Tuesday, July 17, 2007

Kaklong Masuk Wad

Assalamualaikum kepada semua pengunjung setia blog Kaklong..

Ini suami Kaklong, nak beritau bahawa Kaklong mendapat sedikit kemalangan pagi tadi semasa menyiapkan anak-anak ke sekolah. Dia terjatuh dari tangga, mujur dapat tahan dengan tangan, kalau tidak tak tahu apa akan berlaku pada kandungan. Cuma kedua-dua belah kakinya terseliuh. Alhamdulillah, setelah membuat pemeriksaan, tiada tulang yang patah. Kandungan juga baik. Cuma doktor nak dia rest beberapa hari, so kena masuk wad. Sekrang ni berada di Gombak Medical Center, Taman Sri Gombak.

Diharap semua dapat mendoakan agar kesihatan Kaklong bertambah baik. Amin.

Suami Kaklong,
http://www.OutputLearning.com

Thursday, July 12, 2007

Jejak Kasih.

Salam,


2 April lalu yang lalu, petang Isnin, sms masuk "Assalamualaikum, aku dah tpon Kak K, dia dah kawin tp lum ade anak". Gembira hati bukan kepalang. Terus balas sms Kakngah minta no tepon Kak K. Tak sampai 2 minit, dapat no. teponnya.

Lama sedikit, kaklong cuba telefon dia. Tapi tak berjawab. Biarkan dulu. Lepas tu cuba telefon semula, berjawab! Alhamdulillah.

Ini kak K ke?
Ya saya (Nada dia masih kehairanan, sapalah contact dia ni agaknya..hehe)
Sibuk ke
Tidak, jalan2 saja (loghat sabahnya pekat spt selalu)
Kak..apa kabar ? Saya syikin..Ya Allah..rindunya ngan akak.." suara saya gembira. Dia punyalah terkejut. Sama2 kami ketawa gembira. Dan air mata tanpa dpt ditahan2 merembes keluar. Air mata rindu !!! Sungguh saya merindui dia. (Husna pelik nape umminya menangis masa telefon )
Ni saya menangis ni...Gelak2 saya bagitau dia. Dia pun gelak2 sama. Kami berbual dan berbual. Betapa dia pun merindui keluarga saya di sini.

Adalah dalam 10 minit kami berbual, tak boleh lama2. Dia di Sabah nun, saya di sini. Siang pula tu, hp pulak tu yg saya call. mau melambung bil. yg bayornya cik abe ku..pening lalat org tu nak bayar kang, dia tak pakai, dia kena tanggung bayar..huhu.


Siapa Kak K ? 17 tahun yang lalu, tahun 1990. 5 orang pelajar dari Sabah menyambung pelajaran di tingkatan 4 di sekolah kami. 3 lelaki dan 2 perempuan, Kak K dan Kak M. Kak M dan Kak K ni tua setahun drp kami tp masuk tingkatan 4. Tapi semua mereka tidak sekelas dengan kaklong. Dan masa ni kaklong dah mula duduk asrama. Mereka pun duduk asrama. Tapi masing2 berlainan bilik. Alkisahnya, bila cuti sekolah bermula, mrk tiada sanak saudara di semenanjung untuk dituju. Makanya pelajar2 lelaki ni, ikut warden (USt. H) balik kampungnya atau bergilir2 balik kampung kengkawan yg lain termasuk rmh suami kaklong. Yang Kak K, ustaz H minta kaklong bawa dia balik k rumah. dan Kak M pula, ikut keluarga lain.


Di sinilah bermulanya ikatan Kak K ngan keluarga Kaklong, mak dan arwah ayah k.long menerimanya sepenuh hati. Terutama ayah, mudah simpati dengan orang susah. Sejak itu, kalau akhir bulan, mmg kak K balik balik bercuti ke rumah kaklong. Sesekali dia ikut gak kengkawan lain balik kampung mrk, tp mmg lebih ngan keluarga kaklong. Time balik kampung di negeri SEmbilan, merasalah dia ikut sama. Dan kalau mak dan ayah datang melawat, kak K pun diajak join sama ngan kaklong, makan2 bagai di kantin sekolah. Bekal untuk kaklong, ada juga untuk Kak K. Hinggalah habis S.P.M, Kak K pulang ke Sabah bersama 4 yang lain. Sejak itu, kami tak pernah berjumpa lagi. Ada juga berutus surat awalnya, tp lama2 terputus hubungan sbb kaklong kehilangan alamatnya. Masa berlalu tahun demi tahun, tapi hati ini tetap ingin mendengar suaranya suatu hari nanti.


