Thursday, December 6, 2007

Khatam al-Quran

Bismillahirrahmanirrahiim...

Tahniah kepada Farhan, anak K. Lady yang dah khatam Quran. Grand you...siap berarak masuk dalam dewan. Raca macam majlis konvo. Tak pe, sebagai menghargai anak2 yang dah khatam quran. Depa pun terasa dihargaikan. Ya tak? Kaklong doakan Farhan terus membaca Quran sentiasa. Bekal tambahan kat dalam kubur dan akhirat nantikan.

Itulah, bercakap pasal khatam Quran ni. Berapa ramai daripada kita yang istiqamah terus membaca bila dah tamat buat kali pertama tu? Sebabnya apa, takut ramai yang fikir yang penting dah tamat sekali tu dahlah. Buat apa nak baca lagi. Tolak tepi. Tapi time bermasalah, barulah kelam kabut baca Quran nak tenangkan hati. Seolah2 Quran tu hanya berguna time kita susah, dan time kita senang, kita tolak ia ke tepi.

Sedangkan Al-Quran tu panduan hidup kita. Kalau baca terjemahan Al Quran tu, nampak akan kehebatan dan kekuasaan ALlah, menambahkan keyakinan kita pada Dia. Dalam Al Quran tu ada topik keesaan Dia, sejarah, sains, geografi, hal ehwal rumahtangga, ekonomi, undang-undang, politik, kemasayarakatan dll. Jadi, bila kerap baca Quran tu, hati kita bukan takat sentiasa tenang, tapi ilmu pun bertambah sebenarnya, bahkan ia juga jalan atau petunjuk penyelesaian kepada masalah2 yang kita hadapi.

Sekurang-kurangnya dapat sebaris ayat (kalau malas sangat tu) sehari, dapat gak kita pahalakan. Nak tunggu tua baru nak baca semula, tak patut la pulakkan. Dahlah Dia bagi kita rezeki hari2, boleh makan minum, pancaindera yang lengkap; boleh melihat, menghidu, memegang, merasa. Ada keluarga bahagia. Pangkat kerja berganda. Takkan sebaris ayat pun liat benarkan? Lagi satu, kalau tunggu tua tu, ada jaminan ke kita hidup sampai ke tua? Takut sempat sampai usia tua pun, kita sihat betulkah ketika itu, atau kot2 mata dah tak nampak ke atau dah nyanyuk ke atau kat wad icu ke.

Cuba bayangkan, dalam jutaan manusia kat dunia ni, kita terpilih untuk mempercayai dan menyakini Dia yang menciptakan alam ini. Kena hargailah cahaya iman yang kita dapat tu. Apatah lagi jika iman tu kita warisi. Ada orang kesian, kena mencari hidayah tu. Rajin baca al-Quran (dgn syarat betul tajwidnya), kita juga yang untung. Ia membantu memberatkan timbangan amal kita. Allah tak rugi satu zarah pun kalau kita tak mo beramal, sebab dia MAHA KAYA. Kita aje yang takut nanti kayap di sini dan di alam sana nanti.

Hmm..buat peringatan diri sendiri yang sering lupa diri sebenarnya.

22 comments:

cikdinz said...

yelah kak long.
ada orang nasihat kat saya.
kalau anak remaja bermasalah sbb family dia tak pernah sembahyang dan mengaji quran.
itulah sbbnya..

Puteri Satu said...

betul tu cik dinz..satu lagi orang kata..anak-anak sekarang yang kuat melawan..bercakap kasar...tak hormat orang...kerana tidak didedahkan dengan al-quran...dan keagamaan...satu lagi orang kata...jangan sesekali sumpah seranah depan anak-anak...nanti anak2 pun akan suka sumpah seranah orang...nauzubillah....mintak jauhkan dari tuhan dari hati2 kita ni bersifat marah kat orang sampai menyumpah seranah ni..mintak jauhkan...

Anonymous said...

terus terang saya dh lama tak mengaji...huhuhu...alasan yg spastik i.e. busy jaga anak2...

Mommy Lyna said...

nasihat saya pada yang belum kawen/ ada anak, ngajila byk2, belajarla Quran byk2, dah beranak pinak susah dah nak cari time utk ngaji ngan tenang especially bila anak kecik2.

hehe. wat cam blog sdr plak :P

Kiah Kardashian said...

cakap pasal khatam quran ni mmg grand betul ek sekarang. Siap buat kat hotel pun ada...saya dulu buat pulut kunign ajer. Itupun saya yang makan banyak dari orang lain. Ish ish ish...:P EH kejap tu bukan masa khatam quran. Tu masa abs muqaddam nak naik quran,..hhhehe

Kaklong Syikin said...

salam,

cikdinz: betui tu.tpkan, tak yah tanya bab solat dan mengaji. tanya dulu tau mengucap atau tidak. kalau tak tau, sah2 mak bapak tak pernah ajar benda asas ni.

Puterisatu: betui tu puteri. na'udzubillah. berat tanggungjawab kitakan.

Oren: tak pe, sambil2 buai anak tu, bolehlah baca.

sitilina: hehe..betui tu, anak2 ni pun ujian gak utk kita beribadah lebihkan. tak pe, nak buat macam blog sendiri pun tak pe. akak lagi suka dengar opinion org. pendek kata bertukar2 pendapat.

zakiah: hehee..lawaklah awak ni. ha betuila, zmn akak dulu pun makan pulut kuning. tp ada gak bunga telur pahar tu.

Anonymous said...

