Wednesday, May 23, 2007

Lega & Selamat Bercuti

Salam,

Leganya!!!!!!!!!! Hari ni hari akhir Husna ( 8 thn) dan Aiman (7 thn) mid-term exam semenjak Rabu lepas. Minggu lepas exam subjek2 agama JAIS dan minggu ni subjek2 akademik. Ringan kepala otak ni rasanya. Tak de nak risau2 lagi dah utk pastikan depa study, tinggal tunggu result aje. Mana taknya sejak minggu lepas duk monitor depa study. Belajar ngan depa, baca sama topik2 yg masuk exam. Pas tu terangkan mana yang patut supaya dapat gambaran jelas ttg apa yang tak paham. Tu belum sakit tekak duk bising suruh depa start study. Sapa yang dah ada pengalaman dulu drp kaklong tu, faham sangat dahkan? Ada aje alasannya nak mula lewat; nak tgk katun dululah, nak main dululah, nak baca majalah kanak2 dululah, nak layan blues lama2lah..umminya yang duk risau lebih, depa duk relax lagu tu ja..

Dan bila start study, ada aje gelak tawa dan gurau sendanya terutama bila si Huda dan Alia menyibuk sama, kadang2 ajak main permainan (kekadang tu Huda ngan Alia pun kena sound ngan kaklong sbb kacau kakak dan abang), maklumlah budak2, mana nak concentrate 100% time belajar. Sempat lagi bertekak sesama sendiri tu time tengah study. Sudahnya, kita gak kena duduk study sama. TV pun kena tutup akhirnya (ummi pun tak dapat tgk program2 feveret ummi, waaaa. Takpelah, anak punya pasal). Pandai pulak depa mengeluh. Kaklong cakap, abih exam ni dan waktu cuti sekolah nanti, suka hati nak buat apa; nak melukis ke, nak tgk katun sampai kematu mata tu ke, nak baca majalah banyak2 ke, nak main ke, ikut suka. Dan dipanjangkan lagi pot pet pot pet kaklong tu supaya depa tau pentingnya study nak dpt excellent result, jangan jadi macam ummi masa sekolah dulu, markah tak cemerlang...hahaa, tadah telinga ajelah budak2 tu. Tak delah 24 hours suruh budak2 tu study, lunyai otak tu nanti. Ada masa depa boleh main, tgk tv, tapi dalam waktu terhad tak boleh mcm tempoh biasa.

Kaklong siap warning, kalau main2 time study ni, paper tu nanti tak dpt 100 markah, nak kena sebat ?! Hahaha..zalim tak? Ni saja jer nak provoke depa supaya set in mind utk tiap2 paper tu jangan kurang drp 9o markah. Nak bagi mereka rasa kepuasannya bila dpt markah tinggi utk setiap subjek. Tapi, kalau dah study hard and smart, masih tak dapat 100 markah tak pelah, dah itu rezekinya. Takkan nak pukul pula. Kecuali kalau belajar tak mau. Dalam exam pula tak boleh nak jawab. Memanglah nak kena. So far, anak2 mmg akan baca buku, tinggal main2 atau serius aje.

Waktu depa kat sekolah, duk doa2lah minta terang hati depa jawab exam. Bila balik sekolah tu, soalan wajib kaklong tanya, camner exam? Boleh jawab? Susah tak? Lega bila depa cakap boleh..Ada pulak yang selamba jawab, senang sangat2. Selalunya kaklong jawab balik, ha ah, kalau banyak salah nanti camner? tersengih2 depa terutama si Aiman tu la.

Malam tadi, suami kaklong balik drp kelas malam, dia tengok kaklong tengah duk ajar/terangkan pada si Aiman tu, dia pun usik," ni kalau tak dapat nombor satu tak taulah..frust menonggeng ummi kamu nanti" hahaha... Kalau tak de rezeki dpt nombor satu atau top 5, tak pelah, yang penting depa dah study bukannya tak study. Tinggal masa menjawab soalan2 exam tu lalai atau tidak saja. Dan satu lagi, persaingan hebat drp kawan2 sekelas. Kebetulan, persaingan murid2 kelas Husna dan Aiman terlalu kuat. Ini berdasarkan test 1 yang lalu dan pengalaman Husna tahun lepas. Aiman baru bermula tahun ni.

Paling seronok, bila result keluar nanti, dapat markah tinggi2. Depa pun happy. Kaklong pun rasa puas sangat (ikut pengalaman lepas) sebab kaklong duduk study sama ngan depa, duk pot pet pot pet kat depa. Rasa macam kita pulak yang dapat markah tinggi hahaa. Apalah kaklong nikan, anak2 baru darjah 2 dan 1, risau terlebih, tu belum time nak exam besar2 nanti. (nilah suami kaklong rajin usik kaklong, "tu baru anak sekolah rendah tu.."). Ni lum lagi si Huda dan Alia pula dalam beberapa tahun akan datang.


