata

Salam,

lama tak update ni..ada banyak citer. tp tak dpt nak citer buat masa ni. Kaklong, Husna, Aiman, Huda dan Alia sakit mata. Sakit mata ni sampai demam jadinya. Asalnya, biras kaklong (baru terima biras 26 Mei lalu) kena sakit mata ni Isnin lepas ( 4 Jun). Ahad tu (3 jun) baru majlis bertandang kat rmh mil. Kaklong balik Gombak malam Selasa tulah, cik abe dah start kojo. Husna dan Aiman tinggal rumah mil. Huda n alia ikut balik. So, hari Selasa, Husna kena pulak. Huda kat sini pun kena. Aiman kena Rabu. Sama ngan kaklong. Syukur kat rmh mertua tu ada klinik panel ofis suami, taklah susah2 pak mertua nak keluarkan duit ubat.

Pagi Khamis ni, Alia pulak kena, bangun pagi terus dua biji mata tu merah bengkak. Susah betul nak titikkan dua budak kecik ni ngan ubat mata. Punyalah dikejapkan matanya. Si Huda tu tahan lagi. Ni si Alia, sampai kena kepit dia utk paksa dia bukak mata. bunyinya kejam. tp kalau tak buat camtu, mmg tak dpt masukkan ubat. terpaksa tahankan hati tu ngan raungan dia. Tapi dah masukkan ubat tu, cepat pulak diamnya.

Oklah..nanti dah ok, sambung citer lagi. Ni badan pun rasa dedau semacam dah.

Tuesday, March 6, 2007

Maaflah ya

Salam,

Maaflah banyak2 ya. Kaklong tak balas komen yang banyak kat entri sebelum ni, terkejut juga ramai yang respon. Kaklong tak blog hop. Bukan sombong tau. Ni lebih kepada kesihatan diri kaklong sebenarnya. Kurang sihat. Bila tak sihat ni, jadi malas blogging. Maaf ya. Sihat nanti, insyaAllah kaklong mengganaz kembali.

Thursday, March 1, 2007

Serangan Stroke

Assalamualaikum,

Pernah tengok orang kena serangan awal stroke? kaklong berpengalaman baru2 ni melihatnya bila ia terjadi pada jiran cina di sebelah kanan rumah kaklong ni. Jiran ni suami isteri, dua2 bekerja. Si suami kontraktor tak salahnya dan si isteri bekerja di pejabat, tak ingat kat mana. Sepasang anak depa duduk kampung dan bersekolah di sana. Rutin si suami ni yang kaklong perhatikan, pagi2 hantar isterinya ke pejabat, pas tu dia akan pulang ke rumah atau lewat tengahari dia akan pulang ke rumah dan hanya akan keluar semula sebelah petang atau malam untuk mengambil isterinya. Jarang nampak dia keluar seharian dan hanya akan pulang malam bersama isterinya. Kalau dia duduk kat rumah tu, memang dia akan tutup pintu, langsir dan mangga sekali grill pintunya tu. Sesekali dia akan buka sliding door dia cuma pintu grill aje bermangga.

Hinggalah pada Isnin (11 Feb), seperti biasa rutin dia balik rumah lepas hantar isteri dan last kaklong tengok dia bukak sliding door dia pada waktu tengahari masa menjemur kain baju. Dan sesuatu menghairankan kaklong masa sebelah petang, lebih kurang hampir jam 6, pintu rumah dia masih bertutup dan dia tak keluar rumah langsung.! hati tu terdetik sesuatu sambil mengangkat kain di ampaian. Pelik napa dia tak keluar rumah langsung petang tu!!

