Sunday, December 30, 2007

Asmaa dah 3 bulan

Salam,

Hari ni 30 Disember, genap Asmaa 3 bulan. Alhamdulillah dia sihat walafiat. Berat bulan lepas 5kg, tapi yang terbaru ni tak tahu lagi sebab 2 Jan nanti baru appointment suntikan dia. Badan dia kalau didukung rasa 'keras' dan tegap. Dia pun dah pandai menggenggam. Berborak style dia tu mmg dah, bahkan makin kuat suara dia bila berborak tu. Kalau dia memandang tepat pada kita, dia cukup suka membesarkan mata dia. Nampak bulat heheh. Tapi belum ada tanda2 dia nak pandai meniarap.

Sejak awal minggu ni, hari2 kaklong selitkan pesanan pada Asmaa kalau berborak ngan dia, lebih kurang, "Asmaa kalau duduk dengan orang jangan buat perangai, jangan suka menangis. Nanti orang tak suka. Duduk diam2 macam kat rumah tau." Dan macam biasa mata dia akan bulat besar memberi reaksi. Sambil mulutnya kumat kamit.

Hujung minggu ni memang tak kemana2 pun, suami ada hal. Jadi duduk rumah saja :D. Kepada Bro. Zino dan Rafflesia Merah, maaf tak de rezeki nak hadiri majlis kalian. Harap tak serik menjemput :D.

Friday, December 28, 2007

Muhasabah diri

Salam semua,

Saja nak share dgn semua akan fwd email yg kaklong dpt ni;

IBNU Qayyim al-Jauziyah, ulama dan tokoh gerakan dakwah Islamiah ialah murid ulama terbilang, Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah. Beliau mempunyai banyak karya ilmiah yang menjadi panduan dalam gerakan dakwah Islam.Ibu Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada 751 Hijrah (1350 Masihi)

Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu :-

Ilmu pengetahuan.
Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

Amalan.
Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

Kekayaan.
Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

Hati.
Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

Tubuh badan.
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

Cinta.
Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

Masa.
Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

Akal.
Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

Zikir.
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam Madarij al-Salikin, waktu tidur yang lebih baik adalah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira jam 10 malam.

Waktu yang tidak seharusnya kita tidur adalah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak.

Beliau berkata, tidur pada waktu itu tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Semoga kita mengambil pengajaran daripada kata2 Ibn al-Qayyim ni

Takziah kepada keluarga Benazir Bhutto atas kematian beliau yang mati ditembak. Al-Fatihah.
Hmm..bila pula ajal aku ni?

Seperti yang disarankan Simah, kaklong pun dapat semangat sikit nak kemas bilik belakang tu perlahan2. Memang tahan nafaslah time masuk bilik tu..sabor ajelah

Thursday, December 27, 2007

Masak daging lagi

Salam,

Lepas zuhur semalam p KL sefamili. Bukan shopping mopping, tapi urusan projek bosar den tahun dopan. Tak po, tibo maso eyy den akan citorkan...Kiro eyy somalan logolah..sobab dah solosoi satu bondo yang maha ponting.

Dalam perjalanan balik semalam, suami terima panggilan drp kawan dia, katanya nak datang rumah sefamili. Ok. Kepalo sey dah mengiro2 nak masak apo..hmm..apo yang adolah dlm poti ais tu. Jadinya, malam tadi jamu tetamu ngan daging masak lemak cili api, sotong masak kicap, ayam goreng. Tetamu tu pulak dtg bawak keropok lekor mentah..depa baru balik drp kampung. tak goreng lagi ni, nantilah.

Penatnya malam tadi, sampai ke pagi ni terasa. Lagi penat sekarang ni bila mengenangkan bilik belakang tu nak kena dikemas besar2an..Cik ti buat HAL!!!!!!!!!
Kalau najis dia tak merbahaya tak pe, tapi boleh jadi virus yg membunuh manusia! Tu yang takut tu. Banyaklah yang nak kena dibuang tu. Tak kuasa nak membela kain baju yang dah terkena najis dia tu.

Kalaulah kaklong ni bukan penggeli, mmg dah aku kejor2 cik ti tu sampai dapat, lepas tu ku cekik2 dia sampai arwah huhu...universiti mana tikus ni pi belajar pun tak taulah, boleh dia buat derk aje ngan makanan dlm perangkap tikus tu...adeh.

p.s. Eh, perasan pulak minggu ni hari2 buat entri, tapi nak blog kengkawan hari2 tu yang payah tu.

Tuesday, December 25, 2007

Cuti Krismas

Salam,

Curi masa sikit sebelum masuk tidur ni.

Hari ni tak kemana2 pun. Mak dan adik2 datang rumah kaklong dalam perjalanan pulang ke rumah daripada kampung. Mak mertua ada kirim daging korban sikit untuk mak.

Hari ni belajar masak nasi daging untuk kali keduanya. Hasilnya lebih baik daripada kali pertama dulu. Tak amik gambar la pulak. Nantilah, lenkali masak baru masukkan. Hmm...berderet resepi masakan daging dalam kepala ni, yelah nak menghabiskan daging korban yang ada dalam peti sejuk tu.

Monday, December 24, 2007

Yang Tertangguh dan Terlupa


Salam,


Ada perkara yang tertangguh dan seterusnya terlupa nak dimuatkan dalam blog ni masa tengah tak sihat mengandung hari tu.

Harijadi Aiman Fathi ke 7 : 14 Julai 2007.

Happy birthday Aiman
Happy birthday Aiman
Happy birthday Aiman
-Gambar kandid-
Moga jadi anak soleh, cemerlang dunia akhirat, murah rezeki dan sihat sentiasa serta cemerlang dalam pelajaran.

Sorilah Aiman, ummi tak sihat sangat ari tu nak buat entri, duk tertangguh terus terlupa nak buat entri birthdy Aiman.


Aiman ni happy go lucky orangnya. Susah nak tengok dia serius dalam sehari. Pandai melawak dan pandai juga merajuk. Pandai gak loyar buruk. Ada aje jawapan kelakarnya kalau menjawab kita bercakap. Bagus dalam pelajarannya. Suka tolong buat kerja rumah. Rajin melayan adik2, terutama suap adik2nya makan dan bermain sama2. Tapi dia paling rapat dengan kakaknya. Apa2 yang dia buat atau makan, mesti ingat kakak Husnanya dulu. Adik2 tempat ke dua. Dan buat masa ni dialah satu2nya anak lelaki kaklong. Harap2nya dia akan dapat adik lelaki pula lepas Asmaa. Amin.


15 tahun kematiannya : 20 Jun 2007

20 Jun 1992, tarikh tragedi yang memisahkan kami sekeluarga dengan arwah ayah. Tersentak dibuatnya. Kaklong bagaikan tak senang duduk di tempat kursus sebelum mendapat berita tragedi itu. Siapa tahu ia satu petanda buruk rupanya...Gagang telefon dipegang emak boleh terhempas ke lantai bila mendapat berita buruk itu.

Bagi yang belum mengetahui, ceritanya di bawah ini:



Ulangtahun ke 2 blogging: 17 September 2007

Tak sedar rupanya dah 2 tahun kaklong berblogging. Selama mana akan terus berblogging? Wallahu 'alam. Sesekali ada terdetik untuk berhenti, tetapi sayang pula. Tengoklah nanti.

Saturday, December 22, 2007

Pengorbanan di Aidiladha

Salam,


Di pagi Aidiladha lalu selepas solat raya, Asmaa turut berkorban. Rambutnya la...Sib baik member sporting morting tak menangis langsung masa ayahnya mencukur tu.













Selepas bercukur tu, barulah kami bersiap2 balik ke rumah mak kaklong dulu dan tengahari baru balik rumah mertua. Dua malam tidur di rumah mertua. Jumaat petang kami hadiri kenduri doa selamat untuk adik sepupu suami yang mengandung sulung. Orang dulu2 buat melenggang perutkan, tapi yang ni tak de upacara melenggang perut tu, setakat doa selamat tak salahnya. Pagi Sabtu ni kami balik ke Gombak semula. Dan seperti tahun2 sebelumnya, ruang beku peti ais rumah ni kaya dengan daging korban.


