Thursday, November 22, 2007

Tahniah Husna dan Adikku

Assalamualaikum,

Gambar2 di bawah ni merupakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik di sekolah anak2 Kaklong. Rezeki Husna dapat naik pentas tahun ni untuk menerima hadiah di tempat ke 4 dalam kelas dan dua mata pelajaran terbaik; B. Melayu - Penulisan dan Sains. Tahun lepas dia dapat tempat pertama dan dua mata pelajaran terbaik juga.

Kesian gak kat Aiman tak dapat naik pentas. Belum rezeki dia tahun ni. Kaklong cakap kat Aiman, tahun depan kalau nak merasa naik pentas terima hadiah, kena lebih kuat belajar. Kaklong pula rasa bersalah sebab tak dpt tolong mereka study dengan baik disebabkan keadaan kesihatan kaklong yang tak menentu tahun ni. Pendek kata, tahun ni pelajaran anak2 kaklong tak konsisten. Tapi, tahun depan lebih mencabar sebenarnya..hmmm.


Sayang sangat kaklong dan anak2 lain tak dapat hadiri majlis ni sebabnya Huda dan Alia demam. Jam 2 pagi lebih hari Sabtu (17 Nov) lepas kami ke klinik 24 jam bawa anak2. Husna lagilah demam panas. 39 darjah suhu dia. Kena masuk ubat lagi. Balik daripada klinik, gitu gini layan anak2, jam 4 pagi baru kaklong dapat tidur. Huda ngan Alia duk demam2 tu masih main lagi, tak tau jam berapa depa lelap.

Jam 6 pagi lebih, Husna bersemangat siap nak ke sekolah. Dia masuk koir utk persembahan. Kaklong berat hati nak bagi dia teruskan sebabnya badan dia masih panas lagi. Tapi dia nak pergi juga. Tak sampai hati nak kecewakan dia, kaklong mengalah, tapi kaklong pesan, kalau dia rasa tak larat waktu nak buat persembahan tu, dia mesti tarik diri takut nanti dia akan pengsan tiba2. Dia berjanji. Kaklong bekalkan dia ubat demam dan antibiotik. Tak bagi dia makan pagi tu sebabnya tak sampai jarak 6-8 jam lagi utk dos seterusnya. Kaklong suruh dia minta tolong cikgu yang berikan ubat tu nanti sebaik sebelum persembahan bermula.



Waktu persembahan koir ni, suami kaklong telefon bertanyakan betul ke Husna join koir sebab dia tak nampak Husna langsung. Kaklong cakap mungkin dia tarik diri dan ada kat belakang pentas. Sungguh, balik rumah tu, Husna bagitau kaklong dia menarik diri akhirnya sebab rasa tak larat biarpun cikgu benarkan dia join.










Husna baru lepas makan ubat demam & antibiotik yang dibekalkan.












Sedih pula tengok keadaan Husna ni. Kata Husna, dia rasa ngantuk, tu pejamkan mata sementara menunggu ambil hadiah.






Syukur dia larat naik pentas juga





Posing sebelum balik

















Husna dapat hadiah trofi untuk kedudukan dalam kelas. Hadiah2 buku untuk subjek2 terbaik.










Dapat gak snap gambar Asmaa tengah tersenyum...


Kesian kat Asmaa sekarang ni, kena selsema dan batuk. Berjangkit ngan kakak2 dan abangnya. Tapi syukurlah dia tak reti meragam.





Apai, tahniah sebab dah konvo semalam (Rabu, 21 Nov.) kat UiTM. Sesi petang. Dia satu-satunya anak lelaki emak yang 6 orang ni. Sayang kaklong tak dapat join sama, tapi tak pe sebab balik tu dia, emak, kaklang dan adik datang rumah kaklong. Yang kesiannya Apai terpaksa pulangkan jubah dan ambil sijilnya sebaik habis majlis petang semalam kerana dia nak balik Langkawi pagi Khamis ni. Cuti kerja tak dpt lama. Dia dah kerja sbg pembantu Chef kat salah satu Resort di sana.
Opps, anak2 patung ni bukan Apai punya, tapi mak kaklong belikan untuk anak2 kaklong hehehe.




Errr..inilah tuan punya blog yang berkerusi roda masa ambil skrol sarjana tempoh hari. Kenangan sungguh la hihii....yelah ngan usia kandungan 33 minggu tak salahnya. Takkan kulupakan hari itu dalam sejarah :D.

13 comments:

Mak Su said...

kasik semangat kat husna, caiyuk caiyuk... and sumelnyer si kenit senyyum

Sastri said...

tahniah Husna... waaa... kak long, awat tak nampak muka... :D

Kaklong Syikin said...

salam

maksu: tocey..tocey.. :D

sastri: tq sas. alamak, seganla nak tunjuk muka :)

ajzie said...

Tahniah Husna...and Tahniah juga utk Shyikin.

Along said...

kesian Husna...demam time nak ambik hadiah, tapi tabah juga...memang sah anak ikut mak...hehehehee...

oren said...

like mother, like daughter ek..

masa amik scroll last year kat UM pun, ayahanda suggest suh pakai wheelchair sbb masa tu baru 3 minggu lepas bersalin..memang teruk skit, muka pucat walaupun dah mekap sakan..tapi macam kelakar la plak kalo pakai wheelchair..gamaknya, kalo jadi, cam gitulah rupa saya amik scroll gamaknya..hihihi..

tahniah untuk akak and Husna..

cikdinz said...

tahniah pada semua kerna berjaya dan membanggakan mak bapak. bagus mcm ni....

The Singa said...

kenapa gambar tuan punya blog kaler kelabu mukanya..hehehe..

semangat yer nak naik pentas walaupun badan letih..

MAMAMIA said...

Tahniah Husna & Mak Ayah dia juga. Kesian dia, dah penat praktis tak dapat nak join koir tu..

There's always next time...

blackpurple @ jowopinter said...

Tahniah adik Husna.

Alah.. Kesiannya, sampai tertidur tunggu ambil hadiak ek... :)

KAMATO said...

Tahniah pada adik husna dan tahniah juga buat ibu husna

Ayu said...

aduhaiii nampak sungguh muka Husna tu tgh demam kak.. sbb nampak letih. saya masa form 2 penah miss acara amik adiah ni sbb demam teruk. semingu tak gi sekolah. sedey sgt masa tu sebab tak dapat naik pentas.

tahniah yer kak dah konvo. mula2 tgk gambo sy ingatkan gamo sape le akak amik tuh and kelabukan muka. rupa2nya akak le yg berkerusi roda itu hehehhehehe... yang pasti.. akak memang le comel :P

Helena said...

Kak Long..... cutenya asmaa.... comeinya asmaa.... gerammmnya tengok asmaa..... hehe.

COngrats to Husna.... kesian dia demam... tapi semangat tinggi.....

Helena tersenyum tgk kak long siap berwheel chair ambik scroll.... hehe... tu yg mahal tu.... and tak pasal2 kaklong jadi perhatian hari tu.... hehe