Friday, June 22, 2007

Dah 4 tahun...

Salam,


Dalam adik beradik, dia anak ke 3, tetapi hari lahirnya paling awal. Makanya semalam, 21 Jun 2007 (Khamis) adalah hari jadinya yang ke 4. Huda Nasriyyah namanya. Dah 4 tahun Allah pinjamkan roh pada anak kaklong ni. Moga umurnya panjang hingga dewasa supaya kaklong sempat asuh dan didik dia hingga berjaya, insyaAllah. Teringin nak tengok dia masuk sekolah, masuk universiti, kahwin dan beranak pinak ...eiii bestnya!!!



Sorilah Huda, semalam ummi tak larat nak buat posting. Bahu lenguh semacam, jadinya nak menaip lama2 rasa sakit belakang. Yang harunya, ummi yang beria2 sejak hari Rabu nak wish Huda pagi semalam sebaik dia bangun tidur, terlupa le pulak. Time bila teringat ? SEmalam jugalah, tapi waktu ummi tengah gunting cili kering kat sinki dapur masa Huda tengah ralit tgk channel 63 (ruang dapur sederet ngan ruang tamu, tak de penghalang), huhu..bertuah punya ummi. Terus ummi cakap kat Huda lebih kurang, "Eh..hari ni hari jadi Hudalah.." apalagi, sambil menggunting cili kering tu, ummi pun nyanyilah kuat2 happy besday to you, hahaa..mak zaman moden, dah tak peduli dah larangan org tua2 jangan suka menyanyi kat dapur. Eh, tapi larangan tu untuk anak dara ajekan? Ummi dah jadi mak orang..so, tak termasuk dalam pantang larang tu, hahaha..( hish..jangan percaya pantang larang.ini gurauan semata. Percaya pantang larang yg tak wujud dlm agama boleh bawak syirik). Huda sengih aje masa ummi nyanyi tu.



Kaklong pun cakap kat Huda lebih kurang,

Hari ni umur Huda 4 tahun. Kalau orang tanya berapa tahun umur huda, huda jawab berapa?

4 tahun...(dia jawab sambil matanya ralit pandang kaca tv)


Bila kaklong bagitau Husna dan Aiman malam tadi yang hari tu adalah hari jadi Huda, Husna mengeluh kenapa tak bagi tau dia awal-awal (sebelum dia ke sekolah) kalau tak dia boleh beli kek potong kat kantin sekolahnya hehe..kaklong cakaplah lupa nak bagitau. Sorilah kakak...

Bila dah umur 4 tahun ni, memang banyaklah perkembangan tumbesaran dan kerenahnya;

Makanan feveret: roti letakkan susu f&n (makan berkeping2. Tengah malam pun boleh minta ), bubur kacang, bubur pulut hitam, bubur nasi kosong, lala sweet sour, cekodok pisang, laksa (itu yg ingat buat masa ni)

Minuman feveret: semestinya susu fernleafnya tu

Hobi:

suka melukis, mewarna, menggunting (pernah gunting rambut sendiri..huhu) dan bermain, suka cakap pktn2 inggeris (guru dia adalah kartun astro channel 63. Rupanya, sambil tengok dia hayati perkataan2 yg dia dpt tu, biarpun kaklong tak ajar) .Inisiatif dia sendiri nak menyebut, tapi kadangkala penggunaannya salah cth:


huda meh la makan,

no, i'm hungry..

eh, kata lapar, mehla makan

no, i'm hungry

(baru faham dia rupanya maksudkan dah kenyang..)

oh..katalah i'm full (errr..ada perkataan Inggeris lain bermaksud kenyang? kaklong pun bukan reti sangat b.i ni). Hungry tu maknanya lapar.


karakter:

a. suka bergurau tapi sensitif, mudah menangis


b. bila menangis tak puas hati, dia akan press press tangisannya ( tau tak kalau orang tekan minyak motor berulang2? begitulah gayanya.ha, time tu mmg nak kena kalau suruh diam tak mo diam),


c. akan pertahankan diri betul2 kalau dia rasa dia benar, kalau rasa dibuli dia akan lawan cukup2 siap menangis lagi (pernah sorang adik sepupu sakat dia, dia lawan betul2, bila rasa dia kalah, dia dtg mengadu kat kaklong sambil menangis "ada sorang lelaki tu kacau uda" hahaha..punyalah ayat budak ni).