Sebenarnya, hampir saja kami beraya di Gombak dan tak balik rumah mak dan rumah mertua. Pertamanya mengenangkan Aiman belum pulih sepenuhnya, walaupun dah berani bergerak ke sana ke mari, turun naik tangga rumah tu. Bimbang dia akan rasa kesakitan kalau terhentak2 masa dalam perjalanan. Kedua, petang Rabu tu kaklong tak sihat tiba2. Perut masuk angin dan kepala jadi sakit semacam. Melepek. Siap muntah lagi tu. Dah lama sangat tak kena camtu. Makan panadol dan ubat gastrik. Bawa berbaring. Husna pula tolong urutkan kepala. Sib baik jari jemari dia kuat memicit. Lebih kurang 10 malam baru rasa ok sikit. Ingat nak balik bermalam raya di rumah mak kaklong, tapi tak jadi. Tak de mood nak mengemas pakaian. Masak2 malam raya lagilah tidak.


Tentang Aiman pula, dia dah mula berseluar malam Sabtu hari tu. Punyalah dia seronok, satu rumah mertua dia bising. Kalau tak berkain pelekat aje. Dia pun dah mula mandi sendiri pagi tadi (Sabtu), tapi katanya masih terasa sakit kalau tersentuh kuat kat tempat luka tu. Cuma yang pelik tu, setiap malam dia akan menangis sambil merintih2 sakit. Bila ditanya, dia kata dia tak sedar pun menangis tengah malam. Mengigaulah tu. Tapi dia cakap, dia mimpi kena sunat lagi...Adeh. Bak kata mak kaklong, traumalah tu :) . Tak taulah kot2 malam ni dia akan mengigau menangis lagi.

Penat masih terasa lagi ni. Walaupun keluar daripada rumah mertua pagi tadi, tapi kami singgah di Puchong membeli stok Phyto Fiber. Lepas tu, kami membeli barang2 dapur di Giant Batu Caves. Lebih kurang 5 petang lebih sampai rumah. Lepas maghrib, keluar lagi ikut suami hantar pesanan phyto fiber kat area Damansara. Sesat barat mencari tempat yang dijanji, sudahnya kami berjanji bertemu di luar Restoran Burger King dekat the Curve. Baru tau the Curve kat mana. Malam2 pun sesak kat situ ya? Tak ronda2 pun lepas tu, kami terus balik rumah. Sebelum tu, kami singgah kat restoran Mamak pekena thosai dan roti nan. Lotih mak lotih. Balik pulak buat entri blog. Bertambah lotih mak. Wa chow dulu...wassalaam.

Wednesday, December 19, 2007

Selamat Hari Raya

Salam semua,



SELAMAT HARI RAYA QURBAN BUAT SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.

Tuesday, December 18, 2007

Hal di rumah

Salam,


Semalam Aiman mula demam. Dia memang jenis tak tahan sakit, jadinya merengek2 aje la. Hari ni pun masih demam. Luka dia tu rasanya beransur kering. Kaklong tak check, ayahnya yang check. Masih ngilu lagi rasanya nak menengok. Semalam first time kaklong mandikan dia. Tak berani nak mandikan dia secara berdepan,takut ternampak lukanya tu, pitam lak kaklong.kaklong suruh dia duduk atas bangku membelakangkan kaklong. Menggunakan botol (ada gak yang tutup ngan plastik rasanya) utk menutup alat kelaminnya supaya tak terkena air sebab dia masih terasa pedih lagi. Jadi mudahlah memandikan dia. Kalau lepas buang air kecil pula, aiman sendiri akan membersihkannya dengan menggunakan wet tisu baby tu. Sorilah cerita ni sebagai panduan ibu bapa yang akan lalui pengalaman mcm kaklong bila anak dikhatan dengan cara tradisional.


Tadi kaklong ajar Husna cara membancuh tepung untuk menggoreng keledek dan cara memasukkan keledek yang nak digoreng tu ke dalam kuali. Seronoklah dia. Belajar benda baru. lepas tu kaklong ajar dia cara siang ikan, nampak terkial2 lagi. tak pelah, first try kan..Tahun depan dia darjah 3. Kena perlahan-lahan ajar dia buat urusan masak memasak ni. Rumah ni nanti akan ada 4 anak daro. sonang den insyaAllah heheh. Jangan maleh udah.



Asmaa pula masih dengan hobi dia kuat tidur. Cuma yang kaklong pelik tu, kalau dia kat tingkat bawah, susah nak nyenyak tidur. kejap2 terjaga.sib baik tak bising, terkebil2 aje. La ni bertambah rajin berborak dan tersenyum. Tapi kalau kat bilik atas, lama tul dia tidur. sampai lupa kita ni ada baby kecik hehee.



Alia dan Huda macam biasa aje. Cuma aktiviti terbaru depa, suka basuh botol susu masing2. Siap berdiri atas kusyen bulat kat sinki tu. Tapi kena monitor la. Ari tu dah terkena, sabun pinggan yang tinggal suku botol habis digunakan untuk basuh 2 botol susu aje! Sedap betul depa main air sabun...Kena warning dah. Kalau guna banyak sabun lagi lepas ni, kena denda tak boleh basuh botol lagi. hehee, tau takut. Sekarang depa pandai minta kaklong letakkan kuantiti sabun dlm bekasnya, jadi depa pun guna yg itu ajelah. Tak de nak memandai2 tambah sendiri lagi. Kalau tak tu, semua nak buat sendiri.
Camner ya orang yang anak berbelas2 tu? Hmmm...kagum kagum...

Monday, December 17, 2007

Berkhatan: Kesian Aiman










Sebelum & Selepas




Salam,

Aiman balik daripada berkhatan petang Sabtu hari tu, kaklong ada di halaman rumah. Dia keluar aje daripada kereta terus cakap, "Ummi..sakit" dengan kerut mukanya.

Suami terus bawa dia naik ke bilik atas, tali rapia digunakan sebagai pengikat untuk menggantung kain pelekat dengan spring katil atas (katil 2 tingkat).

Baring aje, dia dah mula mengaduh sakit. Ubat bius dah habis. Siannya dia, menangis2 sakit. Umminya ni sama tumpang nangis, kesian kat dia. tak tau nak buat apa utk tolong dia. Suami pun sampai cakap," nak nangis nangislah. ayah tau sakit. ayah dulu pun sakit juga," lebih kurang gitu ayatnya.

Adalah dalam setengah jam dia menangis2. Sakit..sakit..dia menggongoi. Dahlah member jenis tak tahan sakit, kena camtu lagilah. Suami pun tak bagi kaklong dekat ngan Aiman, sebabnya dia tengok riak muka kaklong yg takut, cemas , campur menangis tu. lagi haru. Suamilah duk pujuk dia. Biarlah, ni hal anak lelaki - ayahkan..

Lepas tu baru dia tertidur. Kata suami, tidur tu cara terbaik untuk dia berehat.

Yang kaklong pulak, sebelum tu secara tak sengaja telah terlihat luka khatannya tu masa nak betulkan cara Aiman berbaring, terus semacam rasa badan kaklong. Berderau darah. Sesak dada dibuatnya. Apa taknya, doktor tu guna cara lama, bius + potong + jahit. Tak balut pula tu. Dahlah kaklong ni mudah ngilu dan ngeri tengok luka2 macam tu. Ni bila kaklong cerita ni, rasa seram sejuk badan. Nak demam pun ada rasanya. Terukkan?

(Gambar tu adalah hamper yang aiman dpt lepas berkhatan: pensil 2 btg, cawan utk stack, cawan milo, buku iqra')

Kesannnya, kaklong jadi takut nak uruskan Aiman sebab takut terlihat lukanya tu. Suamilah yang tolong uruskan dia ke tandas, suapkan dia makan, bagi dia makan ubat antibiotik dan tahan sakit sepanjang Sabtu dan Ahad tu. Suami nak keluar rumah dalam 2 hari tupun kaklong jadi takut dan tak yakin nak uruskan Aiman. Sib baik waktu-waktu suami keluar tu Aiman tidur. Teruk betul, masa berpantang dulu tak delah rasa camni.

Cerita Aiman semula, lewat petang Sabtu, dia dah terjaga dan nak tengok citer kartun. Bawalah dia turun. Sib baik ada buaian besi adiknya, bolehlah tali rapia diikat kat situ utk menggantungkan kain pelekatnya.


Waktu tidur malam, bawa dia naik atas semula. Kesiannya, tengah malam tu pedih lukanya terasa balik, tak boleh tidur lenalah dia. Kejap2 menangis. Suami yang menemankan dia tidur. Tepuk2 dia. Cerita suami, baru nak terlelap, terjaga balik sebab Aiman kejap2 menangis. Kaklong pun selorohlah, ha, camtulah ibu2 yg tak cukup tidur sebab berjaga malam waktu anak2 sakit. Sengih aje suami. hehehe.



