Tuesday, February 6, 2007

Diaper

Assalamualaikum...

Lega rasanya bila Huda dah tak pakai diaper. Dah masuk 3 minggu lebih ni. Cuma waktu tidur dan keluar berjalan aje pakaikan dia. Ayahnya cakap, agaknya nak ganti ngan orang lain pakai kot hehehe. Sabor ajelah. Kiranya kuranglah sikit perbelanjaan diaper la ni. Tinggal Alia ajelah lagi full time pakai diaper. Tergerak gak nak ajar dia off diaper dah, tp penat ngajor Huda tu tak abih lagi..er, boleh gitu?? Malas tul ummi ni.

Bercakap pasal diaper ni kan, pernah tengok orang jemur diapers kat ampaian? Kalau kita tengok tu kira fikir dia membasuh diapers tu setelah dipakai. Macam tak percayakan. Tapi ini berlaku kat kawasan kejiranan kaklong. Mula2 tu, suami yang nampak dulu kat rumah jiran yang selang beberapa pintu drp rumah kami (bukan keluarga melayu), dia bagi tau kaklong. Tapi kaklong ni mcm percaya dan tidak, hinggalah satu pagi kami keluar berjalan dan menempuh depan rumah jiran ni, laaa..sungguh bagai dikata. Berderet beberapa keping diapers dijemur kat ampaian!!! Biar betul orang ni. Kaklong terfikir, satu, ni diapers yang belum dipakai tp dijemur dulu atau, dua, diapers ni adalah diapers yg terkena ken*ing aje kemudian dibasuh atau, tiga, diapers ni tak kiralah kena be*ak atau ken*cing, dibasuh bersih jugak untuk diguna semula. Camner tu ya?

Kaklong ingatkan jiran tu aje, rupanya selang beberapa rumah lain pula buat benda yang sama. Ini pun bukan keluarga Melayu. Hmm tak ke pelik tu?


update:

Gambar di copy dan paste drp Utusan Malaysia:

"Bayi itu ditemui terdampar di Flat Lobak, Seremban di sini pagi ini, dengan kepala dan hidung yang masih berlumuran darah serta tali pusat yang masih terlekat dan dipercayai meninggal dunia dalam tempoh lebih 24 jam di satu lokasi lain. "

Berita penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Pengumuman!Pengumuman! Anak sapa ni? Mana mak bapak dia? Nikmat dunia dikecapi, zuriat hadir dianggap beban diri. Nanti Allah tak bagi anak langsung lepas ni baru tau... (eii..marah sangat ni). Sian kat baby tu, macam sampah betul dibuatnya. Syukur tak de anjing masa tu. Kalau tak, selamat dah rasanya...Moga kita, ahli keluarga dan kaum kerabat serta keturunan kita terpelihara daripada perbuatan zalim ini. amin. Na'udzubillah.

Nampaknya, mak bapa kena didik bagus anak2 (beratnya tugas kaklong nak didik anak2 yang hidup di akhir zaman ni..) kena pantau ngan sapa anak2 berkawan, orang ramai kena amik tau masalah masyarakat (bukan busy body, tapi prihatin) dan kerajaan di bawah kementerian2 tertentu kena bergabung tenaga utk mendidik masyarakat. Kesimpulan, semua kena main peranan, termasuk media cetak dan elektronik. Peranan utama media2 ni kena pastikan program depa menjinakkan hati penonton/pendengar dngn kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Jangan fikir nak UNTUNG BESAR aje. Dan kita para bloggers..kena main peranan sama membantu membina akhlak masyarakat. Tak besar sumbangan, sikit pun tak apa. Jangan jadi macam BLOG DAJAL tu (taukan kandungan blog tu pasal apa?)..sampai hampir menghancurkan rumahtangga orang, menjatuhkan air muka orang yg tak bersalah gara2 memfitnah peribadi orang lain.

27 comments:

yus said...

errkk..yelah kak, memang pelik. Boleh ker diaper tu di cuci?? Kalau boleh yus pun nak try sekali, jimat gak tu kan... Mungkin ada jenis yg boleh di cuci ker?? Tapi mahal??..kompius pulak..hehe

oren said...

maybe dia nak guna tu untuk toilet training anak2 dia kut? dan dia takde cukup duit nak beli drypers baru..ntah? awat kak tak pi tanya depa?

Kaklong said...

salam,

Yus: setahu akak, tak de pulak promosi kat tv ada diaper boleh dibasuh!!! heehe. kalau ada, mau gak belikan..

