Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Sunday, December 30, 2007

Asmaa dah 3 bulan

Salam,

Hari ni 30 Disember, genap Asmaa 3 bulan. Alhamdulillah dia sihat walafiat. Berat bulan lepas 5kg, tapi yang terbaru ni tak tahu lagi sebab 2 Jan nanti baru appointment suntikan dia. Badan dia kalau didukung rasa 'keras' dan tegap. Dia pun dah pandai menggenggam. Berborak style dia tu mmg dah, bahkan makin kuat suara dia bila berborak tu. Kalau dia memandang tepat pada kita, dia cukup suka membesarkan mata dia. Nampak bulat heheh. Tapi belum ada tanda2 dia nak pandai meniarap.

Sejak awal minggu ni, hari2 kaklong selitkan pesanan pada Asmaa kalau berborak ngan dia, lebih kurang, "Asmaa kalau duduk dengan orang jangan buat perangai, jangan suka menangis. Nanti orang tak suka. Duduk diam2 macam kat rumah tau." Dan macam biasa mata dia akan bulat besar memberi reaksi. Sambil mulutnya kumat kamit.

Hujung minggu ni memang tak kemana2 pun, suami ada hal. Jadi duduk rumah saja :D. Kepada Bro. Zino dan Rafflesia Merah, maaf tak de rezeki nak hadiri majlis kalian. Harap tak serik menjemput :D.

Friday, December 28, 2007

Muhasabah diri

Salam semua,

Saja nak share dgn semua akan fwd email yg kaklong dpt ni;

IBNU Qayyim al-Jauziyah, ulama dan tokoh gerakan dakwah Islamiah ialah murid ulama terbilang, Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah. Beliau mempunyai banyak karya ilmiah yang menjadi panduan dalam gerakan dakwah Islam.Ibu Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada 751 Hijrah (1350 Masihi)

Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu :-

Ilmu pengetahuan.
Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

Amalan.
Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

Kekayaan.
Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

Hati.
Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

Tubuh badan.
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

Cinta.
Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

Masa.
Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

Akal.
Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

Zikir.
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam Madarij al-Salikin, waktu tidur yang lebih baik adalah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira jam 10 malam.

Waktu yang tidak seharusnya kita tidur adalah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak.

Beliau berkata, tidur pada waktu itu tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Semoga kita mengambil pengajaran daripada kata2 Ibn al-Qayyim ni

Takziah kepada keluarga Benazir Bhutto atas kematian beliau yang mati ditembak. Al-Fatihah.
Hmm..bila pula ajal aku ni?

Seperti yang disarankan Simah, kaklong pun dapat semangat sikit nak kemas bilik belakang tu perlahan2. Memang tahan nafaslah time masuk bilik tu..sabor ajelah

Thursday, December 27, 2007

Masak daging lagi

Salam,

Lepas zuhur semalam p KL sefamili. Bukan shopping mopping, tapi urusan projek bosar den tahun dopan. Tak po, tibo maso eyy den akan citorkan...Kiro eyy somalan logolah..sobab dah solosoi satu bondo yang maha ponting.

Dalam perjalanan balik semalam, suami terima panggilan drp kawan dia, katanya nak datang rumah sefamili. Ok. Kepalo sey dah mengiro2 nak masak apo..hmm..apo yang adolah dlm poti ais tu. Jadinya, malam tadi jamu tetamu ngan daging masak lemak cili api, sotong masak kicap, ayam goreng. Tetamu tu pulak dtg bawak keropok lekor mentah..depa baru balik drp kampung. tak goreng lagi ni, nantilah.

Penatnya malam tadi, sampai ke pagi ni terasa. Lagi penat sekarang ni bila mengenangkan bilik belakang tu nak kena dikemas besar2an..Cik ti buat HAL!!!!!!!!!
Kalau najis dia tak merbahaya tak pe, tapi boleh jadi virus yg membunuh manusia! Tu yang takut tu. Banyaklah yang nak kena dibuang tu. Tak kuasa nak membela kain baju yang dah terkena najis dia tu.

Kalaulah kaklong ni bukan penggeli, mmg dah aku kejor2 cik ti tu sampai dapat, lepas tu ku cekik2 dia sampai arwah huhu...universiti mana tikus ni pi belajar pun tak taulah, boleh dia buat derk aje ngan makanan dlm perangkap tikus tu...adeh.

p.s. Eh, perasan pulak minggu ni hari2 buat entri, tapi nak blog kengkawan hari2 tu yang payah tu.

Friday, September 7, 2007

Apa nak cerita ya?