d. Tak boleh ditegur keras kalau tengah mengamuk atau menangis, dia akan lagi melawan, kena slow talk.


e. Ada masa dia tak mo berkongsi permainan, masa ni mmg tak leh dekat ngan dia


f. Bila Alia (adiknya) buli dia, dia akan menangis tapi tak melawan, susah nak tengok dia balas balik kat adiknya tu

g. Pandai berimaginasi


- dulu, dia suka cerita dia ada sekolah, cikgu dia masak utk dia, kat sekolah ada itu ini (kemaruk minta nak masuk sekolah. tahun depanlah rasanya masukkan dia ke tadika)


- la ni, bila nak dpt adik, dia suka pegang perut kaklong, pas tu dia boleh imagine adiknya kat dlm perut tu tgh main komputerlah, tengah memasaklah..kaklong cakap mana boleh baby buat semua tu, dia kata boleh, masukkan komputer kecik sangat dalam perut ummi, masukkan dapur kecik sangat dalam perut ummi..ha, pandailah tu. Bila kaklong cakap baby duduk dalam air (air ketuban) dia terkejut dan membulatkan matanya tak percaya..pas tu dia cakap, oohh..dia berenang? ha, ya lah..


h. suka meleser2 kat ummi ngan ayah, dan dia akan cakap, "ayah..my best fren" atau "ummi..my best fren"

i. Dulu, kalau minta tolong rajin betul nak membantu tanpa alasan, bahkan boleh volunteer nak tolong, tapi la ni dah pandai bagi alasan tak mo tolong, " uda sakit perut", "uda gatal kaki (sambil garu kakinya tiba2), "uda minum susulah". Masa ni tak leh nak kata apa dahlah..



Itulah ratu hati kaklong yang ke 3 ni.



Dulu : Rambutnya panjang

Sekarang : Gara-gara gunting rambut sendiri, terpaksa ayahnya 'betul'kan balik, potong pendek terus, kalau tidak, rambutnya nampak bercapuk2..

44 comments:

Ayu said...

Kak, besday Huda selang sehari je dengan saya :)hehehe sbb tu ade sikit2 la mirip :)

happy besday semoga menjadi anak yg solehah.. aminnnn

Apple Pie said...

Happy birthday to you,
Makan ubi kayu,
Minum susu lembu,
Dapat nombor SATU..!!!

Hug & kisses buat Huda from Auntie Apple *ehh..dah pangkat auntie ke??..mcm dah tua jer hahahahah*

Kaklong said...

salam,

Ayu: hehe..mirip rupa ke mirip perangai? tq doakan baik2 utk Huda

AP: hehe..pandai gubah lagu besday.amin. hahaha..nak wat camner, makin tue kita yek..

Aidan's Mommy said...

Happy Bday Huda...
Dah besar yer dah 4 thn dah...
Comellaa anak Syikin...

AZWA said...

Syikin,

Salam...lama tak menjengok. Kirim salam ucapan Selamt hari lahir yang ke 4 pada buah hati Syikin tu...comey nyerrr...

p/s sila ke rumah baru azwa dia http://www.diariazwa2.blogdrive.com

simah said...

peluk sayang utk huda..dan selalamt belated birthday dari aunty simah kat turki ni...

semoga hda akan membrsar menjadi anak yg baik..insyaAllah..

cantik apa rambut dia walaupun abah dia dah betulkan...budak budak dalam cuaca panas mcm i..senang ja kalau potong pendek kan?

sori la taks empat lagi balas email awak... tak ader mood lagi..rumah sepah.. halil demam..lusa nak cabut lagi :0)

how r u? dah ok dah mual n loya?

blackpurple said...

