Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

Tuesday, January 30, 2007

Ucapan

Assalamualaikum,

Semenjak 10 malam lebih tadi, mata saya kerap memandang jam dinding. Tak sabar menanti jam 12 malam. Kalau dia pulang awal, nampaknya tak jadilah surprise ni. Beberapa minit sebelum jam 12, saya menaip sesuatu dan menunggu masa utk detik 12 malam. Elok aje masuk 12 malam, saya pun hantar sms tu:

HAPPY BIRTHDAY

Tak lama tu, berbunyi handphone saya. Lebar saya tersenyum. Tak sangka dia nak call plak hehe.

Happy birthday!! ucap saya

Er..baru 11.59 la (Dia dalam keta ni)

eh dah 12 dahlah

ha, baru 12... (jam kami tak sama, cit..sabor ajelah).

hehehe...dah bertambah tua

alah 33..tua apa...Nak bagi hadiah apa?

*&^%%%$$% (shhh..tak leh citer ni)


ada ke *&&%$$##, dia gelak. Saya pun gelak

Kat mana ni?

Nak balik dah, baru lepas bayar bil

belilah kek ke kot2 kedai bukak lagi (ada ke kedai kek masih bukak 12 mlm?sajalah tu) . Kemudian perbualan kami stop.

Jadi, Entri ni khas untuk SUAMI Kaklong terchenta,

SELAMAT HARI JADI SAYANG
I LUV U SO MUCH. I HOPE U LUV ME and OUR KIDS MORE :D

TIGA PULUH TIGA dah ya bang...

Doa Nor;

Moga panjang umur supaya kita boleh meniti hari2 tua bersama, ingat lagi abang tanya umur kita dah 50, nak gurau senda lagi tak? Off course la...Nor nak gurau senda ngan sapa lagikan. InsyaAllah ya...
Moga kesihatan abang baik sentiasa. Tak sanggup tengok abang menanggung sebarang penyakit;
Moga murah rezeki abang sentiasa ;
Moga menten hensem pada mata Nor sentiasa;
Moga amal ibadah abang bertambah sentiasa;
Moga abang menjadi anak, suami dan bapa yang bahagia sentiasa.
Moga abang jadi insan berjaya dunia dan akhirat. Amin.

Wednesday, January 3, 2007

Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum,

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA
Moga segala azam yang ditanam akan berjaya dipenuhi

Sempena tahun 2007 ni, saya pun berpindah ke blog baru.
Kenapa tak menten blog lama?
Sebab blog lama tak boleh ditukar kepada beta version ni (dah tak de beta punkan). Banyak kali cuba, tak boleh gak. Apasal entah. Suka pulak ngan blogger versi baru ni. Tu yang buat blog baru ni. Tetapi, yang lama tu tak dibuang, insyaAllah. Dikekalkan. Sayang nak dibuang, ada 220 entri semuanya.

Nama profil saya pun baru: Kaklong (KL)
Kenapa tukar?
Sebab saya selesa dengan panggilan ni.Bahkan ini memang panggilan saya di kalangan adik beradik, mak dan ramai saudara mara bahkan saudara mara suami termasuk mil dan adik ipar.

Azam kaklong tahun ni?
Ada beberapa azam, tapi tak mo cakap dulu, nanti dah tercapai, baru bagitau yep.

Citor rayo aji den nanti kemudian yoo. Ado suko, ado sodeh sikit.