Hari Ahad pula, Aiman rehat kat bawah gak. Sib baik dia jenis tak lasak. Baring ajelah. Kalau tak, mau meleleh keluar lagi darahnya. Tapi yang kesiannya si Hudalah, tolong tukarkan channel kartun Astro kegemaran abangnya. Mana taknya, remote control rosak, tu kena guna cara manual. Kejap2 panggil Huda. Sib baik Huda nak tolong abangnya yang sakit tu. Dia ikut ajelah perintah abangnya. Kalau tak... Malam tadi, alhamdulillah dia boleh tidur sampai pagi, cuma sebelum tidur tu dia terasa sakit lagi sikit2.


Petang Ahad pula mak mertua, adik Ipar dan isterinya datang ke rumah. Husna pun balik sama. Seronok tul rasanya. Adik2nya menjerit2 tengok kakak balik. Malam tu pula mak dan adik2 kaklong datang ziarah Aiman gak. Sengih la AIman dapat angpau.


Pagi Isnin ni, suami dah keluar bekerja. Dia sempat pesan camner nak uruskan Aiman, terutama hal ke tandas. Kejap tadi, Aiman nak ke tandas kaklong tolong bangunkan dia, siap tutup2 mata lagi tu takut ternampak luka dia. Aiman tersengih2 tengok gelagat kaklong yang seriau dan takut tu. Entah apa2 kaklong ni. Entah, semacam betul rasanya bila teringatkan lukanya tu..Tapi Aiman dah tau cara nak bersihkan tanpa rasa sakit lepas buang air tu. Oklah, tak perlu kaklong nak tolong cucikan. Mau pengsan den.


Kaklong perasan satu. Aiman jadi berselera makan. Budak lepas berkhatan mmg berselera makan ke? Ada sapa2 berpengalaman bab selera makan ni? Pengalaman sendiri ke, orang lain ke?


Sayang ler pulak Aiman tak mo join acara mandi air bomba. Dia takmo join sebab tak tahan sejuk. Mamat kecik tu mmg mandi air panas aje kat rumah. Sib baik ada shower. Rugilah kaklong rasa, sebab ini peluang seumur hidup sekali. Anggota bomba pun tak mandi air bomba tau!!!!





Nota: Majlis berkhatan diadakan di masjid tempat kerja suami.

Saturday, December 15, 2007

Bila Rindu..

Salam,

Hati ni makin resah. Rindu tak tertahan. Biar bercakap hari2 dalam telefon, tapi takkan sama dengan bertemu yang empunya diri. Dah seminggu dia tidak bersama kami. Kaklong fikir ok aje dia tak de sebab anak2 yang lain ada. Tapi sangkaan tu salah rupanya.

"Dia adalah dia. Takkan sama dengan yang lain," itu yang kaklong cakapkan pada suami bila dia mengusik anak ada 4 yang lain, takkan rindu gak kot. Dan suami setuju dengan cakap kaklong tu. hehe.

Selasa lepas, kami sekeluarga join dinner yang dianjurkan oleh jbtn tempat kerja suami. Masa makan tu, hati teringat kat dia. Sedih dia tak de sama. Tak sangka suami pun menyebut lebih kurang, "Kalau Husna ada ni, mesti dia makan banyak, adik2 dia mana nak makan sangat"

Dua malam lepas kalau tak salah, masa nak tidur hati menjadi2 rindu. Dada tu rasa sesak. Rasa nak kejut paksa suami balik rumah mil malam tu jugak. Tapi tak boleh sebab suami nak kerja esoknya.

La ni, bila cakap dengan dia dalam telefon, nada kaklong sebak, dia pun sama. Dia pun kata tak sabar nak balik dah. Cuma masa tak mengizinkan suami untuk mengambil dia pulang dan mak mertua untuk menghantar dia ke sini. Tengoklah nanti, esok (Ahad) ke mbahnya hantar. Kaklong nak balik mengambil memang tak boleh dah sebab Aiman pula bersunat hari ni. Sapa pula nak menjaganya nanti. Dahlah, hati makin sebak ni. Kakak..ummi rindukan kakak (sob..sob..sob...)

Friday, December 14, 2007

Kematian: Takziah Simah

Salam semua,

Takziah kepada rakan blogger kita, Simah di atas kembalinya bapa mertua beliau ke rahmatullah. InsyaAllah, rohnya diberkati dan berada di kalangan solihin. Buat Simah dan keluarga suami beliau di Turki, moga kalian peroleh kekuatan untuk meneruskan kehidupan.

Al-Fatihah.

p.s. Yang kaklong kagum tu, begitu besar sumbangan arwah bapa mertua Simah pada negara hinggakan upacara pengkebumiannya adalah National Funeral. Bukan itu sahaja, Presiden dan Perdana Menteri Turki sanggup mengusung keranda jenazah. Belum lagi ribuan rakyat yang hadir. Bayangkan, hari itu sahaja entah ribuan al-Fatihah yang disedekahkan kepada jenazah. Beruntungnya...

Thursday, December 13, 2007

Akan berkhatan

Salam semua,

Nanti kaklong jawab komen2 kat entri2 di bawah, insyaAllah.

Ni nak tanyalah pada semua ibu bapa bloggers yang berpengalaman anak lelaki dah berkhatan, ada pantang makan apa2 tak selepas berkhatan? Sebabnya hujung minggu ni Aiman akan berkhatan, insyaAllah. Tu kaklong duk terfikir soal pantang larang makanan nak elak kot2 berlaku gatal2 kat tempat luka tu ke. Atau belasah aje makan apa2. Isy..mmg tak reti ni. Terima kasih didahulukan :D.

Wednesday, December 12, 2007

Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman



Assalamualaikum wbth..

Hari Jumaat minggu lepas kaklong menerima bungkusan pos laju. Hati berbunga riang sebab yang dinanti telah tiba. Tak sabar menunggu lama, kaklong membuka bungkusan tersebut dan membelek2 helaian demi helaian. Sesekali mata singgah di halaman2 tertentu dan membacanya penuh khusyuk. Sesekali air mata bergenang, terasa bulu roma meremang. Sesungguhnya buku ini mempunyai 'roh'nya yang tersendiri. Itu baru baca beberapa muka surat yang tertentu tu, belum bermula daripada awal lagi.

Dan pada hari Isnin lepas, Kaklong dah khatam membacanya. Best buku ni. Gaya penceritaan yang menarik. Santai. Ada ala2 novel gitu. Buat tak jemu menatap dan membacanya. Tajuknya seriuskan, tapi membuatkan hati ingin mengulang membacanya. Lagi satu, kaklong suka tulisannya yang besar2. Puas hati membacanya.

Penulis merakamkan pengalamannya mengerjakan haji bersama isteri, kakak dan adiknya bermula daripada beberapa bulan sebelum berangkat ke tanah suci sehinggalah kepulangan mereka ke tanahair. Yang melekat dihati bila membacanya ialah ia diceritakan dengan penuh keikhlasan dan penuh perasaan dan secara santai oleh seorang Prof. yang mengaku kejahilan diri dalam urusan agama tetapi beliau berazam ingin menjadi tetamu Allah paling istimewa di tanah suci nanti. Bukan senang tau untuk kita mengaku kelemahan diri dan kelemahan itu dibaca oleh khalayak ramai.

Dan keazaman itulah yang membawa beliau bersungguh2 beramal ibadah sebelum ke tanah suci dengan doa2 beliau yang tersendiri dan bila berada di tanah suci beliau berusaha mengerjakan dan menjiwai setiap amalan haji dengan penuh kesungguhan hinggakan sebelum ini beliau seorang yang tidak tahu membaca al-Quran telah berjaya mengkhatamnya di sana! Bahkan setiap kali ingin melakukan sesuatu beliau tidak lekang dengan doa supaya ia dipermudahkan.

