Thursday, February 1, 2007

Alia cedera















Assalamualaikum,


Kasihan Alia, duk seronok bermain golek2 atas katil dengan kakaknya sebelum tidur (12 mlm lebih), tiba2 dia jatuh ke lantai parkir kat bilik tidur dengan kepala menjunam ke bawah. Dia tak dapat imbangkan badan. Ayahnya yang duk monitor atas katil pun terkejut sbb benda ni sekelip mata aje. Tak sempat nak pegang dia. Masa tu saya kat tingkat bawah tiba2 terdengar benda berdebuk jatuh ke lantai. Hati tu berbisik mesti ada yang jatuh ni. Pecah tangisan Alia tengah malam tu. Cepat2 ayahnya bacakan doa/jampi. Terus dia diam. Bila saya sampai kat bilik, terkejut tengok darah banyak kat area dahi Alia. Masa saya dukung dia, terasa badannya lembik sangat dan pucat sangat mukanya, terutama area bibir dan kelilingnya. Rupanya dahi dia koyak sedikit. Sambil bersiap ke klinik, sempat gak bersihkan darah2 kat keliling luka tu dan pipinya. Air mata saya dah bertakung masa ni, ngan tekak kembang sebab tengok darah pekat tu. Syukur sangat2 dia tak PENGSAN atau MUNTAH2 (bad sign). Huda pun dah menangis sedih sebab dia tengok camner adiknya jatuh dan tengok berdarah2 tu. Husna dan Aiman tidur dah masa ni.

Masa nak buka pintu grill, suami yang dukung Alia masa tu, bagitau saya kemudiannya yang tiba2 Alia cakap, "Ayah, kunci". Leganya suami mendengar. Sebabnya sejak dia jatuh tu sampai nak keluar pintu, dia langsung tak bercakap. Risau gak. Tapi panggil2 dia memang dia responlah.



Di klinik, nurse bersihkan lagi kawasan koyak tu. Syukur ALia tak menangis takut atau sakit. Doktor amik keputusan utk jahitkan lukanya tu. Ayahnya yang pegang Alia, saya tak boleh dah, sebab diri sendiri pun rasa tak stabil ngan tekak loya semacam. Doktor bagi suntikan tetanus dulu sbb Alia belum buat lagi suntikan terakhir (duk tertangguh semacam, asyik on off tak sihat Alia sblm ni). Mungkin takut Alia kena kancing gigi kot, tak pasti pula. Masa suntikan tu, alhamdulillah Alia tak menangis. Doktor puji dia kuat. Pas tu, doktor suntik ubat bius kat tepi kawasan koyak tu, 2 tpt. Pun tak menangis juga. Terkejut doktor tu. Kuatnya, kata dia lagi. Alhamdulillah. Agaknya Alia dah letih sangat campur pening kepala, tu tak larat nak nangis kot. Kemudian, doktor bagi dua jahitan. Aduh..seriau saya tengok benang jahitan tu keluar masuk kat tpt koyak tu. bertambah kembang tekak saya dibuatnya.

Doktor bekalkan ubat demam, supaya terus makan balik nanti. Nanti kena datang lagi lepas 3 hari utk cuci luka. Kami sampai rumah dalam 1 pagi lebih tadi (Khamis). Alhamdulillah, balik tu dia boleh tidur nyenyak sampai ke pagi. Saya masih tak boleh lupa dengan darah yang banyak, badannya lembik longlai masa memangkunya di dalam kereta dlm perjalanan ke klinik. Macam2 saya fikir masa tu. Yelah, hati ibu yang mengandungkan..lain sikit gelisahnya.





Ha, nilah dia budak lasak tu. Sementara menunggu ubat. Nampak kesan darah kat pipinya tu?
Dah sampai rumah, masa atas katil, ayahnya tanya lagi, nak main lagi tak? Menggeleng2 Alia. Hehe.

Pagi ni, dia dah aktif semula...kita yang seriau tengok dia, takut terlanggar mana2 ke.

Doa:

Ok...saya nak share doa/ jampi yang suami duk baca masa Alia menangis sakit, masa nurse dan doktor merawat dia. Paling ketara nampak kesannya, anak akan berhenti menangis cepat, insyaAllah.