Ni yang buat kekadang tu kaklong rasa mcm tak nak kerja, biarlah duduk rumah, boleh fokus kat anak2 terutama pelajaran depa. Sebab, bila keluar kerja tu takut nanti handle pelajaran anak2 gitu2 aje. Maklumlah seharian kat luar rumah, pastu balik nak uruskan rumah tangga lagi (kecuali ada maid), penatnya teramat sangat. Untuk diri kaklong lah, kaklong takut tak dapat handle. Tapi kaklong tau, kat luar sana, ada ibu2 yang bekerja mmg superb bab2 ni; duk sibuk2 pun, pelajaran dan akhlak anak2 excellent, mcm kengkawan bloggers yang suami isteri bekerja, tp pelajaran anak2 tip top, ada yang masuk sekolah berasrama ataupun universiti. Kaklong harap, kalau keluar bekerja nanti, pelajaran dan akhlak anak2 kaklong tip top gak cam anak2 mereka. Amin.

Oklah..bebel panjang dah ni (well u guys know me hihi. menulis tak hengat. Tinggal orang boring tak boring aje bacanya) Oh ya, ada yang tanya napa la ni kaklong jawab komen kat entri page (new entri) ? buat masa sekarang mmg cara gini, nanti, bila mood betul2 bagus punya, kaklong akan reply komen2 kat kotak komen tu semula. Pasal kaklong tukar cat blog ni, hehe..saja aje. Nak ilangkan bosan tgk kaler sama aje. Yang doakan kaklong sihat dan moga selamat bersalin tima kasih gak. Yusztiey, tima kasih sudi buat kunjungan balas ya :D. Dan yang lain2 tu, terima kasih banyak2 atas komen dan pandangan kalian.

Loh, kok lupa..SELAMAT BERCUTI SEKOLAH UNTUK ANAK2. Masa ni kenduri kendara pun banyak. Kalau dapat banyak jemputan, sikit2 makan tu kat setiap jemputan, kang ko kekenyangan sangat, kat kenduri lain tengok ajelah juadah tu jawabnya. Rugi ooo...Yang nak pergi bercuti tu, selamat coti2 Malaysia.

31 comments:

ILA said...

yesss!!! i'm d 1st!!!
cos lompat dr tmpat k.lady:)
hehekkk
ohh..ila pun sdang di lema gak.cos Syamil Exam.rasanya mcm ila yg exam.honestly since 3 ming.lpas.ila dah kuarantin syamil & Hasya dr comunicate dgn anak2 jiran or entertainment lain2.ila push they all buat latihan.mmg psan awal2 kat the all, turun markah per subjek(banding dgn ujian bulan lpas)..mmg kena 1 rotan..hohoho~~

Sastri said...

wow... rajinnya Kaklong menemani anaks2 study... :D selamat bercuti panjang minggu depan buat anak2 Kaklong yang bersekolah... :D

Mummy Rizq said...

Kita memang sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk anak anak kan....

Kak Lady said...

Kak long...kaklady kalau kat umah tu jadi tukang bebel...yang tukang bagi latihan & tunjuk ajarnya Huda...heheheh...releks lah sikit...kalau tak mau lagi panjang bebel akak & darah pun boleh naik kan?

Helena said...

mmg penatkan nak preparekan anak2 utk exam. Kadang2 jeles tgk kawan2 yg biarkan anak2 belajar sendiri.

Buat Helena, masa sek rendah Tahap 1, Helena akan sit down dgn mereka. Bila dah Tahap 2, Helena let go sikit2. Bila sekolah menengah, Helena pun dah tak kuasa dah.... hehe

AZWA said...

Memang bertuah sangat anak2 KakLong dapat peluang belajar bersama2 ummi mereka sebagai 'pemantau' dan juga'tenaga pengajar'. I wish i have that privilege..itu la kelebihan berkerja sebagai surirumah. Bravo KakLong!

ontahsapo said...

anak saya belum sekolah lagi, tapi nak cuti jugak boleh tak...?

nurazzah8 said...

kaklong, anak akak ada ramai 8 org, ada semua peringkat umur, dari tadika hingga ke universiti. setiap seorang dgn perangai masing2, tak ada yang sama. Kadangkala tend to banding-bandingkan adik2 dgn kakak dan abang, tapi now I let them learn at their own phase. each one is different fr others, so not fair to compare them. So, akak ajar mana yg terlarat jek sbb akak sendiri pun masih belajar lagi. Cuma kena pandai manage masa, time kat office time kita, bila balik rumah masa utk family. Apalagi akak kena buat sorang2 kalau hubby tak ada...mmg rasa tak cukup kaki tangan dan 24 jam. Kadang2 nak stu hari tu 36 atau 48 jam... tapi I learn fr my own experiences, so now akak take it one day at a time, selesaikan perkara2 utk hari ni dulu, baru boleh stay normal. Kalau tak... boleh jadi haru-biru diri dan mental.. PLUS sentiasa ingat Allah SWT dlm semua apa yg akak lakukan. Sentiasa berdoa siang-malam, InsyaAllah... ALlah itu Maha Pengasih dn Penyayang.

cuaca said...

tak plan pergi bercuti ker kak long?

jika kak long tidak menggunakan beta kak long boleh paste kan pada bawa BLOG TITLE kak long...cuba lah!

