Thursday, February 8, 2007

Klinik & laporan akhbar

Salam,

Tak de citer menarik pun. Tapi saja tangan gatal nak menaip. Teringat pulak petang semalam p klinik sebab nak buka jahitan Alia, Husna dan Aiman kena bintik2 merah kat badan, muka dan kaki. Mula2 tengok muka Husna bila dia sampai daripada sekolah, pelik ada bintik2 merah kecil, selak belakang baju dia, ada gak. Kat lengan pun ada gak. Berderau jap darah. Takut itu bintik2 denggi, tapi dia tak demam pun. Takkan demam campak pulak. Pas tu suruh dia terus naik dan mandi. Tak lama lepas tu, Aiman pulak terjerit2 gatal kaki, bila diperiksa, sama simptom ngan kakaknya. Pun sama kaklong suruh dia naik atas dan mandi.

Mulalah kaklong risau fikirkan budak2 ni kot2 demam campak or denggi ke, terfikirkan kena masuk wad kalau denggi, fikirkan nak kena jaga depa kat wad, sian pulak ngan Alia sebab dia masih campur2 menyusu badan..

Itulah kaklong, belum apa2, dah fikir dulu benda bukan2 atau buruk2, bukannya apa, nak bersedia drp segi mental kot2 betul benda tu berlaku, taklah terkejut badak jadinya. Dan kat situ dah bersedia apa patut dibuat jika betul ia berlaku.

Kat klinik, bila doktor periksa Husna dan Aiman, dia cakap bukan denggi dan campak sebab diaorang tak demam. ALhamdulillah. Mungkin depa allergic ngan sesuatu, macam air ke. Aik..pelik gak, depa balik drp sekolah tengok dah bintik2 tu keluar. takkan kat sekolah kot. kalau air mandi kat rmh ni pulak, nape depa berdua aje yang kena, kami yang lain tak kena. Tak pelah, yang penting doktor bagi calamine dan ubat tahan gatal. Kalau tak abih gatal, amik ubat lagi. kalau tak abih gak, memang mengada2 jawabnya hehe.

Si Alia pulak, ummi yang pejam mata masa doktor gunting jahitannya. Eii..ngilu kaklong nak tengok. Tapi Husna, selamba aje tengok. Doktor usik, mamanya tak boleh jadi doktor. Kakaknya boleh jadi doktor. Tapi Husna ngan selambanya jawab tak mo jadi doktor, nak jadi saintis. Hmm..kejap kata nak jadi angkasawan, kejap kata nak jadi saintis..apa2lah kakak. Syukur Alia tak menangis, doktor pun tackle dia suruh dia pegang cermin kecil bulat untuk tengok muka sendiri hehe. bijak..bijak..dah namanya doktorkan.

Semalam, duk menunggu giliran masuk tu, sempat membaca akhbar yg disediakan, kaklong baca laporan artis veteran minta maaf pasal kenyataannya berkaitan ngan perkahwinan Rasulullah dan Siti Khadijah iaitu perbezaan usia mereka ketika berkahwin dalam satu program tv. Eloklah dia memohon maaf dan bertaubat. Sebenarnya, kaklong dengar malam tu kenyataannya..tersirap darah kaklong. Terfikir dalam hati, nape jadi camni. Dek satu PERKATAAN yang terkeluar daripada mulut dia tu, mmg memakan dirinya sendiri. Dah agak, jadi isu nanti. Betul agakan kaklong. Kaklong doakan ada perubahan luar biasa pada dia kelak. Kita doakan aje dia berhijrah ke arah yang lebih baik.

Dan, takziah kepada keluarga adik yang meninggal tercekik makan kuih tu. Dah tiba masanya dia pergi. Takat itu aje Allah memberi amanah kepada ibubapa arwah untuk menjaga hambanya yang kecil ini. Tercekik tu buat sebab saja. Buat ibu bapa arwah, jangan risau, insyaAllah, anak ni dah tunggu di jannah (syurga) kerana dia meninggal dalam usia belum baligh lagi. Tak de beban dosa pun. Inilah berita gembira dalam duka sebenarnya untuk keluarga mereka. InsyaAllah, kalian akan bertemu jua nanti. Al-fatihah.

