Showing posts with label Ulangtahun. Show all posts
Showing posts with label Ulangtahun. Show all posts

Monday, December 24, 2007

Yang Tertangguh dan Terlupa


Salam,


Ada perkara yang tertangguh dan seterusnya terlupa nak dimuatkan dalam blog ni masa tengah tak sihat mengandung hari tu.

Harijadi Aiman Fathi ke 7 : 14 Julai 2007.

Happy birthday Aiman
Happy birthday Aiman
Happy birthday Aiman
-Gambar kandid-
Moga jadi anak soleh, cemerlang dunia akhirat, murah rezeki dan sihat sentiasa serta cemerlang dalam pelajaran.

Sorilah Aiman, ummi tak sihat sangat ari tu nak buat entri, duk tertangguh terus terlupa nak buat entri birthdy Aiman.


Aiman ni happy go lucky orangnya. Susah nak tengok dia serius dalam sehari. Pandai melawak dan pandai juga merajuk. Pandai gak loyar buruk. Ada aje jawapan kelakarnya kalau menjawab kita bercakap. Bagus dalam pelajarannya. Suka tolong buat kerja rumah. Rajin melayan adik2, terutama suap adik2nya makan dan bermain sama2. Tapi dia paling rapat dengan kakaknya. Apa2 yang dia buat atau makan, mesti ingat kakak Husnanya dulu. Adik2 tempat ke dua. Dan buat masa ni dialah satu2nya anak lelaki kaklong. Harap2nya dia akan dapat adik lelaki pula lepas Asmaa. Amin.


15 tahun kematiannya : 20 Jun 2007

20 Jun 1992, tarikh tragedi yang memisahkan kami sekeluarga dengan arwah ayah. Tersentak dibuatnya. Kaklong bagaikan tak senang duduk di tempat kursus sebelum mendapat berita tragedi itu. Siapa tahu ia satu petanda buruk rupanya...Gagang telefon dipegang emak boleh terhempas ke lantai bila mendapat berita buruk itu.

Bagi yang belum mengetahui, ceritanya di bawah ini:



Ulangtahun ke 2 blogging: 17 September 2007

Tak sedar rupanya dah 2 tahun kaklong berblogging. Selama mana akan terus berblogging? Wallahu 'alam. Sesekali ada terdetik untuk berhenti, tetapi sayang pula. Tengoklah nanti.

Friday, November 16, 2007

My Besday Girl - Alia Khairiyyah




Alia - 3 tahun - Anak k 4


Hepi besday Alia
hepi besday Alia
hepi besday Alia
hepi besday to you
Moga Alia jadi anak bijak, solehah dan cemerlang dunia akhirat. Amin.


Hari ni, 16hb. Nov. adalah hari kelahiran Alia. Dia dah petah bercakap tapi masih kedengaran pelatnya lagi, pandai menjawab, lucu, tapi garang. Kalau marahnya datang, sesuka hati dia nak debik orang yang membuat dia marah. Hudalah selalu jadi mangsa. Sian Huda. Dan dia juga senang menangis tak kira tempat. Sesuka hati dia nak melalak kalau dia mengamuk. Peduli apa dia kalau dia menangis kat tempat awam. Kita yang jenuh nak memujuk. Pandai gak merajuk tu.. Tapi dia juga ceria dan suka ketawa berdekah-dekah. Suaranya nyaring. Cakap pun kekadang menjerit bunyinya. Suka menyanyi terutama lagu tema kartun Ninja Boy; bunyi lagu tu adalah, tapi lirik jepunnya hancus, org jepun pun tak paham buah butirnya. confirm! Dia ni nampak matang. Ada adik ni mmg dia sayang sungguh, tak jeles pun kat adiknya, nak gomol lagi adalah. Bila dia usik adiknya tengah tidur, kita larang dia jawab "Ashma' (sebutan dia pelat lagi) jagalah". Dia pun dah pandai menolong buat kerja2 rumah. Tapi bila time malas dia datang, pandai bagi alasan penatlah, bukan alia buatlah dsb. Lagi satu dia pandai cakap orang lain yg buat benda yang dia salah buat. Nak escape drp kena marahlah tu.


