Saturday, February 24, 2007

Virus Kencing Tikus (Leptospirosis)

Salam,

Cerita di bawah ni bukan tentang kaklong tetapi kisah benar seorang pesakit Dato' Dr. Hamid Arshat (Pakar Sakit Puan & Kekeluargaan)

Ceritanya begini: "Tiga tahun lalu ketika pregnant anak sulung, saya berada di semester akhir di Universiti. Ketika kandungan berusia berusia 5 bulan lebih Doktor dapati kelainan pada perut saya dan di refer ke GH di Klang. Setelah di scan didapati hati dan limpa saya membengkak dan Dr suspect hepatitis. Kemudian kerana tak selesa dengan keadaan di hospital itu saya berjumpa Dr Hamid Arshat dan buat pemeriksaan darah. Sebulan selepas itu saya mendapat demam panas selama seminggu dan suatu hari saya merasa sakit dan sukar bernafas. Lalu saya minta untuk ditahan di hospital swasta di Bangsar. Ketika itu kandungan masih baik dan bergerak. Selepas di X-ray saya ditahan di ICU. Keesokan harinya saya merasa begitu sukar bernafas dan anak tidak bergerak lagi dalam perut. Saya merasakan seperti Allah ingin mengambil nyawa dan sempat meminta ampun kepada ayah dan suami yang ada berhampiran.

Doktor terpaksa komakan saya kerana kesukaran bernafas dan saya tidak sedar selama 8 hari. Hari ketiga dimasukkan ke hospital. Dr Hamid dapati kandungan sudah turun dan beliau mengeluarkan bayi secara forcep dan menurut beliau bayi saya masih panas bermakna baru meninggal. Ketika itu kandungan berusia 29 minggu. Saya mengalami pendarahan yang teruk dimana darah keluar melalui salur peranakan, mulut dan hidung. Darah baru terpaksa dimasukkan hingga berpuluh-puluh pain mujur ramai datang derma hingga terlebih.

Doktor tidak tahu virus apa yg menyerang. Pada mulanya suspek denggi dan ada sorang Doktor pula dengan yakin telah memberitahu famili saya bahawa saya mengalami leukimia peringkat teruk dan harap keluarga bersedia untuk pemindahan sum-sum. Kami cukup kecewa dengan sikap doktor tersebut yang memberitahu wlaupun belum pasti dan tanpa memikirkan perasaan keluarga saya ketika itu. Esoknya dia kata bukan pula. Keadaan saya ketika itu memang teruk dan temperature memang tinggi. Ramai pelawat yg menitiskan airmata melihat keadaan saya. Kerana terlalu ramai pelawat saya dipindahkan dari katil yg dipisahkan dengan langsir kepada bilik yg pelawat hanya buleh lihat dari tingkap kaca..suami dan ibu hanya dibenarkan masuk..bilik itu memang mahal (ICU)..kerana Dr tak dapat pastikan kuman itu datang dari mana (mungkin dari pelawat ker)... selepas 8 hari saya sedar dan dapati kandungan sudah tiada...ketika itu temperature demam saya naik semula dengan tinggi.

Saya amat lemah ketika itu dan tak berupaya nak bergerak dan tidak selesa dengan darah-darah kering pada hidung dan dalam mulut. Selepas itu banyak hari juga saya langsung tidak dapat melelapkan mata mungkin terlalu lama tak sedar diri. Walaupun sudah 16 hari di ICU ...punca penyakit masih tidak diketahui...Apabila demam sudah kurang Lalu saya dipindahkan ke wad (ketika itu disuruh duduk pun saya akan terlentuk jatuh) dan masih dikawal rapi. Tiada sebarang pelawat dibenarkan masuk ke bilik saya (kecuali suami dan ibubapa) dan mereka perlu memakai penutup hidung dan mulut (takut saya kena virus dari pelawat).

Saya ditahan lagi selama 10 hari utk dimasukkan antibiotik (ketika itu memang seksa). Akhirnya doktor mengatakan bahawa saya diserang virus Leptospirosis (virus kencing tikus) yang buleh merosakkan hati limpa, buah pinggang dan jika sampai ke otak buleh membawa maut. Ia masuk ke salur darah. Tidak tahu mana saya terkena virus itu.Tapi selepas saya keluar ada beberapa orang yang kena begitu. Ketika itu juga virus itu sedang merebak di Thailand.