Dipendekkan cerita, suatu hari suami kaklong berjaya mendapat no. telefon salah seorang kawan lelaki Sabah tu. Sempat gak bertanyakan hal Kak K. Dia sendiri lama sangat dah tak bertanya khabar kak K. Sepanjang pengetahuannya, dia rasa Kak K lum kawin lagi, tetapi dia masih tinggal di kampung halamannya dan mengajar di sekolah sana.

Kebetulan kakngah, adik kaklong duduk Sabah sekarang, dia pun beria2 nak cari Kak K. Jadi kaklong bagilah contact no. kawan lelaki kami tu , supaya lebih mudah KakNgah sendiri mencari Kak K di sana. Makanya, hari itu dalam sejarah, 17 tahun kemudian baru ( 2 April) dapat berhubung semula. 10 minit lbh kurang saja berbual, tapi cukup menggembirakan. Dan rupanya, Kak K baru kawin tahun lepas tapi belum ada rezeki anak lagi. Memang kawan lelaki kami tu tak tau cerita terkini Kak K. Sama2 kami berjanji, ada rezeki kami akan berjumpa juga. Dia dah ajak ke Sabah tu..insyaAllah Kak K, kalau ada rezeki kita berjumpa ya.

Hmm..rindunya ngan kengkawan lama dulu, terutama masa kaklong duduk kat Kg. Manjoi, Ipoh sejak berumur 3 -12 tahun. Zaman persekolahan kanak2 dulu amat membahagiakan. Susah nak jumpa mcam2 masalah sosial sekarang ni. Tadi, kaklong tergerak contact J, sorang kawan sekolah rendah yang masih dlm list perhubungan. Seronok bertanya kabar. Biar pun setahun sekali berhubung, yang penting dia masih boleh dihubungi. Keluor sikit2 loghat peghak tu..tapi x leh pekat cam dulu dah. Tak best tul. Yang penting, dia masih ngan no. hp lamanya. Takut dah tukar pulak. Err..ada orang suka tukar no. hp ya..kenapa ek?

p.s,

1. Takziah kepada Mamafynn yang kematian arwah bayinya (Nurul Insyirah nama diberi. Sedapkan) yang meninggal dalam kandungan dan kepada Simah juga, di atas kematian anak saudaranya, arwah adik Afif . Alfatihah untuk mereka. Moga keluarga mereka tabah di atas kehilangan ini.

2. Entri "Fitnah" kaklong tarik dulu. Terima kasih pada Abi yang sarankan supaya kaklong blurkan gambar tu. Hmm..tak terfikir pulak. Betul cakap beliau tu, tak pasal2 kaklong pulak menyebarkan gambar tu. Terima kasih Abi atas ingatan tu.

Friday, July 6, 2007

Bacalah...

Salam,

Hari ni, kaklong nak kongsi satu mimpi yang pernah kaklong alami masa sekolah menengah dulu, tak ingat masa tu form 4 atau form 5. Mimpi ni berlaku masa suasana semasa waktu tu heboh dengan ayat2 Quran hilang daripada halaman2 tertentu dlm Al-Quran.

Dalam mimpi tu, kaklong buka al-Quran, tapi tak dan nak baca sebab sebaris demi sebaris ayat dalam surah tu hilang begitu cepat! Bagaikan terkejar2 kaklong nak baca, tapi tak dapat! Dalam masa yang sama ada satu suara halus menjerit2 suruh kaklong baca " Cepat baca ! Cepat baca" (lebih krg gitu ayatnya). Ya Allah, tak tau nak cakap cemasnya perasaan kaklong masa tu. Memang tak dapat nak baca wlw satu baris sebab laju sangat ayat2 Quran tu hilang! Akhirnya kaklong terjaga. Tobat kejap.

Sekarang, dah hampir 17 atau 18 tahun masa berlalu, masih terbayang2 mimpi tu lagi. Apa nak kata ya? Allah nak bagi peringatan pada Kaklong supaya jangan tinggal baca Qurankan? Jangan lalai, tapi tulah, kaklong ni selalu lalai, tak sedar diri. Ada masa tertinggal2 juga baca Quran dalam sehari, cuma harapkan bacaan2 surah dalam solat tu ajelah.