Salam semua,

Adoption stories

Kaklong baru lepas menangis tadi..kenapa ya? Sbb baru lepas menonton "Adoption Stories" channel 77, kisah ibu muda yg terpaksa berpisah ngan anak k2 nya 3 hari slps melahirkan demi memastikan babynya dpt kehidupan yang lebih baik. Dia n suami mengalami masalah kewangan terutama suaminya yg masih mencari2 pekerjaan hinggakan mrk hampir nak berpisah, tapi memikirkan nasib anak sulung yg akan hadapi kehidupan x stabil lepas perceraian nanti, mrk x jd bercerai, sbliknya amik keputusan serahkan baby k 2 tu pada sepasang suami isteri yg belum mempunyai anak dan golongan berada pula. Berjurai2 air mata kaklong tengok part si ibu berpisah ngan babynya di airport, air mata ibu tu sendiri tak dpt ditahan2, lama dia dukung dan belai pipi babynya tu. Dan ciuman kasih si ibu meruntun hati kaklong. Camnerlah dia beroleh kekuatan emosi utk ber'pisah' ngan babynya tu. Nak buat camner, keadaan memaksa. Tapi syukurlah teknologi boleh 'menyatukan' ibu n anak yg berpisah jauh tu, si keluarga angkat bermurah hati dengan selalu menunjukkan web cam baby pada keluarga asalnya.

Kaki

Kaki kaklong camner pula? Alhamdulillah, hari ni adalah hari k3 x salahnya kaklong x pakai topang kaki langsung!!! Kaklong dah boleh berjalan macam biasa, tanpa berdengkot2 lagi. Cuma sesekali tu jalan berdengkot gak, sbb dah terbiasa jalan camtukan. Alkisahnya, kaklong p berurut ngan Kak Normah (03-61851925) di Taman Selasih Fasa 1, Gombak pada pagi Rabu lepas. Dalam 1 1/2 jam dia urut drp pinggul ke hujung jari tu. Dia 'bongkar'kan mana urat berselirat, kembang bagai. Mmg sedaplah rasanya, biarpun mengaduh sakit dan berkeriut gak sesekali. Maklumlah ni kali pertama mengurut sejak terseliuh aritu. Alhamdulillah, nampaknya serasi urutan dia ngan kaklong. Tak perlu ada urutan susulan, kecuali kalau saja2 nak dtg lepas tu bolehlah. Murah pun ya juga, RM 30 inggit aje untuk urutan ni. Bukan takat urut seliuh aje, urut bersalin pun dia buat. Tapi kena amik n hantar dia baliklah sbb x de kenderaan sendiri. Kalau lelaki nak berurut pun boleh, tapi syaratnya bawa isteri or ahli keluarga perempuan samalah (bagus ni nak elak fitnah). Yang seronok tu, mengurut kat rmh kakak ni ada privasi, sbb ada bilik khas, x de la kat ruang terbuka. Oh ya, setiap jenis urutan tu upahnya berlainan tau. Kena tanyala berapakan regenya dan kat bilik urutannya pun ada ditampal siap2 upah mengurut tu. Oh ya, nak mengurut ngan dia, kena wat appointment dulu, biasanya waktu kita mengurut tu mmg x de orang lain la. So dia pun mengurut tak rushing sbb mmg betul2 tumpu kat kita.

Baby

ALhamdulillah, minggu ni masuk minggu k 35. Debornya makin bertambah. Selasa malam Rabu lepas mmg mendebarkan sbb, start 8 malam lbh hingga jam 3 pagi, kaklong kena mild contraction selang sejam. Risau betul sbb takut kalau keluar sekarang, baby baru 8 bln lebih, belum matang betul lagi. Takut masuk incubator aje nanti. Doa pun x putus minta dia tak keluar cepat. Tapi standby gak siapkan barang baby dan kaklong sikit dalam bag kot2 nak kena ke klinik bersalin malam tu. Tapi syukurlah kaklong boleh tidur nyenyak. Laa..ingatkan stop dah contractionnya, rupanya jam 7 - 9 pagi tu kena lagi contraction selang sejam. Tapi suami cakap, pergi urut kaki dulu, then sakit sangat terus ke klinik lepas tu. Alhamdulillah, contraction berhenti. So, sampai sekarang dia masih duduk dalam peyut umminya lagi lagi la. Minggu lepas, p antenatal check-up, dokt. bagitau kepala baby dah elok kat bawah. Ya Allah, minta dia keluarlah bila masanya sesuai nanti. Amin.

