Monday, January 29, 2007

Jiran

Assalamualaikum,

Nak citer ni pasal jiran sebelah kiri rumah saya. Keluarga Melayu. Baru berpindah keluar ke rumah baru mereka minggu lepas. Semalam (Ahad), jiran baru berpindah masuk. Keluarga Melayu juga. Ramah pasangan suami isteri ni. Yang menariknya ttg sbb perpindahan rumah mereka ke sini ialah rumah sewa lama yang baru beberapa bulan diduduki tu ada 'orang' lain gak..eiii..meremang bulu roma saya mendengar cerita si Isteri. Suami n anaknya diganggu. Yang 'orang' tu siap bermain ngan anaknya lagi ( 1 thn lbh). Si suami pulak nampak kelibat hitam. Start 10 mlm lebih ke atas dah kacau. Cuma isterinya tak kena kacau. Kemudian depa pun dapat tau yg sblm ni, ramai penghuni sewa rumah tu keluar masuk. Tak tahan lama. Tulah depa pun amik keputusan pindah rumah. Menyeramkan bila serumah ngan 'orang' lainkan. Saya pun pernah ada pengalaman camni. Takpe, itu entri lain nanti.

Oh ya, jiran lama tu, tinggalkan beberapa pasu bunga termasuk sepasu pokok limau purut. Pasu2 bunga yang lain tu, ada jiran lain pula mengambilnya. Ada yang ambil pasu aje, bunganya dikeluarkan. Ada yang amik bunga + pasu sekali. Awal lagi saya dah minta izinnya utk mengambil pasu pokok limau purut tu. Dengan senang hatinya dia izinkan. Hmm.. dah jimat sikit duit belanja sayur. Kat kedai, RM 1 beli beberapa tangkai daun limau purut tu. Bukannya sekali pakai terus habis, selalunya sampai jadi layu dlm freeze tu.Yelah, bukannya hari2 masak menggunakan daun limau purut. Dah ada pokok ni, senanglah, time nak guna aje pi petik sehelai dua. Fresh lagi tu.

19 comments:

cikdinz said...

ni mana satu nak citer daaa....
pasal umah tu ade 'orang lain' atau nak citer pasal daun limau purut nih.....heheheheeeeee...

Azer Mantessa said...

kisah benar - cakap tak bohong:

kawasan umah saya plak ada pontianak. derang cakap, tinggal kat umah kosong yg dulunya kepunyaan tauke cina. dgr kabar maid indon dia bela pontianak nih.

so bila tauke cina nih tinggalkan terus umah nih, pontianak nih sentiasa merayau2.

kesian pak2 guard yg jaga kawasan umah kami. 3 org dah masuk spital sebab terkejut.

kadang2 pontianak nih melepak kat bumbung umah saya. malam2 selalu gak saya nampak tapi buat tak tak ja. dia pun buat tak tau jugak

:-(

Hot Mama said...

bestlaa dapat neighbour baru.. kita sampai sekarang tak kenal neighbour, Kenal kenal camtu jer.
Kalaukat kampung satu kampung kenal kan.. hmm

Kaklong said...

salam,

Cikdinz: err..tak kira, dua2 nak citer gak hehe.

bro. Azeer: ya Allah..seramnya.meremang bulu roma saya baca. Mmg nak kena buat derk ajekan, so long as dia tak kacau kita.tp part muka huduh dia yg tak tahan tu huhu.

HM: samalah cam saya pun HM, kenal2 camtu aje, taklah sampai singgah masuk rmh dia. tegur bila terserempak aje. mmg kejiranan di bandar susah nak dpt mcm di kampung2.

RaFFLeSiA MeRaH said...

aduiii...seram lak dengar citer ader penunggu ni...tapi x penah alami lagi takat ni...takutnyerr, bab jiran ni, alhamdulillah, aku ok jer ngan jiran2, takder masalah...cuma kalo jiran tu org seberang ker, x berani nak buat baik2...tegur2 gitu jerr...

ztkay said...

salam kak long, tq sebab drop by my blog..
seramnyer baca cite pasal "orang" tu..
utk kak long, happy day with new neighbour..

kaklong said...

salam,

RM: eloklah tu tak pernah kena ganggu. mmg susah kalau once kena ganggu, selalu akan kena. cam akaklah. bab berjiran ni, akak pegang konsep, buat baik berpada2 hehe.

ztkay: salam, tima kasih ya sudi dtg sini.
mmg menyeramkan. tq atas doa tu :D

oren said...

baeknya jiran tu kasi amik pokok limau dia...

umah mak yang saya duduk la nih pon, ada byk bahan2 yang bleh dibuat masakana..ada pokok cili, limau, terung, serai, lengkuas, pisang, nenas, ulan raja, asam belimbing, daun kari dll..

tapi apakan daya, nak masak tak reti..so far cuma sempat petik cili jek la..yang lain2 tu blum...

marin baru jek tabur biji tembikai..harap2 naik le nanti..bleh buat party tembikai ngan jiran2..ekekeke...

kaklong said...

salam,

itulah oren, akak doakan rezeki dia lebih murah. sukanya banyak tanaman kat rumah mak tu..anytime nak masak, boleh amik aje kat mini kebun mak tu..bestnya

ha...nanti buat parti tembikai n tupperware sekali, baru grand hahaha. er..tak jual tupperware ke? akak dpt tau banyak untung boleh dpt..oren bekerja senanglah cari pelanggan..

NBK466 said...

Emm..masa jiran lama 2 dulu ada tak kisah2 SEREM nie?

p/s : Che Dinz...ko jgn cakap2 sebarangan dgn Pn Syikin nie...ko tahu dia ni sapa? PRESIDENT MASK tuh....ko tak CUAK ker????

lindosh said...

ekeke meremang abiss

kaklong said...

salam,

nbk: jiran lama saya or jiran lama pada jiran baru saya ni? kalau yg kedua tu mmg adalah. tp jiran lama saya ni tak de pulak citer serem tu.

er.. diaorang tau ke gelaran MASK tu apa? sabor ajelah. napelak che dinz tak leh cakap sebarangan? hahaha

lindosh: meremang..eii. rasanya boleh masuk 'seekers' nikan

k.wan (Alex) said...

mesti nak pegi kat budak kecik dulu kan? Agaknya sbb budak kecik tak pilih bulu hehehehehe....

pokok limau purut? bestnyer...bila laaa akak nak ada masa nak gardening ni plak...sibuk ngan master dah skang nih ehehheehe

Zakiah said...

eish takutnyer pulak dengar. Nak stay up blogging sure ada orang teman. Ishhhh takmo cakap ah...

Kaklong said...

salamm,

k.wan: itulah, nape entah depa suka kat budak kecik. ha, abihkan dulu master tu, then barulah gardening :D

zakiah: InsyaAllah, tak kena kacau :D

cikdinz said...

ni ape sumer oghang citer hantu nih. takut lah...heheheeeeee..

banz - presiden mask tuh ape.

p/s-aku dgr perkataan presiden pun dah takut. kecut perukkk...

kaklong said...

salam,

cikdinz: nak buat camner, hantu pun nak cari tempat tinggal hehe.

PRes. MASK tu presiden majlis anti sawang kebangsaan. Si nbklah ni yg bagi gelaran tu kat saya, sbbnya dulu blog dia selalu sangat bersawang kekadang sampai seminggu tu yg saya suka tegur bila nak update blog. alih2 dia bagi saya gelaran tu. hehee..

cikdinz said...

nbk tuh mmg camtu.
sesuka hati dia jer nak bagi gelaran kat oghang.....

kaklong said...

salam,

cikdinz: hehe..nak buek camno