Apple Pie said...

selamat bercuti yer kak long. saya next week dah start bercuti.

bie said...

rajin sungguh akak teman anak2 belajar...
bertuah anak2 akak dpt ibu mcm akak...pasti diorg dpt result best2 nanti...
Good luck utk anak2 akak yea.

goboklama said...

qisst tak lalu nak ngajar Arif kat umah,takut naik darah. Hubby pun kata kesian budak tu dari pagi ke petang sekolah,balik umah pulak nak kena buka buku lagi. Tapi sekarang ni,kalau kita tak buat gitu,anak2 kita lak ketinggalan kan?

NBK466 said...

Wah GARANGnyer K.Long nie...kalau pakai misai kontot cam HITLER mmg sesuai..he..he.he..

YuszTieY said...

salamz
ingat saya jer yg suka berleter kat anak2 kalau tak membaca wlupun anak saya masih tak sek lagi memang tiap mlm saya suh dia menulis n cuba membaca n hafal quran...teringat mase zaman sek lu mak saya asyik berleter tambah kalau dah nak dekat exam...loni baru rase sendiri..
didoakan moga anak2 k.long akan peroleh kejayaan berkat leteran n study sama k.long...k

RaFFLeSiA MeRaH said...

insyallah, usaha akak nak tgk anak2 berjaya akan membuahkan hasil kak...mudah mudahan mereka jadi anak yg cerdik dlm pelajaran mereka, satu lagi selain ajar pelajaran sekolah, ajaran agama tu kena didik dah kak...(hehehe...ngajor la pulak sy ni kak, sekadar mengingatkan jerr yer) apepun sy harap kehidupan akak anak beranak success selalu....

Mama Sarah said...

semoga berjaya anak2 kaklong tu. sekarang ni lapanglah fikirannya nak bercuti :)

bunga rampai said...

Salam,

Yeayy, cuti!!

Atas usaha gigih ibu, pasti anak-anak akan berjaya.

Apa rancangan Kaklong untuk anak-anak musim cuti ni? Cuti-cuti kampung?

Queen Of The House said...

Selamat Cuti-Cuti Malaysia :-)
Bila musim cuti sekolah, kaum ibu pun lega sikit, tak payah berkejar-kejar, alhamdulillah.

loveujordan said...

salam kaklong,

memang setuju sangat cara kaklong ajar anak-anak belajar...kalau dah study very hard pastu masih tak score akak pun takkan marah anak-anak tapi kalau tak cukup kuat study...mulalah kena leter :P

Selamat bercuti...balik kampung ke ??

akirasuri said...

musim cuti musim orang berkahwin :D

Selamat bercuti untuk akak dan anak-anak ;)

Zakiah said...

sudah aktif akak kita sekarang. Mabuk dah okay la ni ek.

Selamat bercuti. rest la banyak banyak sementara budak cuti skolah ni

oldtown~Smell the Roses said...

risau gungguh ye bila anak2 dah start sekolah...skangni anak kecik risau bende lain dulu ye! Tp..atleast dah start cuti sek. Kaklong dah leh rest gak, sama2 cuti mcm depa ye!

Selamat Cuti Sekolah!

13may said...

selamat bercuti...sekolah:)

Honey MJ said...

choti 2 minggu ni anak akak yg 2 orang tu balik rumah nenek dorang kat kg. yehaa...aman sket rumah ni kalo tak asik gaduh jer. rumah pun kurang bersepah walaupun yg si kecik dah pandai menyepah.

kak long dah sihat betoi ka ni? tak dak mabuk lagi ka? bila bersalin no?

simah said...

wah syikin...caringnya awakkkkkk study sekali dengan anak anak...

ok la tu..dah cuti cuti malaysia dah...tak pergi bercuti ke mana mana tak?=

kasutVincci said...

selamat cuti skolah utk kak long jugak. Mesti makin sibuk melayan anak2.

Ajzie said...

selamat bercuti sekolah

cikdinz said...

takpelah. berkorban demi anak-anak. bila kita buat camtu, mesti anak appreciate apa yg kita buat kan dan dorang belajar sungguh2...

p/s:ingat dulu sekolah rendah mesti dapat no 1 atau 2 tetiap tahun.

nurazzah8 said...

kak long masih cuti lagi ke?...

lindosh said...

kaklong yg rajin eheh!

Lily Haslina Nasir said...

salam...
tumpang lalu, tumpang baca!