Saturday, December 1, 2007

Asmaa dan Aquaria KLCC

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbth.


Akhirnya...dapat juga kaklong buka blogspot dan sign in. Semenjak Khamis lepas kaklong cuba masuk blogspot, email yahoo dan gmail, tetapi tak tak boleh. Navigation blocked katanya. Sabor ajelah.


Ok, nak bagitau yang Asmaa dah berusia 2 bulan tau pada Jumaat, 30 Nov. Antara perkembangannya yang terkini;

1. Mula banyak tersenyum bila bercakap2 dengan dia.
2. Mula nak 'berborak'. Masa ni la alahai...rasa tak mo buat kerja lain. Seronok layan dia 'berborak'
3. Pandai borak sorang2 gak.
4. Mula banyak berjaga
5. Pandai tengok tv
6. Suka mendongak kalau ada orang duduk kat hujung kepala dia atau lalu kat tepi dia.
7. Paling penting, alhamdulillah dia jenis tak meragam. Kalau p jalan2 tu dia tengah tidur. Dia memang akan tidur nyenyak sampai ke sudah. Kalau terjaga pun, nak susu aje. Dah kenyang, tidur balik. Tu yang berani bawak dia p jalan2 tu hehe.








Ok, pada Rabu lepas (28 Nov.), kami membawa anak2 ke Aquaria KLCC. Kaklong ingatkan hanya ada pelbagai spesis ikan sahaja, rupanya ada haiwan-haiwan lain juga. Jom tengok gambar2 yang kaklong sisipkan di bawah ini;








Ya ampun, tak dan nak jawab komen2 yang ada kat entri2 sebelum ni. Nak dapat buat entri pun payah. Tapi nak jawab juga insyaAllah, harap tak marah ya. Nak ronda semua blog yang tersenarai kat tepi blog ni pun tak dapat nak buat hari2. Ingatkan lepas berpantang bolehlah nak santai2 depan pc berjam2, idak le boleh ghupenya, terutama musim cuti sekolah ni, kena buat giliran dengan anak2, sapa yang guna pc dulu. Pendek kata, 5 orang duk bergilir guna pc kat rumah ni, tu tak termasuk suami. Sabor ajelah.

19 comments:

yusztiey said...

salam...jalan sakan yer k.long n family musim cuti222 ni..2 n3 jalan 222 makan angin tu bulan nih...bestnya kalau jadi anak22 k.long..

bunga rampai said...

Salam KakLong,

Comelnya Asmaa ...

Sikit hari lagi, anak-anak KakLong masing-masing ada blog! Bertambah tenatlah KakLong nak berblog :-P

Masa cuti ni pasti banyak juga jemputan kenduri-kendara kan?

kasutVincci said...

jeles dengar cerita asmaa yg tak byk ragam. Huhu..insyaallah dina pun akan hilang ragam 'manja' nya tu suatu hari nanti.;)

maklang said...

kejap aje dah besarkan...bila nak dapat adek lagi??:)

Kaklong Syikin said...

salam,

Yusztiey: ala Yus, rasanya first time ni jalan2 mcm kali ni.pendek kata, tahun ni murah rezeki anak2 nak di bawa jalan2 kerap. lepas ni tak tau dpt kerap jalan begini or idak.

Bunga Rampai: heheh..husna dah minta nak buat blog bila dia dah besar nanti. dan saya juga dah terjanji ngan dia nak ajarkan, sabor ajelah huhu.
tak yah tunggu depa ada blog nanti, skrg pun dah mula rasa tenat huhu..err..kot2 adalah org nak sponsor saya laptop ke hehehe

kv: awak tu penyabar orangnya, tu yg Allah uji camtu. Akak ni mudah panik orgnya, tu yg Allah tak uji ngan anak kuat meragam menangis tu, anak menangis tak henti 5 minit akak dah panik dah.

Maklang: ayok..soalan maut ni maklang hahaha. Harap2nya at least lagi 3 tahun la saya mengandung kot.

ILA said...

Assalamualaikum wat k.Syikin:)
Wahh..syonoknya klihatan k.long ku dah kmbali mceriakan blognya.