Alia..Alia...moga dia sentiasa sihat walafiat dan murah rezekinya. Amin.


Ok, ni nak share gambar Asmaa yang terkini pula


Masa ni umurnya 43 hari (sorilah gambar gelap)


Ni pula masa umurnya 30 hari lebih. Tak de bedung2 dah, dia marah dibedung! Ha, masa dia baru lahir ari tu, nampak iras Alia, tapi bila makin besar ni, nampak iras Aiman pula.

Wednesday, June 27, 2007

8 tahun dah...

Dalam bulan Jun, ada 2 orang anak kaklong sambut birthday. Baru-baru ni Huda. La ni, Husna Fathiyyah pula, anak yang sulung lahir pada 26 Jun 1999, lewat 3 hari daripada yang dijangkakan lahir (sori kakak, ummi tak sempat buat posting ni awal2). Dia dah 8 tahun sekarang, tak sangka kejap masa berlalukan. Dulu masa dia lahir, rasa tak percaya kaklong dah ada anak sendiri. Bila dia dah boleh berjalan, dan kalau kami jalan bersama, rasa macam adik kakak aje berjalan, bukan macam mak anak. Sungguh ni! Sebabnya mcm tak percaya dah ada anak besar! (tapi orang lain lagi besar anaknya hehe).

Kakak, ummi dan ayah doakan kakak berjaya ngan cemerlang dalam pelajaran, dapat mencapai cita2 kakak yang besar tu dan jadi contoh yg baik pada adik2 tau. Kami nak lihat kakak berjaya dengan cemerlang dunia akhirat. Kakak mesti ingat, ada masa ketegasan kami adalah utk kebaikan kakak, kalau ada yang kami tegur perbuatan atau sikap kakak tu, bukan kerana tak sayang, tapi kerana sayang seorang ibu dan ayahlah membuatkan kami kena didik kakak daripada sekarang. Kami sepakat tak mau manjakan kakak dan adik2 dngn barang2 permainan dan penuhi segala keinginan kakak hingga kami tidak berani berkata tidak, takut nanti kakak terlalu dimanjakan. Sudahnya kakak juga yang binasa nanti. Ummi dan ayah tak mo anak2 kami jadi spt cerita Anakku Sazali. Ia menakutkan kami.


Nanti, kalau takdir ummi meninggal dulu, ummi percaya kakak boleh tolong ayah jaga adik-adik sebab ummi dan ayah dah didik kakak daripada awal. Ingat pesan ummi sejak kakak tadika dulu? Kalau ummi mati dulu, selalulah sedekah al fatihah pada ummi ya. Ummi juga dah nampak sifat seorang anak sulung dalam diri kakak, yang boleh diharap jaga adik2nya time ummi memerlukan, sebab kakak nampak matang dalam perbuatan dan percakapan walaupun biasanya sifat keanak2kan tu masih ada. Biasalah kakak masih kecil lagi.

Kakak mesti ingat sentiasa pesan ummi ni yang sejak dulu ummi terapkan dalam diri kakak, kakak anak yang cantik dan bijak, tapi kalau perangai tak cantik, tak de gunanya tau. Jadi, kemana2 kakak pergi, jagalah peribadi dan diri kakak baik2, jangan memalukan diri sendiri ya. Ingatlah, walaupun ummi dan ayah tak nampak apa yang kakak buat di sekolah dan di mana saja, tapi Allah sentiasa nampak kakak dan malaikat di kiri kanan bahu kakak sentiasa mencatat segala perbuatan baik dan sebaliknya.