Ucapan 'Selamat hari lahir' yang terlewat buat adik Huda Nasriyyah. Semoga menjadi muslimah yang akademis dan bertaqwa.

Nanti bila dia dah boleh membaca, bagi dia baca entri ini ye kak long. :D

pB said...

Bila anak makin dewasa, kita makin berumur...

kak pB doakan HUDA akan membesar menjadi insan yang berguna dan mengenang jasa ibubapa .....

maklang said...

selamat hari jadi Huda..moga2 jadi anak yang berguna besar nanti ye...

Kaklong said...

salam,

HM: tq atas ucapan. ha ah, kejap aje rasanya masa berlalu,. nnti awak pun rasa benda yg sama bila aidan makin membesar :D. aidan pun comel n hensem :D.

Azwa: tq atas ucapan.semua kanak2 mmg comel :D.

saya dah bertandang ke 'rmh baru' awak dah :D

Simah:tq atas ucapan. wah terasa2 pelukan awak tu hahaha.
amin, tq doakan dia.
betul, senang anak2 rambut pendek sbnrnya.
ha..balas jangan tak balas my email, bila u free ek.hihi
mual2 n loya dah lama ilang. tp kalua tidur tak cukup, mmg kenala balik.

BP: tima kasih atas ucapan dan doa. amin.

ha, itulah, dia dah pandai baca, mesti kaklong suruh dia baca. camner agaknya dia masa tu..malu ke marah ngan kaklong sbb bukak rahsia dia..hehe.

Kak PB:betul tu kak, makin besar anak tanda kita makien tue..err, jiwa muda sentiasa ok tak?hihi. amin atas doa akak tu.

Maklang: tq atas ucapan dan doa. amin..

loveujordan said...

happy birthday Huda !!

Comel dia.....emmmm gunting rambut sendiri macam anak akak yang no 2 , habis 'tobek' rambut dia.

KAMATO said...

Selamat hari lahir buat adik huda, moga jadi anak yang soleha dan jadi kebanggaan bangsa dan negara nanti....amin

Kaklong said...

salam,

Kak Sarinah: agaknya, semua budak yg baru belajar pegang gunting, menggunting rambut sendiri adalah satu kemestian kot? sbb semua anak saya sbnrnya dah pernah gunting rambut sendiri huhu

tq atas ucapan besday tu ya :D

Bro. Kamato: tima kasih atas doa dan ucapan tu :D. amin

Kak Lady said...

Kak Long...Happy Belated Birthday pada Huda...sama nama panggilan dengan anak kak lady...sama jugak tarikh lahir mereka...kebetulan kan?

Semoga Huda akan terus menjadi kebanggan Kak Long....dan berjaya di dunia dan akhirat...serta menjadi anak yang solehah...

MAMAMIA said...

Kak Long,
Salam perkenalan & Selamat Hari Jadi utk Huda.

Anak2 akak pun belajar English dari cartoon channel tu. Nama anak akak yg ke4 pun Alia jugak, dia ni peminat setia CH 63.

Jemputlah ke blog akak...

idham said...

kaklong....:)

"Selamat hari lahir for Huda!"
cute...comelll.....:)

dan bijak ....ehehehe, "ada lelaki kacau huda ye?"
hehehehe
anak dara mama nie....

oh ye kaklong...saya ada tag kaklong....jika ada masa la ye...

:)

idham

goboklama said...

hepi besday to huda! muka dia sebijik anak buah qisst di kelate,namanya nur darwisya.

roti letak susu? susu pekat ke kaklong? favorite masa kecik tu,tapi dah beso2 ni takutlak kena kencing manis,huhu...

nurazzah8 said...

Happy Birtday Huda,

eh agaknya kita semua ada pengalaman anak gunting rambut sendiri! akak ni tak ingat dah berapa orang anak yg gunting rambut sendiri...gara2 tgk ummi nya guntingkan rambut kak long nya...

si Hana ni (anak akak yg ke-8)dah berapa rambut jadi macam kena gigit tikus... panjang pendek...ada sekali tu tak tahu macamana nak betulkan... tunggu aje panjang..lepas tu repair lah semula... macam2 anak2 nih

akirasuri said...