Itulah iman manusia, ada graf turun naiknya. Cuba perhatikan, ada kala dlm sehari tu rajin betul kita beramal ibadah, lengkap ibadah wajib dan sunat, tapi ada hari malasnyalah, hanya harap buat ibadah wajib aje. Kat situ kita boleh agak graf iman kita kat mana hari tu. So kengkawan bloggers semua, meh la sama2 kita rajin baca Al-Quran ya..seram tau mimpi kaklong tu.

Tapi tulah, nak baca Quran ni pun nak kena terbukak hati betul2kan, dahlah bahasa Arab, kita ni orang Melayu, manalah nak faham kot arab tu (Lainlah orang Arab sbb itu bahasa depa) Takat baca ajelah kita ni, pahala memang dapat, itupun dengan syarat tajwid betul, cara sebutan huruf2 tu betul, kalau tak, kantoi. Tapi..ummphh membacanya kureng tau berbanding jika kita baca Quran tu ngan terjemahannya sekali. Hayati terjemahannya tu, maka feelnya akan lebih, dan sedar tak sedar berhelai2 muka surat kita baca sebabnya kandungan dalam Quran tu menarik hati kita, rasa macam dipanggil2 hati tu nak baca lebih lagi, nak tau kesinambungannya. Paling penting kita lebih mengenali ALLAH kan..sifat2Nya, kekuasaanNya, keesaanNya. Kalau betul2 khusyuk baca, time part Allah beritahu pasal nerakaNya, air mata kita boleh mengalir ketakutan, cepat2 berdoa minta dijauhkan azabNya. Kalau baca part Syurga ALlah, kita boleh tersenyum gembira. Berangan dan berdoa moga kita pun boleh jadi member syurga. Kalua baca ttg ciptaan2 ALlah, kita boleh kagum dgn kebesaran dan kehebatanNya. So kengkawan, cadangan kaklong, baca Quran tu biar yang ada terjemahannya sekali, kalau dpt baca tafsir ayat2 tu lagi hebat!.


Tapi mcm kaklong katalah, time graf iman kita menurun (ni kes kaklong la ni), alahai..nak membaca walau sebaris ayat pun malas semacam. Yang kaklong pelik ngan diri kaklong ni. part baca majalah2 kat pasaran tu, amboiiiiii...tak lak boring, bahkan boleh pindah drp satu majalah kat satu majalah lagi tu. Kan bagus kalau kita boleh suka baca Quran tu mcm kita suka baca majalah2 kat luar tu..hmm, iman..iman..di mana kau iman?

Thursday, July 5, 2007

Cerita baby

Salam,


Kemaruk pulak rasanya nak buat entri lagi . Adakah tanda2 ketegaran kembali semula? ;)

Nak citer pasal baby dalam perut nilah. Rasanya tak pernah citer pasal dia kan? Citer pasal kaklong alah aje adalah.

La ni, syukur baby dah 25 minggu lebih ( 6 bulan lebihla tu). Dah aktif kat dalam. Sebenarnya, kaklong mula rasa pergerakan dia sejak dia berusia 15 minggu ke atas lagi. Agaknya dah 5 kali pregnant ni, mudah terasalah sebarang pergerakan kat dalam.

Dia ni mmg sensitiflah, mudah bagi tindakbalas. Kekadang tu senak rasanya bila dia bergerak.Usap perut sikit, dia pun bergeraklah. Kaklong tergelak sikit, dia respon. kaklong duduk depan pc ni, lagilah dia respon. Kekadang terasa jari jemarinya menggeletek, atau terasa bagai disiku. Hmm..tak sabar nak tunggu saat2nya nanti perut ni macam roller coaster jadinya. Yang best tu, dia aktif tak kira masa, sampai kekadang terfikir, dia ni bila masa tidurnya? Alhamdulillah, tandanya dia sihat kat dalam tukan? InsyaAllah.