Selama hampir sebulan di tahan di hospital saya terpaksa menahan perasaan sedih kerana kehilangan anak. Saya kena kuatkan semangat untuk cepat sembuh dan keluar dari hospital. Suami saya juga selama itu juga dia berumah-tangga di hospital. Saya tak dapat bayangkan perasaan dia dan keluarga. Kami baru saja 10 bulan berkahwin.

Kerana kemasukkan darah baru juga terlantar lama atas katil serta kehilangan berat badan yg banyak menyebabkan saya lemah untuk berjalan. Saya terpaksa belajar berjalan semula dan berusaha agar tidak mengikut perasaan yang sedih. Saya juga terpaksa menangguhkan study ke semester depan.

Bil hospital pun begitu mengejutkan kami dengan bil itu kami hampir boleh memiliki sebuah Proton Waja. Saya tidak melakukan sebarang pembedahan tetapi kerana saya ditempatkan di bilik waktu di ICU dan juga menggunakan alat yg mahal bagi pernafasan. Doktor ada mengesyorkan utk berpindah ke hospital lain ketika itu tapi keluarga saya mengatakan duit boleh diusahakan tapi nyawa.... Doktor Hamid menyifatkan saya seperti mati hidup semula dan menasihatkan agar tunggu setahun utk pregnant semula kerana keadaan saya yang memang teruk...

Doktor2 yang merawat pun sedih melihat diri saya. Dengan takdir Allah selepas hati, limpa saya mengecut ke saiz asal dan darah sudah stabil , lapan bulan selepas itu saya pregnant. Kini anak kedua saya (lelaki) sudah berusia 2 tahun 4 bulan dan amat lasak. Anak sulung saya yang meninggal itu bayi perempuan.

Selepas kejadian itu saya cukup lagi terkena kerana sudah imun dengan virus itu. Dengan itu berjaga-jagalah dengan haiwan itu dan juga kucing (kencing kucing pun bahaya)."


*********************
Moga kita lebih berhati2 dengan tikus terutama yang berkeliaran kat sekitar rumah kita. Pada ibu hamil, pastikan anda tidak mengendalikan /membersihkan sebarang najis tikus demi kesihatan anda dan bayi.

Lagi satu, amat disarankan kalau membeli barang2 makanan dlm tin atau botol dibasuh terlebih dahulu sebelum dibuka. Biasalah, ada sesetengah kedai tu banyak tikus kat dlmnya, tak mustahil depa boleh kencing kat barang2 makanan tu. Pernah sekali kaklong p satu kedai ni, kat area rak diapers punyalah busuk bau hancing tikus sampai kaklong bagitau pekedai tu suruh bersihkan area tu sebab takut virus tikus tu dah ada.









34 comments:

Unknown said...

Ya Allah..takutnya kak kalau kena mcm tu ekk?? Alhamdulillah akhirnya dia selamat juga. Yus memang takut sangat pada tikus, kucing pun yus tak suka.

Anonymous said...

tabah betul syikin.. saya kagum dengan semangat syikin..
at least ur baby is assured in a place in heaven..
saya pun ada baca cerita bahaya tikus..

ni pasal seorang ni pergi ke gudang utk mencari document lama.. kat gudang tu terlampau berdebu..dan mungkin tahi tikur yg dah kering dalam serbuk powder... mamat tu meninggal sehari lepas tu..

tu la diingatkan..mcm botol air atau apa apa botol sos cili etc..etc.. kalau boleh sebelum diguna dibasuh atau at least dicuci.. mana kita tahukan.. mungkin debu tu tahi tikus yg berlingkar kat gudang..

May allah protect us

Kiah Kardashian said...

tak tahu pasal virus tikus ni. Tapi yang kucing tu mmg la. Ada seseorang yang saya kenal 3 kali gugur kandungannya. Pergi ke Dr Hamid dan suspected virus kucing dalam fallopian tube. sebab tuh kandungan susah nak bertahan. Alhamdulillah lepas treatment dapat anak. Now dah 3 dah.