Hinggalah waktu malam, biasanya maghrib kaklong akan tutup sliding door rumah dan buka setelah 8 mlm ke atas. Masa tu kami tak de dengar apa2 atau nampak situasi yang mencurigakan pun. Kebetulan suami kaklong nak keluar, masa tu hampir jam 10 malam, tugas kaklong memang buka dan kunci pagarlah kalau dia keluar tu. Masa nak buka pagar ni kaklong nampak ada satu keta menghalang depan pagar rumah kami dan nampak 2 3 orang depan rumah jiran cina ni. Pelik tu...kaklong dan suami kehairanan mcm ada yang tak kena terus suami tanya pada salah sorang drp mereka ni. Kata sorang perempuan ni, adik ipar lelakinya suspect kena stroke. Terkejut kami sebab tak dengar apa2 bunyi langsung dan tak nampak suasana riuh rendah atau si isteri datang minta bantuan kami. Terus kami masuk ke dalam rumahnya. Terkejut kaklong tengok si suami tu, dia tengah terbaring atas rest chair elektronik kat ruang tamu dalam keadaan badan dia mcm tarik sikit2 sebelah kiri, matanya dah tak boleh buka, paling kasihan tengok mulut dia terbuka dan lidahnya dah tak boleh keluar, macam bergulung ke dalam!!! bila orang tanya dia respon tapi dia tak boleh bercakap dah, cuma keluar ohk ohk..ya Allah, kesiannya tengok dia suffer camtu. Isterinya tolong sapukan minyak angin kat dada dan kepalanya, jiran sikh yg kebetulan sorang nurse tolong urut jari jemari tangan kanannya dan adik lelaki si suami tu pulak urut sebelah kiri. Nurse tu sempat check tekanan darah tinggi. Tinggi rupanya. Kesian gak kat isteri dia, tak sempat rehat langsung terus kena hadapi situasi suami. Syukur dia tak panik, nampak tenang aje. kalau kaklong..entahlah, berapa banyak air mata keluar dah (den ni sonang nangih).

Cerita sebenar, si isteri ni dah abih waktu pejabat, call suami dia, tapi tak berjawab hinggalah last jam 6 petang dia called tak berjawab gak. tu dia balik sendiri naik bas, dan sampai rumah jam 8 malam lebih tengok suami dia dah terbaring atas kerusi rehat yg terletak kat ruang tamu, tapi muntah punyalah banyak kat atas lantai. Cepat2 dia call adik iparnya (adik si suami tu) dan minta datang segera. Kata si isteri, rupanya sejak pagi tu suaminya dah tak berapa sihat, tapi tak sangka jadi camni.

Jam 10 lebih, ambulan pun sampai. Ni pun bercinta menunggu ambulan, adalah 45 minit baru nak sampai. Sebelum tu, call sorang doktor klinik swasta pun doktor tu tak dpt dtg sbb patients tengah ramai.

Ralat sungguh kami sebab tau lambat. Agaknya kalau suami kaklong tak bercadang nak keluar malam tu, sampai ke sudah kami tak tau. kaklong tak terbayang berapa jam dia suffer dlm keadaan tarik tu hingga waktu isterinya balik. Kasihan betul. Kaklong syak, waktu petang tu lagi dia dah kena dah..sayang sangat, kalau dia tak tutup sliding door dia, mungkin kaklong atau jiran2 lain boleh terdengar dia jatuh dan erangan sakitnya, mungkin kaklong dan jiran2 lain boleh tolong apa yang patut segera.

Kami duk seharian esoknya (Selasa) menunggu penuh debar si isteri ni pulang drp hospital sebab dia tak balik langsung sejak ke hospital malam tu. Bila hampir jam 6 petang, baru kaklong terdengar suara anak jiran ni ada, cepat2 kaklong keluar bertanyakan khabar si jiran ni daripada sorang saudaranya yang ada sama masa tu, nampaknya operation di kepala akan dijalankan untuk mengetahui puncanya. Kasihan pada anaknya, baru sampai dr kampung, belum jumpa lagi ayahnya. Kata2 support aje dpt kaklong berikan. Sebelah malamnya pula, saudara mara dan si isteri pulang ke rumah, suami sempat keluar dan berborak kejap. Pembedahan dah dibuat, lebih kurang 3 jam. tapi mereka tak boleh masuk lawat dulu. Tu yang isterinya balik rumah dulu.

