Wednesday, December 12, 2007

Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman



Assalamualaikum wbth..

Hari Jumaat minggu lepas kaklong menerima bungkusan pos laju. Hati berbunga riang sebab yang dinanti telah tiba. Tak sabar menunggu lama, kaklong membuka bungkusan tersebut dan membelek2 helaian demi helaian. Sesekali mata singgah di halaman2 tertentu dan membacanya penuh khusyuk. Sesekali air mata bergenang, terasa bulu roma meremang. Sesungguhnya buku ini mempunyai 'roh'nya yang tersendiri. Itu baru baca beberapa muka surat yang tertentu tu, belum bermula daripada awal lagi.

Dan pada hari Isnin lepas, Kaklong dah khatam membacanya. Best buku ni. Gaya penceritaan yang menarik. Santai. Ada ala2 novel gitu. Buat tak jemu menatap dan membacanya. Tajuknya seriuskan, tapi membuatkan hati ingin mengulang membacanya. Lagi satu, kaklong suka tulisannya yang besar2. Puas hati membacanya.

Penulis merakamkan pengalamannya mengerjakan haji bersama isteri, kakak dan adiknya bermula daripada beberapa bulan sebelum berangkat ke tanah suci sehinggalah kepulangan mereka ke tanahair. Yang melekat dihati bila membacanya ialah ia diceritakan dengan penuh keikhlasan dan penuh perasaan dan secara santai oleh seorang Prof. yang mengaku kejahilan diri dalam urusan agama tetapi beliau berazam ingin menjadi tetamu Allah paling istimewa di tanah suci nanti. Bukan senang tau untuk kita mengaku kelemahan diri dan kelemahan itu dibaca oleh khalayak ramai.

Dan keazaman itulah yang membawa beliau bersungguh2 beramal ibadah sebelum ke tanah suci dengan doa2 beliau yang tersendiri dan bila berada di tanah suci beliau berusaha mengerjakan dan menjiwai setiap amalan haji dengan penuh kesungguhan hinggakan sebelum ini beliau seorang yang tidak tahu membaca al-Quran telah berjaya mengkhatamnya di sana! Bahkan setiap kali ingin melakukan sesuatu beliau tidak lekang dengan doa supaya ia dipermudahkan.

Begitu juga dengan cerita beliau dan strepsils (ubat sakit tekak), cerita teori saf beliau untuk memastikan beliau dapat solat sehampir mungkin dengan imam, bagaimana beliau berkongsi tips untuk mudah mencium hajar al-aswad. (Bagi mereka yang belum pernah ke sana pasti fikir senang untuk mencium batu tersebut, tapi bagi kaklong yang pernah mengerjakan umrah dan berpeluang mencium batu tersebut memang bukan senang untuk mendapat peluang demikian), kisah golf, kisah rokok, kisah nampak tak nampak kaabah, cerita shopping, kisah jubah mahal, kisah Malaikat dan wali Allah (ini membuatkan kaklong tersenyum sendiri), kisah orang tak jaga kebersihan, kisah orang suka berebut, kisah apa yang beliau dan isteri lakukan dengan sejumlah wang ribuan ringgit yang dihadiahkan oleh sanak saudara dan taulan dan cerita kak Roza (isteri beliau) yang sedih dengan kedatangan haid di bumi Madinah tetapi tanpa sedar ia mempunyai hikmah yang tersendiri, kisah di raudhah. Dan betapa beliau berusaha memastikan orang lain boleh juga solat di saf2 yang sentiasa menjadi rebutan (jangan tak tau, dalam ibadah haji juga orang boleh jadi begitu kedekut)

Eh, pelbagai lagilah cerita menarik yang dikongsi bersama ketika di sana termasuk kemuncak perubahan utama selepas beliau kembali daripada mengerjakan haji ialah beliau dan anak2 berjaya menghidupkan surau kondo Kemuncak, Shah Alam (cumanya tak tau lagi sapa pula akan menghidupkannya setelah prof. berpindah nanti, harap2 ada yang meneruskannya). Dan bagaimana luahan rasa beliau samada beliau mampu atau tidak untuk terus melakukan ibadah2 sunat yang biasa di amalkan di tanah suci dan lain-lain lagi. Dan pengalaman beliau dalam penulisan akademik juga tidak ketinggalan apabila beliau melampirkan ilustrasi2 berkaitan dengan doa2 beliau (bukan doa2 khusus dalam ibadah haji) , laluan melontar, dan hajar aswad.

Paling penting, pengajaran utama yang kita akan dapat bila tamat membaca buku ini ialah SENTIASA BERKOMUNIKASI/BERDOA DENGAN ALLAH UNTUK MENDAPATKAN APA YANG KITA INGINKAN, biar kecil mana pun urusan dan kehendak kita, berdoalah padaNya. Tidak kira dalam bahasa apa sekalipun. Yang penting ia penuh keikhlasan dan rendah diri.

Kedua, buku ini membuatkan kita koreksi diri apa yang kita kehendaki daripada mengerjakan haji.

Ketiga, kesan ibadah haji kepada individu samada masih menjadikan diri kita orang yang sama seperti sebelum mengerjakannya, atau insan yang lebih baik atau lebih teruk (menakutkan bila Prof. menceritakan ada yang masih berzina walaupun dah balik daripada haji).

Eh, belilah, tak rugi tau. Elok juga dijadikan hadiah kepada bakal haji, bakal mengerjakan umrah. Tak rugi RM 26 anda untuk sebuah buku ni. Dan, jangan salah anggap, kaklong tak dapat komisyen pun bila tolong promote ni. Boleh contact Prof. Muhd Kamil Ibrahim ni di 019-3154444 untuk pembelian. Oh ya, Prof. MKI ni juga seorang blogger : http://www.muhdkamil.net/mystory/

Dan kaklong harap sangat buku ini juga boleh dicetak di dalam bahasa inggeris (bahasa lain juga) untuk orang-orang Islam dan bukan Islam yang tidak pandai berbahasa Melayu kerana ia satu bahan bacaan yang menarik.

10 comments:

Qaseh Bidadari said...

kita sesekali alpa dan mudah lupa kepadanya...

Eddie Putera said...

kaklong...bila nak beli buku pasal pantang pulak ?

Anonymous said...

kak long
Ya Allah, terujanya zar nak baca buku ni. Memang betul kata kak long nak cium batu Hajar Aswad tu bukan senang.. kena betul betul nekad dan kuat sebab dugaannya besar..

ok tunggu zar beli dan habis baca.. kita share sesama cerita tu ok..

Azer Mantessa said...

interesting ... tq :-)

MAMAMIA said...

Ada perancangan nak beli. Baca ulasan K.Long ni, tambah teruja nak beli. Tq.

edyan7 said...

hmm... suka baca ulasan kaklong kat sini... nak beli satu jugak!

Kiah Kardashian said...

wah macam nak kena baca ajer...nanti nak beli. pandai kak long bagi review. Boleh la buat blog review buku pulak lepas ni

Mak Su said...

sangat menarik, akan cuba dapatkan

Kaklong Syikin said...

salam,

maksu: ya, belilah. :)

zakiah: hish..mana pandainya. tapi beli tau, mmg best.bagus idea blog ulasan buku tu :D

Edyan 7: beli yan..tak rugi :)

mamamia: itu sudah semestinya :)

Bro Azer: belilah satu :)

Zareda: syikin tunggu ulasan awak pula :)

Bro. Adiejin: InsyaAllah, nak beli, tp tungguuuuuuuuuuuuuuu :)

Kaklong Syikin said...

eh lupa, mamaranggie, betul cakap mama tu