Thursday, December 13, 2007

Akan berkhatan

Salam semua,

Nanti kaklong jawab komen2 kat entri2 di bawah, insyaAllah.

Ni nak tanyalah pada semua ibu bapa bloggers yang berpengalaman anak lelaki dah berkhatan, ada pantang makan apa2 tak selepas berkhatan? Sebabnya hujung minggu ni Aiman akan berkhatan, insyaAllah. Tu kaklong duk terfikir soal pantang larang makanan nak elak kot2 berlaku gatal2 kat tempat luka tu ke. Atau belasah aje makan apa2. Isy..mmg tak reti ni. Terima kasih didahulukan :D.

12 comments:

NBK466 said...

Den pun tak ingek den pantang makan apo masa den dulu...dah lamo bonar raso eh...

D said...

alah,benda biasa la.. elak yang gatal-gatal (esp ikan), telur, kicap (LOL). Entah, kita orang moden ni tak reti la sangat... senang crita, makanan berkhasiat je lah. Fruits & sayur (+ ikan haruan) mempercepatkan healing process.

Kaklong Syikin said...

salam,

nbk: hehe..mmg la dah lamo, dah beranak duo dah

sis d: ooo..ok,tq ya.:)

oren said...

rasanya, sama jek mcm kita pantang nak jaga luka bersalin..tak leh makan benda gatai, banyakkan rehat..cari ayaq gamat atau ikan harun utk cepat pulihkan luka..

ummi said...

iman khatan umur 2 hari. nama pun budak umur 2 hari kan, minum susu mak dia aje time tu.

dia guna apa? laser ke, smart klamp ke. dengar2 cerita la ni luka tu dah minimal dah, senang nak jaga berbanding zaman dulu2.

Kaklong Syikin said...

salam,

Oren: ha, itulah akak pun ada terfikir benda yang sama. tp tulah nak dptkan pandangan org yg dah berpengalaman gak :)

ummi: ha, bagus buat cepat2 sbnrnya. tak tau lagilah guna cara apa, sbb ni buat kat masjid di tpt kerja suami, tp guna khidmat doktor la.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam kak long.

Saya pun tak ingat, kalau ada pantang makan apa-apa. Dah lama sangat.. :)

Tapi cara moden sekarang, semuanya mudah dan cepat sembuh.

cikdinz said...

banyak pantang nya. orang sunat pun bleh kena bentan tau. bukan orang mengandung jer....hehehee...

yg penting permakanan. tak bleh ayam. tak semua ikan leh makan. yg gatal pun tak bleh.

Kaklong Syikin said...

salam

BP: hhee..sama geng ngan Nbk tu.

cikdinz: itulah..hmm,tq for the info.

zareda said...

kak long
rasanya sama macam pantang orang bersalin atau operate jugak. maklumlah luka.. pantanglah ayam, telur dan seafood buat seminggu. Berikan ikan tenggiri, ikan merah dan ikan isi putih. Bagi oren sunkist tak pe.. dan jangan melasak nanti bentan plak..

Jangan bagi minum banyak air dalam 2-3 hari, nanti susah nak kencing dan luka lambat kering..

Kaklong Syikin said...

salam,

Zareda: oh..ok. sib baik aiman jenis tak minum banyak air.tq ya

日月神教-任我行 said...

成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,a片