Showing posts with label Konvokesyen. Show all posts
Showing posts with label Konvokesyen. Show all posts

Thursday, November 22, 2007

Tahniah Husna dan Adikku

Assalamualaikum,

Gambar2 di bawah ni merupakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik di sekolah anak2 Kaklong. Rezeki Husna dapat naik pentas tahun ni untuk menerima hadiah di tempat ke 4 dalam kelas dan dua mata pelajaran terbaik; B. Melayu - Penulisan dan Sains. Tahun lepas dia dapat tempat pertama dan dua mata pelajaran terbaik juga.

Kesian gak kat Aiman tak dapat naik pentas. Belum rezeki dia tahun ni. Kaklong cakap kat Aiman, tahun depan kalau nak merasa naik pentas terima hadiah, kena lebih kuat belajar. Kaklong pula rasa bersalah sebab tak dpt tolong mereka study dengan baik disebabkan keadaan kesihatan kaklong yang tak menentu tahun ni. Pendek kata, tahun ni pelajaran anak2 kaklong tak konsisten. Tapi, tahun depan lebih mencabar sebenarnya..hmmm.


Sayang sangat kaklong dan anak2 lain tak dapat hadiri majlis ni sebabnya Huda dan Alia demam. Jam 2 pagi lebih hari Sabtu (17 Nov) lepas kami ke klinik 24 jam bawa anak2. Husna lagilah demam panas. 39 darjah suhu dia. Kena masuk ubat lagi. Balik daripada klinik, gitu gini layan anak2, jam 4 pagi baru kaklong dapat tidur. Huda ngan Alia duk demam2 tu masih main lagi, tak tau jam berapa depa lelap.

Jam 6 pagi lebih, Husna bersemangat siap nak ke sekolah. Dia masuk koir utk persembahan. Kaklong berat hati nak bagi dia teruskan sebabnya badan dia masih panas lagi. Tapi dia nak pergi juga. Tak sampai hati nak kecewakan dia, kaklong mengalah, tapi kaklong pesan, kalau dia rasa tak larat waktu nak buat persembahan tu, dia mesti tarik diri takut nanti dia akan pengsan tiba2. Dia berjanji. Kaklong bekalkan dia ubat demam dan antibiotik. Tak bagi dia makan pagi tu sebabnya tak sampai jarak 6-8 jam lagi utk dos seterusnya. Kaklong suruh dia minta tolong cikgu yang berikan ubat tu nanti sebaik sebelum persembahan bermula.



Waktu persembahan koir ni, suami kaklong telefon bertanyakan betul ke Husna join koir sebab dia tak nampak Husna langsung. Kaklong cakap mungkin dia tarik diri dan ada kat belakang pentas. Sungguh, balik rumah tu, Husna bagitau kaklong dia menarik diri akhirnya sebab rasa tak larat biarpun cikgu benarkan dia join.










Husna baru lepas makan ubat demam & antibiotik yang dibekalkan.












Sedih pula tengok keadaan Husna ni. Kata Husna, dia rasa ngantuk, tu pejamkan mata sementara menunggu ambil hadiah.






Syukur dia larat naik pentas juga





Posing sebelum balik

















Husna dapat hadiah trofi untuk kedudukan dalam kelas. Hadiah2 buku untuk subjek2 terbaik.










Dapat gak snap gambar Asmaa tengah tersenyum...


Kesian kat Asmaa sekarang ni, kena selsema dan batuk. Berjangkit ngan kakak2 dan abangnya. Tapi syukurlah dia tak reti meragam.





Apai, tahniah sebab dah konvo semalam (Rabu, 21 Nov.) kat UiTM. Sesi petang. Dia satu-satunya anak lelaki emak yang 6 orang ni. Sayang kaklong tak dapat join sama, tapi tak pe sebab balik tu dia, emak, kaklang dan adik datang rumah kaklong. Yang kesiannya Apai terpaksa pulangkan jubah dan ambil sijilnya sebaik habis majlis petang semalam kerana dia nak balik Langkawi pagi Khamis ni. Cuti kerja tak dpt lama. Dia dah kerja sbg pembantu Chef kat salah satu Resort di sana.
Opps, anak2 patung ni bukan Apai punya, tapi mak kaklong belikan untuk anak2 kaklong hehehe.




Errr..inilah tuan punya blog yang berkerusi roda masa ambil skrol sarjana tempoh hari. Kenangan sungguh la hihii....yelah ngan usia kandungan 33 minggu tak salahnya. Takkan kulupakan hari itu dalam sejarah :D.

Sunday, September 2, 2007

Konvokesyen : 25 Ogos

Salam semua,

Alhamdulillah, kaklong dah selamat menjalani majlis konvokesyen pada 25 Ogos lalu. Sesi petang. Kenangan sungguh la...sebabnya kaklong berKERUSI RODA mengambil SKROL di atas pentas!!!. Dan pada petang tu, hanya kaklong berdua saja dengan sorang brader tu yang berkerusi roda daripada keseluruhan pelajaran yang mengambil skrol !. Kebetulan kami berdua daripada kuliyyah dan program master yang sama, cumanya dia berpangkat junior daripada kaklong.