Selamat hari lahir buat adik manis itu :)

kak! tolong kiss pipi dia bagi pihak saya ek :)

mki said...

Huda,

Tahniah. Pak Cik doakan berjaya dunia akhirat!

ais_putih said...

tak terlmabat lagi rasanyaa..selamat hari jadi tuk huda..semoga cepat besar jadik orang berguna..hehe

lama sungguh saya tak ke sini kak long..harap kak long sefamili berada di bwah keberktana Allah..

Amin amin...

;)

Kaklong said...

saLAM semua,

Kak Lady: tula, kebetulankan, tarikh lahir dan nama :D. tq atas ucapan dan doa ya.

Mamamia:tq dtg sini dan tinggalkan jejak. saya dah ke blog akak dah :D. mmg kreatif disney world nikan.saya pun suka gak ngan kartun2 disney ni. tq atas ucapan besday tu ya

Bro Id: tima kasih ada ucapan dan pujian. mmg semua kanak2 comel dna cantik, termasuk anak2 bro. Id :D.hehe..sampai skrg saya boleh ingat dialog tu, tak sangka dia boleh cakap camtu.

tag? hehe..nanti saya buat, insyaAllah. dah buat saya bg tau bro. tq tag saya :D, pening kepala gak nak cari jwpnnya.

Qist: tima kasih atas ucapan. ha..kan ke kata org2 tua, ada 7 org muka sama ngan kita? :D. ha ah, letak susu pekat f& n tu..

Kak Nurazzah8: kak, anak saya semuanya dah pernah gunting rambut sendiri..huhu. ha ah, kalau tak leh nak wat apa, terpaksa tunggu panjang, baru ebtulkan semula

akirasuri: tima kasih atas ucapan:) akak dah tolong cium pipi huda :D

Prof.MKI: terima kasih prof. atas doa :D

ais_putih: terima kasih atas ucapan dan doa :D. ha, mmg lama tak dtg dah :),tq atas doa yg mahal tu..amin :D

Zakiah said...

happy bday huda..semoga jadi anak yang soleh dan rajin rajin tolong ummi kat rumah.

gunting rambut sendiri tu biasala kak. Saya kecik kecik dulu perasan nak bukak salun rambut. Hahaha. kelakar last last rambut ku senget sebelah. Kena marah dengan mak lepas tuh.

Oh yer..roti letak f&N tu pun saya suka. Tapi nak lagi uumph saya taruk milo atas susu...pergh sedap!

Mama Sarah said...

happy birthday huda. sihat selalu hendaknya.

bab imagine adik dalam perut main komputer tu kelakar!

Kaklong said...

Salam semua,

Zakiah: tq atas ucapan dan doa. amin...:D. haha..rambutmu senget sebelah. x dpt bayangkan camner.eh, kalau blik msia nanti nak bukak salon apa salahnya, khusus utk muslimah, faham2 ajelahkan..so, ada alternatif utk wanita Islam gunting rambut.ha, bab letak milo yg tak larat tu, mmg milo feveret semua anak akak, tu yg tka mo ajar, kang tak sampai sebulan sampai 3-4 bungkus kena beli stok milo huhu.

MamaSarah: Tq atas ucapan n doa. amin :D

itulah mama..ada aje idea dia, mana dia belajr tu tak taulah.

ILA said...

Salam K.Long,,,wahh..dah mula m'balas komen yeakk:D
Alhamdulilahhhh~~C Huda punya befdey ye..smalam.
keletahnya dia..samalah mcm Hasya tu, kerap juga dia curi2 potong rambut sndiri.kat dpan ibu & ayahnya x ngaku..tpi rambut depan nmpak rongak2 lakk:D
eer..C Huda nie, itut muka sape yeakkk~~C Ummi @ ayahnya??:p

13may said...

gunting rambut sendiri???

hahha hahha...

btw, hepi besday Huda:)

Salam..

aidura sofiee said...

ep birthday huda. hugs and kisses from aunty :D

RaFFLeSiA MeRaH said...

tomeynyer anak2 akak....dah besar dah yer...

