Showing posts with label Persekolahan. Show all posts
Showing posts with label Persekolahan. Show all posts

Thursday, November 22, 2007

Tahniah Husna dan Adikku

Assalamualaikum,

Gambar2 di bawah ni merupakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik di sekolah anak2 Kaklong. Rezeki Husna dapat naik pentas tahun ni untuk menerima hadiah di tempat ke 4 dalam kelas dan dua mata pelajaran terbaik; B. Melayu - Penulisan dan Sains. Tahun lepas dia dapat tempat pertama dan dua mata pelajaran terbaik juga.

Kesian gak kat Aiman tak dapat naik pentas. Belum rezeki dia tahun ni. Kaklong cakap kat Aiman, tahun depan kalau nak merasa naik pentas terima hadiah, kena lebih kuat belajar. Kaklong pula rasa bersalah sebab tak dpt tolong mereka study dengan baik disebabkan keadaan kesihatan kaklong yang tak menentu tahun ni. Pendek kata, tahun ni pelajaran anak2 kaklong tak konsisten. Tapi, tahun depan lebih mencabar sebenarnya..hmmm.


Sayang sangat kaklong dan anak2 lain tak dapat hadiri majlis ni sebabnya Huda dan Alia demam. Jam 2 pagi lebih hari Sabtu (17 Nov) lepas kami ke klinik 24 jam bawa anak2. Husna lagilah demam panas. 39 darjah suhu dia. Kena masuk ubat lagi. Balik daripada klinik, gitu gini layan anak2, jam 4 pagi baru kaklong dapat tidur. Huda ngan Alia duk demam2 tu masih main lagi, tak tau jam berapa depa lelap.

Jam 6 pagi lebih, Husna bersemangat siap nak ke sekolah. Dia masuk koir utk persembahan. Kaklong berat hati nak bagi dia teruskan sebabnya badan dia masih panas lagi. Tapi dia nak pergi juga. Tak sampai hati nak kecewakan dia, kaklong mengalah, tapi kaklong pesan, kalau dia rasa tak larat waktu nak buat persembahan tu, dia mesti tarik diri takut nanti dia akan pengsan tiba2. Dia berjanji. Kaklong bekalkan dia ubat demam dan antibiotik. Tak bagi dia makan pagi tu sebabnya tak sampai jarak 6-8 jam lagi utk dos seterusnya. Kaklong suruh dia minta tolong cikgu yang berikan ubat tu nanti sebaik sebelum persembahan bermula.



Waktu persembahan koir ni, suami kaklong telefon bertanyakan betul ke Husna join koir sebab dia tak nampak Husna langsung. Kaklong cakap mungkin dia tarik diri dan ada kat belakang pentas. Sungguh, balik rumah tu, Husna bagitau kaklong dia menarik diri akhirnya sebab rasa tak larat biarpun cikgu benarkan dia join.










Husna baru lepas makan ubat demam & antibiotik yang dibekalkan.












Sedih pula tengok keadaan Husna ni. Kata Husna, dia rasa ngantuk, tu pejamkan mata sementara menunggu ambil hadiah.






Syukur dia larat naik pentas juga





Posing sebelum balik

















Husna dapat hadiah trofi untuk kedudukan dalam kelas. Hadiah2 buku untuk subjek2 terbaik.










Dapat gak snap gambar Asmaa tengah tersenyum...


Kesian kat Asmaa sekarang ni, kena selsema dan batuk. Berjangkit ngan kakak2 dan abangnya. Tapi syukurlah dia tak reti meragam.





Apai, tahniah sebab dah konvo semalam (Rabu, 21 Nov.) kat UiTM. Sesi petang. Dia satu-satunya anak lelaki emak yang 6 orang ni. Sayang kaklong tak dapat join sama, tapi tak pe sebab balik tu dia, emak, kaklang dan adik datang rumah kaklong. Yang kesiannya Apai terpaksa pulangkan jubah dan ambil sijilnya sebaik habis majlis petang semalam kerana dia nak balik Langkawi pagi Khamis ni. Cuti kerja tak dpt lama. Dia dah kerja sbg pembantu Chef kat salah satu Resort di sana.
Opps, anak2 patung ni bukan Apai punya, tapi mak kaklong belikan untuk anak2 kaklong hehehe.




