Assalamualaikum,
Pernah tengok orang kena serangan awal stroke? kaklong berpengalaman baru2 ni melihatnya bila ia terjadi pada jiran cina di sebelah kanan rumah kaklong ni. Jiran ni suami isteri, dua2 bekerja. Si suami kontraktor tak salahnya dan si isteri bekerja di pejabat, tak ingat kat mana. Sepasang anak depa duduk kampung dan bersekolah di sana. Rutin si suami ni yang kaklong perhatikan, pagi2 hantar isterinya ke pejabat, pas tu dia akan pulang ke rumah atau lewat tengahari dia akan pulang ke rumah dan hanya akan keluar semula sebelah petang atau malam untuk mengambil isterinya. Jarang nampak dia keluar seharian dan hanya akan pulang malam bersama isterinya. Kalau dia duduk kat rumah tu, memang dia akan tutup pintu, langsir dan mangga sekali grill pintunya tu. Sesekali dia akan buka sliding door dia cuma pintu grill aje bermangga.
Hinggalah pada Isnin (11 Feb), seperti biasa rutin dia balik rumah lepas hantar isteri dan last kaklong tengok dia bukak sliding door dia pada waktu tengahari masa menjemur kain baju. Dan sesuatu menghairankan kaklong masa sebelah petang, lebih kurang hampir jam 6, pintu rumah dia masih bertutup dan dia tak keluar rumah langsung.! hati tu terdetik sesuatu sambil mengangkat kain di ampaian. Pelik napa dia tak keluar rumah langsung petang tu!!
Hinggalah waktu malam, biasanya maghrib kaklong akan tutup sliding door rumah dan buka setelah 8 mlm ke atas. Masa tu kami tak de dengar apa2 atau nampak situasi yang mencurigakan pun. Kebetulan suami kaklong nak keluar, masa tu hampir jam 10 malam, tugas kaklong memang buka dan kunci pagarlah kalau dia keluar tu. Masa nak buka pagar ni kaklong nampak ada satu keta menghalang depan pagar rumah kami dan nampak 2 3 orang depan rumah jiran cina ni. Pelik tu...kaklong dan suami kehairanan mcm ada yang tak kena terus suami tanya pada salah sorang drp mereka ni. Kata sorang perempuan ni, adik ipar lelakinya suspect kena stroke. Terkejut kami sebab tak dengar apa2 bunyi langsung dan tak nampak suasana riuh rendah atau si isteri datang minta bantuan kami. Terus kami masuk ke dalam rumahnya. Terkejut kaklong tengok si suami tu, dia tengah terbaring atas rest chair elektronik kat ruang tamu dalam keadaan badan dia mcm tarik sikit2 sebelah kiri, matanya dah tak boleh buka, paling kasihan tengok mulut dia terbuka dan lidahnya dah tak boleh keluar, macam bergulung ke dalam!!! bila orang tanya dia respon tapi dia tak boleh bercakap dah, cuma keluar ohk ohk..ya Allah, kesiannya tengok dia suffer camtu. Isterinya tolong sapukan minyak angin kat dada dan kepalanya, jiran sikh yg kebetulan sorang nurse tolong urut jari jemari tangan kanannya dan adik lelaki si suami tu pulak urut sebelah kiri. Nurse tu sempat check tekanan darah tinggi. Tinggi rupanya. Kesian gak kat isteri dia, tak sempat rehat langsung terus kena hadapi situasi suami. Syukur dia tak panik, nampak tenang aje. kalau kaklong..entahlah, berapa banyak air mata keluar dah (den ni sonang nangih).
Cerita sebenar, si isteri ni dah abih waktu pejabat, call suami dia, tapi tak berjawab hinggalah last jam 6 petang dia called tak berjawab gak. tu dia balik sendiri naik bas, dan sampai rumah jam 8 malam lebih tengok suami dia dah terbaring atas kerusi rehat yg terletak kat ruang tamu, tapi muntah punyalah banyak kat atas lantai. Cepat2 dia call adik iparnya (adik si suami tu) dan minta datang segera. Kata si isteri, rupanya sejak pagi tu suaminya dah tak berapa sihat, tapi tak sangka jadi camni.
Jam 10 lebih, ambulan pun sampai. Ni pun bercinta menunggu ambulan, adalah 45 minit baru nak sampai. Sebelum tu, call sorang doktor klinik swasta pun doktor tu tak dpt dtg sbb patients tengah ramai.
Ralat sungguh kami sebab tau lambat. Agaknya kalau suami kaklong tak bercadang nak keluar malam tu, sampai ke sudah kami tak tau. kaklong tak terbayang berapa jam dia suffer dlm keadaan tarik tu hingga waktu isterinya balik. Kasihan betul. Kaklong syak, waktu petang tu lagi dia dah kena dah..sayang sangat, kalau dia tak tutup sliding door dia, mungkin kaklong atau jiran2 lain boleh terdengar dia jatuh dan erangan sakitnya, mungkin kaklong dan jiran2 lain boleh tolong apa yang patut segera.
Kami duk seharian esoknya (Selasa) menunggu penuh debar si isteri ni pulang drp hospital sebab dia tak balik langsung sejak ke hospital malam tu. Bila hampir jam 6 petang, baru kaklong terdengar suara anak jiran ni ada, cepat2 kaklong keluar bertanyakan khabar si jiran ni daripada sorang saudaranya yang ada sama masa tu, nampaknya operation di kepala akan dijalankan untuk mengetahui puncanya. Kasihan pada anaknya, baru sampai dr kampung, belum jumpa lagi ayahnya. Kata2 support aje dpt kaklong berikan. Sebelah malamnya pula, saudara mara dan si isteri pulang ke rumah, suami sempat keluar dan berborak kejap. Pembedahan dah dibuat, lebih kurang 3 jam. tapi mereka tak boleh masuk lawat dulu. Tu yang isterinya balik rumah dulu.
Kejadian ni memang menginsafkan. Buatkan kaklong terfikir kena hari2 minta ngan Allah beri kita kesihatan yang baik, jangan ditarik nikmat sihat daripada kaklong sekeluarga. Terbayang2 sebelum tu jiran ni sihat walafiat menghantar dan isterinya . Tup2 petangnya dah jadi camtu pula. Paling kaklong tak boleh lupa keadaan lidahnya tak boleh keluar tu..ya Allah, entah kenapa ngilu melihatnya. Memang nampak sangat dia suffer masa tu. Kaklong doakan dia cepat sembuh. Kasihan isteri dan anak2nya. Paling kesian pada mereka sekeluarga, perayaan tahun baru cina hampir menjelang.
Terkini: Dia dah selamat dibedah di bahagian kepalanya, ada cecair yg tersumbat. Rupanya dia ada hypertension. Ari tu dia dibedah di Hospital Besar KL. Sekarang ni dah dipindahkan di Hospital Besar Selayang. Doktor hanya akan benarkan dia keluar setelah keadaannya benar2 memuaskan. Kata isterinya, dia dah kenal orang. Kaklong pun doa dia cepat sembuh. So, pada sesapa yang ada hypertension tu, kena jaga2 ya. Rajin makan ubat ikut waktunya. Yang cina ni mmg tak tau langsung ada penyakit tu. tup2 terus kena serangan stroke. Moga jadi iktibar buat kita semua.