NBK466 said...

Selamat Hari Ulang Tahun buat Adik Huda...alamak...sama lak kita suka makan loti dgn susu pekat manis tuh... sedappp tuuu...he..he..he...

Kaklong said...

salam semua,

Ila:ha, dah star balas la ni. si huda ni, sekali aje dia gunting, pas tu x berani dah. dah kena warning hihihi. muka huda? kalau raut wajah dia, ikut raut bapa mertua. kaklong rasa lebih pada sblh suami kaklong, sbb sorang adik sepupu suami, perempuan gak, ada meh meh dia :D

13May: heehehe..itulah dia antara ragam anak2 ni :D, excited pegang gunting, semua nak diexperimennya. nnti awak ada anak sendiri, taulah hihi..tq atas ucapan besday tu :D

Aidura: tima kasih :D

RM: ha ah..dah besar dah, makin berat tanggungjawabnya :D. semua kanak2 comel, anak sedara awak tu, lagilah :D

NBK: tq atas ucapan besday :D. mmg sedap letak susu pekat tu, tinggal mau kontrol makan or idak ajekan..:)

ontahsapo said...

patutla aku pun asik makan jer, aku silap, im full sepatutnya... isk isk...

Mak Su said...

Happy besday kat Huda jugak (aku ni lepas makan tapi tatap hungry)...

sitilina said...

akm kak long. kita baru baca kisah kelahiran huda. hehe. skg ni pn tgh tunggu sorang budak nk kuar ni. seriau plak.

ummibatrisya said...

salam,

happy belated bday untuk huda. cute dan pintar! :)

syila said...

comelnya!!!

bunga rampai said...

Salam,

Wah, ada hari lahir rupanya!

Selamat Hari Lahir untuk Huda yang comel. Moga menjadi anak yang baik.

Kaklong sihat?

alinlai said...

hepi b'day huda :) ke ke ke gunting rambut sendiri tu biasalah... kecik2 sebab nak mencuba bila dah besar sebab nak bajet kwang kwang kwang

zino said...

selamat hari lahir utk huda.. dah besar dah anak mak..

Mummy Rizq said...

happy belated birthday huda..

Pisces said...

lama betul tak menyinggah sini..

happy besday uda..

akak sehat ker..?

Sastri said...

Happy Belated Birthday buat Huda... semoga membesar menjadi anak yg solehah, taat pada ibu bapa dan berjaya dalam apa jua bidang... :D

MULAN said...

happy belated birthday huda..

nanti balik msia, kita sambut sama2 ya.. aunty ni (kakak la kot wakaka..) awal satu hari je..

Kaklong said...

Salam semua,

OS:hehehe..sabar ajelah

Maksu:hehe..nak wat camner tu ya. tq atas ucapan besday tu :D

Sitilina: tq dtg sini n tinggalkan jejak. ini pengalaman akak, dun worri. lain org, lain pengalamannya

UmmiBatrisya: tq atas ucapan dan pujian tu. samalah, Batrisya cute n comel tu :D


Syila: alhamdulillah, sempurna anggotanya :D, semua budak mmg comelkan..


BR: tq atas ucapan dan doa tu. amin. saya sihat, alhamdulillah.

Alinlai: tq atas ucapan tu :D. hehe..agaknyalah nak save budget bila dah ebsar nanti hihi

Bro. Zino: tq atas ucapan tu. itulah..kejap aje masa berlalukan :D. Bro. lagilah, dah nak dpt dua menantu :D

Mummy Rizq: tq atas ucapan tu :D. harapnya Rizq dah sihat betul.

Pisces: hai..rindunya akak kat awak. tq atas ucapan dan sudi lagi ke mari. akak sihat, alhamdulillah

Sastri: tq atas ucapan dan doa tu. amin :D

sis Mulan: haha..oklah kakak Mulan, caya tunggu kakak Mulan balik, kita celebrate sama2 ya..(wakil huda cakap ni hahaha).tq atas ucapan tu ya :D