Update:
Takziah kepada Rafflesia Merah di atas pemergian arwah bakal bapa mertuanya pagi ini (8 Feb). Al-fatihah.

21 comments:

Kak Lady said...

Salam kak long...

Moga anak2 kak long akan segera sembuh dari gatal2 tu...dan alia pun harap2 akan sembuh sepenuhnya...

Betullah kak long...kak lady pun tengok rancangan tu...artis tu bercakap macam tak fikir sebelum bercakap...bukankah ini siaran langsung & apa yang dicakapkan boleh menyentuh sesuatu yang sensitif...macam kak long jugak...kak lady harap dia akan berubah menjadi lebih baik...sesuai dengan usianya sekarang....

Sedih juga pasal pemergian sikecil hanyak kerana tercekik kuih kegemarannya itu...kalau dah ajal..apa yang terjadi hanya menjadi sebabnya sahaja...

Kaklong said...

salamm,

kaklady, tima kasih doakan anak2 saya.

ya kak, kita doakan dia berubah. Memang sedih sbb dia kecil lagi dan parent dia pun belum puas menjaganya, tapi itulah namanya hidup di dunia, segalanya pinjaman semata, tak de kekal abadi, kecuali di akhirat nanti.

kakLuna said...

sekarang kita bergembira..ntah kan esok,kita jadi mayat..

NBK466 said...

Mmg tak buleh jadi doctor pun..dah telebih dari terlajak pun umurnya..miah..ha.ha..


p/s : Takziah to RM..

yus said...

Alia akak ni mmg kuat semangatnya yer, Alia yus, smlm ke klinik..yus yg sakit, dia yg muka sedih semacam, asyik nak dgn ibu dia jer..tp terasa di sayangi pulak, bila kita tak sihat, dia mcm mengerti.

Pasal artis tu, yus ada tgk sedutannya dlm youtube, mcm akak ckp harap dia berubah dan lebih berhati2 dlm berkata2 di kemudian hari.

Kaklong said...

salam,

kakluna: betul cakap luna tu.kkdg, tak perlu tunggu esok, tup2 dlm beberapa saat lagi dah jadi arwah

nbk: heehe..betui betui. On behalf of RM tima kasih.

Yus: mmg anak2 akan mengerti kalau maknya tak sihat, insyaAllah. haa..sampai masuk youtube dah pasal hal ni? cepat tul tersebar ke satu dunia. ya, moga dia lebih berhati2.

RaFFLeSiA MeRaH said...

moga cepat sembuh dari sakit diorg tuhhh, skrg ni musim ker yerk, sorg anak buah tu ngadu anak dia kena campak...tadi akak kat opis ni ngadu cucu dia lak kena campak...apepun tima kasih byk2 yerk atas ucapan takziah tuuu...

cikdinz said...

doktor kat umah pun takleh detaect kena sakit ape. tak habih belajau kaa...heheheee...
anyway, semoga dorang cepat semboh, insyallah...
akhbar, mcm-mcm citer. kengkadang tuh takleh caya...

Kaklong said...

salam,

RM:tq doakan anak2 akak sembuh. sama2 kasih.

cikdinz: hehe..tq atas doa tu. itulah yg jadi masalah tu kalau akhbar siar laporan tak betul..mungkin kesilapan melapor juga..wallahu'alam

PB said...

salam Kak Long..

moga hari ni dan esok, semua masalah kesihatan anak anak Kak Long akan berakhir...

Ellergic...biasalah budak budak..kat umah tu pun, ada sorang yang tak leh panas sikit, mesti naik merah dan gatal gatal...

Ttg artis tu, kak pB tak berkesempatan pun untuk melihat adegan tersebut..tapi , nasib baik dia cepat bertindak, kalau tidak, lagilah marah org org yang kat luar nie..

Kalau dah ajal, buah melaka pun boleh jadi penyebabnya..Moga ibubapa adik tu tabah....

