Showing posts with label Kelahiran. Show all posts
Showing posts with label Kelahiran. Show all posts

Saturday, May 19, 2007

Ucapan-ucapan terlewat

Salam,

Ini semua ucapan terlewat daripada kaklong

Pertama-tamanya nak ucapkan Selamat Hari Guru pada semua pendidik. Jadi pendidik nilah mendapat pahala sepanjang masa jika pendidik tersebut memberikan ilmu yang bermanfaat pada anak2 didiknya dan diamalkan pula oleh mereka serta ditambah pula dngn anak2 didik tersebut menyebarkannya kepada orang lain.

Kedua, Selamat pengantin Baru kepada Raja Muda Perak dan Raja Puan Besar Perak. Moga Perkahwinan mereka dirahmati Allah. Amin.




Ketiga, tahniah kepada mama Blogger kita, Angah yang telah selamat bersalin kira-kira 21 hari yang lalu. Dapat girl kali ni. Adlin Humairah namanya (Angah sori ya kalau salah ejaan dan sebutan). Dah sepasang anaknya tu. Syukurlah dia bersalin mudah sangat. Sakit pun 3 jam aje. Masuk labour room 10 minit aje, dah bersalin. Tak sempat tulis nama kat papan putih tu pun katanya, hihi (Bestnya..mudah bersalin, kaklong pun doa2 mudah camtu gak). Yang kaklong tau ni, petang Jumaat semalam tergerak nak call dia sebab duk fikirkan dia dah bersalin atau belum, rupanya dia dah 20 hari bersalin. Tapi dia tak leh nak online sbb kat rmh tak de internet. Dapat dengar gaklah rengekan babynya tu. Hish..tak lama lagi turn kaklong pulak, insyaAllah.


Keempat, tahniah gak kat papa blogger kita, NBK466 yang dapat boy. Dah sepasang gak.

Kelima, tahniah kat Puteri 1 yang dpt first baby. Girl. alahai, namanya pun lupa pulak. Tahun depan boleh tambah sorang lagi kot? Cik Ngah (panggilan manja utk Rafflesia Merah la ni), sampaikan pesanan akak ni kat kembor awak tu ya hihi.

Keenam, tahniah utk ex classmate kaklong yg dah bersalin anak k 5. Dapat boy. Cuma yang kaklong tak larat dengor tu, babynya semangat. 4.15 kg. Bersalin normal pulak tu. Rezeki dialah dpt bersalin normal tu. Dia pun tak sangka sampai semangat camtu. Tapi dia bagitau masa kandungan 8 bulan tu mmg dia rasa tak larat sangat dah sebab rasa perut tu berat sangat, dia pun rasa letih sangat.


Ketujuh, tahniah gak utk isteri kawan sekerja suami kaklong dapat boy juga. Anak k 4. Tapi masih lum ada rezeki nak dapat girl sampai la ni. Tak pe ya N, insyaAllah, akan datang dapat girl pulak. Saya doakan.


Ok..stop sini dulu. Cam biasa, terima kasih atas komen2 kat entri sebelum ni. Cumanya utk Kak Lady, akak kata depa baring kat pantai macam ikan masin tu lawaklah. Nbk466, iklan Lasindah Cafe tu boleh diterima lagila, tak de unsur xxx tu pado sey, hihi. Sis d, saya try cari kat youtube, tak jumpa pulak iklan tu. Simah, anak2 saya mmg suka jalan stail berlari, turun naik tangga pun laju semacam hihi. Kena sound pun tak makan. Aku bukan bidadari, saya cuba buat kunjungan balas ke blog anda, tapi profile not available la. Harap sudi datang lagi ya.


Lupalak..sesapa yang suka berendam dalam air tu tapi bimbang masalah aurat terdedah, bolehlah ke website ni http://www.wanisapparel.com/muslimswimwear2.htm untuk order pakaian renang wanita muslim. Kat bawah ni satu contoh pakaian renangnya. Nak tengok pilihan lain lagi, surf la website tu. Eh, jangan salah faham ya, ni saja suka2 nak bagitau, kaklong tak de kena mengena pun ngan tuan punya website tu, memang tak kenal pun. Baru terjumpa website ni.

Ok...selamat berhujung minggu semua.

Monday, May 7, 2007

Mood, Mengidam & Bayi

Salam,

Mood

Ni kes malas nak update. Sabor ajelah. Tq yang concern sampai suruh kaklong p hospital kalau teruk alah.

Alhamdulillah, kaklong ok dah (yang teruk sangaat tu masa minggu 9-12 aje rasanya). dah masuk 4 bulan seminggu (17 minggu). Bab masak2 tu ok dah. cuma mood malas datang, tu yang payah tu. Oh ya, ada yang tanya tak minta suami masak ke masa kaklong tgh alah teruk tu ? Suami kaklong ni tak macam orang lain, balik kerja petang terus ada masa free sampai esok pagi. kalau camtu, mmg boleh sangat. tp, suami kaklong ni mmg malam pun sibuk, samaada dia ada kelas belajar atau mengajar. So, kalau dia balik rumah kejap belah petang lepas amik anak balik sekolah, kaklong prefer dia duduk rehat sbb nanti sbelum atau selepas maghrib (ikut waktu kelasnya tu) dia akan keluar semula dan balik lewat malam. Kalau dah berterusan kerja tanpa rehat, nanti tak leh nak concentrate belajar n mengajar, sian plak kat dia sebab kepenatan sangat. Tu yg better beli aje. Kecuali dia ada senggang masa lebih, dia akan masak.

