Showing posts with label Kemalangan. Show all posts
Showing posts with label Kemalangan. Show all posts

Thursday, February 1, 2007

Alia cedera















Assalamualaikum,


Kasihan Alia, duk seronok bermain golek2 atas katil dengan kakaknya sebelum tidur (12 mlm lebih), tiba2 dia jatuh ke lantai parkir kat bilik tidur dengan kepala menjunam ke bawah. Dia tak dapat imbangkan badan. Ayahnya yang duk monitor atas katil pun terkejut sbb benda ni sekelip mata aje. Tak sempat nak pegang dia. Masa tu saya kat tingkat bawah tiba2 terdengar benda berdebuk jatuh ke lantai. Hati tu berbisik mesti ada yang jatuh ni. Pecah tangisan Alia tengah malam tu. Cepat2 ayahnya bacakan doa/jampi. Terus dia diam. Bila saya sampai kat bilik, terkejut tengok darah banyak kat area dahi Alia. Masa saya dukung dia, terasa badannya lembik sangat dan pucat sangat mukanya, terutama area bibir dan kelilingnya. Rupanya dahi dia koyak sedikit. Sambil bersiap ke klinik, sempat gak bersihkan darah2 kat keliling luka tu dan pipinya. Air mata saya dah bertakung masa ni, ngan tekak kembang sebab tengok darah pekat tu. Syukur sangat2 dia tak PENGSAN atau MUNTAH2 (bad sign). Huda pun dah menangis sedih sebab dia tengok camner adiknya jatuh dan tengok berdarah2 tu. Husna dan Aiman tidur dah masa ni.

Masa nak buka pintu grill, suami yang dukung Alia masa tu, bagitau saya kemudiannya yang tiba2 Alia cakap, "Ayah, kunci". Leganya suami mendengar. Sebabnya sejak dia jatuh tu sampai nak keluar pintu, dia langsung tak bercakap. Risau gak. Tapi panggil2 dia memang dia responlah.



Di klinik, nurse bersihkan lagi kawasan koyak tu. Syukur ALia tak menangis takut atau sakit. Doktor amik keputusan utk jahitkan lukanya tu. Ayahnya yang pegang Alia, saya tak boleh dah, sebab diri sendiri pun rasa tak stabil ngan tekak loya semacam. Doktor bagi suntikan tetanus dulu sbb Alia belum buat lagi suntikan terakhir (duk tertangguh semacam, asyik on off tak sihat Alia sblm ni). Mungkin takut Alia kena kancing gigi kot, tak pasti pula. Masa suntikan tu, alhamdulillah Alia tak menangis. Doktor puji dia kuat. Pas tu, doktor suntik ubat bius kat tepi kawasan koyak tu, 2 tpt. Pun tak menangis juga. Terkejut doktor tu. Kuatnya, kata dia lagi. Alhamdulillah. Agaknya Alia dah letih sangat campur pening kepala, tu tak larat nak nangis kot. Kemudian, doktor bagi dua jahitan. Aduh..seriau saya tengok benang jahitan tu keluar masuk kat tpt koyak tu. bertambah kembang tekak saya dibuatnya.

Doktor bekalkan ubat demam, supaya terus makan balik nanti. Nanti kena datang lagi lepas 3 hari utk cuci luka. Kami sampai rumah dalam 1 pagi lebih tadi (Khamis). Alhamdulillah, balik tu dia boleh tidur nyenyak sampai ke pagi. Saya masih tak boleh lupa dengan darah yang banyak, badannya lembik longlai masa memangkunya di dalam kereta dlm perjalanan ke klinik. Macam2 saya fikir masa tu. Yelah, hati ibu yang mengandungkan..lain sikit gelisahnya.





Ha, nilah dia budak lasak tu. Sementara menunggu ubat. Nampak kesan darah kat pipinya tu?
Dah sampai rumah, masa atas katil, ayahnya tanya lagi, nak main lagi tak? Menggeleng2 Alia. Hehe.

Pagi ni, dia dah aktif semula...kita yang seriau tengok dia, takut terlanggar mana2 ke.

Doa:

Ok...saya nak share doa/ jampi yang suami duk baca masa Alia menangis sakit, masa nurse dan doktor merawat dia. Paling ketara nampak kesannya, anak akan berhenti menangis cepat, insyaAllah.

"Bismillahi arqiki min kulli dain yu'zhiki wa min kulli shayi nafsin aw 'ainin.
Allahu yashfiki, bismillahi arqiki. "

Dengan nama Allah, aku jampi engkau dari setiap penyakit yang menimpa engkau dan dari setiap kejahatan diri atau mata yang dengki. Semoga Allah menyembuhkan engkau, dengan nama Allah aku jampi engkau.

Makluman: untuk kalimah arqiki, yu'zhiki dan yashfiki - utk perempuan. utk lelaki, tukar kepada arqika, yu'zhika dan yashfika.

Untuk kalimah ' i' tu, dibunyi i - itik.

maaf, saya ni duk godek2 lagi camner nak masukkan bacaan jawi/arab ke dalam blog..tak reti lagi ni. kalau yang tau tu, bolehlah ajar ya.tima kasih.

Hari ni cuti umum. Sapa yang duduk area Batu Caves ni taulah sesaknya camner. Sejak awal pagi rabu mula jem, hari ni lagilah, esok hingga Ahad pun masih ramai lagi rasanya. Duduk rumah ajelah jawabnya.


update:

Terima kasih banyak pada Mama Sarah bertanyakan sumber doa ni. Doa ini daripada hadith yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Muslim, Tarmizi dan Ibn Majah. Malaikat Jibrail menggunakan doa ini sewaktu merawat Rasulullah dahulu.