Adoption stories
Kaklong baru lepas menangis tadi..kenapa ya? Sbb baru lepas menonton "Adoption Stories" channel 77, kisah ibu muda yg terpaksa berpisah ngan anak k2 nya 3 hari slps melahirkan demi memastikan babynya dpt kehidupan yang lebih baik. Dia n suami mengalami masalah kewangan terutama suaminya yg masih mencari2 pekerjaan hinggakan mrk hampir nak berpisah, tapi memikirkan nasib anak sulung yg akan hadapi kehidupan x stabil lepas perceraian nanti, mrk x jd bercerai, sbliknya amik keputusan serahkan baby k 2 tu pada sepasang suami isteri yg belum mempunyai anak dan golongan berada pula. Berjurai2 air mata kaklong tengok part si ibu berpisah ngan babynya di airport, air mata ibu tu sendiri tak dpt ditahan2, lama dia dukung dan belai pipi babynya tu. Dan ciuman kasih si ibu meruntun hati kaklong. Camnerlah dia beroleh kekuatan emosi utk ber'pisah' ngan babynya tu. Nak buat camner, keadaan memaksa. Tapi syukurlah teknologi boleh 'menyatukan' ibu n anak yg berpisah jauh tu, si keluarga angkat bermurah hati dengan selalu menunjukkan web cam baby pada keluarga asalnya.
Kaki
Kaki kaklong camner pula? Alhamdulillah, hari ni adalah hari k3 x salahnya kaklong x pakai topang kaki langsung!!! Kaklong dah boleh berjalan macam biasa, tanpa berdengkot2 lagi. Cuma sesekali tu jalan berdengkot gak, sbb dah terbiasa jalan camtukan. Alkisahnya, kaklong p berurut ngan Kak Normah (03-61851925) di Taman Selasih Fasa 1, Gombak pada pagi Rabu lepas. Dalam 1 1/2 jam dia urut drp pinggul ke hujung jari tu. Dia 'bongkar'kan mana urat berselirat, kembang bagai. Mmg sedaplah rasanya, biarpun mengaduh sakit dan berkeriut gak sesekali. Maklumlah ni kali pertama mengurut sejak terseliuh aritu. Alhamdulillah, nampaknya serasi urutan dia ngan kaklong. Tak perlu ada urutan susulan, kecuali kalau saja2 nak dtg lepas tu bolehlah. Murah pun ya juga, RM 30 inggit aje untuk urutan ni. Bukan takat urut seliuh aje, urut bersalin pun dia buat. Tapi kena amik n hantar dia baliklah sbb x de kenderaan sendiri. Kalau lelaki nak berurut pun boleh, tapi syaratnya bawa isteri or ahli keluarga perempuan samalah (bagus ni nak elak fitnah). Yang seronok tu, mengurut kat rmh kakak ni ada privasi, sbb ada bilik khas, x de la kat ruang terbuka. Oh ya, setiap jenis urutan tu upahnya berlainan tau. Kena tanyala berapakan regenya dan kat bilik urutannya pun ada ditampal siap2 upah mengurut tu. Oh ya, nak mengurut ngan dia, kena wat appointment dulu, biasanya waktu kita mengurut tu mmg x de orang lain la. So dia pun mengurut tak rushing sbb mmg betul2 tumpu kat kita.
Baby
ALhamdulillah, minggu ni masuk minggu k 35. Debornya makin bertambah. Selasa malam Rabu lepas mmg mendebarkan sbb, start 8 malam lbh hingga jam 3 pagi, kaklong kena mild contraction selang sejam. Risau betul sbb takut kalau keluar sekarang, baby baru 8 bln lebih, belum matang betul lagi. Takut masuk incubator aje nanti. Doa pun x putus minta dia tak keluar cepat. Tapi standby gak siapkan barang baby dan kaklong sikit dalam bag kot2 nak kena ke klinik bersalin malam tu. Tapi syukurlah kaklong boleh tidur nyenyak. Laa..ingatkan stop dah contractionnya, rupanya jam 7 - 9 pagi tu kena lagi contraction selang sejam. Tapi suami cakap, pergi urut kaki dulu, then sakit sangat terus ke klinik lepas tu. Alhamdulillah, contraction berhenti. So, sampai sekarang dia masih duduk dalam peyut umminya lagi lagi la. Minggu lepas, p antenatal check-up, dokt. bagitau kepala baby dah elok kat bawah. Ya Allah, minta dia keluarlah bila masanya sesuai nanti. Amin.
Rombongan Sekolah
Tiada apa yg melegakan hati kaklong bila Husna dan Aiman selamat pulang ke rumah setelah mengikuti trip sekolah ke destinasi masing2 pada hari Rabu lepas (Isnin-Rabu cuti sempena UPSR). Aiman (Drjh. 1) ke Zoo Negara dan Husna (Drjh. 2) ke Galeri Perdana dan Aquaria KLCC. Kes kehilangan Adik Nurin sampai sekarang belum bertemu cukup meresahkan. Kaklong duk pesan tak sudah kat anak2 sejak beberapa hari sblmnya hinggalah pagi nak pergi (ummi depa ni mmg pakar leter satu dan pakar pesan memsan satu hehe..kekadang berkerut dahi ayahnya kalau mendgr). Kaklong pesan ikut aje arahan cikgu, jgn senang2 ikut ajakan kawan nak berpisah drp kumpulan, jgn jauh drp guru, jgn ikut ajakan org x dikenali bla..bla..bla..siap kaklong bagi contoh kes Adik Nurin lagi Kaklong pun bagi depa sorang sehelai kertas informasi no tel. hp kaklong, suami dan guru kelas mrk, nama sekolah depa, alamat rumah dan no. tepon rmh kaklong, in case la depa terlepas drp cikgukan. Doa mmg tak putus minta anak2 selamat pergi dan pulang. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.
Kesiannya Nurin tu, dahlah kaklong difahamkan dia ada penyakit. Moga Allah gerakkan hati org yg menyimpan/menjaga Nurin utk memulangkan kembali pada keluarganya.
Kepada adik2 yang ambil UPSR, kaklong doakan selamat berjaya. Hmm..napelah saban tahun ada ajer report pasal kemungkinan soalan bocor ni ?