Ibadah kakak pun kena jaga ya, sebab kat akhirat nanti, amalan2 ibadah baik kakaklah yang boleh bantu kakak utk jalan mudah ke syurga. Dan ummi dan ayah sendiri tak tau dpt jumpa kakak atau tidak masa nak kena timbang amalan kita tu untuk temankan kakak. Untung nasib kami sendiri tak tau macamana masa tu. Tu sebab kami harap anak2 kami semua terutama kakak yang paling besar ni jadi contoh pada adik2 menjadi anak solehah, kerana kalian adalah saham ummi dan ayah di sana nanti. Ingat tu ya.

Ummi juga harap sifat ulat buku kakak ( bukan ulat bulu tau!!) tu akan berterusan hingga akhir hayat kakak. Cuma ummi harap power spek mata kakak tu tak bertambah kuat la..adui, sedih pulak kakak masuk darjah 2 dah pakai spek mata. Ummi dah ayah dulu, masing2 start form 2 baru pakai spek mata.

Oh ya, pasal kakak kata cancel nak jadi angkasawan* tu sebab bulan tu jauh sangat, nak balik rumah pun susah, teruskan aje cita2 kakak tu, mana tau dapat gak jadi angkasawan, nanti dah abih bertugas kat stesen angkasa tu, baliklah bercuti ke rumah lepas dpt keizinan pihak NASA, nanti ummi masakkan lala sweet sour, siakap sweet sour, bubur pisang atau pulut hitam feveret kakak tu ek. Oh, tak ketinggalan teh 'o', minuman feveret kakak. Atau kalau tak dapat jadi, tak pelah, jadilah saintis atau doktor macam yang kakak cakap tu. Tapi, kakak kena bertambah rajin belajar daripada sekarang.

Ummi dan ayah sentiasa doakan kecemerlangan kakak dunia akhirat. Namun, kalau kakak tak dpt memenuhi salah satu atau semua cita-cita kakak ni bila dewasa kelak, jangan terlalu kecewa, barangkali Allah ada perancangan yang terbaik buat kakak. Kena selalu ingat dalam diri kakak, apa yang kita nak buat, andai tak dapat ditunaikan, itu adalah kehendak dan keizinian Alalh juga. Kita merancang dan Dia yang memutuskannya. Ini mesti disematkan dalam diri kakak ya. Tapi yang pasti, berusaha dulu. Dan err..kakak pernah cakap gak nak jadi power rangers lepas tengok citer power rangers tukan?, Lupakan ajelah ya, sebab tak de pekerjaan power rangers kat dunia ni. Itu pekerjaan rekaan semata2 untuk rancangan tv kanak2. Ok kakak, sampai sini aje ek. Ummi dan ayah cayanggggggggggg kakak. Muah! Muah!

8 tahun dah umur anak ummi - di rumah mbahnya

Umur 3 tahun, dia debab masa ni - di rmh mak kaklong



p.s: * Husna cakap nak jadi angkasawan masa umur dia 4 tahun lebih selepas baca ensaiklopedia mengenai angkasa lepas dan angkasawan. Kemudian cakap cancel tu masa announcement kerajaan bakal angkasawan msia kat dlm paper.

- Andai Bro. Id baca entri ni, tag Bro. tu insyaAllah saya akan buat juga :D.

Friday, June 22, 2007

Dah 4 tahun...

Salam,


Dalam adik beradik, dia anak ke 3, tetapi hari lahirnya paling awal. Makanya semalam, 21 Jun 2007 (Khamis) adalah hari jadinya yang ke 4. Huda Nasriyyah namanya. Dah 4 tahun Allah pinjamkan roh pada anak kaklong ni. Moga umurnya panjang hingga dewasa supaya kaklong sempat asuh dan didik dia hingga berjaya, insyaAllah. Teringin nak tengok dia masuk sekolah, masuk universiti, kahwin dan beranak pinak ...eiii bestnya!!!