Oren: hehe..segan plak nak tanya sbb kami selang beebrapa pintu. kalau sebelah rumah tu, ringan gak mulut akak tanya :D. err..dpt dah email add akak? widaad98@yahoo.com

RaFFLeSiA MeRaH said...

kak syikin, dulu sebelum keje, sy penah jaga anak cikgu, memang dia wat camtu gak...tapi diapers tu dah dibuang kapas dia tuuhhh, tinggal kulit jerr...bila dah basuh dah dijemur, masukkan kain lampin dlm tu, pakai mlm2...cikgu tu wat gitu laa...so jimatlah skit pampers ni...tu pengalaman sy dulu laa...skrg ni x penah lak jumpa org buat camtu...tapi kena rajin la nak kena basuh lampin tu sekali...

Kaklong said...

salam,

RM: oohhh..baru tau. tocey2..tima kasih ya bagitau ni :D

ummibatrisya said...

salam,

lama ummi tak menjenguk, macam2 cite syikin dah publish. terlepas banyak entry. 1st time ummi dengar org basuh diaper. funny and good idea!

ummi ader tgk buletin pagi tadi. kesian kat budak tu. sampai hati mak bapa budak tu. tu le zaman skrg macam2. nampaknya besar tanggungjawab kita sbg ibubapa nak mengajar anak2 supaya dapat menjadi org yg baik2. dah dapat email ummi?

PB said...

Kak pB beli Utusan semata mata nak baca kisah baby yang kena buang ..

Tak berhati perut langsung..kalau dah tak nak, bagi pada kak pB pun tak per...dah lah baby tu baby lelaki...cina pulak tu...

Memang kita ni dah masuk akhir zaman...

Blog Dajal..?? Ada ker??

Kaklong said...

slaam,

Ummi: tak pelah, ummi sibuk. ni ummi jengah pun alhamdulillah :D.

pasal diaper tu, mmg funny tp good idea gak mcm komen RM tu..

saya dah balas email ummi tu :D
baru tadi tau ni..sori lambat ya

Kak PB: itulah kak, sian kat bayi tu.

blog dajal tu, saya tau pun baca paper kosmo or harian metro. wartawan tu gelar blog dajal, pasalnya blogger tu siarkan semua no. hp orang yg kononnya pompuan2 yg boleh dipakai..yg kesian tu,ramai mangsa tak tau menahu no. hp depa ni disiarkan dlm blog tu..sudahnya asyik dpt call lucah aje, siap nak pakai diaorang lagi. ada gak suami isteir jadi gaduh pasal salah faham ni..

zino said...

gambar tu zino tengok dalam paper pagi ni.. memang meyakitkan hati..memang dia org tu tak layak di panggil manusia..dan panggil binatang pun tak payak.. tak tau nak panggil makluk apa..siapa lah mak bapak yg tak berhati perut tu..

minta di jauhi benda benda tu di lakukan oleh ahli keluarga kita jauh dan dekat..

cikdinz said...

apsal lah ke bodoh sgt orang yg buat mende nih.
kalu lah dpt bunuh orang yg buat cam nih...

Kaklong said...

salam,

bro. zino: itulah, tak terkata dah..moga doa kita semua dimakbulkan amin..

cikdinz: mmg patutpun

Shami said...

sib baik keluarga bukan islam kalau keluarga islam cam ner tu...
Oleh kerana dibuat oleh mereka yang jahil tentang kebersihan..lantakler deper KL, nampak sangat ke****han mereka itu...

Perbuatan umat manusia zaman jahiliah..dulu ..kini dapat kita tonton balik dizaman era maju..ini...itulah kalau dalam al quran menceritakan perihal perlakuan umat terdahulu, kenapakah kita hari ini tidak menyedarinya...walau sudah ramai cerdik pandai dan manusia terpelajar..namun perbuatan itu masih juga berlaku..walau kita di era..tahun 1428 hijrah..ini...
Puncanya satu saja...pegangan manusia kepada agama....agama...apakah yang menyuruh kita berbuat kejahatan...
manusia yang diberi akal, dan hawa nafsu...mudah sangat menurut hawa nafsu dan hasutan syaitan..sedangkan kurniaan Tuhan akal fikiran...entah kemana....
insaf lah kita semua...didiklah anak2, bangsa dan masyarakat..kita menjadi insan yang mulia semulia kejadiannya....Allah kepada kita manusia....

NBK466 said...

