Wednesday, February 28, 2007

Modal nak menangis

Salam,

Ni kaklong nak citer pasal si Alia. Bukannya apa, akhir2 ni kaklong perasan dia ni banyak sangat modal nak menangis. Kata orang, ada aje jalannya nak menangis. Modal dia;

1. Dia suka sangat gosok gigi sekarang ni. Wajib ada ubat gigi (dulu punyalah jenuh nak suruh dia pakai ubat gigi). Setiap kali Alia masuk bilik air terutama time nak dicebok, dia mesti nak gosok gigi. Nak gigi..katanya. Kalau tak dibagi dia akan mula menangis. Selagi tak dapat gosok gigi, selagi tu dia menangis walaupun dah bawak dia keluar bilik air. Sudahnya, kena masuk bilik air balik bagi dia gosok gigi.

2. Kalau nak gosok gigi tu pulak, biar dia yang ambil sendiri berus gigi dan ubat gigi. "Nak buat.." itu ayat standard dia. Kalau kaklong dah ambilkan, dia akan menangis . Sudahnya kaklong kena letak semula dua benda tu dlm ragas ubat gigi dan biar dia buat sendiri. Cuma bantu dia picitkan elok2 ubat gigi tu atas berus gigi. Tutup penutup ubat gigi tu pun mesti dia yang buat, kalau kaklong buat, dia akan marah.

3. Kalau mandi, dia mesti nak sabun badan dia sendiri. Nak buat, itu katanya. Kalau kaklong yang sabunkan badan dia dan tak bagi dia menyabun, dia akan mula menangis dan jerit, nak abun..nak abun. Selagi tak bagi, selagi tu dia memekak. Sudahnya, kaklong kena bagi dia sabun gak dan sama2 menyabun badan dia. Terus dia berhenti menangis/ menjerit. cukup buat dia tersengih suka.

4. Kalau nak pakaikan dia diaper, bila kaklong ambil drp plastik diaper tu, mesti bagi dia dulu. Nak bagi, katanya. Kalau kaklong buat derk dan terus pakaikan dia diaper, dia akan menangis. Sudahnya, kaklong kena bagi dia dulu untuk senyapkan dia, kemudian dia akan serahkan pada kaklong pula. Barulah boleh nak pakaikan dia diaper.

5.
Masa dipakaikan diaper, dia mesti nak lekatkan pelekat diaper tu sendiri. Nak buat, katanya. Kalau kaklong terus lekatkan, dia akan menangis. Nak buat, nak buat..tangis dia. Kalau kaklong dah siap lekatkan, terpaksa bukak balik untuk bagi can dia buat jugak. Baru dia senyap. So, kaklong kena pandu tangan dia memegang pelekat tu dan lekatkannya. Tp, kalau dia rasa kaklong punya usaha yang lebih lekatkan benda tu, dia akan cakap lagi, nak buat..nak buat selagi kaklong tak bukakkan. so, terpaksa bukak balik, dan pastikan dia yg betul2 lekatkan pelekat tu.

6. Kalau dah siap pakai diaper tu, dia nak betulkan sendiri keselesaan memakai diaper tu terutama yg terselit2 tu. Nak buat, katanya. Kalau kaklong buat gak, dia boleh menangis.

7. Kalau kaklong nak solat dan dah amik telekung nak pakai, tapi Alia ternampak, cepat2 dia akan cakap nak bagi. Kalau kaklong terus pakai dan tak endahkan dia. Dia akan menangis. Sudahnya, telekung dah kat tangan kaklong pun kena serah kat dia dulu, baru dia bagi kaklong semula.

8. Kalau dia nampak kaklong dah selesai solat, cepat2 dia akan capai Quran atas meja solek. Kalau si Huda yang tolong dan bagi pada kaklong. ALia akan menangis. Huda terpaksa bagi pada ALia pula supaya Alia boleh pass Quran tu pada kaklong.

9. Kalau kaklong nak minta tolong sesuatu drp mana2 anak mcm minta remote control atau ubat, mesti alia yang nak bagi pada kaklong. Nak bagi, katanya...Jangan harap adik beradik dia yg lain boleh tolong. Kalau kaklong dah dapat pun, kena bagi gak pada Alia, supaya dia dpt serahkan sendiri pada kaklong.