Last pergi antenatal check up 2 minggu lepas, doktor cakap, "ni mesti mak dia rajin berjalan ni" Apa taknya, baby dah elok kat bawah!!! ( Dulu, masa Alia, doktor terpaksa bagi kaklong pil penahan pintu rahim jangan cepat bukak, sebab masa umur dia 34 minggu, kepala dia dah engage kat bawah!!!. Doktor takut kaklong bersalin masa 8 bulan lebih aje masa tu. Doktor ingat kaklong cikgu sbb biasanya cikgukan selalu turun naik tangga sekolah, itu yang baby senang engage kat bawah. Kaklong bagitaulah bukan, tpi kaklong menyewa rumah dua tingkat, tu faktor membantu kot. Syukur Alia lahir ikut waktunya wlwpun cepat 2 hari).


Doktor siap tanya, kadang2 awak rasa susah nak jalan tak? Ya betul..mmg sakit kalau nak berjalan. Paling ketara, tulang punggung sebelah kiri ni mcm ada problem, terasa meregang. Kalau time baring tu, janganlah tersilap gerak, terus rasa sakit mcm nak patah tulang tu. Biasanya terpaksa minta tolong suami bantu kaklong bangun. Kalau dia tak de, berpaut kat mana2 lah. Mengalir gak air mata kekadang tu. Oh ya, lega uri dah kat atas, sebabnya awal2 mengandung dulu, doktor kata uri kat bawah. Debor jap (Teringat pada Siti Nur, mama blogger kita tu, harap2 urinya dah betul2 kat atas)


Setakat ni, doktor bagitau, usia kandungan baby dan beratnya (ikut timbangan scanner tu) sesuailah. Kalau perkembangan tumbesarannya ok hingga waktu bersalin nanti, tak mustahil 3.5 kg. Tapi dia kata, ikut sejarah kelahiran sblm ni jugak. Hmm..anak kaklong paling besar pun, keluar 3.3, si Aiman tu la. Alia dan Huda, masing2 3 kg. Husna paling kecil 2.78 kg.

Kali ni, kaklong rasa pergerakan baby kat semua tempat dalam perut. Bukan sebelah perut aje. Ia beri tanda awal pada kaklong, mungkinkah lelaki? Sebabnya ikut pengalaman2 sebelum ni, semua anak perempuan kaklong masa dalam perut suka 'lepak' bahagian sebelah perut aje, terutama belah kanan, jarang bergerak seluruh perut. Kekadang tu rasa macam depa terselit2 kat celah kaki kaklong, sakit! Dan masa Aiman kat dalam perut dulu, dia suka bergerak seluruh perut. Lagi satu, stail perut yang membujur ke hadapan, masa Aiman, camni stylenya. Dan 3 anak perempuan kaklong, stail perut membulat besar. Hmm..itu satu tekaan cuma. Dah scan beberapa kali pun tak nampak lagi. Tunggu next week utk check up seterusnya.

Sekarang ni, yang sibuk mengadap perut kaklong, si Huda ngan Alialah. Hari2 mesti nak communicate ngan baby. Sebenarnya, awal2 mengandung dulu, Alia bersikap dingin. Dia macam tak suka. Bila sebut pasal baby, dia buat derk aje. Hinggalah bila start channel baru astro, 77 (Home n Health kalau tak salahnya) yang banyak memaparkan kisah baby, kaklong amik peluang suruh dia tgk program2 pasal baby ni terutama ttg kelahiran bayi mcm kisah kembar 2, 3, 4, 5 & 6 yang disiarkan dlm channel tu. Tak sangka dia teruja, bahkan dia pulak sibuk lebih nak tgk citer baby. Paham ajelah bila dia sebut, " nak tgk bibi (baby), nak tgk bibi", maknanya dia nak tgk channel 77 la tu.. Lepas tu, perlahan2 reaksi dia berubah. Dia suka bila kaklong sebut pasal baby dalam perut. Paling ketara dia nak sentuh perut kaklong yang sebelum tu dia mmg tak mau sentuh langsung. Dikeraskan tangannya lagi tu.

Sejak mengandung, kaklong ajar Alia dan Huda 'tegur' baby, terutama utk Alia, supaya dia tau ada baby baru nanti dan dia bukan lagi yang bongsu ! Hari2 kaklong suruh depa tegur baby selalu suruh ucap " Assalamualaikum / hai baby, ini kakak Alia / Huda", sambil sentuh perut kaklong. Sekarang ni, mmg wajib la Alia nak sentuh perut kaklong. Dia akan cakap "ummi, nak tgk baby "(baru betul sebutannya skrg). Huda pun sama gak. Bukan itu aje, depa berdua selalu berebut nak pekap telinga kat perut kaklong, sampai pernah berlaga kuat kepala depa. Apalagi melalaklah kesakitan Kecoh betul masa tu.