Begitu juga dengan cerita beliau dan strepsils (ubat sakit tekak), cerita teori saf beliau untuk memastikan beliau dapat solat sehampir mungkin dengan imam, bagaimana beliau berkongsi tips untuk mudah mencium hajar al-aswad. (Bagi mereka yang belum pernah ke sana pasti fikir senang untuk mencium batu tersebut, tapi bagi kaklong yang pernah mengerjakan umrah dan berpeluang mencium batu tersebut memang bukan senang untuk mendapat peluang demikian), kisah golf, kisah rokok, kisah nampak tak nampak kaabah, cerita shopping, kisah jubah mahal, kisah Malaikat dan wali Allah (ini membuatkan kaklong tersenyum sendiri), kisah orang tak jaga kebersihan, kisah orang suka berebut, kisah apa yang beliau dan isteri lakukan dengan sejumlah wang ribuan ringgit yang dihadiahkan oleh sanak saudara dan taulan dan cerita kak Roza (isteri beliau) yang sedih dengan kedatangan haid di bumi Madinah tetapi tanpa sedar ia mempunyai hikmah yang tersendiri, kisah di raudhah. Dan betapa beliau berusaha memastikan orang lain boleh juga solat di saf2 yang sentiasa menjadi rebutan (jangan tak tau, dalam ibadah haji juga orang boleh jadi begitu kedekut)

Eh, pelbagai lagilah cerita menarik yang dikongsi bersama ketika di sana termasuk kemuncak perubahan utama selepas beliau kembali daripada mengerjakan haji ialah beliau dan anak2 berjaya menghidupkan surau kondo Kemuncak, Shah Alam (cumanya tak tau lagi sapa pula akan menghidupkannya setelah prof. berpindah nanti, harap2 ada yang meneruskannya). Dan bagaimana luahan rasa beliau samada beliau mampu atau tidak untuk terus melakukan ibadah2 sunat yang biasa di amalkan di tanah suci dan lain-lain lagi. Dan pengalaman beliau dalam penulisan akademik juga tidak ketinggalan apabila beliau melampirkan ilustrasi2 berkaitan dengan doa2 beliau (bukan doa2 khusus dalam ibadah haji) , laluan melontar, dan hajar aswad.

Paling penting, pengajaran utama yang kita akan dapat bila tamat membaca buku ini ialah SENTIASA BERKOMUNIKASI/BERDOA DENGAN ALLAH UNTUK MENDAPATKAN APA YANG KITA INGINKAN, biar kecil mana pun urusan dan kehendak kita, berdoalah padaNya. Tidak kira dalam bahasa apa sekalipun. Yang penting ia penuh keikhlasan dan rendah diri.

Kedua, buku ini membuatkan kita koreksi diri apa yang kita kehendaki daripada mengerjakan haji.

Ketiga, kesan ibadah haji kepada individu samada masih menjadikan diri kita orang yang sama seperti sebelum mengerjakannya, atau insan yang lebih baik atau lebih teruk (menakutkan bila Prof. menceritakan ada yang masih berzina walaupun dah balik daripada haji).

Eh, belilah, tak rugi tau. Elok juga dijadikan hadiah kepada bakal haji, bakal mengerjakan umrah. Tak rugi RM 26 anda untuk sebuah buku ni. Dan, jangan salah anggap, kaklong tak dapat komisyen pun bila tolong promote ni. Boleh contact Prof. Muhd Kamil Ibrahim ni di 019-3154444 untuk pembelian. Oh ya, Prof. MKI ni juga seorang blogger : http://www.muhdkamil.net/mystory/

Dan kaklong harap sangat buku ini juga boleh dicetak di dalam bahasa inggeris (bahasa lain juga) untuk orang-orang Islam dan bukan Islam yang tidak pandai berbahasa Melayu kerana ia satu bahan bacaan yang menarik.

Monday, December 10, 2007

Malas

Malas sangat ari ni...

(p.s.nantikan ulasan kaklong mengenai buku TRAVELOG HAJI: MENGUBAH SEMPADAN IMAN)

Thursday, December 6, 2007

Khatam al-Quran

Bismillahirrahmanirrahiim...

Tahniah kepada Farhan, anak K. Lady yang dah khatam Quran. Grand you...siap berarak masuk dalam dewan. Raca macam majlis konvo. Tak pe, sebagai menghargai anak2 yang dah khatam quran. Depa pun terasa dihargaikan. Ya tak? Kaklong doakan Farhan terus membaca Quran sentiasa. Bekal tambahan kat dalam kubur dan akhirat nantikan.

Itulah, bercakap pasal khatam Quran ni. Berapa ramai daripada kita yang istiqamah terus membaca bila dah tamat buat kali pertama tu? Sebabnya apa, takut ramai yang fikir yang penting dah tamat sekali tu dahlah. Buat apa nak baca lagi. Tolak tepi. Tapi time bermasalah, barulah kelam kabut baca Quran nak tenangkan hati. Seolah2 Quran tu hanya berguna time kita susah, dan time kita senang, kita tolak ia ke tepi.

Sedangkan Al-Quran tu panduan hidup kita. Kalau baca terjemahan Al Quran tu, nampak akan kehebatan dan kekuasaan ALlah, menambahkan keyakinan kita pada Dia. Dalam Al Quran tu ada topik keesaan Dia, sejarah, sains, geografi, hal ehwal rumahtangga, ekonomi, undang-undang, politik, kemasayarakatan dll. Jadi, bila kerap baca Quran tu, hati kita bukan takat sentiasa tenang, tapi ilmu pun bertambah sebenarnya, bahkan ia juga jalan atau petunjuk penyelesaian kepada masalah2 yang kita hadapi.

Sekurang-kurangnya dapat sebaris ayat (kalau malas sangat tu) sehari, dapat gak kita pahalakan. Nak tunggu tua baru nak baca semula, tak patut la pulakkan. Dahlah Dia bagi kita rezeki hari2, boleh makan minum, pancaindera yang lengkap; boleh melihat, menghidu, memegang, merasa. Ada keluarga bahagia. Pangkat kerja berganda. Takkan sebaris ayat pun liat benarkan? Lagi satu, kalau tunggu tua tu, ada jaminan ke kita hidup sampai ke tua? Takut sempat sampai usia tua pun, kita sihat betulkah ketika itu, atau kot2 mata dah tak nampak ke atau dah nyanyuk ke atau kat wad icu ke.

Cuba bayangkan, dalam jutaan manusia kat dunia ni, kita terpilih untuk mempercayai dan menyakini Dia yang menciptakan alam ini. Kena hargailah cahaya iman yang kita dapat tu. Apatah lagi jika iman tu kita warisi. Ada orang kesian, kena mencari hidayah tu. Rajin baca al-Quran (dgn syarat betul tajwidnya), kita juga yang untung. Ia membantu memberatkan timbangan amal kita. Allah tak rugi satu zarah pun kalau kita tak mo beramal, sebab dia MAHA KAYA. Kita aje yang takut nanti kayap di sini dan di alam sana nanti.

Hmm..buat peringatan diri sendiri yang sering lupa diri sebenarnya.

Jadi Rebutan

Bismillahirrahmanirrahiim...

Bila beranak ramai ni, kaklong perasan kalau

a. keluar berjalan, anak-anak berebut nak menyelit dengan kaklong. Tak kira anak besor ke, anak kecik ke. Kalau duduk dalam kereta, wajib berebut nak duduk sebelah kaklong sampai menangis2 yang berebut. Masalahnya tu, kalau duduk tu mesti betul2 sebelah kaklong, maknanya kaklong kena duduk tengah2 la, dan yang berjaya tu akan duduk sebelah kanan sorang dan sebelah kiri sorang. Yang tak dapat duduk sebelah menyebelah kaklong pulak akan merajuk atau menangis2. Yang kesiannya kat anak yang besarla, selalu makan ati sebab kena mengalah. Jarang dapat peluang. Susah bila jadi rebutan ni tau.

b. makan kat kedai, pun sama keadaannya. Siap boleh menangis nak duduk sebelah kaklong. Kalau suruh duduk sebaris tak mo. Mesti nak duduk sebelah kaklong gak. Biasanya si Hudalah ni. Suruh duduk berdepan ngan kaklong, kadang-kadang mau, kadang2 tak mau. Sudahnya ada yang makan hati gak. Biasanya anak besor kena mengalah lagi, jarang si adik sporting bagi can. Susah tau bila jadi rebutan ni.

c. ronda-ronda kat shopping complex tu, mesti berebut nak pegang tangan kaklong. Biasanya antara Huda dan Alia. Dahlah sebelah tangan kaklong pegang baby. Kalau yang tak dapat tu, muncunglah berjalan pegang tangan dengan ayahnya. Atau menangis-nangis dulu. Tapi kalau ayahnya yang dukung baby. Gembiralah Huda dan Alia dapat pegang tangan kaklong sambil berjalan. Susah tau bila jadi rebutan ni.

d. tidur tu, mesti nak sebelah menyebelah kaklong. Ni si Huda dan Alia gak. Masa minggu pertama balik ke rumah time berpantang tu. Kaklong terpaksa tidur dengan Huda dan Alia ni dulu. Biasanya kat tilam bawah. Kena tidur kat tengah-tengah. Kalau tak ikut, menangis tu tok sah katalah. Jadi, kenalah tidur kat tengah. Bila depa dah nyenyak, barulah naik tidur atas katil dengan baby. Tapi lama2 tu kena tegas jugak ngan depa, kena belajar tidur tak de ummi kat sebelah. La ni, ok sikit. Tapi, kekadang tu waktu hampir pagi, salah seorang atau dua2 akan naik atas katil, tak dapat tidur kat sebelah, tidur kat tepi hujung kaki pun jadilah. Sabor ajelah. Sikit punya bijak si Huda pernah tanya, nape ayah boleh tidur dengan ummi? Satu hal nak terangkan plak. Susah tau bila jadi rebutan ni.