Al fatihah buat semua yang telah pergi. Moga roh mereka ditempat golongan org org yang beriman dan mendapat keuntungan di hari akhirat..amin

Mama Sarah said...

harapnya bukan campak atau denggi. Kesian kat anak2 ni bila sakit.

Kaklong said...

salam,

kak PB: tq doakan mereka. hari ni mrk ok dah,cuma ada bintik2 tu lagilah. still makan ubat.

itulah, moga artis tu lebih berhati2.

pasal arwah tu, nak tak nak mmg kena tabah org yg masih hidup ni. mmg sufferlah mula2 ni sbb menanggung rindu dendam..mcm arwah ayah dulu, time rindu tiba2 dtg tu, rasa macam nak pergi ke kubur dia dan gali nak tgk arwah ni..insyaALlah, mrk tabah.

Mamasarah:itulah mmg kesian anak2 kalau tak sihat, kalau dah bersekolah tu, lagilah pelajaran tertinggal, dpt kejar nasib baik..tk dpt kejar, parentlah kena usaha lebih sikit. alhamdulillah anak2 saya ni tak kena denggi n campak, alah aje.

D said...

pasal artis yang tak sayang mulut, akidah, maruah dan agama tu, memang memalukan! tu orang kata, kalau tak boleh cakap benda berfaedah, baik diam je. (eh, nyebok je komen...)

Kaklong said...

salam,

hehe d, tak de nyeboknya, komen ajelah. itulah d, dia nak cakap jugak, tanpa fikir panjang dah terkena sendiri. moga dia berubah.

Zakiah said...

cakap pasal tercekik ni saya teringat Rayyan tercekik makan biskut baby yang untuk teething tuh. Teruk kak...sampai biru muka dan tak ada suara. Alhamdulillah tak jadi apa apa. Mak saya ada masa tuh. Dah habis ikhtiar, mak korek keronkong. Lepas tu baru dengar dia menangis. Saya dah nak pengsan dah. Ngeri betul.

Titicaca said...

saya x tengok citer sensasi tu tp masa hubby pegi surau, ada penceramah sebut pasal tu..kalau nak tengok dari sudut positif, org islam masih peka/sayang dengan Islam despite all the moral problems we are having nowadays..

Azer Mantessa said...

bagus aaa macam tu. kalau syak apa2 yg tak betul, bawak pi jumpa doktor cepat.

Kaklong said...

salam,

zakiah:ya Allah, kecut akak mendengarnya.tp ada steps sbnrnya nak bagi anak cepat bernafas. kalau berlaku lagi, peluk dia dlm keadaan belakang dia bersandar pada badan kita, tangan kanan ampu badan dia dan penumbuk tangan kiri letak kat tengah perut dan tolak ke dalam beberapa kali, insyaAllah benda yg tercekik tu akan keluar.

TC: betul tu TC mmg ramai yg peka bab2 camni lagi sbb ramai yg cintakan Islam. Itulah, kadang2 orang beragama Islam balik yg menjadi fitnah kepada Islam.

Bro. Azer:itulah, syukur suami ada kat rumah gak masa tu. kalau dia tak de, kena tunggu dia balik dululah jawabnya

Honey MJ said...

alaah..akak tak nengok pulak siarannya so tak tau ape citer tau2 dah kluar kat paper..amende yg dia cakap ek?

psl anak gatal2 kat badan tuh perkara biasa. sama ngan anak akak yg berdua, ada eczema plak lagi dasat. kalo ada anak yg sensitip ckit kulit badannya tu kenalah kita kaum ibu ni rajin2 jemur tilam bantal dia at least seminggu sekali dan cadar & sarung bantal kena cuci at least seminggu skali gak

Kaklong said...

salam,

kak honey: dia cakap "nak mampus" (berkaitan ngan usia Siti Khadijah masa berkahwin ngan Rasulullah).

betui tu kak, mmg kena rajin jemur menjemur ni dan cuci mencuci..kalau tak badan gatal2 jadinya.

cikdinz said...

akhbar nih ade agenda tersendiri. mereka ade kepentingan. jadik sumer nye bermuka-muka.