Friday, January 5, 2007

Korban raya

Assalamualaikum,


Amaran: Gambar2 di bawah berkemungkinan mengganggu keselesaan tekak dan pemandangan anda.


Malam raya, kami bermalam di rmh mak saya. Lepas solat raya aidil adha, baru kami bertolak pulang ke rumah mil. Masa sampai sana, 3 ekor lembu telah selamat ditumbangkan (Rumah mil berdepan dngn surau lama tempat diadakan upacara korban). Masa saya p ke surau tu, kerja memasukkan daging2 korban ke dalam beg2 plastik untuk diagih2kan hampir selesai. Poning kopalo den bau hamis darah lombu..keneneng dibuek eiyy.



Ok..nikmatilah gambar2 di bawah;






Kulit kepala lembu. Ada yang berminat dngn isi kepala lembu. tu pasal kulitnya dibuang dulu.








Pisau yg dihunus tu untuk menunjukkan gigi lembu. Ada sorang kakak ni, mengangkut tulang kepala lembu ni ke rumahnya. Nak direbus katanya.







Ini lagi satu kepala lembu yang dah dibuang kulitnya. entah sapa pulak nak angkut bawak balik.






Inilah rupa perut lembu yang asal. Hijau kehitaman. Orang jawa panggil babat. Dah dibersihkan dah. Tinggal nak dibahagi2kan aje. First time tengok ni 8 tahun dulu, masa baru kawin. Terkejut masa tu sebab tengok ia tak dibersihkan dengan air kapur (tak salahnya) untuk diputihkan mcm dijual di pasar2 tu. Biasanya, lepas dibersihkan, direbus empuk. Lepas tu, ikut sukalah nak goreng atau buat masak kicap. Ini style masakan mil KL. Sampai la KL fail makan babat hijau ni. Kalau yg putih tu mmg feveretlah. Pernah cuba, tapi keluar balik. Kuat bau lembunya lagi, naknya time merebus..fuhh..kelembuannya memeningkan kepala. KL tak tau pulak masy. jawa kat tpt lain buat masak apa ngan babat hijau ni.





Bungkusan2 daging untuk diagih2kan





Acara paling ditunggu2. Sambil menunggu kaum bapa melapah dan memotong daging2 lembu. Kaum ibu pulak memasak sup tulang lembu kat surau tu gak. Makan ramai2 lepas selesai semuanya. Tapi, yang tak tahan tu, bau lembu masih kuat lagi. Daging segar katakan.







Duku langsat, dah ada yang masak elok dan setengah masak. Pokok ni kat tepi rmh mil

17 comments:

ontahsapo said...

langsat... huh....

13may said...

gambar panjat pokok langsat takde ker?? hehhe...

Zareda said...

Zar pun penin bau daging lembu kat rumah MIL.. asik lauk daging aje.. siang malam pagi petang. Zar memang tak kuat makan daging tapi hubby suka makan daging.. so zar carik ikan jugak bila dah asikkkkkk daging jer

maklang said...

kalau bau lembu tukan...boleh jadi patah selerakan.

ada sekali tu pi rumah orang kawin, dia masak gulai lembu, masih terasa kelembuannya....

Pisces said...

ingatkan ada 'kewanitaannya' jerk.. 'kelembuannya' pun ader erk.. atuk sy, sampai jerk daging korban tu, terus dia suruh goreng..

Mamamanja said...

salam kak..

buah duku langsat tu cam best jerk!

RaFFLeSiA MeRaH said...

dah pindah umah kak syikin yerk, janji jgn tutup blog sudah...oo, gitu rupenyer org lapah lembu yerk, kepala dia dogol jer rupernyer bila dah buang kulit, x penah tgk org buat keje2 ni, kalo nak tgk lembu2 nak kena korban dlm tv pun mata terkatup, sy ni cepat kesian, org kata kalo sian x leh mkn daging dia, tul ker ekk??

simah said...

syikin..or la ni nak kena address syikin kak long ker?

selamat berpindah ke rumah baru :0)

waaaa gerunnnnnnnn saya tengok kepala lembu tu.. nasib baik syikin tak tangkap masa darah terpercik...huwaaaaa...(dont m┼čnd me..satya ni penakut sikit bab bab nih hehe)

gambaq duku langsat tu... hmmm.. mesti sedap kan?.. marilah kita memakan buah buahan tropikal malaysia.. memang unik la.. :0)

oren said...

heh, hari tu Bil saya siap makan sup otak lembu...errkkk..dah takde benda yang nak dimakan sampai otak lembu pon depa rebus buat sup...eeiii....geli den..

hanisumayyah said...

Daging lembu korban kat dalam freeze mak beri tak masak lagi...rasa macam jemu tengok daging banyak sangat...tapi sup tu buat saya rasa laparlaah..

lindosh said...

bau lombu keneneng jadiknye kan..
*pening loya nak pensan*

ehehhe

Sastri said...

salam kak... baru berkesempatan berblogging dan baru 1st time masuk sini... kemas dan cantik...

sib baik tak pengsan nengok kepala lembu tu... Sas tak balik raya baru ni, huhuhu...

Shami said...

sodap nampak sup tu....he..he

P/s: terima kasih banyak2 bagi contact no k-ana tu, saya dah bersms dah dengan dia, menarik, cuma tunggu KL sms no hp haliza ja..nak bersembang tanya pengalaman dia...pulak...he..he

sya said...

dah pindah rumah rupanya.. Selamat Tahun Baru shykin..

Titicaca said...

tahun baru rumah baru yee..hehhe..selamat...selamat....
adoii..panjangnya word verification nih...

kasutVINCCI said...

memula td keliru. KL? Ingatkan Kuala Lumpur. Hahahahah... dah baca abih baru tau kak long. Best gak kak long. Cam lebih mesra gitu. Hehe

iv said...

iv nak jugak panggil kak syikin, sebab dah terbiasa.
kak syikin tq for that day..ALLAH saja balas jasa
sedap tu sup..tapi skang dah puas makan daging..stop jap...tunggu dua tiga minggu lagi , baru start makan lagi