Asma dah mula lebar mukanya..aduii..ni yg mbuatkan teringin baby lagi ni..tapi nak wat cam nerrr..tgah tak der REZKI:(

oho!!akak & fly pun gi aquaria.syonok tak??
ila paling teruja bila dpt pegang tapak sulaiman tu.
kura2 merah tu pun jinak.nmpak mcm bebas jer kita nak pgang.Tpi ngupernya kena tgur dgn ptugas kat situ.seriesly rasa tak myesal laburkan duit kat aquaria.at les bley mnambahkan pgetahuan utk anak2.ye tak kak??:)

stakat tu jer ler;)

ksibukan banget ni.bye

Kaklong Syikin said...

salam,

ila: hehe..tapi tula ila, akak kena bergilir ngan anak2 nak guna pc ni. sabor ajelahkan..

itulah, masa p aquaria aritu, akak teringat kat awak, nak cakap turn akak lak dpt p aquaria.

mmg best dpt ke sana, esp.anak2la. akak gelilah nak usik2 binatang yg open tu..entah nape hehe

sibuk2 pun dpt dtg sini.tq

ha, cepatlah bagi adik kat anak2 awak tu tau.akak doakan :D

Mak Su said...

sila ambil nombor, isi borang a borang j, photostat ic kasik sini, gambar ada tak? lepas tu you can sambung queue untuk bukak pc... yea yea, mak su nampak tapak seleman

mama ranggie said...

ala..ala...comeinya die....kiss n hug kan dr mama tuk asmaa ye kak long...

Kaklong Syikin said...

salam,

maksu: hahaha..lawaklah maksu ni. eh, sib baik tak de prosedur camtu, kalau tak mau mengamuk anak2. seleman? oh, sulaiman :)

mama ranggie: insyaAllah saya buat cam mama suruh tu :D

zareda said...

kak long
ala comelnya baby... serasi dengan namanya...

amik giliran guna pc ek.. hehhe..

Alinlai said...

tak pernah lagi sampai Aquaria tu... bila la gamaknya ... macam best je :)

AZWA said...

Syikin,

Salam...lamaaaa tak menjenguk bukan kerana apa..azwa juga baru masuk kerja hari ini. Cuti dah abess so kena ler masuk kijer. Hari nie genap 41 hari pertapaan azwa...alhamdulillah setakat ini azwa dan baby sehat cuma baby jer yang terlebih manja skett...asyik nak berkepit ngan uminya heehehe..

Azer Mantessa said...

comel :-)

Kaklong Syikin said...

salam,

Zareda: anak2 semua comelkan? anak zar pun cute :D. ha..tula kena bergilir pakai pc, sabor ajelah

Alinlai: pergilah ALin, mmg menarik

Azwa: la..azwa pun dpt new baby ke? kalau gitu tahniah ya.

Bro. AZER: er..asmaa or ikan2 tu yg comel ? hehe

MAMAMIA said...

Akak pun ada problem ngan Yahoo mail. Tak boleh nak send email, receive boleh. Sampai skrng tak settle lagi.

Kitaorg punya 1st & last time pergi Aquaria masa baru bukak dulu. Queue nak masuk lagi lama dari tengok ikan2 tu.. Skrng ramai lagi tak org?

simah said...

asma ni nanti dah besar mesti cerdik ni... tengok gaya dia pandang pun geram saya tengok...

selamat berebut pc syikin! hehehe maaf la lama saya tak ke sini.. sibuk...hanya sempat update blog ajer.. nak lepaskan hati.. nak hop hop tak dapat selalu..masa tak mengizinkan..

zino said...

puas nak tunggu ikan tak kluar juga.. x je yg kluar hehe.. nasib baik dah pernah pergi aqua tu dulu

Kaklong Syikin said...

salam,

mamamia: sib baik yahoo dan gmail saya dah ok. masa saya pergi ari tu lengang kak.wlwpun musim cuti tp waktu tu waktu bekerjakan, jd lenganglah.

Simah: amin 3x.tq doakan asmaa jadi cerdik. :). geram jgn engkau geram, geram geram. geram bermacam ragam hahaha.sori ya, tu lirik lagu black dog bone x salahnya hehe.
ha tulah, saya pun lebih smpat update blog aje berbanding dpt hop sana sini, beratur punya pasal la huhu.

Bro. Zino: alahai, sian la pulak. tak pe, yg penting bro. dah p dahkan..