Bukan takat suruh menegur baby aje, kaklong pun perlahan2 ajar si ALia tu yang dia akan banyak kena mengalah adiknya, tapi reaksinya? Negatif!!! Sampai sekarang ni tau, contohnya:

Masa naik kereta (ni awal mengandung dulu) : "Nanti adik baby ada, Alia duduk belakang ya, baby duduk ngan ummi". Langsung dia tak respon, pandang luar tingkap aje. 2, 3 kali k.long ulang, dia diam gak. Mukanya masam aje. Akhirnya, "oklah, baby duduk belakang, ALia duduk depan ngan ummi ya ?" Ha...barulah dia menggangguk dan mengeliat manja. Oh..banyak nak kena latih dia lagi ni.


Hari2 lain pula. Masa di bilik tidur (dia baring atas katil): "Nanti ummi ada baby, Alia tidur ngan ayah ya kat bawah, ummi ngan baby tidur atas"

"Nanak (taknak)!" jeritnya.



Lain waktu pula. "Nanti, kalau ummi tidur hospital nak keluarkan adik baby, Alia tidur ngan ayah ya ?"

"Nanak!"



Hinggalah baru2 ni, dia dah pandai bercakap, dia balas, "Tak nak. shaya (saya) nak tidur ngan ummi, " Siap melenting2 badan dia dalam dukungan kaklong. Alahai..ni yang buat luluh hati ni. Tapi mmg dah kena ajar dia perlahan2.





Husna dan Aiman excited gak, tapi depa dah besar, gelagatnya tak serupa cam adik2 depa dua orang tu. Cuma minggu2 pertama Aiman tau nak dpt adik baby, sibuklah tanya berapa lama baby dalam perut sebelum keluar. Jenuh menjawabnya. Sesekali depa letak gak tangan atas perut nak rasa pergerakan baby. Bulat mata depa kalau terasa pergerakan baby :).



Persiapan baby? Dah 6 bulan lebih ni, k.long start cari balik kain baju baby yang tersimpan dlm beg2 plastik. Nak check apa yang ada dan yang tak de, so bolehlah beli mana yang patut. Periksa punya periksa; barut, sarung tangan n kaki, selimut, topi, baju seluar - lengkap!!!! Hehehe, berangan awal nak beli baru, nampaknya tak yahlah. Pokoknya, untuk tempoh berpantang ni mmg cukuplah kelengkapan asas pakaiannya dah. Yelah, bukannya nak kemana pun time pantang. Inilah kelebihannya kalau jarak anak dekat. Tinggal pas aje kat anak2 yang bawah tu. Ni pun kaklong perlahan2 basuh semuanya dan clorox mana yang nampak dah sedikit kusam tu. Rancangannya, nak letakkan semua barang2 baby ni dlm bekas khas mcm toyogo comel tu ke, senang nak angkut ke rumah mak or mil time pantang nanti.



Tapi, nak gak tu beli sepasang dua yang baru, untuk meraikan baby keluar hospital nanti hehehe. Oh ya, napkin nak gak beli sebungkus. Koman2 buat bedung. Itu mmg dah tak dak. Berangan nak cari napkin yg colourful tu, kan biasa napkin kaler putih aje. Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ni dah ada yang colourful. Nak beli sejak Alia dulu tak terbeli sebab yg putih dah ada. Tak mo membazir. Barang2 lain yang mana tak de tu, mmg kena belilah.




Kali ni, tergerak nak beli katil baby. Selama ni mmg tak pernah ada pun. Bukannya apa, 4 anak yang sedia ada ni dah kategori kanak2 ribena, lasak tu boleh tahan. Takut depa geram sangat kat baby yang elok baring atas tilam, nanti duk berkerumun mengadap baby mcm semut hurung gula. huhu. Tak mustahil sorang2 duk belek dia nanti, cium peluklah bagai. Paling takut tak sengaja terpenyek pulak baby tu, lagi haru. Sekurang2nya katil baby yang berpagar tu menghad tumpuan berlebih kat baby. Kalau tak nanti, mau bentan ummi duk sound memanjang jangan belek baby. Baby katakan..sapa tak geram mcm anak patung bergerakkan?




