Friday, December 28, 2007

Muhasabah diri

Salam semua,

Saja nak share dgn semua akan fwd email yg kaklong dpt ni;

IBNU Qayyim al-Jauziyah, ulama dan tokoh gerakan dakwah Islamiah ialah murid ulama terbilang, Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah. Beliau mempunyai banyak karya ilmiah yang menjadi panduan dalam gerakan dakwah Islam.Ibu Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada 751 Hijrah (1350 Masihi)

Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu :-

Ilmu pengetahuan.
Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

Amalan.
Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

Kekayaan.
Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

Hati.
Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

Tubuh badan.
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

Cinta.
Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

Masa.
Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

Akal.
Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

Zikir.
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam Madarij al-Salikin, waktu tidur yang lebih baik adalah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira jam 10 malam.

Waktu yang tidak seharusnya kita tidur adalah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak.

Beliau berkata, tidur pada waktu itu tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Semoga kita mengambil pengajaran daripada kata2 Ibn al-Qayyim ni

Takziah kepada keluarga Benazir Bhutto atas kematian beliau yang mati ditembak. Al-Fatihah.
Hmm..bila pula ajal aku ni?

Seperti yang disarankan Simah, kaklong pun dapat semangat sikit nak kemas bilik belakang tu perlahan2. Memang tahan nafaslah time masuk bilik tu..sabor ajelah

13 comments:

Bunga Rampai said...

Salam Kak Long,

Dalam kesibukan dan kadang hati terasa lompang, entri ini telah menyegarkan jiwa. Terima kasih.

Memang terkejut dengan berita penembakan Benazir Bhutto. Al-Fatihah.

Dah siap untuk persiapan sekolah anak-anak?

Moga KakLong sekeluarga sihat dan ceria selalu :-)

Kaklong Syikin said...

salam,

BR: sama2. Saling ingat mengingatkan tugas kita sebagai Muslimkan? Kata orang sama2 rebut peluang nak dpt kasih sayangNya.

Persiapan anak2 belum lagilah. Biasanya lewat hehehe. Tapi sempat, insyaAllah.

Tq doakan keharmonian keluarga kaklong selalu

Mak Su said...

tima kasih mengingatkan

NBK466 said...

Mmg betul pasal tidur lepas Asar tuh... den kalau tidur lepas masuk Asar bangun musti sakit kepala if not pun akan jadi MAMAI jap..

Anonymous said...

memang tidur lepas asar tu makruh kalau diamalkan 44 petang boleh jadi sewel..

apapun perlahan lahanlah berkemas bilik tu.. jangan lupa letak perangkap gam

Anonymous said...

al fatihah buat benazir..

dan thanks kak long atas n3 ni...

Kaklong Syikin said...

salam,

nbk: betui tu

zareda: na'udzubillah.jgnlah jd sewel. zar, perangkap gam pun tak jalan.. :(

mamaranggie: sama2 :)

MAMAMIA said...

Dah nak start sekolah ni, nak kena retrain anak2 tidur awal balik..

Kaklong Syikin said...

salam,

mamamia: betui tu

aNIe said...

Salam Kak Long...Terima kasih kerana berkongsi....moga2 cik Ti tak buat sarang kat bilik belakang tu lagik...hehehhe

Dulu kak lady tangkap cikti guna gam Cik Ti aje...sampai abis semua kene....kene letak lebih2 gam tu pada tempat dia lalu menggunakan papan...kadang 1 tin tu dpat 4-5 kali guna aje...sebab kalau yang besar tu dia kuat sikit...

Eddie Putera said...

Blog..
Membazir jika tak di update selalu.

hik hik

maklang said...

maklang sure tak masuk dah bilik tu kalau Cik Ti terperangkap kat situ...gelinya....

Kaklong Syikin said...

salam,

Kak Lady: ala k.lady, cik tu bijakla, taruk gam pun dia boleh tak heran..ni dia duk rajin keluar masuk lagi tau..pening kepala dibuatnya :(.

Bro.Adiejin: hehe..betui tu

Maklang: huhu..mmglah geli, tp nak buat camner, terpaksa buat gaklah. dahlah body cik ti tu besor