10. Kalau dia nakkan barang yang dipegang oleh kaklong atau abang atau kakak2nya, ayat standard dia "nak sama macam abang / umi / uda /kakak". Mula2 tu jenuh nak memahamkan sebab ingatkan dia nak barang yg sama mcm kami ada tu, contohnya bantal. So, kaklong akan bagi dia bantal lain, tapi dia akan menolak sambil menangis dan menyebut2 nak sama mcm umi..nak sama mcm umi berkali2. Bila kaklong offer bantal yang kaklong pegang, baru dia senyap. Jadi, taulah ayat "nak sama" tu maknanya barang / benda yang ada pada kita.

11. Kalau ayahnya nak keluar bekerja atau ada urusan lain, dan dia ada masa tu, cepat2 dia akan cakap "nak babai ayah..". Dan adalah menjadi kewajipan kaklong dukung dia sekali sampai ke luar pagar untuk dia melambai ayahnya. Yang kaklong boleh hot kekadang tu, ni duk sambil melambai ayah dia ni..masih lagi cakap, nak babai ayah..nak babai ayah. Nak babai camner pun kaklong tak taulah. Tu yang kaklong selalu cakap," babai ajelah, nak macamana lagi,". Yang pasti, dia nak melambai2 sampai ayahnya hilang daripada pandangan.

12. Kalau dia tak dapat nak melambai ayahnya, maksudnya kaklong tak dukung dia dan dia hanya berdiri kat muka pintu aje, siaplah. Punyalah jerit pekiknya, kalau orang dengar ingat kaklong ni dera anak. Dia penat, dia berhenti nangis jap. Pas tu, kalau dia teringat balik lepas setengah jam sbb tak dpt nak melambai ayahnya, dia akan menangis cakap "nak babai ayah..nak babai ayah.." Kekadang tu kaklong suruh dia keluar, p babai kat luar tu buat syarat, hikhikhik..pandai pulak dia tak mo keluar.

13. Kalau abang dan kakak2nya nakkan sesuatu daripada kaklong. Bila serahkan barang tu, mesti bagi pada Alia dulu pas tu Alia yang serahkan pada depa. Contohnya, kaklong buatkan susu Huda. Dah siap tu, mesti bagi pada Alia supaya dia serahkan pada Huda. Kalau kaklong terus bagi botol susu tu pada Huda. Siaplah Alia menangis.

14. Kalau dia tidur kat bilik atas, tak kira waktu. Bila dia jaga dan tengok kaklong tak de, mulalah dia akan menangis jerit sekuat2 hati. Dia akan duduk atas tangga sampai kaklong datang, kalau kaklong suruh dia turun, dia akan cakap "nak kung" (nak dukung) . Selagi kaklong tak dukung, selagi tu dia takkan turun. Pernah kaklong biarkan dia menangis tu nak tengok dia mengalah atau tidak, sampai berpeluh2 leher dia sebab menangis. Akhirnya, kita gak yang mengalah. Tak macam abang dan kakak2nya. kalau menangis tu, kita cakap aje "jgn menangis" dengan nada tegas, depa berhenti. Tapi dia tak, lagi berani menangis. Sabor ajelah.

Ha..inilah 14 rutin harian dia yang kaklong WAJIB hadapi. Mesti ada yang ingat, wah..penyabarnya kaklong melayan kerenah Alia ni. Ha ah..yelah tu. Kalau mood sikit punya bagus, rajinlah kaklong melayan dengan penuh hikmah. Tapiiiiiiiiiiiiiiiii...kalau kaklong nak cepat atau tengah tak de mood, sorilah. memang berasap betul time dia buat perangai. Sesekali tak pe, ni hari2. Kakak2 dan abang dia pun tak style camni, kalau kaklong larang tu, naklah depa dengar wlwpun sebelum tu depa argue gak. Tapi dia ni lain, mmg kena banyak mengalah ngan dia. Hatta kakak2 dan abang dia pun kena lebih bertolak ansur. Depa komplen gak ngan style Alia. Tapi nak buat camner, kenalah mengalah gak. Kalau tak, mau longgar cuping telinga dengar tangisannya.


Tapi, kalau dia tengah malas atau tak de mood, kita mintak tolong dia mcm ambilkan sesuatu atau meletakkan sesuatu, dia boleh jawab "tak pandai" Walhal benda tu dia selalu buat..sabar ajelah.

Lagi satu, kalau dia nampak sesapa ajelah pakai tak semenggah atau tersingkap kain atau baju ke, dia akan cakap dengan nada perlahan dan tersengih2"eii..tak malu ummi / ayah / kakak", sabar ajelah. Dua orang nenek dia pun pernah kena ngan dia. Apalagi, gelaklah orang tua tu. Kiranya depan dia kena elok2 cara berpakaian. Kalau tak, selamat...