oklah..dah meroyan menulis panjang ni. Kena stop dulu ;)




Wednesday, July 4, 2007

Jom makan buah...

salam,

Eh, sekarang ni musim buah tempatan bermula. Raja buah kita dah mula gugur, rambutan dah ranum masuk, cempedak dah wangi baunya, dan sukun dah boleh digoreng. Empat jenis buah2an ni ada kat rumah mil sekarang, terutamanya durian. Ahad baru ni, berkesempatan kejap balik rumah mertua, wah..melantak sakan kaklong anak beranak makan durian. Pas tu bawak balik rumah lagi beberapa bijik, siap buat bubur kacang hijau + durian lagi. Dahlah jenis durian yg pak mentua tanam tu, jenis kaw2 punya, makan seulas dua aje, boleh panas badan jadinya.

Disebabkan melantak tak sedar diri, dua hari ni kaklong kena sakit kepala ditambah pulak cuaca panas sekarang. Sampai kena telan panadol. Aduh..baru teringat, kita ni makyung, tak jaga betul2 boleh kena darah tinggi. Teringat ngan pesanan KV gak. Tq KV duk ingatkan akak.S udahnya, kaklong surrender tak berani nak makan lagi. Suami duk pelawa pun kaklong tolak, takut dah, ni pagi ni ada pening2 lagi ni, risaunya janganlah bp naik huhuhu. takut mendadak tinggi, tak pasal2 kena makan ubat darah tinggi. kang tak pasal2 kena force delivery pulak.

Rambutan pulak, dah mula masak, tp ada gak yg lum masak lagi. dapatlah merasa sikit. lekangnya buah... yg penat tu duk tolong kopekkan utk anak2. Masing2 penggeli nak pegang rambut rambutan tu, kalau pegang pun hujung jari aje..itu lum nampak semut kat rambutan tu. lagilah takut nak pegang.

Cempedak lak..bestnya, buat goreng dan makan mentah camtu pun ya jugak. dapat isi cempedak yang besor2, puaslah makan. Aroma wanginya tu yg tak tahan tu..Kalau rajin, biji cempedak tu direbus empuk campur sikit garam, pas tu makan..mengunyah yolah kojo eyy.

Sukun...sedap tul makan time panas2 dengan tepungnya yang rangup tu.

Alamak, takat citer ajelah, gambor2nya tarak...

p.s. Ada sesiapa tak biasa masak lauk ayam masak halia? Boleh share resepi?
Update: Al fatihah kepada arwah mak Kak Wan (Alex Lacey) yang telah kembali kerahmatullah minggu lepas, begitu juga kepada arwah ibu mertua HotMama (Aidan's Mommy) yg kembali kerahmatullah beberapa minggu lalu. Sama2 kita doakan roh mereka di kalangan para solihin, moga lapang kuburnya, terang di dalamnya dan dapat menikmati haruman taman2 syurga Allah hendaknya. Amin..

Monday, July 2, 2007

Tag -Untuk Kebajikan!!!!!!!

Rumah Anak Yatim ini memerlukan bus untuk penghuni2, di samping sumbangan untuk pengendalian harian. On behalf of Bro. Idham, I am inviting you to participate together with us. For every person who complete this meme before end of JULY (this is the latest update given by Bro. Id), Bro. Id will contribute rm127 on your behalf to the Darul Izzah Orphange, Bangi. His aim is to collect at least rm10,000 worth of meme/tags from bloggers - now, can you do it!??


Okey, this is the rule.If you are tagged, you need to write an entry related to the meme. At the end of your entry you just need to tag as many person as you like. You will then leave a comment in their blog to let them know they have been tagged. And to include this message, "By doing this meme you are contributing rm127 to the Darul Izzah Orphanage".


Then please copy and paste this rule somewhere in your entry.



1. A person is only as good as " dia menghargai, menyayangi dan menghormati dirinya dan kesannya itu akan memberi kesejahteraan kepada orang lain"



2. Friendship is always "berdasarkan keikhlasan dan kejujuran. Bukan kerana mahu menumpang nama, kekayaan, pangkat dan kuasa. Paling penting, waktu susah kita, dia ada bersama tanpa lesap entah ke mana"



3. To love is to " menyintai dan menyayangi sesama manusia kerana Allah"



.4. Money makes me boros!!! (tu duk pulun doa kalau jadi kaya, nak jadi kaya yang pemurah, takmo jadi boros)



5. I miss my "alam persekolahan terutama masa form 4 & 5, sebab kat situ asal pertemuan jodoh ngan suami den :D, kawan-kawan lama yang terputus hubungan, dan semua ahli keluarga yang telah meninggal dunia terutama arwah ayah :( .