Sorilah Huda, semalam ummi tak larat nak buat posting. Bahu lenguh semacam, jadinya nak menaip lama2 rasa sakit belakang. Yang harunya, ummi yang beria2 sejak hari Rabu nak wish Huda pagi semalam sebaik dia bangun tidur, terlupa le pulak. Time bila teringat ? SEmalam jugalah, tapi waktu ummi tengah gunting cili kering kat sinki dapur masa Huda tengah ralit tgk channel 63 (ruang dapur sederet ngan ruang tamu, tak de penghalang), huhu..bertuah punya ummi. Terus ummi cakap kat Huda lebih kurang, "Eh..hari ni hari jadi Hudalah.." apalagi, sambil menggunting cili kering tu, ummi pun nyanyilah kuat2 happy besday to you, hahaa..mak zaman moden, dah tak peduli dah larangan org tua2 jangan suka menyanyi kat dapur. Eh, tapi larangan tu untuk anak dara ajekan? Ummi dah jadi mak orang..so, tak termasuk dalam pantang larang tu, hahaha..( hish..jangan percaya pantang larang.ini gurauan semata. Percaya pantang larang yg tak wujud dlm agama boleh bawak syirik). Huda sengih aje masa ummi nyanyi tu.



Kaklong pun cakap kat Huda lebih kurang,

Hari ni umur Huda 4 tahun. Kalau orang tanya berapa tahun umur huda, huda jawab berapa?

4 tahun...(dia jawab sambil matanya ralit pandang kaca tv)


Bila kaklong bagitau Husna dan Aiman malam tadi yang hari tu adalah hari jadi Huda, Husna mengeluh kenapa tak bagi tau dia awal-awal (sebelum dia ke sekolah) kalau tak dia boleh beli kek potong kat kantin sekolahnya hehe..kaklong cakaplah lupa nak bagitau. Sorilah kakak...

Bila dah umur 4 tahun ni, memang banyaklah perkembangan tumbesaran dan kerenahnya;

Makanan feveret: roti letakkan susu f&n (makan berkeping2. Tengah malam pun boleh minta ), bubur kacang, bubur pulut hitam, bubur nasi kosong, lala sweet sour, cekodok pisang, laksa (itu yg ingat buat masa ni)

Minuman feveret: semestinya susu fernleafnya tu

Hobi:

suka melukis, mewarna, menggunting (pernah gunting rambut sendiri..huhu) dan bermain, suka cakap pktn2 inggeris (guru dia adalah kartun astro channel 63. Rupanya, sambil tengok dia hayati perkataan2 yg dia dpt tu, biarpun kaklong tak ajar) .Inisiatif dia sendiri nak menyebut, tapi kadangkala penggunaannya salah cth:


huda meh la makan,

no, i'm hungry..

eh, kata lapar, mehla makan

no, i'm hungry

(baru faham dia rupanya maksudkan dah kenyang..)

oh..katalah i'm full (errr..ada perkataan Inggeris lain bermaksud kenyang? kaklong pun bukan reti sangat b.i ni). Hungry tu maknanya lapar.


karakter:

a. suka bergurau tapi sensitif, mudah menangis


b. bila menangis tak puas hati, dia akan press press tangisannya ( tau tak kalau orang tekan minyak motor berulang2? begitulah gayanya.ha, time tu mmg nak kena kalau suruh diam tak mo diam),


c. akan pertahankan diri betul2 kalau dia rasa dia benar, kalau rasa dibuli dia akan lawan cukup2 siap menangis lagi (pernah sorang adik sepupu sakat dia, dia lawan betul2, bila rasa dia kalah, dia dtg mengadu kat kaklong sambil menangis "ada sorang lelaki tu kacau uda" hahaha..punyalah ayat budak ni).


d. Tak boleh ditegur keras kalau tengah mengamuk atau menangis, dia akan lagi melawan, kena slow talk.