La ni memang dia banyak cakap. Tapi yang tak laratnya pelat. Jenuh kaklong nak memahamkan mula2nya. Antara perbendaharaan kata / ayat Alia:
1. Api dan abah, lalala (Afi dan abah, lalala)
2. Umi, pipat (maknanya minta kaklong tolong lipatkan)
3. umi, nak ayir (nak air)
4. kat but (sikat rambut)
5. meh aish (peti ais)
6. cuh ngai (basuh tangan)
7. elap (gelap)




Gambar atas ni masa kat rumah mil tahun lepas. Tengah elok2 kami tengok tv, tiba2 dia berdiri depan tv tu dan menggayakan solat sambil matanya pandang tv hihi.

22 comments:

D said...

sabor je la... itula satu ciri yang saya masih belum master untuk menjadi ibu solehah!

lindosh said...

hehe bebudak ekceli nakkan perhatian.. btw perkataan 'cuh ngai' alia tu cam 'sungai' je ehehehe

maklang said...

sabo jelaa...kuat nangis ni ikut sapelaah tu?

oren said...

tu tandanya dia nak berdikari sangat2 dah..kalo ikut psiko budak2, elok digalakkan jek..tapi kalo ikut mood kita sebagai ibu, kekadang memang bleh naik hantu..yalah..jenuh jugak nak melayan kan?

ke, dia nak adik baru lagi???

Kaklong said...

salam

d: betul d, saya pun lum master lagi bab SABAR ni. kekadang tu nak nangis gak sbb fikir jauhnya nak dpt title IBU SOLEHAH ni huhuhu

Lindosh: hehe..betul tu, cumanya kalau nak cepat tu yg malas nak layan, tau ajelah budak kecik buat kerja, slow motion hihi. ha ah, sekali baca jd pekataan 'sungai' pulak


Maklang: hehe..soalan cepumas. agaknya ikut saya kot. sbb mak saya cakap saya kuat nangis kecik2. dah ada adik pun kuat menangis heheeh

oren: betul, mmg dia sedang belajar berdikari, tp cam awak cakap tulah boleh naik hantu jadinya kita ni, sbb nak kena sabar ngan slow motionnya tu huhu.mmg jenuh melayan.
hahaha..soalan nak adik tu cepumas.

Inqilaab said...

hihi.. banyak tul karenah alia. adik-adik saya takla sebanyak tu karenah dia. kalau sorang 14, 3x14 mau jadi berapa dah. sorang satu karenah pun dah cukup memeningkan. Err ada 6 yang perlu dicontrol. Lagi 3 tiada di rumah.

[kak long, saya belum update betul2 lagi blog... mood malas]

Kaklong said...

salam,

ha..itulah, yg psti akak kena ikutlah kalau takmo dgr dia nangis awal2. latih akka lebih sabar pun ya.

hehe..layan malas tu dulu

Azwa said...

Kaklong,

Salam...alahai...bila baca posting kaklong nie betul2 mengingatkan azwa kepada sikecil Azza...sebijik perangai cam Alia. Tapi yang azwa perasan baru2 ajer dia camtu..kenkadang memang tensen dibuatnya.

latest dia punya perangai yang memang buat selalu darah mengelegak ialah dia nak tengok vcd barney tak kira waktu. kalau terjaga tengah malam, dia akan bangunkan kita suruh pasang...klu tak pasang, siap la volume tu. alahai...sabor ajer la...

pB said...

eh eh kak long, sebijik dengan NURIN lar...

ingatkan NURIN jer buat perangai begini dan begitu...

time leh sabar, ikut.
time nak cepat, nasibler...

Kaklong said...

salam,

AZwa: hehe..itulahkan, menguji kesbaran kita. naknya pulak bagi ibu yg bekerja. tp dia jugalah pengarang jantung hati kita kan. ada gak saya ni geng ya hihi

Kak PB: hehe..itulah kerenah anak yg kekadang buat kita marah dan buat kita nak gelak pun ya juga.
kita sekapallah kak hihi.