Errr..inilah tuan punya blog yang berkerusi roda masa ambil skrol sarjana tempoh hari. Kenangan sungguh la hihii....yelah ngan usia kandungan 33 minggu tak salahnya. Takkan kulupakan hari itu dalam sejarah :D.

Wednesday, February 7, 2007

Cabaran Murid Darjah Satu

Assalamualaikum,

Duk perah2 otak nak tulis apa ari ni (errr...blogging pun kena perah otak ka???), baru teringat ada satu perkara lama dah kaklong nak kongsi, tapi asyik duk tangguh aje. Seingat kaklong dulu, masa masuk darjah satu (1981), tak de kena duduk test untuk penentuan kelas. Masa tu belajar pun duk kenal huruf lagi rasanya,belajar suku kata (betulkan kaklong kalau salah ya) yelah tak semua budak2 masuk tadika mcm sekarangkan. Jadinya, masa tu kita tak de subjek pemahaman BM lagikan.. Kaklong pun tak ingat umur berapa tahun boleh membaca.
Kaklong tak amik pot pun pasal alam persekolahan zaman sekarang ni hinggalah Husna mula masuk darjah satu tahun lepas. Masa hari pendaftaran, baru kaklong tau darjah satu kena ujian untuk penentuan kelas. Kalau tak reti membaca, alamatnya mmg duduk kelas belakang2lah. Tapi, kaklong masih tak terfikir lagi, kenapa penting sangat nak ada test BM dll ni.

Setelah dia mula belajar, barulah kaklong perasan bila tengok buku teks BM dia tu, mak aiii..baru darjah satu dah ada pemahaman karangan, menyusun ayat. Zaman kaklong dulu tak de camni. Syukur sangat2 rasanya Husna dah boleh membaca masa tu, kalau tak, jenuh gak kita nak mengajar. Yelah, buatnya dia tak reti lagi nak membunyikan suku kata perkataan, camner nak membaca satu ayat? Jawabnya memang kena bagi dia extra kelas untuk membaca B.M dan B.I.

Dan kaklong sedar, zaman sekarang, anak2 dah kena pandai membaca selewat2 nya usia 6 tahun. Kalau dulu, mungkin satu KEHARUSAN anak2 umur 4-6 tahun dah pandai membaca. Tapi sekarang WAJIB pandai membaca. Kalau tak, memang kesian kat anak tu.

Sudahnya, untuk Aiman, kaklong terpaksa push dia lebih untuk minat membaca sebab dia tak seminat kakak dia masa tu untuk membaca. Kalau kakak dia 4 tahun lebih dah boleh membaca, dia masih lagi ngan abjad2 dan sukukata pun nak tak nak belajar. Sampai ayahnya cakap, Aiman ni kena belajar ramai2 ngan kengkawan baru nak belajar. Tu antara sebab kami masukkan dia tadika seawal 5 tahun. Itu pun dia masih malas2 lagi nak belajar membaca, lambat dapat. Mudah lupa kalau membunyikan sukukata tu. Selalulah kaklong cakap ngan dia, "kalau Aiman darjah satu nanti, time exam sapa nak tolong kalau tak tau membaca? ". Cuma satu kaklong perasan, dalam duk Aiman malas2 belajar B.M tu, Aiman lebih cepat tau membunyikan perkataan B.I berbanding B.M, berbeza ngan kakaknya, B.M dulu baru B.I. Dan syukur, integrated pre-school yang Aiman dan Husna masuk ni, guru besarnya memang tekankan latih tubi membaca untuk 6 tahun. Tu yang lega sangat, sekarang ni, Aiman dah boleh membaca. Dia minat tak minat membaca tu lain cerita, yg penting sekarang BOLEH membaca. Lama-lama nanti dia minat membaca juga.

Itulah dia cabaran anak2 kita sekarang yang nak masuk darjah satu berbanding dengan kita dulu. Dan cabaran juga kepada pengusaha2 tadika/kindergarten dll untuk pastikan murid2 mereka pandai membaca. Kalau anak2 masih tak pandai gak, nampaknya mak bapak kat rumahlah kena bagi extra kat anak, sebab kalau kat tadika tu ramai, kekadang guru tak dapat nak fokus sorang2. Sudahnya, mak bapak balik yang kena mengajar anak kat rumah, kecuali kalau hantar kelas luar.