Kak long
tengok tak dilema wanita kat RTM1 isnin lepas. Mak bapak kaya tapi tak pernah solat, tak pernah baca Al-quran, tak tutup aurat last last anak dara dia kawin mat saleh main register register gitu jer.. pas tu mulalah sedih mak ayah ni.. bila bapa cakap kat anak 'si bryan tu kena masuk islam kena nikah cara agama kita'

anak dia jawab 'papa tak pernah ajar saya perkara ni, papa tak pernah solat atau hidup cara islam'

Nauzubillah, jangan lah sampai kita jadi cam gitu.. cerita cerita macam ni walaupun hanya drama TV tapi sebenanrnya memang berlaku dalam masyarakat kita..

Kaklong Syikin said...

salam,

Zareda: saya tak tngok. tp mmg realiti ada berlaku begitu. na'udzubillah, sbnrnya ditangan kitalah anak kita tu jadi nasrani atau yahudi. Ni Nabi sendiri dah bagitau.

Mak Su said...

tenkiu

blackpurple @ jowopinter said...

Salam kak long,

Teringat masa majlis berkhatam di Johor masa kecil dulu. Macam pengantin berarak.

Betul kata kak long itu. Peringatan buat diri saya sendiri juga. Baca novel boleh, baca Al-Quran malas.....

Mommy Lyna said...

mcm best plak nak kasik komen lg.

memetik kata blackpurple, baca novel rajin, baca Quran malas...

sy rasa ni terjadi disebabkan kita 'byk pantang' utk baca Quran ni.. jd payahla sesekali nak mengaji.. cthnya, nak baca Quran kene pakai kemas2, tutup aurat cukup sumer (ni mmg), keadaan suci, di tmpt2 tertentu, lepas solat, etc. jarang kita jumpa org baca Quran masa tgh tunggu bas ke, masa tgh tunggu turn kt bank ke, masa tengah rehat2 ke.. sbb kita tak dibiasakan dgn budaya mcm tu. kawan sy pernah pegi Iran dia ckp orang sana dalam bas sambil berdiri pun Quran ada kat tgn (sambil baca la). kalau tempat kita, orang biasa baca buku dalam keadaan mcm tu. maybe kita bole try tuka dgn baca Quran pula :)

lagi pula, kita salu simpan al-Quran kat tempat2 tinggi, utk memuliakannya. sampai nak amik pun kene jengket2, ape lagi budak2, susah nk amik ia. bg saya memuliakan Quran bukan dgn simpan tinggi2 tp dengan membaca & meneliti ia. hehe.

dua kupang je.. :P

zino said...

buat peringatan kita semua..

Qaseh Bidadari said...

terima kasih kak long..kekadang saya pon lupo...

Sastri said...

terima kasih kerana mengingatkan sas, kak long... :D

SitiNur77 said...

Terima kasih kak long mengingatkan.

Selain baca quran ni, elok gak kalau kita belajar tafsir dan bahasa arab. Barulah bermakna skit, ye dak.

Sayalah orang yang tak reti2 tu... Ishhh.. moga sempat faham dan amalkan isi quran. Amin.

aNIe said...

Terima kasih kak long kerana ucap tahniah & penghargaan yang diberi...memang kak lady nak dia meneruskan pengajiannya...biar lancar dan betul tajwidnya.

Minggu depan dah suruh dia berjumpa ustaz untuk kelas selepas khatam...

Mengenai kita orang dewasa ni pulak...memang rasanya lepas khatam aje...macam dah jarang membaca...membacaNya tika perlu...moga dengan ingatan yang diberi oleh Kak Long...akan lebih ramai dari kita akan terus menjadikan AlQuran bacaan wajib...

Bunga Rampai said...

Salam Kaklong,

Terima kasih entri ini.
Peringatan untuk saya juga.

ummi said...

terima kasih atas peringatan. dulu anak2 cukup suka kacau kalau time saya nak mengaji tapi alhamdulillah sekarang dah kurang. kalau saya pegang buku lain, diorang kacau.

cumanya dalam seminggu tu, cukup susah nak cukupkan 7x mengaji. sampaikan suami saya tegur apsal dah lama tak mengaji...

Alinlai said...

teringat masa khatam Quran [untuk kali keberapa ntah....] masa nak nikah ehhhh lari topik plak :)

betul tu syikin, ada orang yang cuma jadikan Al-Quran panduan bila susah... masa senang buat dekkk je, tak bagus sungguh

NBK466 said...

Skg nie saintis non-muslim lagi siap kaji Al-Quran...

Helena said...

thx kerana mengingatkan..... selalu terasa yg kita ni dahulukan hal2 keduniaan kan.....

Syukur, Anastassia pun baru khatam last wednesday..... tapi tak buat n3 lagi sebab belum upload gambar....

Kaklong Syikin said...

salam,

sis helena: tahniah anastassia dah khatam :D. betul, saya pun selalu lebihkan dunia, sedihnya :(

nbk: betui tu

alinlai: betul tu. eh, tak lari topik la :)

ummi: betui tu, nak hari2 mengaji tu mmg ujian betul, entah apa yg sibuk benar tu saya pun tak taulah ngan diri saya ni :(

BR: sama2. saling ingat mengingatkan tugas kitakan :)

K.Lady: sama2 :). ya betul cakap akak tu.

sitiNur: sama2 :). tak pe, slow2 belajar..samalah cam saya gak

mamaranggie & sas: sama2 kasih :)

Bro.Zino: ya..saling ingat mengingatkan kita ya..

sitilina: apa salahnya bagi komen lagi :). sokong apa kata awak tu :)

BP: oh, bestnya ada perarakan nak khatam. nak baca novel boleh, tapi kena double rajin baca quran hehehe.

maksu: sama2 :)