Friday, November 16, 2007

My Besday Girl - Alia Khairiyyah




Alia - 3 tahun - Anak k 4


Hepi besday Alia
hepi besday Alia
hepi besday Alia
hepi besday to you
Moga Alia jadi anak bijak, solehah dan cemerlang dunia akhirat. Amin.


Hari ni, 16hb. Nov. adalah hari kelahiran Alia. Dia dah petah bercakap tapi masih kedengaran pelatnya lagi, pandai menjawab, lucu, tapi garang. Kalau marahnya datang, sesuka hati dia nak debik orang yang membuat dia marah. Hudalah selalu jadi mangsa. Sian Huda. Dan dia juga senang menangis tak kira tempat. Sesuka hati dia nak melalak kalau dia mengamuk. Peduli apa dia kalau dia menangis kat tempat awam. Kita yang jenuh nak memujuk. Pandai gak merajuk tu.. Tapi dia juga ceria dan suka ketawa berdekah-dekah. Suaranya nyaring. Cakap pun kekadang menjerit bunyinya. Suka menyanyi terutama lagu tema kartun Ninja Boy; bunyi lagu tu adalah, tapi lirik jepunnya hancus, org jepun pun tak paham buah butirnya. confirm! Dia ni nampak matang. Ada adik ni mmg dia sayang sungguh, tak jeles pun kat adiknya, nak gomol lagi adalah. Bila dia usik adiknya tengah tidur, kita larang dia jawab "Ashma' (sebutan dia pelat lagi) jagalah". Dia pun dah pandai menolong buat kerja2 rumah. Tapi bila time malas dia datang, pandai bagi alasan penatlah, bukan alia buatlah dsb. Lagi satu dia pandai cakap orang lain yg buat benda yang dia salah buat. Nak escape drp kena marahlah tu.


Alia..Alia...moga dia sentiasa sihat walafiat dan murah rezekinya. Amin.


Ok, ni nak share gambar Asmaa yang terkini pula


Masa ni umurnya 43 hari (sorilah gambar gelap)


Ni pula masa umurnya 30 hari lebih. Tak de bedung2 dah, dia marah dibedung! Ha, masa dia baru lahir ari tu, nampak iras Alia, tapi bila makin besar ni, nampak iras Aiman pula.

25 comments:

YuszTieY said...

hepi besday alia....
sama tarikh la dgn nurin laiyinah amni cuma laiyin dah 4 thn ari ni ...
MOGA MENJADI ANAK YG SOLEHAH...AMINNN

ajzie said...

Happy Birthday Alia..
Moga Cermelang...

ummibatrisya said...

salam

happy bday Alia. semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. semoga menjadi anak yang solehah. Amin.

Asmaa, cute dan montel. seronok dah habis pantang. seronok dapat jalan2 bukit merah. senang ke nak cari tempat makan kat situ.

biasanya kalau ummi ke situ kitaorg akan makan kat food court. tapi tak berapa sedap sangat dan agak mahal. :)

Kaklong said...

Salam semua,

Yusztiey dan Kak AJzie: tq atas ucapan dan doa tu :D

UmmiBatrisya: Tq atas ucapan dan doa. Ttg bkt merah tu, mmg seronok kat sana. harga makanan kt food court tu kalau bagi org duduk KL, kira oklah, tp mcm ummi ckp, rasa masakan tu sedang2 aje. Buat alas perut kata orang.

AzamKDH said...

muka asmara gambar yang kedua tu macam muka anak ke2 saya semasa dia baby dan posing pun lebih kurang sama

bentuk muka alia sama macam anak lelaki pertama saya

heeee

~ahni~ said...

Budak-budak kecik memang macam tu kan Kak Long, kejap nampak cam abang dia, kejap cam kakak dia.... kadang2 cam nenek ke atok dia...

Geramnyer tengok baby, comel!

zino said...

selamat ulang tahun buat alia... semuga menjadi anak solehah dan menjadi kebanggaan ibu dan ayah..

KAMATO said...

selamat hari lahir untuk alia, moga kebahagian, kesihatan dan kejayaan sentiasa mengiringi alia

Kak Elle said...

Happy birthday Alia sama ngan my niece tapi dia 19yrs old.

Dah besar Asmaa sorri ye kak elle tak ucapkan masa di lahirkan:)

NBK466 said...