Masa kami giliran kami berdua mengambil skrol tu, tepukan hadirin bergema memenuhi ruang dewan. Segannya kaklong tak tau nak kata, sebabnya mesti depa ingat kaklong ni OKU yang sebenarnya dan mereka kagum dengan kaklong yang berjaya menamatkan pelajaran dalam keadaan kurang upaya! Dan dan tu gak rasanya kaklong nak buat pengumuman yang kaklong tak layak terima tepukan tu sebabnya kaklong hanya mengalami kecederaan kaki dan masih boleh berjalan lagi berbanding dengan brader tu yang memang lumpuh betul.

Dan semasa staff univ. menolak kerusi roda kaklong keluar drp belakang pentas, sebaknya tak terkata. Air mata tak dapat ditahan2 mengalir perlahan. Dahla tak de tisu kat tangan. Sabor ajelah. Entahlah, adakah sebab kaklong berkerusi roda atau sebab kaklong teringat segala kenangan untuk menghabiskan program master ni, ngan bersalin dua kalinya (2x maternity leaves) dan cabaran emosi untuk menghabiskan penulisan disertasi kaklong tu. Yang pasti, perasaan tu bercampur baur sebak dan bangga kerana dapat menghabiskan master dengan izinNya. Yap!!! yang pasti Kaklong bangga naik atas pentas tu walaupun berkerusi roda!!! Syukurlah masa terima skrol tu kaklong dah boleh tersenyum ceria :D.

Barangkali benarlah kata2 suami kaklong semasa mengucapkan tahniah pada kaklong pada awal pagi tu yang kaklong deserved dapat hadiri majlis konvo setelah apa yang kaklong lalui terutama dua kali bersalin dalam tempoh pengajian.

Mak kaklong pula, sebelum bertolak keluar daripada rumah kaklong, sempat dia curi cium pipi kaklong sambil ucap tahniah. Sebak tiba2 masa tu. Dengan suara bergetar kaklong ucap terima kasih kat mak sebab dia tolong jaga anak2 kaklong waktu kaklong p kelas master dulu. Cumanya dia menolak nak masuk dewan, sebab tak larat lama2 duduk kat dalam tu, jadinya dia volunteer jaga anak2 kaklong ditemani ngan sorang adik kaklong. Tq mak n k.lang kerana datang. Syukurlah mak, adik dan anak2 kaklong masih boleh tgk kaklong amik skrol melalui siaran tv yang disediakan di ruang legar auditorium. Yang best tu, mak kaklong bagi tau, Alia sibuk cakap " go ummi go" masa tgk tv tu, hehehe. Adik2 yang lain tak dpt dtg sebab kerja, kat kampus dan duduk jauh, tak pe, tak de nak kecil2 hati. Nanti depa boleh tgk gambar kaklongkan...

Mak mertua pun tak dpt datang sebab biras kaklong yang tinggal serumah ngan mil tak berapa sihat masa tu, awal2 dia cakap jgn kecil hati sebab tak dpt datang. Tak mengapa, tak kecil hati pun sbb faham keadaan masa tu. Sebelah malamnya, kaklong telefon mil berborak cerita pasal majlis konvo tu, dan ucapkan terima kasih pada dia sebab tolong jaga anak2 kaklong masa kaklong hadapi musim peperiksaan kelas master dulu (musim exam kaklong hantar anak2 ke kampung. mmg masa ni perit utk kaklong hadapi sbb terpaksa pisah antara 1-3 minggu ngan anak2 berdasarkan jadual exam).

Bab kerusi roda ni, kaklong diberi pilihan oleh pihak univ. sama ada nak berkerusi roda atau bertopang ketiak aje masa amik skrol tu. Dalam dilema mulanya sebab dua2 pun boleh, tapi lebih risau kalau bertopang ketiak nanti jatuh terjelepuk kat tangga ke, tersadung karpet merah tu ke, dahlah perut makin boyot ( masa tu usia kandungan dah 33 minggu), kalau jatuh, kan buat rosak majlis aje. Sudahnya suami kaklong yang putuskan, kaklong naik ajelah kerusi roda tu. Untungnya lagi satu, tak perlu melalui perarakan pelajar masuk dewan, terus standby dalam dewan kat tpt yang disediakan. Kemudian, masa giliran prog. master kaklong, staff uia menolak kaklong keluar untuk bersedia di belakang pentas.

Petang ni tadi (Ahad), kaklong serahkan kembali jubah konvo dan mengambil gambar konvo. Eh, lawa lar pulak ngan muka ceria tu..kah kah kah, perasan!!!!!!!! Tak per, puji diri sendiri. Kiranya menten lawa la biarpun berkerusi roda hahaha, cuma nampaklah badan tu berisi sebab boyot dah u..sedar diri tu dah sarat hehehe.

Oh ya, tak sangka pula, sorang mama blogger kita (Nenas) ada dalam dewan yang sama petang tu, rupanya suaminya pun amik skrol gak. Nenas memang kenal kaklong sebab dia junior kaklong kat sekolah menengah dulu :D. Nenas, akak tak tunggu lama lepas konvo tu, sebab akak balik awal.

Harapnya, ada rezeki kaklong buat phd satu hari nanti, berjalan ler pulak time amik skrol tu :D.

p.s. Harapnya mood kaklong nak kembali berblog datang semula. Bolehlah jenguk2 blog2 kengkawan ngan aktifnya. Terima kasih ya yang tinggalkan komen kat entri sebelum ni. Harapnya tak serik datang sini lagi biarpun sekarang ni kaklong on off berblog.