"Bismillahi arqiki min kulli dain yu'zhiki wa min kulli shayi nafsin aw 'ainin.
Allahu yashfiki, bismillahi arqiki. "

Dengan nama Allah, aku jampi engkau dari setiap penyakit yang menimpa engkau dan dari setiap kejahatan diri atau mata yang dengki. Semoga Allah menyembuhkan engkau, dengan nama Allah aku jampi engkau.

Makluman: untuk kalimah arqiki, yu'zhiki dan yashfiki - utk perempuan. utk lelaki, tukar kepada arqika, yu'zhika dan yashfika.

Untuk kalimah ' i' tu, dibunyi i - itik.

maaf, saya ni duk godek2 lagi camner nak masukkan bacaan jawi/arab ke dalam blog..tak reti lagi ni. kalau yang tau tu, bolehlah ajar ya.tima kasih.

Hari ni cuti umum. Sapa yang duduk area Batu Caves ni taulah sesaknya camner. Sejak awal pagi rabu mula jem, hari ni lagilah, esok hingga Ahad pun masih ramai lagi rasanya. Duduk rumah ajelah jawabnya.


update:

Terima kasih banyak pada Mama Sarah bertanyakan sumber doa ni. Doa ini daripada hadith yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Muslim, Tarmizi dan Ibn Majah. Malaikat Jibrail menggunakan doa ini sewaktu merawat Rasulullah dahulu.




32 comments:

arianna adrizal said...

salam kak long..
maaf lambat sikit balas kunjungan. :)
olohh.. kesiannya Alia. budak2 bila da jadi mcmtu, emak2 la yang tak lena tido. semoga Alia cepat sembuh :D

simah said...

alhamdulillah .. mesti semua panik masa tu..

kiss alia for me.. n the akak tu.. mesti dia pun takut bila tengokd arah alia masa tu..

hugs n kisses to the kids.. terima kasih sebab syikin share doa tu.. saya akan cuba hafal..

by the way.. saya dah upload sekali lagi gambar yg awak tak leh tengok tu.. tapi kali ni saya upload dari resource yg orginal..

get well soon alia.. lepas baik boleh bergomol dengan akak lagi (hopefully tak jatuh la kali nih :0)

Kaklong said...

salam,

Arianna: tq dtg jengah sini :D.mmg jadi serba tak kena arianna, lebih2 lagi masa lum sampai klinik tu memandangkan badan dia lembik sangat masa tu.amin.tq mendoakan dia :D

Simah:mmg terkejut dan panik gak.
huda mmg nampak pucat gak muka dia, sesekali air mata dia mengalir.sebak tgk dia nangis tu. insyaAllah, saya hug n kisses them. sama2, mmg nak kongsi doa tu, at least buat anak cepat diamkan.insyaAllah.alia dah mula aktif, alhamdulillah. yg penting dia tak demam.risau kalau dia demam tu.

tq so much simah, sian plak kat awak terpaksa buat banyak kerja :D.

yus said...

alhamdulillah semua dah ok. Kalau saya pun mesti panik giler...tak keruan jadinya. Macam akak gak, kalau nampak anak berdarah sikit, dah rasa semacam. Kuatnya Alia tak nangis pun masa doktor suntik semua tu yer. Kalau Alia yus mau satu klinik tu dgr suara dia, baru jatuh sikit tak apa2 pun dah melalak sakan.

Moga Alia cepat sembuh, jgn nakal2 sangat yer..dgr cakap ummi tu.

p/s: kak..thanks share doa tu

kakLuna said...

kakSyikin..

syukran jazilla for the call and the du'a..

chewah..speakang pulak saya ni..

maklumlah..Luna World <-- akak yang cakap kan?kan?kan? hehehe

kaklong said...

salam,

yus: mmg tak keruan kejap tu. tp dlm kepala ingat klinik klinik aje. itulah, akak rasa doa tu banyak membantu. sbb suami akak bagi tau, masa alia nangis kuat sebaik dia jatuh tu, suami akak terus baca doa tu tak henti kat kepalanya..lepas tu dia diam. masa nurse start bersihkan luka pun suami akak kumat kamit baca gak. alhamdulillahlah.

simpan ya doa tu. insyaAllah banyak membantu. cubalah utk alia yus kalau2 dia terjatuh.

luna: hehe..tak pe, nak kenal luna world ni :D. ahh..teman rindu nak cakap peghak heheh.

Mama Sarah said...