Tak pelahkan, layan ajelah sementara anak masih nak dengan kita, tandanya depa sayang kat kita. Ya tak?

Monday, December 3, 2007

Korum, Demam dan Agar-agar


Bismillahirrahmanirrahiim. Assalamualaikum wbth.

Minggu ni, ahli rumah kaklong tak cukup korum. Husna dan Aiman duduk rumah mil. Malam Sabtu lepas kami balik rumah mil dan depa volunteer nak tinggal sana sampai hujung minggu ni. Alia dan Huda awal-awal tak mo tinggal sana. Maklumlah ada geng baru, sapa lagi kalau bukan si Asmaa. Sunyilah sikit rumah ni daripada biasa, tapi bising tetap on terutama part berebut pc tu. Sabor ajelah.


Gambar kandid - Si Huda tu sambil menunggu giliran dia guna pc sempat menyusu lagi, sesekali tunjuk kat Alia nak main game camner. Antara website feveret depa pbs kids, jojo circus dll.



Ahad malam, lepas maghrib kami bawa Asmaa pi suntik triantrix+ubat polio. Menangis gak dia. Malam tu meragam, agaknya dia rasa sengal kat bahagian injection tu. Tak pernah meragam camtu. Asal terjaga dia nangis, minum susu pun boleh menangis. Sian pulak. Tuam kat tempat suntikan tu dan bagi makan ubat demam siap2 tak mo bagi dia demam. Syukurlah jam 2 pagi ke atas dia boleh tidur sampai ke pagi tanpa meragam pulak. Cumanya bangun pagi Isnin tu, dia demam jugak. Risau dia meragam aje, tapi syukurlah dia tak meragam langsung. Bagi makan ubat dan minum susu. Dia tidur nyenyak lepas tu. Anak2 kaklong semua camtu, lepas kena suntik memang demam jawabnya. Hari ni alhamdulillah, demam dia dah kebah.


Gambar semalam- Baby demam tidur nyenyak. Ummi punya hal la tu ajar dia tidur peluk bantal, konon takut dia tak nyenyak tidur sebab demam. Sudahnya Asmaa sendiri kalihkan badan dan tidur menelentang hehehe .



Ada ada sesiapa yang biasa buat agar2 bersantan ni tak? Kaklong ni baru belajar buat agar2 bersantan.
Nak tanya, kalau buat agar2 bersantan pandan ni, mesti tambah pewarna hijau ke? Sebabnya k.long hanya guna air perahan daun pandan semata dan tak sengaja terbiarkan ia lama menggelegak, dah naik ke atas air perahan tu, tak sangka warna hijau pandan tu berkumpul kat atas. Dan lapisan bawah tu warna hijaunya jadi pucat.Kalau kalian perasan kaler atas agar2 tu macam berbelak2 ngan warna hijau tu. Tu air perahan pandan yang terkumpul di atas tu la. Boleh tunjuk ajar saya? Terima kasih didahulukan :D .




Saturday, December 1, 2007

Asmaa dan Aquaria KLCC

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbth.


Akhirnya...dapat juga kaklong buka blogspot dan sign in. Semenjak Khamis lepas kaklong cuba masuk blogspot, email yahoo dan gmail, tetapi tak tak boleh. Navigation blocked katanya. Sabor ajelah.


Ok, nak bagitau yang Asmaa dah berusia 2 bulan tau pada Jumaat, 30 Nov. Antara perkembangannya yang terkini;

1. Mula banyak tersenyum bila bercakap2 dengan dia.
2. Mula nak 'berborak'. Masa ni la alahai...rasa tak mo buat kerja lain. Seronok layan dia 'berborak'
3. Pandai borak sorang2 gak.
4. Mula banyak berjaga
5. Pandai tengok tv
6. Suka mendongak kalau ada orang duduk kat hujung kepala dia atau lalu kat tepi dia.
7. Paling penting, alhamdulillah dia jenis tak meragam. Kalau p jalan2 tu dia tengah tidur. Dia memang akan tidur nyenyak sampai ke sudah. Kalau terjaga pun, nak susu aje. Dah kenyang, tidur balik. Tu yang berani bawak dia p jalan2 tu hehe.








Ok, pada Rabu lepas (28 Nov.), kami membawa anak2 ke Aquaria KLCC. Kaklong ingatkan hanya ada pelbagai spesis ikan sahaja, rupanya ada haiwan-haiwan lain juga. Jom tengok gambar2 yang kaklong sisipkan di bawah ini;








Ya ampun, tak dan nak jawab komen2 yang ada kat entri2 sebelum ni. Nak dapat buat entri pun payah. Tapi nak jawab juga insyaAllah, harap tak marah ya. Nak ronda semua blog yang tersenarai kat tepi blog ni pun tak dapat nak buat hari2. Ingatkan lepas berpantang bolehlah nak santai2 depan pc berjam2, idak le boleh ghupenya, terutama musim cuti sekolah ni, kena buat giliran dengan anak2, sapa yang guna pc dulu. Pendek kata, 5 orang duk bergilir guna pc kat rumah ni, tu tak termasuk suami. Sabor ajelah.

Tuesday, November 27, 2007

Bukit Merah Laketown Resort

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum semua,

Ok, pada 10-12 Nov. lalu ( 10 hb. tu adalah hari k 40 k.long berpantang hehehe) kaklong dan anak2 mengikut suami berkursus. Jadinya nak kongsi sikit gambar dan maklumat ngan kalian terutama yang belum pernah ke sana.



Hotel penginapan ni terletak kat pusat Resort nilah. 3 tkt semuanya. Bilik ni kaklong suka, dan boleh muat 5 dewasa. 1 katil kelamin, 1 katil single dan ada pull out bed serta sofa panjang (kaler ijau tu) bila diangkat kusyen penyandarnya jadi 1 katil single.




Kolam renang kanak2 & dewasa ni betul2 di sebelah hotel.
Sib baik kolam kanak2 ni Alia boleh masuk; paras pinggang dialah.








Kawasan ni dipanggil Marina village. Ia merupakan bangunan yg terletaknya pej.urusan MKLand, kaunter tiket, gerai2 makanan, cenderamata, tempat permainan kanak2, surau, tandas, bilik seminar hotel, restoran hotel dan siber cafe.
Air pancut dan papan tanda tu kat tengah2 kawasan bangunan.





Gerai makanan ni terletak kat Marina Village. Rege makanannya untuk orang KL kira murahlah kot, macam nasi goreng sepinggan dalam RM 2.50. Rasanya? Ha, itu ikut citarasa masing2. Kedai2 cenderamata bertentangan dengan gerai2 makanan ni (lupe amik gambor). Barangan cenderamata pun ok regenya, terutama key chain .



Ini antara kawasan permainan kanak2 yg terletak dalam kawasan marina village. Tapi kena bayor u...RM 2 satu kepala. Permainan yang guna token RM 1 dan RM 2pun banyak. Pendek kata, siapkan ajelah duitnya untuk bagi anak2 bermain. Oh ya, karaosel (sori kalau salah eja) pun ada. Permainan utnuk remaja pun ada macam snooker dan video game machine(apa nama khasnya lupe le). Dan kawasan permainannya terbuka.




Keretapi kanak2 ni terletak di hujung marina village, sebelah dengan gerai2 makanan dan cenderamata. ni RM 4 satu kepala. Kopak RM 16 bagi semua anak kaklong naik, tak pelah, sesekalikan. Lagi satu, yang gondola tu, apa ke nama khasnya mcm eye on M'sia tulah.. dan 2 lagi lupa nak amik gambor gak.



