Ok, ni nak citer sikit. Hari Jumaat 2 minggu lepas, saya ikut suami keluar, ada urusan sikit. Kami on the way balik dah nak masuk waktu solat Jumaat. Elok azan pertama tu, kami sampai kat masjid. Jadinya suami berhenti solat kat situ. Saya, Huda n Alia turun ke kawasan tasik rekreasi. Husna n Aiman masih di sekolah.
Banyak bangku dan tempat rehat. Ada tiga kumpulan kecil budak2 sekolah. Anak2 melayu semuanya. Saya kira mereka dah sekolah menengah dan ada yang dalam darjah 5-6. Saya duduk tak jauh daripada mereka. Memerhatikan gelagat budak2 ni. Selamba aje tok imam tengah berkhutbah, depa duk kat situ lagi. Siap hisap rokok tu..kongsi2. Sedih saya. Muda2 dah hisap rokok. Nak je saya cakap kat depa berhenti merokok, boleh kena KANSER!!! (2 bapa sedara saya meninggal krn kanser, berpunca rokok). Grup paling dekat ngan saya, perasan saya duk perhatikan mereka. Memang saya pandang aje depa, esp. yang hisap rokok tu. Sekadar pandang.
Tiba waktu solat bermula, dua tiga orang aje beredar ke masjid. Yang lain, boleh MELEPAK lagi tu. Kaklong yang nak menangis tengok keselambaan mereka. Sian kat budak2 ni sebenarnya. Kalaulah depa tau Iman Islam tu mahal, mesti mereka berlumba nak solat. Akhirnya kaklong bangun dan pergi ke grup2 tu. Kaklong bawak Alia dan Huda sama. suruh depa pegi solat, tak de nak marah2. Sebak semacam masa suruh depa p solat tu, tak tau nape. Budak2 ni macam terkejut. Sib baik depa tak melawan, depa beredar. Habih semua grup tu kaklong suruh pergi. Syukur tak de yang kurang ajar. Bila semua dah beredar, baru kaklong perasan, tangan kaklong menggigil rupanya. Berani dalam takut. Takut gak depa pakat2 belasah kaklong ngan anak2 kecil ni. Sejujurnya, kalau itu grup2 lelaki dewasa, mmg kaklong tak berani hampiri, cuma berdoa dlm hati ajelah.
Tapi, bila kaklong meneruskan langkah, rupa2nya grup 1 (paling dekat duduk ngan saya tadi tu) melepak pulak kat kedai kopi makcik ni. Makcik ni masih bukak kedai dia lagi, patutnya dia tutuplah. kaklong hanya memandang, tak pergi dah ke tempat mereka. Kaklong dah tegur tadi, depa dah faham patutnya. Mereka belum ada kesedaran lagi. Teguran macam ni mmg nak kena buat selalu, sekali tak jalan. Naknya kalau solat tu bukan makanan mereka.
Terus kaklong teringatkan Aiman, camner dia dah seusia mereka nanti, adakah camni jugak perangai dia? menipu ibu bapa tentang solat. Na'udzubillah. Itu baru solat jumaat, belum 5 waktu lagi tu. Dan menipu ibu bapa tentang rokok. Sebak dan takut memikirkan, cepat2 berdoa mintak2 janganlah anak2 kaklong berakhlak begitu. Tak kira anak lelaki mahupun perempuan, cabaran tetap sama pada zaman sekarang ni..
Inilah cabaran ibu bapa sekarang, mendidik anak2 agar menjadi insan yang bertakwa dan cemerlang dunia dan akhirat. Kaklong dan suami baru 7 tahun lebih bergelar ibubapa. Masih muda lagi berbanding dengan ibu bapa lain, banyak kerja kami rupanya dalam mendidik anak2, bukan takat melahirkan dan membesarkan mereka. Keperluan mereka kat dunia ni mmg kena sediakan, dan sama pentingnya dengan SANTAPAN ROHANI mereka, untuk kejayaan mereka di akhirat nanti.
Ternyata, cabaran ibu bapa Muslim hari ini memang hebat sangat, kena bekerja keras utk memastikan anak2 mereka cemerlang bukan takat di dunia tapi di akhirat. Doa juga peranan utama, siapa yang nak mendoakan anak2 kalau bukan ibu bapakan? Moga usaha kita semua berhasil. Amin.
Sempat berangan tu, kan bagus time waktu solat Jumaat, anggota2 keselamatan wanita mcm polis2 wanita melakukan rondaan untuk di semua tempat terbuka untuk memastikan semua lelaki Muslim pergi solat Jumaat. Ini juga sebahagian daripada jihad mereka; amar ma'ruf nahi mungkar.