Kejadian ni memang menginsafkan. Buatkan kaklong terfikir kena hari2 minta ngan Allah beri kita kesihatan yang baik, jangan ditarik nikmat sihat daripada kaklong sekeluarga. Terbayang2 sebelum tu jiran ni sihat walafiat menghantar dan isterinya . Tup2 petangnya dah jadi camtu pula. Paling kaklong tak boleh lupa keadaan lidahnya tak boleh keluar tu..ya Allah, entah kenapa ngilu melihatnya. Memang nampak sangat dia suffer masa tu. Kaklong doakan dia cepat sembuh. Kasihan isteri dan anak2nya. Paling kesian pada mereka sekeluarga, perayaan tahun baru cina hampir menjelang.

Terkini: Dia dah selamat dibedah di bahagian kepalanya, ada cecair yg tersumbat. Rupanya dia ada hypertension. Ari tu dia dibedah di Hospital Besar KL. Sekarang ni dah dipindahkan di Hospital Besar Selayang. Doktor hanya akan benarkan dia keluar setelah keadaannya benar2 memuaskan. Kata isterinya, dia dah kenal orang. Kaklong pun doa dia cepat sembuh. So, pada sesapa yang ada hypertension tu, kena jaga2 ya. Rajin makan ubat ikut waktunya. Yang cina ni mmg tak tau langsung ada penyakit tu. tup2 terus kena serangan stroke. Moga jadi iktibar buat kita semua.

Saturday, February 24, 2007

Virus Kencing Tikus (Leptospirosis)

Salam,

Cerita di bawah ni bukan tentang kaklong tetapi kisah benar seorang pesakit Dato' Dr. Hamid Arshat (Pakar Sakit Puan & Kekeluargaan)

Ceritanya begini: "Tiga tahun lalu ketika pregnant anak sulung, saya berada di semester akhir di Universiti. Ketika kandungan berusia berusia 5 bulan lebih Doktor dapati kelainan pada perut saya dan di refer ke GH di Klang. Setelah di scan didapati hati dan limpa saya membengkak dan Dr suspect hepatitis. Kemudian kerana tak selesa dengan keadaan di hospital itu saya berjumpa Dr Hamid Arshat dan buat pemeriksaan darah. Sebulan selepas itu saya mendapat demam panas selama seminggu dan suatu hari saya merasa sakit dan sukar bernafas. Lalu saya minta untuk ditahan di hospital swasta di Bangsar. Ketika itu kandungan masih baik dan bergerak. Selepas di X-ray saya ditahan di ICU. Keesokan harinya saya merasa begitu sukar bernafas dan anak tidak bergerak lagi dalam perut. Saya merasakan seperti Allah ingin mengambil nyawa dan sempat meminta ampun kepada ayah dan suami yang ada berhampiran.

Doktor terpaksa komakan saya kerana kesukaran bernafas dan saya tidak sedar selama 8 hari. Hari ketiga dimasukkan ke hospital. Dr Hamid dapati kandungan sudah turun dan beliau mengeluarkan bayi secara forcep dan menurut beliau bayi saya masih panas bermakna baru meninggal. Ketika itu kandungan berusia 29 minggu. Saya mengalami pendarahan yang teruk dimana darah keluar melalui salur peranakan, mulut dan hidung. Darah baru terpaksa dimasukkan hingga berpuluh-puluh pain mujur ramai datang derma hingga terlebih.

Doktor tidak tahu virus apa yg menyerang. Pada mulanya suspek denggi dan ada sorang Doktor pula dengan yakin telah memberitahu famili saya bahawa saya mengalami leukimia peringkat teruk dan harap keluarga bersedia untuk pemindahan sum-sum. Kami cukup kecewa dengan sikap doktor tersebut yang memberitahu wlaupun belum pasti dan tanpa memikirkan perasaan keluarga saya ketika itu. Esoknya dia kata bukan pula. Keadaan saya ketika itu memang teruk dan temperature memang tinggi. Ramai pelawat yg menitiskan airmata melihat keadaan saya. Kerana terlalu ramai pelawat saya dipindahkan dari katil yg dipisahkan dengan langsir kepada bilik yg pelawat hanya buleh lihat dari tingkap kaca..suami dan ibu hanya dibenarkan masuk..bilik itu memang mahal (ICU)..kerana Dr tak dapat pastikan kuman itu datang dari mana (mungkin dari pelawat ker)... selepas 8 hari saya sedar dan dapati kandungan sudah tiada...ketika itu temperature demam saya naik semula dengan tinggi.