Anak-anak bergambar membelakangkan Jeti Bukit Merah. Nak ke pulau Orang Utan kena naik bot daripada Jeti nilah.







Ok, ini adalah contoh tiket nak masuk ke Ecopark (mini zoo), Taman Tema Air ( satu tiket boleh 5x keluar masuk), Pulau Orang Utan, naik skylift atau sky cycle. Beli satu2 mahal regenya. Baik beli tiket pakej RM 39 utk dewasa. Still boleh masuk taman tema air tu 5x.







Naik bot dalam 10 minit kot nak ke Pulau Orang Utan.








Antara anak orang utan dan orang utan dewasa yang ada. Antara kita dan orang utan ni terpisah dengan kawasan berpagar dan berbumbung. Bahkan ada pagar elektrik lagi untuk keselamatan pengunjung. Jangan tak tau, kekuatan seekor orang utan dewasa menyamai kekuatan 10 lelaki dewasa, tapi kalau lelaki tu mcm the Undertaker ke , Hulk Hogan ke, tak taula kot2 depa sorang boleh debik si orang utan dewasa tukan. Orang2 utan ni ada nama masing2. Kaklong dah lupa. Sori.


Watertheme park ni mmg best untuk kanak2. Tengoklah Alia dan Huda tu, sampai tunjuk peace sebab seronok main air. Tak dalam pula tu. Gambar sebelah kanan tu, yang warna lantai kolamnya kebiruan tu lagi dalam daripada kolam yang kaler coklat ni. Tapi Alia masih boleh bermain sebab airnya paras pinggang Alia aje. Oh ya, pakaian bebas, tapi untuk gelunsur dewasa wajib pakaian pakaian mandi. Sebenarnya taman tema ni luas, tapi kaklong tak pi meronda. Husna, Aiman dan ayahnya aje yang p kat tempat dewasa. Kaklong duduk kat area kanak2 ni tengokkan si Huda dan Alia. Kat sini boleh sewa pelampung dewasa, tapi tuala kena bawa sendiri, tak de sewa.


Ok, masa ni kaklong berdiri kat kawasan jeti. Nampak macam jaring tu? Itu kawasan zon memancing.







Ini perkampungan air, terletak di hujung jeti. Berhadapan dengan pintu masuk ke Ecopark. Mahai ooo satu unit tu utk semalam.. kalau duit terlebih tu, bolehlah.





Dan gambar2 binatang kat bawah ni adalah sebahagian haiwan dalam Ecopark. Kawasan ni bertutup dengan jaring besar disebabkan ada haiwan2 yang dibiarkan bebas macam anak kera. Pengunjung dibenarkan memberi makanan pada haiwan2 ni tu sebab depa kat dalam ni jinak semacam. Dan ada pertunjukan haiwan mengikut jadual. Yang nak lebih adventure, ada malam tertentu untuk pengunjung melihat life style binatang2 ni terutama buaya, ular. Ok, di Ecopark ni mulanya naik skylift untuk turun ke bawah dan berhenti di taman tema air. Syaratnya satu aje, kanak2 mesti tidak kurang 90cm ketinggiannya. Tapi kaklong tak bagi Aiman dan Husna naik sebabnya skylift tu tak de palang penghalang kat bahagian perut, agak bahaya untuk keselamatan kanak2 sebenarnya terutama yang jenis lasak tu. Harapnya depa amik inisiatif nak pasang palang. Tinggi ooo.Err..jgn le pulak MK Land saman kaklong pasal skylift ni. Ya ampun...








Banyak lagi aktiviti boleh dilakukan. Oh ya, Banyak penginapan lagi seperti apartment tapi kena berkeretalah nak ke tempat2 aktiviti ni. Kat kawasan apartment tu pun ada aktiviti tersendiri, cumanya kaklong tak sempat tinjau sana. Secara keseluruhannya resort ni memang mesra kanak2. Tak boringlah depa, cuma kita mak bapak kena sediakan duit lebih, sebab semua permainannya mau fulus yang... Yang kaklong suka gak tu, surau senang dicari, dalam taman tema air ada surau, kat marina village tu pun ada surau. Ok, nak tau lanjut, sila surf http://www.bukitmerahresort.com.my/

Monday, November 26, 2007

MoNdAy BlUeSS ???

Kebosanan melanda diriku
Walhal kerja rumah tengah banyak..Monday bluesssss ka????
...adessssssss

Thursday, November 22, 2007

Tahniah Husna dan Adikku

Assalamualaikum,

Gambar2 di bawah ni merupakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik di sekolah anak2 Kaklong. Rezeki Husna dapat naik pentas tahun ni untuk menerima hadiah di tempat ke 4 dalam kelas dan dua mata pelajaran terbaik; B. Melayu - Penulisan dan Sains. Tahun lepas dia dapat tempat pertama dan dua mata pelajaran terbaik juga.

Kesian gak kat Aiman tak dapat naik pentas. Belum rezeki dia tahun ni. Kaklong cakap kat Aiman, tahun depan kalau nak merasa naik pentas terima hadiah, kena lebih kuat belajar. Kaklong pula rasa bersalah sebab tak dpt tolong mereka study dengan baik disebabkan keadaan kesihatan kaklong yang tak menentu tahun ni. Pendek kata, tahun ni pelajaran anak2 kaklong tak konsisten. Tapi, tahun depan lebih mencabar sebenarnya..hmmm.


Sayang sangat kaklong dan anak2 lain tak dapat hadiri majlis ni sebabnya Huda dan Alia demam. Jam 2 pagi lebih hari Sabtu (17 Nov) lepas kami ke klinik 24 jam bawa anak2. Husna lagilah demam panas. 39 darjah suhu dia. Kena masuk ubat lagi. Balik daripada klinik, gitu gini layan anak2, jam 4 pagi baru kaklong dapat tidur. Huda ngan Alia duk demam2 tu masih main lagi, tak tau jam berapa depa lelap.

Jam 6 pagi lebih, Husna bersemangat siap nak ke sekolah. Dia masuk koir utk persembahan. Kaklong berat hati nak bagi dia teruskan sebabnya badan dia masih panas lagi. Tapi dia nak pergi juga. Tak sampai hati nak kecewakan dia, kaklong mengalah, tapi kaklong pesan, kalau dia rasa tak larat waktu nak buat persembahan tu, dia mesti tarik diri takut nanti dia akan pengsan tiba2. Dia berjanji. Kaklong bekalkan dia ubat demam dan antibiotik. Tak bagi dia makan pagi tu sebabnya tak sampai jarak 6-8 jam lagi utk dos seterusnya. Kaklong suruh dia minta tolong cikgu yang berikan ubat tu nanti sebaik sebelum persembahan bermula.



Waktu persembahan koir ni, suami kaklong telefon bertanyakan betul ke Husna join koir sebab dia tak nampak Husna langsung. Kaklong cakap mungkin dia tarik diri dan ada kat belakang pentas. Sungguh, balik rumah tu, Husna bagitau kaklong dia menarik diri akhirnya sebab rasa tak larat biarpun cikgu benarkan dia join.










Husna baru lepas makan ubat demam & antibiotik yang dibekalkan.












Sedih pula tengok keadaan Husna ni. Kata Husna, dia rasa ngantuk, tu pejamkan mata sementara menunggu ambil hadiah.






Syukur dia larat naik pentas juga





Posing sebelum balik

















Husna dapat hadiah trofi untuk kedudukan dalam kelas. Hadiah2 buku untuk subjek2 terbaik.










Dapat gak snap gambar Asmaa tengah tersenyum...


Kesian kat Asmaa sekarang ni, kena selsema dan batuk. Berjangkit ngan kakak2 dan abangnya. Tapi syukurlah dia tak reti meragam.





Apai, tahniah sebab dah konvo semalam (Rabu, 21 Nov.) kat UiTM. Sesi petang. Dia satu-satunya anak lelaki emak yang 6 orang ni. Sayang kaklong tak dapat join sama, tapi tak pe sebab balik tu dia, emak, kaklang dan adik datang rumah kaklong. Yang kesiannya Apai terpaksa pulangkan jubah dan ambil sijilnya sebaik habis majlis petang semalam kerana dia nak balik Langkawi pagi Khamis ni. Cuti kerja tak dpt lama. Dia dah kerja sbg pembantu Chef kat salah satu Resort di sana.
Opps, anak2 patung ni bukan Apai punya, tapi mak kaklong belikan untuk anak2 kaklong hehehe.