Mengidam

Mengidam pulak, kali ni kaklong mudah mengidam. nampak iklan fast food kat tv pun dah teringat2. Sib baiklah bukan jenis yg bukan2 kaklong mengidam. Takat ikan masin, spageti, laksa, rojak... Kalau ikan masin tu, makan sampai berpinggan, tak de lauk lain dah. gaul nasi ngan ikan masin. makan camtu aje. tp cik abe sound, takut nanti kena darah tinggi plak. tp taklah melantak hari2. Laksa ni pulak, ada setengah kuah tu penjual laksa ni banyak sangat letak belacan, faham2 ajelah baunya camnerkan, kaklong pulak ada sensitif bau kali ni. tapi laksa punya pasal, kaklong belasah ajelah sambil kembang kempis hidung tu menahan bau kuah yg banyak letak belacan tu. Sib baik tak muntah2 lepas tu hihi. Spageti, kaklong buat sendiri. Ala..guna perencah segera tu. Kalau makan kat luar dah berapa sepinggan ? Mahal ooo (utk kaklong yang beranak ramai ni sbb anak2 pun suka spageti) sudahnya buat sendiri, boleh makan ulang2. Tak sedap mana, tak pelah, asalkan dah lepas kat tekak.

Tapi, paling buruk, kaklong suka sangat makan MEE MAGGIE. Ni first time mengandung kemaruk sangat rasanya ngan maggie. Tapi taklah hari2, cumanya at least seminggu atau 2 minggu sekali mesti nak pekena maggie, yg best tu perencah asam laksa..perghh..sodap. bukannya tak tau keburukan makan maggie banyak2 ni, tau..tp entahlah, teringin sangat. Cuma apa yg kaklong buat, lepas masak maggie tu, kaklong tapis kuahnya dan makan meenya aje. Kuah dibuang, teringin sangat kuah, hirup sesudu dua. selebihnya dibuang. Tp sblm makan tu duk doa2 gak jgnlah baby ada masalah kesihatan dek pemakanan buruk kaklong ni. Tolong doakan baby kaklong ok ya..

Baby baru

Oh ya, hari Sabtu ( 5 Mei), kaklong dpt anak sedara pupu baru. Boy. ALhamdulillah mama dan baby sihat. Cumanya mamanya kena ceaser la..dah kepala baby saat akhir berpusing ke tepi, walaupun cuba dipusing pada kedudukan asal, tak boleh juga dan ditambah pula mamanya dah penat berjuang.

Tahun ni sebenarnya keluarga belah kaklong mmg murah rezeki ngan baby insyaAllah. Kaklong dan 4 adik sepupu, termasuk sorang yang baru bersalin ni. Jika semua 5 baby lahir selamat, makanya bakal mengulang sejarah 1985. Masa tu 5 cucu dilahirkan (mak kaklong dan 4 mak sedara lain bersalin). Tahun 2007 ni, 5 cicit bakal ada insyaALlah, yang sorang tu dah selamat lahir dah tu. Tinggal 4 orang lain yg berdebar menanti giliran pula. InsyaAllah, kaklong no 4 kot yg melahirkan kalau ikut tarikh due memasing.


Oh ya, jangka kaklong bersalin 12 Oktober (tak salahnya raya pertama huhu). Tapi ikut pengalaman2 kaklong yg lepas, 3 anak kaklong bersalin awal, sorang aje lewat due. Makanya kaklong fikir mungkin yg ni pun lahir awal, minggu akhir Ramadhan kot. Tak tau lagilah, semuanya kerja ALlahkan..yang penting kita berdoa segalanya mudah. Ha..baby kaklong boy or girl? teka..teka..heheeh, kaklong pun tak tau lagi sbnrnya ni sebab tak p routince check lagi bulan ni. Nak tau gak. Dun worry, kalau tau nanti, kaklong story, tak de rahsia2..tak kuasa I nak rahsia2 you hehehe. Tapi..kaklong ikut pengalaman kaklong ni, rasa mcm boy sbb sama kekdahnya macam Aiman dulu, tapi tak taulahkan.

Oklah, sampai sini aje. Tak tau bila lagi nak update. Sungguh ni, mood blogging dah makin pudar. Ni pun duk belajar hilangkan rasa bersalah tak lawat blog kengkawan hari2. Maaf ya, kalau ada mood baru pegang pc. Terima kasih banyak2 atas komen2 yang kaklong tak balas tu, bukan sombong, tapi tulah moodnya terbang entah kemana. Buat entri baru ni mcm ya tak ya aje (tapi panjang lebar gak..apa daaa) Kepada yang baru datang blog kaklong tu, terima kasih banyak2 dan terutama yg tinggalkan komen tu ya. Trimas sekali lagi.