Saya amat lemah ketika itu dan tak berupaya nak bergerak dan tidak selesa dengan darah-darah kering pada hidung dan dalam mulut. Selepas itu banyak hari juga saya langsung tidak dapat melelapkan mata mungkin terlalu lama tak sedar diri. Walaupun sudah 16 hari di ICU ...punca penyakit masih tidak diketahui...Apabila demam sudah kurang Lalu saya dipindahkan ke wad (ketika itu disuruh duduk pun saya akan terlentuk jatuh) dan masih dikawal rapi. Tiada sebarang pelawat dibenarkan masuk ke bilik saya (kecuali suami dan ibubapa) dan mereka perlu memakai penutup hidung dan mulut (takut saya kena virus dari pelawat).

Saya ditahan lagi selama 10 hari utk dimasukkan antibiotik (ketika itu memang seksa). Akhirnya doktor mengatakan bahawa saya diserang virus Leptospirosis (virus kencing tikus) yang buleh merosakkan hati limpa, buah pinggang dan jika sampai ke otak buleh membawa maut. Ia masuk ke salur darah. Tidak tahu mana saya terkena virus itu.Tapi selepas saya keluar ada beberapa orang yang kena begitu. Ketika itu juga virus itu sedang merebak di Thailand.

Selama hampir sebulan di tahan di hospital saya terpaksa menahan perasaan sedih kerana kehilangan anak. Saya kena kuatkan semangat untuk cepat sembuh dan keluar dari hospital. Suami saya juga selama itu juga dia berumah-tangga di hospital. Saya tak dapat bayangkan perasaan dia dan keluarga. Kami baru saja 10 bulan berkahwin.

Kerana kemasukkan darah baru juga terlantar lama atas katil serta kehilangan berat badan yg banyak menyebabkan saya lemah untuk berjalan. Saya terpaksa belajar berjalan semula dan berusaha agar tidak mengikut perasaan yang sedih. Saya juga terpaksa menangguhkan study ke semester depan.

Bil hospital pun begitu mengejutkan kami dengan bil itu kami hampir boleh memiliki sebuah Proton Waja. Saya tidak melakukan sebarang pembedahan tetapi kerana saya ditempatkan di bilik waktu di ICU dan juga menggunakan alat yg mahal bagi pernafasan. Doktor ada mengesyorkan utk berpindah ke hospital lain ketika itu tapi keluarga saya mengatakan duit boleh diusahakan tapi nyawa.... Doktor Hamid menyifatkan saya seperti mati hidup semula dan menasihatkan agar tunggu setahun utk pregnant semula kerana keadaan saya yang memang teruk...

Doktor2 yang merawat pun sedih melihat diri saya. Dengan takdir Allah selepas hati, limpa saya mengecut ke saiz asal dan darah sudah stabil , lapan bulan selepas itu saya pregnant. Kini anak kedua saya (lelaki) sudah berusia 2 tahun 4 bulan dan amat lasak. Anak sulung saya yang meninggal itu bayi perempuan.

Selepas kejadian itu saya cukup lagi terkena kerana sudah imun dengan virus itu. Dengan itu berjaga-jagalah dengan haiwan itu dan juga kucing (kencing kucing pun bahaya)."


*********************
Moga kita lebih berhati2 dengan tikus terutama yang berkeliaran kat sekitar rumah kita. Pada ibu hamil, pastikan anda tidak mengendalikan /membersihkan sebarang najis tikus demi kesihatan anda dan bayi.

Lagi satu, amat disarankan kalau membeli barang2 makanan dlm tin atau botol dibasuh terlebih dahulu sebelum dibuka. Biasalah, ada sesetengah kedai tu banyak tikus kat dlmnya, tak mustahil depa boleh kencing kat barang2 makanan tu. Pernah sekali kaklong p satu kedai ni, kat area rak diapers punyalah busuk bau hancing tikus sampai kaklong bagitau pekedai tu suruh bersihkan area tu sebab takut virus tikus tu dah ada.