Alia muda 7 bulan dgn kakak Syira..hapi bday yea dik, eh nak, eh..he..he.he

sitilina said...

happy besday big sister!
jaga adik asmaa elok2 tau!
wah satgi setiap bulan tu sambut bday anak kaklong hihi.

amboi,bulatnye mata&pipi Asmaa. sama cam Hafiy tu xmo bedung2. sampai Abiy nye risau besar2 kang jalan kengkang. ekekeke. cepat besar Asmaa nih. nanti bole kawan ngan Hafiy ek. hehe.

blackpurple @ jowopinter said...

Selamat Ulang Tahun Kelahiran untuk adik Alia. Semoga menjadi anak yang akademis dan bertaqwa.

Comel adik Asmaa itu.... :)

bunga rampai said...

Salam Kak Long,

Happy Birthday untuk Alia Khairiyyah - moga menjadi anak soleha, dan anak mithali. Moga segalanya yang terbaik dariNya untuk Alia.

Isy,isy ... baby tu baru sebulan tapi nampak matang dan bijak sangat!

Kak Long sihat dan ceria? :)

kasutVincci said...

hepi besday alia. Moga membesar menjadi anak yg membanggakan ibu dan ayah.

Maryam Abu Ahmad said...

geramnyer~
kaklong bawalah datang uia disember ni.. :D kalau nak gi rumah kaklong, camana yek kalau naik bas?

Mummy Rizq said...

ee... sama ngan bday my sis lah!

yang si kecik tu pulak.. ala.. alaa.. tomeinya! geram!!

nurazzah8 said...

Selamat Hari Ulangtahun untuk ALIA.
comel nya baby tu...rasa nak cubit2 pipi dia yg tembam tu...hehehe...

Sastri said...

happy belated birthday Alia... baby Asmaa... pipinya tuuu...

The Singa said...

Happy Birthday Alia..selamat panjang umor..

Besar mata Asmaa bila amik gambar yer..

mama ranggie said...

hepi besday alia..semoga doa kak long di makbulkan...
bb asmaa comeiiii betuiii...geramnyer tgk...

Mak Su said...

wah... dah merdeka ek... baby sihat?

~ yus ~ said...

Selamat Hari Lahir ke-3 buat Alia Khairiyyah...moga membesar menjadi anak kebanggaan ibu dan ayah..

Next month turn Alia Zafirah pulak..:D

Kaklong Syikin said...

Salam,


AzamKDH: la..ya ke..hehe

Ahni: betui tu Ahni, pendek kata muka baby ni mewarisi iras2 ahli keluarganya la sikit2. Ahni, jgn geram aje..mehlah give birth pulak..:)

Bro. Zino dan Bro. Kamato: tq..amin.:D

kak elle: oh tak pe kak elle :D

nbk: tq..alamak, ada org perasan mudolah hihi.

BP:tq..amin...:)

MamiHafiy:tq ucapan dan doa utk Alia :D. hehe..insyaAllah tak kengkanglah nanti jalan si Hafiy tu.

BR:tq atas ucapan dan doa Alia. wah, pujian utk asmaa tu saya aminkan ya.moga makbul pujian tu.
saya sihat dan ceria :D.

kv: tq ya.amin..

Maryam: akak dah tak de urusan kat uia buat masa ni :D. tpkan kalau nak ke rumah akak, naik bas ke tmn sri gombak, lalu kat fasa 8, turun kat bus stop di situ. nak dtg kena bgtau awal2, at least sehari awal sbb takut nak dtg on the spot akak tak de kat rmh pulak.

mummy rizq: sama pula ya.. geram jgn tak geram, heehe.

kak nurazzah:tq kak. hehe..mehlah dtg sini, boleh cubit2 pipi dia.:)

Sastri:tq sastri. nape sas? nak cubit pipi asmaa ke? hehe

mamasinga: tq mama. mata asmaa mmg jenis besar

mamaranggie: tq mama.asma comey? alhamdulillah, sempurna sifatnya..semua baby comeykan? :)

Maksu: ha ah, dah 50 hari dah. baby kureng sikitlah sihatnya sbb kena selsema n batuk. berjangkit drp kakak2 dan abgnya..sabor ajelah

Yus:tq atas ucapan dan doa tu ya :D. oh, alia tua sebulan ya rupanya.

Alex Lacey said...

Selamat Hari Jadi Alia...baik nampak budak ni...mudah2an jadi anak yg solehah dan sentiasa diberkati...

Asma...akak memang kalau tengok baby first thing yg akak nampak is pipi dia laaaaa....comellll...

MAMAMIA said...

Happy Bday Alia...

Anak akak si Alia pun dah 3 tahun, cakap pelat lagi. peringkat umur ni, keletah dia orng menghiburkan...