Showing posts with label pendidikan. Show all posts
Showing posts with label pendidikan. Show all posts

Friday, February 9, 2007

Shichida Methods...

Assalamualaikum,

Saya nak share forward email di bawah ini:

Subject:Otak Kanan - Teknik Jepun

Shichida Methods...

Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg dia antaq anak die 2 thn pergi Sichida kelas...yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah penggunaannya. Kelas ni mahal, kalau kelas tadika juanna yg aku nak masukkan tahun depan tu cost nye lebih tinggi dari cost kite satu semester kat ITM, tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan melayu cuma setengah kerat aje...dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar aku dan staff melayu yg lain.

Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru seminggu aku buat kat anak aku...dah nampak keberkesanannya.

1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas hati...kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur, ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal....sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n ahad.

2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card seminggu je, sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek. . buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang cepat-cepat. .macam..a. .b..c..d. .e, insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu...kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar. ..potonglah gambar kat mana-mana dsb.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. memang le kite yang kene mengemas tapi takpe....... .. satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi...ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan....Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai. ...sebab depa makan guna chopstik...chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak........ sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri.......kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die.....

5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat die orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa....... ..kita pun bukan tak biasa merapu...... .

6.
Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam....bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu........ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat.....semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari..tak payah lama-lama.

Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks...tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi....Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai. Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak......Aku pun tengah try lagi ni...

Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca....

Kaunselor UTM, Dr, Syed Mohd. Shafek pun ada cakap benda yang sama dan dia ada ckp ttg perkataan jangan kat anak-anak. kalau kita banyak sangat guna perkataan jangan kat anak-anak... ..itu lah yang anak akan buat.....so lepas nie kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lain plak...contohnya. ...Tolong senyap Abang,,,berbanding Jangan bising bang..

Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2 ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2 doa dimakbulkan.

*****************************
Moga kita dapat mempraktikkannya juga

Friday, January 19, 2007

Cabaran ibu bapa

Assalamualaikum,

Ok, ni nak citer sikit. Hari Jumaat 2 minggu lepas, saya ikut suami keluar, ada urusan sikit. Kami on the way balik dah nak masuk waktu solat Jumaat. Elok azan pertama tu, kami sampai kat masjid. Jadinya suami berhenti solat kat situ. Saya, Huda n Alia turun ke kawasan tasik rekreasi. Husna n Aiman masih di sekolah.

Banyak bangku dan tempat rehat. Ada tiga kumpulan kecil budak2 sekolah. Anak2 melayu semuanya. Saya kira mereka dah sekolah menengah dan ada yang dalam darjah 5-6. Saya duduk tak jauh daripada mereka. Memerhatikan gelagat budak2 ni. Selamba aje tok imam tengah berkhutbah, depa duk kat situ lagi. Siap hisap rokok tu..kongsi2. Sedih saya. Muda2 dah hisap rokok. Nak je saya cakap kat depa berhenti merokok, boleh kena KANSER!!! (2 bapa sedara saya meninggal krn kanser, berpunca rokok). Grup paling dekat ngan saya, perasan saya duk perhatikan mereka. Memang saya pandang aje depa, esp. yang hisap rokok tu. Sekadar pandang.


Tiba waktu solat bermula, dua tiga orang aje beredar ke masjid. Yang lain, boleh MELEPAK lagi tu. Kaklong yang nak menangis tengok keselambaan mereka. Sian kat budak2 ni sebenarnya. Kalaulah depa tau Iman Islam tu mahal, mesti mereka berlumba nak solat. Akhirnya kaklong bangun dan pergi ke grup2 tu. Kaklong bawak Alia dan Huda sama. suruh depa pegi solat, tak de nak marah2. Sebak semacam masa suruh depa p solat tu, tak tau nape. Budak2 ni macam terkejut. Sib baik depa tak melawan, depa beredar. Habih semua grup tu kaklong suruh pergi. Syukur tak de yang kurang ajar. Bila semua dah beredar, baru kaklong perasan, tangan kaklong menggigil rupanya. Berani dalam takut. Takut gak depa pakat2 belasah kaklong ngan anak2 kecil ni. Sejujurnya, kalau itu grup2 lelaki dewasa, mmg kaklong tak berani hampiri, cuma berdoa dlm hati ajelah.

Tapi, bila kaklong meneruskan langkah, rupa2nya grup 1 (paling dekat duduk ngan saya tadi tu) melepak pulak kat kedai kopi makcik ni. Makcik ni masih bukak kedai dia lagi, patutnya dia tutuplah. kaklong hanya memandang, tak pergi dah ke tempat mereka. Kaklong dah tegur tadi, depa dah faham patutnya. Mereka belum ada kesedaran lagi. Teguran macam ni mmg nak kena buat selalu, sekali tak jalan. Naknya kalau solat tu bukan makanan mereka.

Terus kaklong teringatkan Aiman, camner dia dah seusia mereka nanti, adakah camni jugak perangai dia? menipu ibu bapa tentang solat. Na'udzubillah. Itu baru solat jumaat, belum 5 waktu lagi tu. Dan menipu ibu bapa tentang rokok. Sebak dan takut memikirkan, cepat2 berdoa mintak2 janganlah anak2 kaklong berakhlak begitu. Tak kira anak lelaki mahupun perempuan, cabaran tetap sama pada zaman sekarang ni..

Inilah cabaran ibu bapa sekarang, mendidik anak2 agar menjadi insan yang bertakwa dan cemerlang dunia dan akhirat. Kaklong dan suami baru 7 tahun lebih bergelar ibubapa. Masih muda lagi berbanding dengan ibu bapa lain, banyak kerja kami rupanya dalam mendidik anak2, bukan takat melahirkan dan membesarkan mereka. Keperluan mereka kat dunia ni mmg kena sediakan, dan sama pentingnya dengan SANTAPAN ROHANI mereka, untuk kejayaan mereka di akhirat nanti.

Ternyata, cabaran ibu bapa Muslim hari ini memang hebat sangat, kena bekerja keras utk memastikan anak2 mereka cemerlang bukan takat di dunia tapi di akhirat. Doa juga peranan utama, siapa yang nak mendoakan anak2 kalau bukan ibu bapakan? Moga usaha kita semua berhasil. Amin.

Sempat berangan tu, kan bagus time waktu solat Jumaat, anggota2 keselamatan wanita mcm polis2 wanita melakukan rondaan untuk di semua tempat terbuka untuk memastikan semua lelaki Muslim pergi solat Jumaat. Ini juga sebahagian daripada jihad mereka; amar ma'ruf nahi mungkar.