Thursday, February 8, 2007

Klinik & laporan akhbar

Salam,

Tak de citer menarik pun. Tapi saja tangan gatal nak menaip. Teringat pulak petang semalam p klinik sebab nak buka jahitan Alia, Husna dan Aiman kena bintik2 merah kat badan, muka dan kaki. Mula2 tengok muka Husna bila dia sampai daripada sekolah, pelik ada bintik2 merah kecil, selak belakang baju dia, ada gak. Kat lengan pun ada gak. Berderau jap darah. Takut itu bintik2 denggi, tapi dia tak demam pun. Takkan demam campak pulak. Pas tu suruh dia terus naik dan mandi. Tak lama lepas tu, Aiman pulak terjerit2 gatal kaki, bila diperiksa, sama simptom ngan kakaknya. Pun sama kaklong suruh dia naik atas dan mandi.

Mulalah kaklong risau fikirkan budak2 ni kot2 demam campak or denggi ke, terfikirkan kena masuk wad kalau denggi, fikirkan nak kena jaga depa kat wad, sian pulak ngan Alia sebab dia masih campur2 menyusu badan..

Itulah kaklong, belum apa2, dah fikir dulu benda bukan2 atau buruk2, bukannya apa, nak bersedia drp segi mental kot2 betul benda tu berlaku, taklah terkejut badak jadinya. Dan kat situ dah bersedia apa patut dibuat jika betul ia berlaku.

Kat klinik, bila doktor periksa Husna dan Aiman, dia cakap bukan denggi dan campak sebab diaorang tak demam. ALhamdulillah. Mungkin depa allergic ngan sesuatu, macam air ke. Aik..pelik gak, depa balik drp sekolah tengok dah bintik2 tu keluar. takkan kat sekolah kot. kalau air mandi kat rmh ni pulak, nape depa berdua aje yang kena, kami yang lain tak kena. Tak pelah, yang penting doktor bagi calamine dan ubat tahan gatal. Kalau tak abih gatal, amik ubat lagi. kalau tak abih gak, memang mengada2 jawabnya hehe.

Si Alia pulak, ummi yang pejam mata masa doktor gunting jahitannya. Eii..ngilu kaklong nak tengok. Tapi Husna, selamba aje tengok. Doktor usik, mamanya tak boleh jadi doktor. Kakaknya boleh jadi doktor. Tapi Husna ngan selambanya jawab tak mo jadi doktor, nak jadi saintis. Hmm..kejap kata nak jadi angkasawan, kejap kata nak jadi saintis..apa2lah kakak. Syukur Alia tak menangis, doktor pun tackle dia suruh dia pegang cermin kecil bulat untuk tengok muka sendiri hehe. bijak..bijak..dah namanya doktorkan.

Semalam, duk menunggu giliran masuk tu, sempat membaca akhbar yg disediakan, kaklong baca laporan artis veteran minta maaf pasal kenyataannya berkaitan ngan perkahwinan Rasulullah dan Siti Khadijah iaitu perbezaan usia mereka ketika berkahwin dalam satu program tv. Eloklah dia memohon maaf dan bertaubat. Sebenarnya, kaklong dengar malam tu kenyataannya..tersirap darah kaklong. Terfikir dalam hati, nape jadi camni. Dek satu PERKATAAN yang terkeluar daripada mulut dia tu, mmg memakan dirinya sendiri. Dah agak, jadi isu nanti. Betul agakan kaklong. Kaklong doakan ada perubahan luar biasa pada dia kelak. Kita doakan aje dia berhijrah ke arah yang lebih baik.

Dan, takziah kepada keluarga adik yang meninggal tercekik makan kuih tu. Dah tiba masanya dia pergi. Takat itu aje Allah memberi amanah kepada ibubapa arwah untuk menjaga hambanya yang kecil ini. Tercekik tu buat sebab saja. Buat ibu bapa arwah, jangan risau, insyaAllah, anak ni dah tunggu di jannah (syurga) kerana dia meninggal dalam usia belum baligh lagi. Tak de beban dosa pun. Inilah berita gembira dalam duka sebenarnya untuk keluarga mereka. InsyaAllah, kalian akan bertemu jua nanti. Al-fatihah.

Update:
Takziah kepada Rafflesia Merah di atas pemergian arwah bakal bapa mertuanya pagi ini (8 Feb). Al-fatihah.