1. Cikgu ketuk kepala murid
Gambar: copy paste drp Berita Harian Online
Laporan Berita Harian : "Seorang bayi lelaki dipercayai baru beberapa jam dilahirkan, ditemui dengan mulut berpelekat plastik dalam beg pakaian atas rak kasut sebuah rumah, di Kampung Sungai Cincin, Gombak, di sini, semalam.
Berita lanjut:
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Nasional/20070227075150/Article/
Kaklong terfikir, adakah perlu kita menubuhkan satu pusat bayi khas di setiap kawasan atau daerah supaya mana2 bayi yg baru lahir dan tidak dikehendaki diserahkan di pusat2 ini sebagai salah satu cara untuk elak kes buang bayi merata2 terutama yang masih hidup tu? Tetapi, jika ini berlaku, takut pula menjadi penyumbang kepada satu bentuk pemikiran baru di kalangan masyarakat terutama mrk yang suka mengamalkan hubungan bebas ni "alah, tak mengapa berzina, nanti mengandung, biarlah, dah selamat lahir nanti, pass aje baby ni kat pusat khas tu"..
Tapi itulah, kalaulah hukuman undang2 tu lebih ketat lagi mcm yang Allah perintahkan dalam Quran tu, pasti perzinaan takkan berlaku sewenang2nya dan sudah pasti masalah yang muncul akibat perzinaan ini iaitu kelahiran bayi luar nikah sukar untuk berlaku. Tapi nak buat camnerkan, orang tak yakin dengan hukum Allah...sendiri mau ingatlahkan, siapkan ajelah jawapannya kat akhirat nanti bila ditanya ALlah nanti. Cumanya, masa tu sendiri tanggunglah, tak dapat nak pasang lawyer lagilah. Oh, maaf sekali lagi, terlebih emosi ari ni. Susah hati dengan masalah masyarakat yang makin kronik ni. Wahai pemerintah negaraku..apa nak jadi dengan negara kita ini?
3. Ragging
Ni lagi satu masalah. Ragging. Apahalnya ngan pelatih2 pegawai kadet senior Kolej Tentera Udara (KTU) Kepala Batas mendera sorang pelatih kolej berkenaan termasuk disepak dan dipaksa dipaksa minum air kencing dan berkumur menggunakan air bercampur najis seperti kejadian di Penjara Abu Ghraib, Iraq ? Dan memasukkan seorang pelatih lain dalam tong sampah sehingga paras pinggang, dipaksa menjilat sesuatu atas tanah, selain dipukul serta ditendang di kepala dan badan.
Kan memalukan Tentera Udara Malaysia aje. Yang mak bapak malu tok sah cakaplah. Kalau orang tau mereka parent budak2 ni, tak mustahil akan kedengaran bisikan2 "oh..itulah mak / bapak pelatih yg mendera anak orang makan najis tu.." kesannya pada parent mereka ini? Nak keluar rumah pun malu. Sian kat mak bapak mereka. Boleh kena sakit jantung dibuatnya.
Berita lanjut:
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Nasional/20070221002850/Article/
Na'udzubillahi min zalik (moga kita dilindungi drp melakukan perkara demikian).