Azer Mantessa said...

wah ... alia pandai :-)

yus said...

kak..perangani alia akak ni samalah mcm alia yus. Cakap pun pelat jugak, nak mandi ker apa mesti samalah mcm alia akak tu, dia yg nak buat sendiri. Pakai diaper pun sama, dia yg nak ambik diaper tu, ayat standard dia, my turn ibu...my turn.Kalau yus nak pakaikan Abid diaper pun,dia gak yg nak lekatkan diaper tu. Bangun tidur, kalau yus di bawah pun sama mcm Alia akak jugak, melalak sakan, nak turun minta dukung, tp dia sebut, my turn....semua perkara nak buat my turn. Sikat rambut pun nak sikat sendiri, tp rambut dia kan kerinting, susah nak sikat, sudahnya terjerit, atit..atit(maksud dia sakit), sampai pening kepala. Tang nak babai abah tu pun sama, sampai tak faham kadang tu apa yg dia nak sebenarnya...huhu

kakLuna said...

ye ye..setuju dgn kakOren...dia nak adik lagi kot..hehe

RaFFLeSiA MeRaH said...

dari pembacaan sy kan kak...alia ni dah besar nanti suka menolong la rasanya...dari kecik dah suke tolong ibu dia ha...sabar jer la ye kak ngan kerenah anak akak tu, kalo x ikutkan nanti takut dia jadi cengeng jerrr....hehehehe...

honey mj said...

alahai comeynyer...

Mama Sarah said...

Anak-anak saya pun ada juga macam tu. Hihi...

Alia tu tahu Umi dia penyabar orangnya, sebab tu dia nak cuba test.

Sastri said...

comeynyer pelat dia... :D

Kaklong said...

salam,

bro. Azer: terima kasih. saya anggap ia sebagai satu doa ya :D

Yus: kita serupa...(lagu zainal abidin) hihii.yg mahal tu ayat oghang putihnya tu :D. betul tu yus, kita blh jadi serba salah dibuatnya.

KakLuna: ada penyokong oren nampak..hihi

RM: betullah tu dia mmg nak berdikari sjk kecil dan suka membantu, tp kekadang tu keadaan tak sesuai utk dia buat sendiri semuanya hehe. betui tu, ni tgh belajar sabar sangat2 ni :D. wah, akak rasa awak ni ni mmg ibu yg penyabar nanti.

Kak Honey: hehe..menguji kesabaran sungguh

MamaSarah: itulahkan, setiap anak tu ada perkembangannya yg tersendiri. Oh terima kasihlah, saya anggap awak doakan saya jadi ibu penyabar. Ni mmg tengah belajar sabar ni :D

Sastri: hehe..tp jenuh mula2 tu nak memahamnya kekadang sampai dia nangis2 cakap kita tak paham2 lagi huhu.

Zakiah said...

bebudak ni nak rasa sendiri. Saya baru ajer hangin dengan Rayyan dinner semalam. Seboleh boleh nak cedok lauk sendiri. Dah bagi tu melampau terus nak celup tangan pulak dalam sup sayur tuh. Haiya... layan kerenah anak mmg perlu sabar sangat sangat kannnn. Saya ni tahap kesabaran rendah. Lain dengan suami saya.

ILA said...

Menurut fakta yang di percayai...
Berdasarkan..
1) psikologi kanak2=>
tangisan kanak2 lebih cenderung inginkan perhatian.Dia hndak semua org tau yg dia bley lakukan spertimana org yg lebih dewasa lakukan.
2) Menurut pakar kesihatan=>
tangisan kanak2 elok kepada kesihatan mata.Air mata boleh menbersihkan mata mereka.
3) Menurut orang tua2=>
Kanak2 tidak bley di biarkan selalu menangis.Di bimbangi
pembesarannya terbantut.
4) Menurut auntie Ila puler:p
Alia memang ngado2!!! wekkk!!!:p

Anonymous said...

Kak Long...

Alaahaai...cutenya rasa alia tu bila saya baca kerenah dia. rindunya nak ada anak seusia tuh! setiap usia ada cabarannya kan? Kak Long dah berpengalaman dan banyak pula ilmu keibubapaan dengan anak2 sebelum alia. Memang dah teruji kemampuan tu...takde masalah nak handle benda2 tu cuma bila moody kadang tuh menang perlu 'naik hantu'(semua ibu camtu rasanya) sebab dapat juga sekaligus release masalah kita.

Kaklong said...

salam,

zakiah: hihi..itu mmg salah satu perangai anak2 kita, nak BERDIKARI..dan jelas menuntut kesabaran kita. Akak anak 4 ni masih duk bljar perkataan SABAR tu lagi huhu. akak ni mmg kurg sabar orgnya.

Ila: hehe.tq atas info2 tu. mengada?haha..ada gak tu . yg penting, kaklong nampak dia nak berdikari dan membantu, cumanya kekadang tu masa tak sesuai pulak.

Hani: betul sangat2 tu, kalau moody mmg boo layan ngan kerenah anak2 ni. boleh jadi singa dibuatnya huhu. DUk tgh hayati perkataan 'sabar' ni..tp biasanya gagal. selalu fikir, jauhlah nak dpt title ibu solehah ni.