e. Ada masa dia tak mo berkongsi permainan, masa ni mmg tak leh dekat ngan dia


f. Bila Alia (adiknya) buli dia, dia akan menangis tapi tak melawan, susah nak tengok dia balas balik kat adiknya tu

g. Pandai berimaginasi


- dulu, dia suka cerita dia ada sekolah, cikgu dia masak utk dia, kat sekolah ada itu ini (kemaruk minta nak masuk sekolah. tahun depanlah rasanya masukkan dia ke tadika)


- la ni, bila nak dpt adik, dia suka pegang perut kaklong, pas tu dia boleh imagine adiknya kat dlm perut tu tgh main komputerlah, tengah memasaklah..kaklong cakap mana boleh baby buat semua tu, dia kata boleh, masukkan komputer kecik sangat dalam perut ummi, masukkan dapur kecik sangat dalam perut ummi..ha, pandailah tu. Bila kaklong cakap baby duduk dalam air (air ketuban) dia terkejut dan membulatkan matanya tak percaya..pas tu dia cakap, oohh..dia berenang? ha, ya lah..


h. suka meleser2 kat ummi ngan ayah, dan dia akan cakap, "ayah..my best fren" atau "ummi..my best fren"

i. Dulu, kalau minta tolong rajin betul nak membantu tanpa alasan, bahkan boleh volunteer nak tolong, tapi la ni dah pandai bagi alasan tak mo tolong, " uda sakit perut", "uda gatal kaki (sambil garu kakinya tiba2), "uda minum susulah". Masa ni tak leh nak kata apa dahlah..



Itulah ratu hati kaklong yang ke 3 ni.



Dulu : Rambutnya panjang

Sekarang : Gara-gara gunting rambut sendiri, terpaksa ayahnya 'betul'kan balik, potong pendek terus, kalau tidak, rambutnya nampak bercapuk2..

Thursday, April 19, 2007

Angka 9

Salam,

Tak leh lelama, cuma nak kongsi kegembiraan di hati ini.

Hari ni 19.4.2004. Genap 9 tahun usia perkahwinan kaklong. Alhamdulillah. Tak sangka masa berlalu tanpa disedari.

Doa kaklong moga alam rumahtangga dan kehidupan berkeluarga kaklong dirahmati Allah sentiasa, kebahagiaan tanpa penghujungnya dan terpelihara daripada sebarang gangguan kejahatan dan hasad dengki syaitan, jin dan manusia; lelaki dan perempuan. Murah rezeki kami sekeluarga dan kesihatan yang baik tanpa sebarang penyakit2 yang merbahaya. Amin...

p.s. Terima kasih ya di atas komen2 di entri sblm ni.

Friday, February 9, 2007

Buat sementara waktu

Assalamualaikum,

Selepas memasukkan entri di bawah tadi, entri terbaru ini sekadar ingin memaklumkan yang saya akan berehat daripada blogging buat sementara waktu. Tak berani jamin tempohnya (entah2 esok blogging balik kahkahkah)

Oh ya, esok (Sabtu) 10 Februari adalah tarikh lahir saya ke 33 .

Andai umur saya panjang hingga esok hari dan seterusnya, terima kasih Allah kerana masih meneruskan kontrak nyawa saya ini :D.
Dapatlah saya meneruskan tugas sebagai hambaNYa, isteri, ibu, anak dan warga masyarakat.
Tiada yang lebih indah hidup di dunia ini apabila kita hidup bersendikan syahadah dan meninggalkan dunia ini dengan hembusan syahadah juga.

Terima kasih tidak terhingga kepada anda yang masih dan sudi menjenguk blog saya ini. Segala komen anda saya hargai. Kepada silent readers, terima kasih juga ya. Yang baik segalanya datang dari Allah, dan yang lemah itu daripada saya sendiri. Andai entri-entri saya ada menyematkan kebencian dan menyampah di hati anda, maafkan saya. Sedangkan Allah dan Rasul itu ada manusia yang berani caci maki, apatah lagi saya yang biasa ini.
So, selamat dan teruskan berblogging kepada anda semua :D.