Errr..inilah tuan punya blog yang berkerusi roda masa ambil skrol sarjana tempoh hari. Kenangan sungguh la hihii....yelah ngan usia kandungan 33 minggu tak salahnya. Takkan kulupakan hari itu dalam sejarah :D.

Tuesday, November 20, 2007

Kisah Bersalin

Salam,

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, kaklong nak cerita pengalaman melahirkan Asmaa;

Jumaat, 28 Sept. - Kaklong ke klinik sebab contraction terasa di samping gastrik pun ya. Doktor check pintu rahim dah buka 2-3 cm. Jadi kaklong tak dibenarkan balik. Tapi, lepas doktro check pintu tu, contraction hilang pula sampai la ke malam. Malam tu, doktor check pintu lagi. Masih 2-3 cm dan pintu rahim masih tebal. Dia cadangkan induced tablet. Tapi kaklong menolak sebab takut sakit aje lebih sedangkan pintu rahim tak lembut2 juga, jadi nak masukkan drip air aje. Doktor pula tak mau sebab pintu rahim tu masih tebal, dia takut kaklong kena tunggu sampai 7-8 jam baru sakit bersalin. Tak de kata putus, jadi kaklong minta discharge dulu bagi pintu rahim tu lembut ngan sendirinya. Dan doktor setuju sebab tak de tanda keluar lagi, kecuali sedikit darah yg keluar daripada pangkal rahim bila doktor check pintu rahim tu. Ikutkan suami kaklong kurang setuju sebab takut dah balik rumah nanti, tiba2 sakit nak bersalin. Tapi dia ikutkan aje kehendak kaklong. Sebenarnya kaklong pun bimbang gak, tapi hati tu kuat mengatakan belum masa kaklong bersalin lagi.

Hari Sabtu, 29 Sept.- tak de langsung sakit nak bersalin. Tanda darah pun tak keluar dah. Sempat kaklong berbuka puasa ngan dua keluarga mak sedara (adik perempuan mak) yang datang ke rumah mak.

Ahad, 30 Sept. -

11 pagi lbh - Lepas waktu sahur, kaklong tidur semula. Tengah tidur tiba2 rasa sengal lain macam kat bawah perut. slow aje rasa sengal tu. Suami pula dah balik k rumah kami lepas sahur. Kaklong biarkan dulu, tapi agak kerap juga rasa sengal tu. Kaklong bagitau kaklang (adik) supaya get ready utk hantar kaklong ke klinik. Perlahan2 kaklong packing barang dan siapkan anak2, kecuali Husna yang dah balik ikut ayahnya sebab dia nak siapkan homework. Slow n steady kemas barang sambil layan sengal2 tu. Kaklong tepon suami minta dia jumpa kaklong kat klinik (rmh kami hanya 5 minit berkereta aje drp klinik bersalin tu. Rumah mak kaklong pula jaraknya kira2 15-20 minit berkereta)

1 tgh lbh - Lepas zuhur baru adik kaklong hantar ke klinik. Suami dan Husna tunggu kat sana.

2 ptg lbh - baru dpt jumpa ngan doktor. Dia check pintu rahim. Still 3 cm, tapi pintu rahim dah lembut. Dan dia setuju kalau kaklong nak masukkan drip air. Kaklong tanya dia, bila2 kaklong nak masuk wad boleh ke ? Dia jawab ya. Jeng..jeng..masa ni terfikirkan satu perkara. Kaklong teringat yang kami tak sempat shopping kasut raya anak lagi. Maklumlah tak jangka nak bersalin awal 2 minggu drp tarikh due baby. Nak ajak suami p cari kasut anak dulu then baru masuk wad. Kaklong cakap camtu kat doktor, dia tersenyum dan benarkan, sebab dia setuju ngan alasan kaklong kalau ronda2 masa shopping tu, lagi mudah pintu rahim tu terbuka sendiri. Kaklong keluar drp bilik doktor, bagitau tau suami cadangan kaklong. Suami kaklong ikut aje cadangan kaklong. So, dok timbang kati, kami p la shopping kasut raya anak kat JJ Wangsa Maju (masuk area sini, tup tup teringat arwah Nurin..sebak tiba2 masa tu).

Masa duk shopping tu, mmg sengal2 tu terasa la. tapi tak kuat. nak jalan laju, tak larat pula. slow motion ajelah. sesekali suami bertanya sakit atau tidak. Memang tak sakit, sengal aje. Duk melayan kerenah anak beli kasut aduh..alia paling cerewet, sabor ajelah. tak padan ngan umur dia 2 thun masa tu.

6 ptg lbih - masa ni masuk kedai kononnya nak cari baju raya kaklong sehelai, duk belek2 baju tu, tiba2 sengal tu rasa bertambah kuat. kaklong pun slowly kawal pernafasan. Rupanya sales girl tu perasan perubahan kaklong, terkejut dia bila tau hal kaklong. Berani akak, itu komen dia. Akak sengih ajelah. Tak sempat nak beli pun, cepat2 ajak suami balik.

7 mlm - Sampai area rumah, suami tanya nak terus ke klinik or balik rumah dulu berbuka. Kaklong terfikirkan suami, husna dan aiman yang berpuasa tu, kesian pulak depa nak berbuka nanti. Kaklong terus ajak berbuka kat rmh dulu. Suami singgah bazaar Ramadhan beli makanan. Kaklong duk pulun doa dlm hati minta sempatlah depa berbuka dan kaklong pun boleh solat maghrib dulu. ALhamdulillah, tak de apa2 yang berlaku. Cuma sengal-sengal tu masih berterusan. Sempat kaklong jamah makanan sedikit dan solat maghrib. Oh ya, masa ni dah turun tanda darah. Tak pe, solat ajelahkan, pakai tuala wanita, sebab itu bukan darah bersalin, ramai orang konfius bab ni tau.

8 mlm lbh- kebetulan kami keluar rumah tu, waktu isyak dah masuk. Sampai klinik, doktor suruh kaklong solat dulu sebelum nak masukkan drip air. Kebetulan dia baru lepas sambut baby gak. So, kaklong solat isyak dan solat hajat buat kali terakhir minta mudah bersalin. Mengalir gak air mata masa berdoa tu, sebabnya kaklong ni tak tahan sakit. Kemudian, kaklang sampai untuk bawa anak2 kaklong balik rmh mak. Masa duk bersalam dan cium depa ni, kaklong menangis tiba2, sedih memikirkan mungkin itu kali terakhir kaklong jumpa mereka. Mana tau kot kot...Yelah, bersalin ni satu perjuangankan, ada ibu syahid dunia di atas katil labor. Yang tinggal cuma suami yang menemankan kaklong

9. 30 malam lbh kurang - Bidan A datang ke bilik kaklong, sediakan kelengkapan utk masukkan drip air. Sib baik dr. dan bidan sporting kaklong buat prosedur ni kat bilik, kalau ikutkan kena buat kat labour room sebab takut tiba2 nak meneran ke apa.

9.40 mlm- Doktor mulakan prosedur memasukkan drip air.

9.45 mlm - contraction terasa selang 5 minit. Syukur kaklong betul2 ikut teknik kawal pernafasan, so masih boleh bertahan lagi. Sambil tu baca wirid dan zikir Al-Quran dan hadith drp buku, kalau tak salah namanya "Amalan ketika Hamil" (nnti kaklong tunjukkan gambar buku tu, masa ni biras kaklong pinjamlah) dan sempat gak gelak2 lagi bila dengar ustaz dlm program tv "Halaqah" buat lawak. Bidan A datang dan pergi melihat keadaan kaklong dan tanya kot2 nak masuk labor room dah. Dia gelak bila kaklong kata kalau hati kecil berbisik nak masuk, baru kaklong panggil dia.
10.30 malam - waktu terakhir contraction selang 5 minit

10.33 mlm - kaklong terasa contraction makin kerap. Bidan A kebetulan dtg ke bilik dan rasa perut kaklong, bagitau kaklong dah start selang 3 minit. Syukur sangat2 langsung tak rasa sakit pinggang. Allah makbulkan doa kakblong. Terasa nak buang air kecil pula, kaklong bagitau ngan bidan A. Masa kaklong nak masuk bilik air yang cuma 2-3 langkah drp katil, kaklong dah terasa tak boleh nak jalan betul. Lepas keluar bilik air, hati kaklong kuat nak masuk labor room. So, kaklong panggil bidan A dan bagitau dah nak masuk labor room. Dia tanya nak kerusi roda atau tidak, kaklong cakap tak nak. nak berjalan aje. Terus dia bergegas ke labor room bagi tau pembantu kat sana get ready. Kaklong pulak slowly berjalan ke labor room ngan drip air. Sengal makin kerap terasa. Tak sampai pun 5o langkah dah sampa ke sana.

