Saturday, December 15, 2007

Bila Rindu..

Salam,

Hati ni makin resah. Rindu tak tertahan. Biar bercakap hari2 dalam telefon, tapi takkan sama dengan bertemu yang empunya diri. Dah seminggu dia tidak bersama kami. Kaklong fikir ok aje dia tak de sebab anak2 yang lain ada. Tapi sangkaan tu salah rupanya.

"Dia adalah dia. Takkan sama dengan yang lain," itu yang kaklong cakapkan pada suami bila dia mengusik anak ada 4 yang lain, takkan rindu gak kot. Dan suami setuju dengan cakap kaklong tu. hehe.

Selasa lepas, kami sekeluarga join dinner yang dianjurkan oleh jbtn tempat kerja suami. Masa makan tu, hati teringat kat dia. Sedih dia tak de sama. Tak sangka suami pun menyebut lebih kurang, "Kalau Husna ada ni, mesti dia makan banyak, adik2 dia mana nak makan sangat"

Dua malam lepas kalau tak salah, masa nak tidur hati menjadi2 rindu. Dada tu rasa sesak. Rasa nak kejut paksa suami balik rumah mil malam tu jugak. Tapi tak boleh sebab suami nak kerja esoknya.

La ni, bila cakap dengan dia dalam telefon, nada kaklong sebak, dia pun sama. Dia pun kata tak sabar nak balik dah. Cuma masa tak mengizinkan suami untuk mengambil dia pulang dan mak mertua untuk menghantar dia ke sini. Tengoklah nanti, esok (Ahad) ke mbahnya hantar. Kaklong nak balik mengambil memang tak boleh dah sebab Aiman pula bersunat hari ni. Sapa pula nak menjaganya nanti. Dahlah, hati makin sebak ni. Kakak..ummi rindukan kakak (sob..sob..sob...)

12 comments:

edyan7 said...

hmmm... tiba-tiba rasa sebak pulak baca cerite kaklong nih..

Kaklong Syikin said...

salam,

edyan7: eh, janganlah cenggitu :(

Along said...

Uhuk, sedihnya. Memang betul kata kaklong, betapa ramai pun anak2 kita yg ada, kalau sorang takde, tetp rasa sunyi, rasa rindu.

Ni MIL along mau ambik anak2 balik kg sehingga cuti raya haji. 4 hari je tapi ntah le...tak tau nak lepaskan ke tidak. Kalau bukan anak2 yg nangis, rasanya ibu depa yg meraung kot. Uwaaaa....

simah said...

alahai..ummi dia..sabar yea? *hugs*
sebelum terlewat kami disini ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha.. maaf zahir dan batin :0)

ummi said...

betul tu k long. usahkan ditinggalkan dengan neneknya, lepas tinggalkan budak2 dinursery, masuk aje keta, takde cerita lain dah, mesti pasal anak-anak jugak. besarnya Allah kurniakan kasih sayang antara ibubapa dan anak-anak.

AzamKDH said...

Ya la....kalau kita berpisah dngn anak2 1 hari pun pasti makan tk lalu tidur tk lena....macammana la pula perasaan orang yang kehilangan anak....sedihkan...Kepada Kaklong sekeluarga dan semua blogger kat sini diucapkan Salam Aidiladha maaf zahir batin..

Kaklong Syikin said...

salam,

ALong: huhu..saya dpt rasakan apa yg along dah mula rasa. naknya kita jenis tak biasa berpisah ngan anak.meraung? tak mustahil

Simah: tq so much. selamat hari raya aidiladha juga :D

ummi: betui tu. kereta pun rasa 'kosong' aje kan..'ringan' semacam. kalau ada depa, mmg riuhlah.

Azamkdh: oh, tok sah cakaplah kalau kehilangan tu. boleh gila dibuatnya. kalau berpisah kejap tu, rindu boleh jumpa balik. ni kalau berpisah dek kematian, rindu sedalam macamana pun, takkan dpt jumpa balik. kecuali mimpikan dia.

cikdinz said...

ni mcm mana nak bagi anak masuk asrama ni.....
baru berenggang kejap pun dah sedih.....

mama ranggie said...

memang x sama kak long..
setiap anak lain cara...
mama pon x leh jauh dgn anak...

Mummy Rizq said...

alaa.. sedihnya. sebab tu rizq saya tak pernah benarkan dia balik ke kg without we all... dan rizq pun tak nak. tak biasa berpisah jugak..

Kaklong Syikin said...

salam,

cikdinz: huhu..itulah yg saya duk fikir. err..cikdinz tak pernah pisah gnan anak2 ke?

mamaranggie: kita serupa...

mummyrizq: sedihkan..waaa..tp best tu sbb dia dah balik :D

日月神教-任我行 said...

性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,ut聊天室