Thursday, December 27, 2007

Masak daging lagi

Salam,

Lepas zuhur semalam p KL sefamili. Bukan shopping mopping, tapi urusan projek bosar den tahun dopan. Tak po, tibo maso eyy den akan citorkan...Kiro eyy somalan logolah..sobab dah solosoi satu bondo yang maha ponting.

Dalam perjalanan balik semalam, suami terima panggilan drp kawan dia, katanya nak datang rumah sefamili. Ok. Kepalo sey dah mengiro2 nak masak apo..hmm..apo yang adolah dlm poti ais tu. Jadinya, malam tadi jamu tetamu ngan daging masak lemak cili api, sotong masak kicap, ayam goreng. Tetamu tu pulak dtg bawak keropok lekor mentah..depa baru balik drp kampung. tak goreng lagi ni, nantilah.

Penatnya malam tadi, sampai ke pagi ni terasa. Lagi penat sekarang ni bila mengenangkan bilik belakang tu nak kena dikemas besar2an..Cik ti buat HAL!!!!!!!!!
Kalau najis dia tak merbahaya tak pe, tapi boleh jadi virus yg membunuh manusia! Tu yang takut tu. Banyaklah yang nak kena dibuang tu. Tak kuasa nak membela kain baju yang dah terkena najis dia tu.

Kalaulah kaklong ni bukan penggeli, mmg dah aku kejor2 cik ti tu sampai dapat, lepas tu ku cekik2 dia sampai arwah huhu...universiti mana tikus ni pi belajar pun tak taulah, boleh dia buat derk aje ngan makanan dlm perangkap tikus tu...adeh.

p.s. Eh, perasan pulak minggu ni hari2 buat entri, tapi nak blog kengkawan hari2 tu yang payah tu.

15 comments:

ummi said...

rumah saya dulu ada cik ti ni. pastu ada 2 ekor kucing suka lepak kat rumah. sekor kat rak kasut depan, sekor kat atas washing machine kat belakang. saya pesan kat kucing2 tu, boleh tumpang lepak tapi tolong jgn membuang kat rumah saya. alhamdulillah sejak ada kucing2 tu, walaupun kat luar rumah, cik ti tu dah tak kelihatan.

Ajzie said...

wahhh ada project besar eik.. tak sabar den nak dengar citer dari syikin nih..

Moga berjaya..

MOKCIK AZWA said...

Salam...

wah projek besor apo la tengah kaklong rancang nie ek...saspen nih... :D

Samo ler kita..semangat nak update blog membara tapi disebabkan masalh blog azwa tu...akhirnya kerja azwa ialah pi meronda2 ke blog kenkawan. baby Asmaa' sehat ker? mesti dah pandai main dah dia ek...masuk 3 mths kan.

KAMATO said...

Kena bagi makanan lazat sikit dalam perangkap tu baru cik ti tu masuk he he...

Kaklong Syikin said...

salam,

ummi: wah, siap berpesan kat kucing2 tu :). itulah ummi, dulu ada 2 ekor kucing gak dtg rumah saya, suka lepak kat luar tu, tp la ni depa dah tak dtg, tu yg cik ti tu bermaharaja lela

kak ajzie: hehe..tunggu..saya pun tak tau samada larat atau tidak nak buat.tq doakan. amin..

azwa: hehe..tunggu ...ya, asmaa nak masuk 3 bulan dah 30 hb nanti.

bro. kamato: err..kaki ayam lazat tak? itu yg disangkutkan dlm perangkap tu, siap letak lemang lagi.sabor ajeklah.ada menu lazat yg sesuai tak ngan cik ti tu? tikus msia ni mkn cheese tak?

simah said...

eeee...jgn cakap la pasal cik ti ni.. saya masa duduk hostel masakat uni dulu...malm malam cik ti masuk bilik selongkar my food..geliiiiii..

awak apa khabar syikin? wahhh... active blogging dah nampaknya awak.... lepas gian sebab lama tak blog ka? bagus la tu... :0)

get to work syikin! kemas bilik! hehehehehe

selamat menyambut tahun baru? hugs n kisses to ur kids..

KakNi said...

Hari ni entry cakap nogori lah pulak...

Cikti memang bahaya... eloklah dihapuskan secepat mungkin...

Kaklong Syikin said...

salam,

simah: hehe..bab cik ti kat hostel univ tu perkara biasa simah, tp kat um dulu monyet / kera yang duk menyelongkar esp. hostel2 yg kat ngan hutan. mengemas? hehe..kena tunggu cik abe sbb nak tolak keluar almari baju, cpu2 pc yg lama tu huhu.

Ahni: dulu biasanya tulis loghat nogori untuk entri2, la ni aje dah jarang sangat tulis loghat tu hehe

MAMAMIA said...

Yang geramnya Cik Ti ni pandai makan makanan kat perangkap tu, tapi dia boleh lepas...

Qaseh Bidadari said...

mama kalo cik siti ni memang geli...

yg bengang tu cik siti pandai x nak makan benda yg kite letak dlm perangkap die...die skola agaknye lah kak long...

Kaklong Syikin said...

salam,

mamamia & mama ranggie: itulah yg menjadikan makin susah nak tngkp tikus, sbb agaknya depa dah saksi ramai sedara mara mereka terperangkap, jadi depa lebih hati2 huhu

cikdinz said...

aik... kak long dah pandai cakap nogori...heheheeee...

Kaklong Syikin said...

salam,

cikdinz: hehee..den somemang ey ado daghah oghang nogori. omak ayah den oghang moncheh. den ni suku tigo nenek. tapi adat popatih tu mmg den tak tau banyaklah, sobab sojak kocik den duduk luar nogori.

Anonymous said...

masalah cik ti sennag jer.. zar dulu guna perangkap pun tak jalan.. we all guna gam.. tak sampai 4 jam.. dapatler cik ti..

Anonymous said...

Lucky Club Casino site review, bonuses, promotions - Lucky Club
Lucky Club Casino luckyclub.live gives you all of your favourite slot machine games for free. This online casino provides you with everything you need to play slots and win big.