10.45 lbh kurang - kaklong dah baring kat atas katil labor, pembantu dan bidan A pasangkan ctg nak monitor jantung baby. Kaklong cakap kat bidan dan pembantunya, bagitau kali ni tak mo mengaduh sakit2 dah. sempat lagi duk pot pet pot pet ngan depa, walhal sakit tu makin ketara. Teknik kawal pernafasan tu mmg menjadi sungguh, syukur. mmg kali ni kaklong tak mengaduh sakit. masih lagi pegang buku wirid tu, time hilang sakit, cepat2 sambung baca. Mmg kali ni tak de rasa takut, lebih pada perasaan bertenang. Tiap kali sakit tu, kaklong tarik nafas panjang2, berpaut tangan kat kepala katil dan 'serap' rasa sakit tu. ia berkesan.ALhamdulillah.


11.05 - Masih contraction selang 3 minit. Terdengar bunyi pop. bagitau bidan A, dan masa ni bidan B dah ada bersama. Tak lama lepas tu terasa air keluar. Air ketuban rupanya. Tapi kaklong perasan air ketuban tak banyak berbanding dulu. Bidan A check pintu rahim, dah buka 5 cm. Dia cakap mungkin jam 1 atau 2 pagi kaklong ebrsalin. Alamak..lambatnya. little bit down. tapi cepat2 kaklong buang perasaan tu. Teruskan zikir dan wirid. Time contraction giler2 tu datang, cepat2 berpaut tangan kat kepala katil dan buat teknik pernafasan. Tapi berpeluh badan tu tak tau nak cakap. rasa lencun belakang. suami tolong lap2kan dahi tu. bagitau kat bidan B, dia cakap kalau berpeluh badan, itu good sign, jgn rasa badan sejuk lain macam. tak bagus. Depa tolong tinggikan suhu aircond. baru ok sikit. Masa ni kaklong suruh suami pegang buku wirid tu, dah rasa tak larat.

11.30 - Kali ni Kaklong zikir surah an-Nahl, ayat 79, dlm 2 kali rasanya, tiba2 rasa nak buang air besar. Terasa ada benda turun. Bagi tau both bidans. Bidan B nak check pintu. Dia cakap wlwpun kaklong tak mengaduh sakit, tapi gaya kaklong menahan sakit tu, lain macam benar. Dia nak tolong rangsangkan pintu rahim tu, mana tau kot2 jari jemarinya ada magic, boleh bantu pintu rahim kaklong lagi cepat bukak. tergelak kaklong bila dia sebut magic tu. Bila dia nak check aje, rupanya kepala baby dah turun. Dia tunjukkan sign bagus kat kaklong. Terus dia bagitau semua orang, dan pembantu panggil doktor yang standby kat bilik ofis. Kaklong dan suami lagilah lega dan gembira sebab semuanya berlaku dngn cepat.

Kaklong teran sikit dulu bagi kepala baby lagi senang turun. Doktor masuk dan get ready nak sambut baby. Kaklong mula push, masa ni mmg keluar suara la. Itu wajib, hehehe. Zikir ya Latif kuat2. mengucap banyak2. Kepala baby keluar. Tapi kaklong stop bila doktor suruh. Ingatkan dah abih keluar semua, rupanya baru keluar separuh badan. Sebabnya doktor tengok kaklong tahan nafas lama sangat tu yang dia suruh kaklong berhenti teran kejap. Kemudian doktor suruh kaklong push lagi sekali. Maka, keluarlah Asmaa sepenuhnya pada jam 11.40 mlm (ikut jm dinding 10.45 mlm, tp jam tu cepat 5 minit). Lepas tu, doktor suruh push lagi utk keluarkan uri, alhamdulillah keluar semua.

Paling best dapat menyusukan Asmaa dlm labor room tu. Memang kaklong minta nak menyusukan secepat mungkin. Tapi yang haru tu, bila kaklong dah dihantar ke bilik dan sempat sambung menyusukan Asmaa sekejap sebelum bidan A bawa balik ke nurseri, kaklong tak leh tidur nyenyak langsung. Tidur2 ayam aje, kejap2 jaga, kejap2 jaga, pusing kiri tak kena, pusing kanan tak kena, sampai 6 pagi lebih. sudahnya kaklong bangun, mandi wiladah. Sib baik ada shower panas. Jam 8 pagi barulah rasa mengantuk sangat dan tak sedar terlelap. Bidan A datang kejutkan nak tanya bagi bila nak menyusukan Asmaa, kaklong surrender minta dia tolong bagi Asmaa susu formula dulu, sebab letih dan mata tak larat nak buka. Kaklong dapat balik sebelah petang tu. Kat rumah, baru bagi Asmaa semula susu badan. Itupun dia macam tak cukup, kaklong mengalah lagi. Terpaksa bagi susu formula . Tapi lepas tu, tak bagi can dah, kaklong terus bagi susu badan sampai la ni.

Nota:

-bagi ibu yang dah turun tanda darah sebelum bersalin, masih wajib solat. Ia dikira darah istihadah. Tapi, setiap kali nak solat wajib tu, kena ganti tuala wanita.

-Mandi wiladah - mandi ni disebabkan darah yang keluar bersama bayi semasa bersalin. Dan darah yang seterusnya keluar, itu dikira darah nifas. Oleh itu, mandi wiladah ni sebaiknya lepas bersalin, cumanya rehatlah dulu.

Mandi nifas pula setelah abih darah nifas. Paling lama darah nifas 60 hari. Tapi kalau lepas 60 hari tu masih keluar darah lagi, kena mandi nifas dan start solat. Darah yang keluar selepas 60 hari tu dikira darah istihadah. Solat tu kena pakai tuala wanita dan disalin setiap kali nak solat wajib yang lain pula.

Friday, November 16, 2007

My Besday Girl - Alia Khairiyyah




Alia - 3 tahun - Anak k 4


Hepi besday Alia
hepi besday Alia
hepi besday Alia
hepi besday to you
Moga Alia jadi anak bijak, solehah dan cemerlang dunia akhirat. Amin.


Hari ni, 16hb. Nov. adalah hari kelahiran Alia. Dia dah petah bercakap tapi masih kedengaran pelatnya lagi, pandai menjawab, lucu, tapi garang. Kalau marahnya datang, sesuka hati dia nak debik orang yang membuat dia marah. Hudalah selalu jadi mangsa. Sian Huda. Dan dia juga senang menangis tak kira tempat. Sesuka hati dia nak melalak kalau dia mengamuk. Peduli apa dia kalau dia menangis kat tempat awam. Kita yang jenuh nak memujuk. Pandai gak merajuk tu.. Tapi dia juga ceria dan suka ketawa berdekah-dekah. Suaranya nyaring. Cakap pun kekadang menjerit bunyinya. Suka menyanyi terutama lagu tema kartun Ninja Boy; bunyi lagu tu adalah, tapi lirik jepunnya hancus, org jepun pun tak paham buah butirnya. confirm! Dia ni nampak matang. Ada adik ni mmg dia sayang sungguh, tak jeles pun kat adiknya, nak gomol lagi adalah. Bila dia usik adiknya tengah tidur, kita larang dia jawab "Ashma' (sebutan dia pelat lagi) jagalah". Dia pun dah pandai menolong buat kerja2 rumah. Tapi bila time malas dia datang, pandai bagi alasan penatlah, bukan alia buatlah dsb. Lagi satu dia pandai cakap orang lain yg buat benda yang dia salah buat. Nak escape drp kena marahlah tu.


Alia..Alia...moga dia sentiasa sihat walafiat dan murah rezekinya. Amin.


Ok, ni nak share gambar Asmaa yang terkini pula


Masa ni umurnya 43 hari (sorilah gambar gelap)


Ni pula masa umurnya 30 hari lebih. Tak de bedung2 dah, dia marah dibedung! Ha, masa dia baru lahir ari tu, nampak iras Alia, tapi bila makin besar ni, nampak iras Aiman pula.