Thursday, December 6, 2007

Jadi Rebutan

Bismillahirrahmanirrahiim...

Bila beranak ramai ni, kaklong perasan kalau

a. keluar berjalan, anak-anak berebut nak menyelit dengan kaklong. Tak kira anak besor ke, anak kecik ke. Kalau duduk dalam kereta, wajib berebut nak duduk sebelah kaklong sampai menangis2 yang berebut. Masalahnya tu, kalau duduk tu mesti betul2 sebelah kaklong, maknanya kaklong kena duduk tengah2 la, dan yang berjaya tu akan duduk sebelah kanan sorang dan sebelah kiri sorang. Yang tak dapat duduk sebelah menyebelah kaklong pulak akan merajuk atau menangis2. Yang kesiannya kat anak yang besarla, selalu makan ati sebab kena mengalah. Jarang dapat peluang. Susah bila jadi rebutan ni tau.

b. makan kat kedai, pun sama keadaannya. Siap boleh menangis nak duduk sebelah kaklong. Kalau suruh duduk sebaris tak mo. Mesti nak duduk sebelah kaklong gak. Biasanya si Hudalah ni. Suruh duduk berdepan ngan kaklong, kadang-kadang mau, kadang2 tak mau. Sudahnya ada yang makan hati gak. Biasanya anak besor kena mengalah lagi, jarang si adik sporting bagi can. Susah tau bila jadi rebutan ni.

c. ronda-ronda kat shopping complex tu, mesti berebut nak pegang tangan kaklong. Biasanya antara Huda dan Alia. Dahlah sebelah tangan kaklong pegang baby. Kalau yang tak dapat tu, muncunglah berjalan pegang tangan dengan ayahnya. Atau menangis-nangis dulu. Tapi kalau ayahnya yang dukung baby. Gembiralah Huda dan Alia dapat pegang tangan kaklong sambil berjalan. Susah tau bila jadi rebutan ni.

d. tidur tu, mesti nak sebelah menyebelah kaklong. Ni si Huda dan Alia gak. Masa minggu pertama balik ke rumah time berpantang tu. Kaklong terpaksa tidur dengan Huda dan Alia ni dulu. Biasanya kat tilam bawah. Kena tidur kat tengah-tengah. Kalau tak ikut, menangis tu tok sah katalah. Jadi, kenalah tidur kat tengah. Bila depa dah nyenyak, barulah naik tidur atas katil dengan baby. Tapi lama2 tu kena tegas jugak ngan depa, kena belajar tidur tak de ummi kat sebelah. La ni, ok sikit. Tapi, kekadang tu waktu hampir pagi, salah seorang atau dua2 akan naik atas katil, tak dapat tidur kat sebelah, tidur kat tepi hujung kaki pun jadilah. Sabor ajelah. Sikit punya bijak si Huda pernah tanya, nape ayah boleh tidur dengan ummi? Satu hal nak terangkan plak. Susah tau bila jadi rebutan ni.

Tak pelahkan, layan ajelah sementara anak masih nak dengan kita, tandanya depa sayang kat kita. Ya tak?

17 comments:

mama ranggie said...

macam tulah anak2...itu yg buat kite makin rindu ngan mereka kalo mereka x de kan kak long?

Kaklong Syikin said...

salam mama,

betui tu mama. itulah kenangan manis ngan mereka.bila depa dah besar, nanti kita senyum2 ingat cerita manis nanti.

~ yus ~ said...

kak syikin, ingatkan yus jer yg ada masalah mcm ni, akak yg dah ada anak2 yg besar pun masih mengalami masalah yg sama yer. Yus biasa kesian kat Aqil, sbb dia yg selalu kena mengalah, lepas tu tgk muka dia merajuk tu, sayu hati yus..huhu.

Mak Su said...

hik hik, biasa ler tu...layanzz je lah. mana tahu, esok lusa depa akan mula membesar dan time tu, kita berebut2 tipon ngan bapaknyer nak call anak2 plaks... huhuhu

Kaklong Syikin said...

salam,

yus: alahai, sebak pulak akak baca komen yus. betui la yus, akak paling kesian kat Husna gak. Sbb dia paling selalu kena mengalah. nampaknya kita kena belajar jd ibu yg bijakkan.

Kaklong Syikin said...

salam,

maksu: oh..macam tu pulak ya. ok ok.

Ajzie said...

Ibu ..ibu.. engkaulah ratu hati ku...

oren said...

ha'ah..esok2, bila depa dah besaq, dah duk hostel, jgn harap nak tido ngan kita lagi..

la nih saya pun tgh dlm proses nak asingkan mira..tapi dok la melekap, nak mengekor ibuuu jugak..padahal dah nak masuk 5 tahun..huhuhu..

mama said...

hehe...comey jerk sume berebut nak duk tepi kak syikin...mesti derang rapat ngan kak syikin kan...

Kaklong Syikin said...

salam;

Ajzie: ya betul.

oren: biasalah oren, mula2 tu mmg duk cari kita gak, lama2 esok depa mau sendiri.tp anak akak yg dah besar tu, sesekali merengek nak tidur kat bilik akak..sabor ajelah

mama (kaori): hehe..memg rapat sbb akak duduk rmhkan. ngan ayah depa pun rapat. tp ngan akak depa berani mengada2 lebih sikit hihi, wlwpun akak kategori garang banyak gak.

zareda said...

kak long
anak ramai dengan peel anak ramai, Zar anak sorang dengan peel anak sorang. Semua benda dia nak kita tumpu kat dia.. kalau dia bercakap siap suruh kita tengok muka dia. Nak tidur tak bagi kita pusing arah lain, mesti ngadap dia.. haru sungguh.. tapi tu lah kak kaklong, kalau tak de dorang kita plak mati kutu.. lopong ajer.. sunyi senyap

Kaklong Syikin said...

salam

Zareda:itulah, si ika tak de org lain kat rmh tu, mmg zar la kena tumpu lebih kat dia. sungguh, anak tak de, hilang seri.

ummi said...

oh... bukan saya sorang aje ye? makin ramai anak, makin jauh tidur dengan suami! dulu sorang kat tengah, pastu 2.. tahun depan ada 3. pakat ramai2 tidur kat ruang tamu!

Kaklong Syikin said...

salam,

ummi: hehe..saya pun ingat saya sorang aje.rupanya ramai. boleh tubuh kelab ni :). ya ummi,kekadang tu kalau time cuti sekolah.mmg ramai2 tidur kat ruang tamu.kecoh tu..

cikdinz said...

takde pak dia nak berebut-rebut dok ngan bapak dia.

anak saya yg 2 orang tu termasuk baby duk sekali ngan mak dia kat kerusi depan...lagi haru....

Anonymous said...

Syikin...untunglah jadi rebutan..bagi yang anak sorang ni teringin nak jadi rebutan macam tu...

Anonymous said...

saya yg anon tu...salwa