Rombongan Sekolah

Tiada apa yg melegakan hati kaklong bila Husna dan Aiman selamat pulang ke rumah setelah mengikuti trip sekolah ke destinasi masing2 pada hari Rabu lepas (Isnin-Rabu cuti sempena UPSR). Aiman (Drjh. 1) ke Zoo Negara dan Husna (Drjh. 2) ke Galeri Perdana dan Aquaria KLCC. Kes kehilangan Adik Nurin sampai sekarang belum bertemu cukup meresahkan. Kaklong duk pesan tak sudah kat anak2 sejak beberapa hari sblmnya hinggalah pagi nak pergi (ummi depa ni mmg pakar leter satu dan pakar pesan memsan satu hehe..kekadang berkerut dahi ayahnya kalau mendgr). Kaklong pesan ikut aje arahan cikgu, jgn senang2 ikut ajakan kawan nak berpisah drp kumpulan, jgn jauh drp guru, jgn ikut ajakan org x dikenali bla..bla..bla..siap kaklong bagi contoh kes Adik Nurin lagi Kaklong pun bagi depa sorang sehelai kertas informasi no tel. hp kaklong, suami dan guru kelas mrk, nama sekolah depa, alamat rumah dan no. tepon rmh kaklong, in case la depa terlepas drp cikgukan. Doa mmg tak putus minta anak2 selamat pergi dan pulang. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.


Kesiannya Nurin tu, dahlah kaklong difahamkan dia ada penyakit. Moga Allah gerakkan hati org yg menyimpan/menjaga Nurin utk memulangkan kembali pada keluarganya.

Kepada adik2 yang ambil UPSR, kaklong doakan selamat berjaya. Hmm..napelah saban tahun ada ajer report pasal kemungkinan soalan bocor ni ?

Tuesday, May 15, 2007

Iklan oh iklan

Salam,

Selamat Hari Ibu untuk semua ibu...celebrate kat mana? Kaklong kat rumah aje. Order fast food. Malas sangat nak keluar rumah. Kaklong rasa penat terlajak betul hari Ahad tu. Lenguh2 badan. Terima kasih ya atas semua komen kat entri sebelum ni dan ucapan Hari Ibu untuk kaklong tu. Amat dihargai. Ha, pasal mengidam mee maggi ni, hehe..bukan pengaruh Mawi or Aznil, ni mmg tekak tu teringin sangat2 (alamak, tiba2 teringin nak makan maggi pulak, sabor ajelah). Sian plak kat kakak yang jauh nun di Jerman tu tak dapat nak makan maggi, tak pe, balik sini nanti boleh la makan atau nak saya tolong poskan ke?

Ni nak cakap pasal iklan, percaya atau tidak ada iklan boleh buat kita ketawa teruja dan ada gak yg boleh buat kita berkerut kening? Kaklong perasan, ada dua iklan yg buat Huda ( 3thn lbh) dan Alia (2 thn lebih) cukup teruja ngan iklan2 ni, pantang dengar sound iklan ni, depa dah standby nak beraksi gak;

Iklan Silky Girl - Budak kecik dua orang ni kalau tgh makan pun boleh berhenti kejap sebab nak tiru aksi Mawi main kejar2 tu. Mawi lari, depa pun ikut lari keliling kat ruang tamu tu. Mawi buat lompat2 mcm hantu pontianak c*na tu (kan citer hantu cina lelaki zmn dulu2 style lompat2 sambil depa tangan kedepan dan pakai jubah biru tu?), depa pun samalah ikut lompat2 ngan depa tangan ke depan, siap gelak2 lagi. Kita yang menengok pun gelak sama. Sampai abih iklan tu baru depa berhenti.

Iklan keta Avanza hijau tu - Kan Avanza tu p cuti2 malaysia..budak dua orang ni pun samalah beraksi mcm lari2 laju ulangalik kat ruang tamu tu kononnya tiru kelajuan Avanza tu. Yang lucu tu, bila pelakon2 iklan tu berbaring atas pasir pantai tu, depa pun ikut baring sama kat depa tv, pas tu bangun balik lari2 lagi sampai iklan tu habih..sabor ajelah.

Iklan Digi (maskot orang kuning tu) - ha, ni iklan feveret kaklong haha..kaklong suka jingle (betulkan istilah ni?) dia sebab menyegarkan pendengaran. Buat kita rasa teruja, lawak pun ya tgk aksi orang2 kuning ni. Sempoi gitu.

Iklan SuperPower - Iklan ni buat kaklong dan suami berkerut dahi masa mula2 tengok dan sampai la ni. Anak2 kaklong memang sukalah, apataknya sebab dapat tgk jin kaler ijou tu. Itu mmg lawak. Tapi part main kejor2 laki bini tu, mmg kaklong rasa kecut sikit, sebab takut anak2 tergerak nak tanya (depa belum tanya lagi sampai skrg), nape depa main kejar2 pulak? Sorang sedara kaklong suruh cakap, katalah depa tu sakit perut nak buang air besar. Ya tak ya jugakkan? Bagus gak jawapan ni, kaklong boleh cakap depa sakit perut, tu berlumba sapa dapat masuk jamban dulu. Bolehkan?