Moga Allah lindungi kita dari perkara macam gini yer

Kaklong Syikin said...

salam,

Yus: itulahkan, sapa sangka najis tikus yg kecil tu boleh meragut nyawa.syukurnya si ibu selamat tp anak itulah meninggal dunia

SImah: alamak simah..u tersilap orang, the lady wasn't me..i just copy n paste her story from Dr. Hamid Arshat's website. My eldest is Husna, she is in std 2 now. :)

Zakiah: ya Allah, kesiannya nasib kawan tu. Betul, moga ALlah lindungi kita drp penyakit2 ni

Azer Mantessa said...

entry yang baik ... hati2 juga ngan saya sebab saypun kucing :-)

syikin mang tabah.

berkenaan ngan perkara2 pelik tu pulak ... syikin pun pelik juga tapi byk kebaikan dalam pelik2 tu

:-)

Kaklong Syikin said...

salam,

bro azer..perempuan tu bukan saya :D..

hehe..pelik saya ni menyusahkan diri gak :D, sbb jadi sakit kepala dibuatnya

Anonymous said...

Kak Long...

Kebetulan saya pun baru seminggu dua nih membaca artikel ni di laman web Dr. Hamid Arshad, bahaya sungguh rupanya tikus ni sampai tahap tu kesan dia kan? kalau kak Long nak baca banyak lagi artikel pasal kesihatan wanita dalam laman web tu...saya ada linkkan laman web tu kat blog saya...

Anonymous said...

oh sampai macam tu sekali ek..pengalaman yang menarik dikongsikan. hamdallah sekarang sudah pulihkan.

Kaklong Syikin said...

salam,

hani..mmg dahsat penangan najis tikuskan. eh sama ke website tu ngan website yg saya letakkan kat entri ni? tak pe, insyaALlah saya p tgk nanti. tq bagitau

akirasuri:salam kenal. tq tinggalkan jejak. hmm, begitulah ujian yg wanita itu terima. yg penting dia dah sihat sekarang, alhamdulillah.

Mama Sarah said...

thanks for sharing kaklong.

Saya bukanlah anti kucing. tapi saya kurang suka dengan orang yang membela kucing tapi malas nak menjaga kebersihan rumah + kucing. seperti artikel tersebut, boleh mendatangkan bahaya.

Ummi said...

salam,

jiran mak ummi meninggal sbb virus ni. 1st dia koma then meninggal. puncanya dia suka makan makanan yg tak tutup. ummi mmg takut dan berhati2 dengan semua jenis binatang.

semalam abah takutkan kitaorg dengan sesumpah. dia tangkap dan dok main2. ummi dengan batrisya lari keluar rumah dan jerit. sampai jiran dua belah rumah pun terkejut. kdg2 dia takutkan kitaorg dengan labah2. ummi boleh pengsan kalau nampak spider.:)

Bunga Rampai said...

Salam,

Terima kasih berkongsi maklumat. Amat berfaedah.

Anonymous said...

besa baca artikel yang sama dlm email setahun dua yang lalu...memang kita patut berhati2, esp bila beli ayaq tin kat kedai..dah tu jenis minum straight dari tin tanpa menggunakan straw (cam saya)..bahaya..

anyway, thanks for sharing this...

Kaklong Syikin said...

salam,

MamaSarah: sama2. Betul tu, nak jaga kucing mesti pastikan kebersihan rumah kita terjaga juga. anak2 saya sibuk nak bela kucing, tp saya tak benarkan.takat kucing dtg dan kami beri makan kat luar rumah ok lagi. tp nak membelai2 dan benarkan tidur dlm rumah, tak boleh.

Ummi: innalillahi wa innailaihi raji'un. moga punca kematian tu jadi iktibar buat kita semua. pastika semua makanan n minuman bertutup sentiasakan.

ohh..abah ni kuat menyakat rupanya hihi. err..wlwpun spider kecil tu ke?

ORen: betul tu. mmg kena cuci dulu. sama2.

Anonymous said...

saya cam dah jadik habit.nak pakai apa2 (bekas makanan) mesti basuh dulu.tak kiralah bekas tu baru je dibasuhkan,tapi tetap basuh dulu sebelum pakai.kalu bukak tin susu,basuh dulu tin tu bersih2,buang seme stiker,biar togel.pah2 baru tebuk tin tu.

Anonymous said...

Gerun Am bila dengar cerita ini, pernah dengar juga pasal penyakit ini semasa menonton cerita " Doktor House"

RaFFLeSiA MeRaH said...

takutnyer...kat umah sy pun ader gak kekdg tikus nih...tapi memang x penah simpan barang kat dapur tu, mesti letak dlm peti ais...

kakLuna said...

eiii..takutnya...kat umah ada gak cik siti nih..maklum le tepi bendang

Kaklong Syikin said...

salam,

Mr.Penyubiru: baguslah mcmtu. berjaga2 kata orang.