6. My way of saying I care is by "menghubungi dan bertanyakan khabar"



7. I try to spread love and happiness by "melakukan perkara baik terhadap orang lain walaupun sekadar satu ayat"



8. Pick the flowers when " saya terasa nak memetiknya "



9. To love someone is to "mencintai dan menyayangi dia kerana Allah terutama pasangan kita. Andai ada kerumitan yang terjadi antara kita dan dia, hanya pada Allahlah kita terus merujuk dan memohon petunjuk penyelesaiannya"



10. Beauty is " pemberian Allah terutama paras rupa pada seseorang. Paling penting, kecantikan itu diisi dengan keimanan, takwa dan ibadah kepada Allah serta hubungan baiknya sesama manusia. Baru ada nilainya "



11. When I was thirteen, what I remember the most was "kematian arwah atuk (sebelah ayah)"



12. When I was twenty one, I remember " berada di tahun satu pengajian universiti"



13. I am most happy when " dapat luangkan masa berkualiti dengan suami, sebab dia sibuk orangnya"



14. Nothing makes me happier than " mempunyai keluarga yang bahagia"



15. If I can change one thing, I will change "KERAJAAN & PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT YANG SUKA MENYIBUK HAL EHWAL NEGARA ORANG LAIN TERUTAMA NEGARA2 UMAT ISLAM"



6. If smiles were everywhere then I "berharap ia memberi makna bahawa tiada lagi peperangan, penindasan dan penderaan "



17. Wouldn't it be nice if we could "hentikan peperangan di muka bumi ini supaya tiada yang menjadi korban, tiada wanita yang menjadi balu, tiada anak2 yang menjadi yatim, tiada kecacatan anggota badan, tiada kemusnahan negara dan alam sekitar, tiada kemiskinan dan kesengsaraan. Tapi apakan daya, inilah antara ujian hidup manusia di dunia!"

18. If you want to "berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat " then you have to "bekerja keras, berdoa dan bertawakal kepada NYa dengan syarat ia mengikut jalan yang diredhai Allah"



19. Money is not everything but "ia penting untuk keperluan hidup kita"



20. The most touching moments I have experienced is "pada hari pernikahanku... :D (tak sangka ada gak yang berkonan ngan den yang tak lawa dan badan bosar ni, perangai kasar pulak tu. syukur syukur. Terima kasih Allah, memberikan jodoh buatku."



21. I smile when " saya rase nak senyum hihi, tak kira masa kecuali ketika tidur , marah dan sedih"



22. When I am happy, I "saya harap kegembiraan itu berlanjutan sentiasa"



23. If only I don't have to "tidur lewat" , then "saya akan tidur cepat hihi" - (anak2 saya susah nak tidur cepat, takat 2-3 pagi tu biasalah. huhu)



24. The best thing I did yesterday was "menghabiskan masa bersama suami dan anak2 di banyak tempat "



25. If I ever write a book, I will give it this title,"Bangun selepas jatuh "(cadangan awal)



26. One thing I must do before I die is "lidahku lembut boleh mengucap 2 kalimah syahadah, (Nampak mudah, tapi sukar sbnrnya jika amal ibadah tak tip top dan sesungguhnya amal ibadat den tunggang langgang lagi niiiii :( ."



27. Doing this meme, I feel like "leganya.... dan gembira dapat tolong orang lain secara tidak langsung dengan melakukan tag ini semata2 :D"


So, saya nak tag: Prof MKI, NBK46, Rafflesia Merah, Alinlai dan Sastri (jika ada kelapangan ya), dan yang lain2 kalau berminat, boleh join sama. Kalau anda dah buat meme ni, bolehlah bagitau bro. Id ya di blognya. tq.


Bro. Id menyatakan dlm entri terbarunya yang pertemuan 100 bloggers di Rumah anak yatim ini akan diadakan pada 11 Ogos - Sabtu. Maklumat lanjut sila ke blog Bro. Id.