Eh..sama laa dgn Syira dah 3 bulan udah toilet train... Pembelian drypers turun mendadak dari 3 jumbo pack kepada 1 jumbo pack sebulan..alhamdulillah..

p/s : Tak cukup2 lagi ker dosa sehingga mengandung...subahanallah...

oldtown~Smell the Roses said...

hmm 1st time dgr ni Kaklong! nak jimat punya pasal la ni kan? tak brani nak cube..hihi

kakLuna said...

ooo..blog dajal tu..dlm harian metro ka kosmo ke ntah?

bab2 buang anak ni...bkn nak membela ibu bapa yang tak bertanggungjawab tu, cuma ..kita tak berada di kedudukan mereka..masa tertekan, hilang kewarasan..sepatutnya ada pihak yg amik tau psl kes mgandung luar nikah, cari jln penyelesaian sblm segalanya terlambat...

Kaklong said...

salam,

shami: setuju ngan pandangan shami tu

nbk: wah..go go chaiyyo syira. jimat belanjo sikit. pas ni, duit diapers tu boleh pindah kat babylah kan :D . tgh syok tu nbk, tu masalah mengandung tak fikir dulu..

Nani: samalah ngan akak :D

Kak lUna: ha betul tu pasal blog dajal tu.

psal mrk yg tak bertanggungjawab ni, depa sembunyikan masalah tu drp pengetahuan keluarga, nak settle sendiri. yelah takut family tak boleh terima. sedangkan ada je family yg bolh support mcm hantar anak2 gadis tu ke rumah kebajikan yg boleh bantu anak2 gadis camni. bnyk gak laporan pasal membantu anak2 gadis ni. kiranya mmg ada badan2 kebajikan yg membantu mrk ni.

oren said...

termenangis saya tengok gambar dan membaca berita baby nih..teringat masa Najmi kecik..isshh..sediiihh...

Pisces said...

masa lunch tadi, member opis dok citer pasal nie.. masa tu plak mmg tgh online utusan, terus print utk diorang baca.. sampai nyer la hati org tu kan.. penat mengandung 9 bln, sakit badan/pinggang/kaki membawa kesana kemari pun tak hilang lagi.. lepas tu buang tepi jalan jer pulak tue..

Kaklong said...

salam,

oren: itulah, sedih sangat..takut baby tu suffer sblm dia meninggal, tgklah dlm keadaan bogel camtu..

Pisces: masa tu dia tak menyesal..tp percayalah, dia akan menyesal sepanjang hayat..

D said...

apa nak jadik dunia sekarang. kitorang dah baca jugak blog dajal tu. ni la akhir zaman!

eh, lain kali janganla tunjuk gambar macam tu lagi - ni asyik terbayang kat mata je!! (baby kena buang tu)

Mama Sarah said...

1. Tahniah, Huda melangkah setapak ke hadapan lagi :)

2. Baby: Kejam sungguh manusia tu. MAcamana dia ingat orang tak akan find out pasal kekejamannya?

3. Blog Dajal: tak tahu pasal ni. tapi satu lagi kerja bodoh dan tak de kerja lain ke depa ni?

Kaklong said...

salam,

d: saya tau pasal blog dajal ni pun sbb baca dlm akhbar. mmg menganiaya org lainkan. oh, sorilah d ya, gambar tu mmbuatkan d terganggu pula. sedihkan..tp d tak tengok lagi gambar baby yg kena campak drp flat tinggi. kepala dia hancur sebelah tau..

MamaSarah:

1. alhamdulillah
2. org terdesak begitulah. moga kita tak jadi macam dia.
3. blog ni mmg tak senonoh. sian org lain terfitnah sbb dia..kalaulah blogger tu tau apa hukumnya mmfitnah wanita baik2 sebagai penzina mengikut undang2 hudud...tapi tak boleh nak buat apa pun kat msia ni, takat saman malu kot..

lindosh said...

sedihnya tgk mayat baby tu.. kejam sungguh manusia yg buang tu.. iskkk

Kaklong said...

salam,

lindosh: itulah lin, kalau dah terdesak..moga kita terpelihara drp buat benda2 terkutuk ni

Am said...

hai binatang pun dah tahu sayang anak, ni manusia jenis apa yang buang anak ni, kita susah2 nak anak, dia pula senang2 buang

"Blog Dajjal" ada alamat blognya tak syikin

Kaklong said...

salam,

Am, itulah Allah nak tunjuk kuasaNya, jangan buat dosa2 besar, nanti akan melarat jadi dosa lain lagi.

Sori Am, saya mmg tak de alamat urlnya tu, sbb saya tau pun drp paper kosmo or harian metro, itupun kebetulan saya baca kat rmh mak saya aritu. Saya pulak tak nampak url blog tu kat dlm paper tersebut. maaf ya. cubalah tanya jiran or kengkawan yg beli paper2 tu dlam seminggu dua lepas.

cikdinz said...

blog dajjal tuh sape punya haaa...