Am: isteri am tgh pregnantkan, so pstikan dia tak handle najis tikus atau kucing kalau ada kat area rmh Am ya.

RM: ha, mmg kena berjaga2 lebih. terutama kalau terbau hancing kencing dia tu kat mana2 ceruk rumah. kena basuh cepat2. pastu bersihkan diri awak sebersih2nya.

Luna: yg penting, makanan kita tak terdedah. pastikan dia tak kencing or berak dlm rmh kita. kalau ada, cepat2 basuh. nak buat camne kalau area rmh kita mmg ada sarang diakan.

Puteri Satu said...

takut kan....tapi memang penah dengarla pasal bahaya kencing tikus ni..sebab akak kat ofis ni punya anak saudara pun sama...kena sakit buah pinggang sebab kencing tikus ni masa dia study dok umah sewa ngan kengkawan...sian..sampai sekarang masih tak baik2...belajar pun terpaksa berenti..sebab dok kat sepital..

Mummy Rizq said...

ee.... sedihnya kan. Dah 29 minggu kandungan tu!

saya kat rumah memang mempraktikkan untuk membasuh segala tin i.e. minuman, sardin, baked beans.. sebelum membukanya.

hubby memang prihatin bab bab nie...

oldtown~Smell the Roses said...

ngeri baca cerita ni!nampaknya kena lebih hati2!

ILA said...

Salam K.Long:)
hmmmm...mmg pantang dgn Cik T nie..2 mggu lpas dpat tgkap sekor tpi ila x sanggup nak bunuhnya,lpaskan dia balik kat hutan b'dekatan.Selang 2 jam..dia masuk kat umah balik..ishhh..x sedor diri btullll!!!

Kaklong Syikin said...

salam,

Puteri1: mmg menakutkan. siannya kat budak tu, terpaksa duk hospital pulak.moga dia cepat sembuh.amin.

MB: mmg sedih. yelah dah separuh jalan kata orgkan. apapun anak tu dah kat syurga. Alhamdulillah.
samalah kita MB, mmg membasuh dulu barang2 tu sblm dibuka.

Nani: nani jaga diri tau, kalau ada najis tikus /kucing kat luar area rumah tu, suruh suami tolong buang..

Ila: baru 3 hari lepas, kami pun berjaya perangkap tikus yg berkeliaran kat luar rumah akak. mmg buang kat hutan berhampiran. nampaknya tak dtg lagi.

13may said...

huiii...bahaya betoi....

cikdinz said...

mcm kesahorang minum direct dari air tin. boleh mati woo kena kencing tikus..

DeeN said...

ya memang bahaya..amat bahaya. bahayanyaaa . . .

pernah dengar pasal tikus bulan? Itu laaaagii bahaya. Garang nak mampus..

AppleB said...

ngeri la baca. sungguh menakutkan

Kaklong Syikin said...

salam,

13May: mmg bahaya. berhati2..kalau ada isteri nanti, pastikan isteri tak bersihkan najis kucing / tikus ni. awaklah kena tolong :D


cikdinz: betul tu.

nur@ddeen: tikus bulan? tak pernah dengar pun. boleh bawa maut juga ya?

AP: mmg menakutkan. kena hati2 ya.

Helena said...

teringat ceta yg similar, tapi kencing tikus tu terkena tebu2 yang nak dijual.

Kaklong Syikin said...

SALAM,

Sis Helena, tima kasih dtg ke sini dan tinggalkan jejak :D. nampaknya tebu pun kena disimpan ditempat yg tertutup dan tidak dimasuki sebarang binatang.

Kak Teapot said...

cemana plak ada manusia di setengah tempat (biasanya yg bnyk org cina) boleh makan binatang2 kotor cam tikus, anjing, biawak...eeiii, gelinya eden! tak takut penyakit ke dorang tuh sumer?

Unknown said...

cekti neh ade merata2 tempat.. mmg kotor banget

Kaklong Syikin said...

salam,

Kak Honey: itulahkan..saya pun pelik. alamak kembang dah tekak saya sebutt pasal makanan2 pelik ni

Lindosh: ha ah.itu lum lagi tikus2 yg kat pasar2 tu, besor2nya mak datuk.