Tuesday, December 18, 2007

Hal di rumah

Salam,


Semalam Aiman mula demam. Dia memang jenis tak tahan sakit, jadinya merengek2 aje la. Hari ni pun masih demam. Luka dia tu rasanya beransur kering. Kaklong tak check, ayahnya yang check. Masih ngilu lagi rasanya nak menengok. Semalam first time kaklong mandikan dia. Tak berani nak mandikan dia secara berdepan,takut ternampak lukanya tu, pitam lak kaklong.kaklong suruh dia duduk atas bangku membelakangkan kaklong. Menggunakan botol (ada gak yang tutup ngan plastik rasanya) utk menutup alat kelaminnya supaya tak terkena air sebab dia masih terasa pedih lagi. Jadi mudahlah memandikan dia. Kalau lepas buang air kecil pula, aiman sendiri akan membersihkannya dengan menggunakan wet tisu baby tu. Sorilah cerita ni sebagai panduan ibu bapa yang akan lalui pengalaman mcm kaklong bila anak dikhatan dengan cara tradisional.


Tadi kaklong ajar Husna cara membancuh tepung untuk menggoreng keledek dan cara memasukkan keledek yang nak digoreng tu ke dalam kuali. Seronoklah dia. Belajar benda baru. lepas tu kaklong ajar dia cara siang ikan, nampak terkial2 lagi. tak pelah, first try kan..Tahun depan dia darjah 3. Kena perlahan-lahan ajar dia buat urusan masak memasak ni. Rumah ni nanti akan ada 4 anak daro. sonang den insyaAllah heheh. Jangan maleh udah.



Asmaa pula masih dengan hobi dia kuat tidur. Cuma yang kaklong pelik tu, kalau dia kat tingkat bawah, susah nak nyenyak tidur. kejap2 terjaga.sib baik tak bising, terkebil2 aje. La ni bertambah rajin berborak dan tersenyum. Tapi kalau kat bilik atas, lama tul dia tidur. sampai lupa kita ni ada baby kecik hehee.



Alia dan Huda macam biasa aje. Cuma aktiviti terbaru depa, suka basuh botol susu masing2. Siap berdiri atas kusyen bulat kat sinki tu. Tapi kena monitor la. Ari tu dah terkena, sabun pinggan yang tinggal suku botol habis digunakan untuk basuh 2 botol susu aje! Sedap betul depa main air sabun...Kena warning dah. Kalau guna banyak sabun lagi lepas ni, kena denda tak boleh basuh botol lagi. hehee, tau takut. Sekarang depa pandai minta kaklong letakkan kuantiti sabun dlm bekasnya, jadi depa pun guna yg itu ajelah. Tak de nak memandai2 tambah sendiri lagi. Kalau tak tu, semua nak buat sendiri.
Camner ya orang yang anak berbelas2 tu? Hmmm...kagum kagum...

12 comments:

Alex Lacey said...

Syikin...benda2 dapur dan toiletries yg cepat habis, sabun basuh pinggan, syampu, sabun mandi, sabun basuh toilet etc...hmmmm...dah lali dah...heheheh

Kaklong Syikin said...

salam,

kak wan: oh, akak pun alami situasi yang sama ya? heheh

Azer Mantessa said...

selamat hari raya aidil adha ... maaf zahir dan bathin dan selamat menyambut tahun baru 2008.

Kaklong Syikin said...

salam,

Bro.Azer: selamat hari raya aidil adha dan selamat tahun baru 2008 juga :)

Sastri said...

salam aidil adha kak long...

ajzie said...

Salam Aidiladha dari kami sekeluarga..

Moga Aiman kembali sihat.

lindosh said...

kaklong.. selamat hari raya aidiladha

TedungS said...

balas kunjungan

canggih ko ni, 5 anak nak kena control. kami 3 org ni pun nk pecah kapla

mama ranggie said...

selamat hari raya ye kak long...
masak rendang x?

nawalraudhah said...

wah ..rajin2 anak2 dara kak long ek...senang la nanti bila diaorg dah besar2...:)

selamat hari raya buat kak long and family...

Kaklong Syikin said...

salam,

Sastri, Sis. Ajzie, lindosh: selamat hari raya juga

bro.TedungS: hehe..

mamaranggi: selamt hari raya juga. x tau lagilah, kalau balik rmh mak, x masak kot

nawalraudhah: time depa rajin tu mmgla, tp time terlebih rajin tu kita yang letih hehe. selamat hari raya juga:D

Kak mins said...

salam kak long...selamat hari raya kak mins ucapakan, anak bujang kak mins yg dua orang tu pun nak kena khatan gak tu...susah gak nak pujuk. mungkin dlm bulan tiga kot....saing dgn kawan-kawan sebelah rumah dia....ada kawan mungkin dia berani agaknye.Bujsng kak mins yg sulung tu pun kak mins ajar masak....takat masak nasi dgn masak lempeng dah pass dah....goring-goring ni kak mins takut sikit pasal dia banyak memain kat dapur BAHAYA! hehehehhe