Ampun Syikin, lama betul tak jenguk sini. Bnyk entry tertinggal. 2-3 hari ni sibuk, tambah lagi bila click ke beberapa blogs, dia keluar 'error etc...' Hari ni masih ada problem, kena cuba 3-4 kali baru keluar site tu.

syukur Alia dah dapat treatment. Ngeri juga tengok lukanya sebelum dijahit.

Dari mana sumber doa yang Suami Kaklong bacakan tu?

kaklong said...

salam,

mama sarah, ALlah..nak minta ampun kenapa pulak? :D. ni dah datangkan..alhamdulillah :D. tp mmg lately ni ada something wronglah ngan blogger.com yg saya perasan. saya pun pernah kena gak.

mmg ngeri, sbb ia koyak lebar bukan panjang..

nanti saya tanya suami saya ya..baguslah Mama very concern ttg sumber ilmu ni :D.

D said...

kaklong, semalam dah tinggalkan komen tapi tak de plak kluar...tension!
Alhamdulillah Alia ok. Tu baru powerpuff, cuba kalau power rangers??

Bunga Rampai said...

Salam,

Aduii mak, ...terkejut sungguh tengok luka tu! Saya pun tak boleh tengok darah banyak-banyak, pening!Alhamdulillah Alia ok.

Tepat sungguh Syikin bagi nama powerpuff :) Tapi, lebih baik aktif daripada pasifkan?

Terima kasih sudi kongsi doa/jampi tu :)

Titicaca said...

kesian alia..takot tengok luka dia tu..macam dalam sangat..
apapon kudos to her..tak nangis kena cucuk..hahaha...cayalah..

RaFFLeSiA MeRaH said...

alahaiii ciaannnyer diaaa...muka pun monyok jer yerk, kalo tak dialah org nyerr...hehehehe, syukurlah x der ape2 jadi...sy pun x leh la dengar doktor jahit kat kulit kita, belum tgk lagi tu, baru duk bayangkan pun sy dah seriau kak...sian kepala dia yer kak, petua nak ilangkan parut, amik lendir lidah buaya tu kak, elok tuuu...langsung x der kesan tu nanti...

Syikin said...

salam semua,

d: mmg tension d kalau tinggalkan komen tak keluor :(. dah besor tu, agaknya dia naik pangkat jadi power rangerslah or totally spies or known as muslimah totally spies :D

BR:Betul, lebih baik aktif drp pasif.tp aktifnya tu jgn jadi hyperaktif..tak larat mak huhu

ttg doa tu, sama2.

TC:mmg ke dalam sikit.lukanya tak panjang tp lebar. darah tu bertakung jadinya.
bab tak nangis tu, kami pun terkjut.alhamdulillahlah, kalau tak satu hal nak kena pujuk.

RM: masa ni akak tgh bersiap nak ke klinik. risau sangat masa tu, sbb muka dia pucat sangat2. dlm gambar tak berapa jelas. tq ya bagi petua tu :D

Pisces said...

kesian nyer alia.. ish.. dengar jahit masa kita sedar tue, mcm ngeri jerk..

moga alia cepat sembuh..

oren said...

alahai..kesian kat Alia..

and thanks for sharing the doa..kak, nak mintak email add...

ILA said...

Salam K.Long!!
kalaulah Alia d hadapan saya.sudah pastinya sya akan kasi tau" Hai Alia...auntie notice Alia budak yg kuat.Dulu Abg Syamil pun dah pernah kna 5 jahitan..atas mata lagi.Smpai skrang nmpak ksannya..so auntie just tellg him..Tuhan nak uji samada Syamil anak yg kuat @ tak.bgitu juga kat Alia..so b careful next time.wokey:)"
hehehe..jgn lupa sampaikan dialog ini kat Alia.utk K.Long..sabarlah hadapi sgala ujian.Ila paling risau ttg 10 tahun akan dtg..takut zaman & perubahan akan mnukar sgalanya.

Syikin said...

salam,

pisces: tq atas concern n doa ya

oren, tq for concern n doa. ok, boleh email : widaad98@yahoo.com

Ila: lagi kesian kes anak ila tu. InsyaAllah, saya sampaikan. yap betul, kita ni sbg parent kena betul2 didik anak2, kenal sapa kawannya, doa banyak2..

marlinabaharom said...

laa.. kesiannya dia! Saya pun cukup gerun kalau jadi apa apa kat rizq...

blackpurple said...

Ala..ala....kesiannya. Nampak macam dalam lukanya tu.

Semoga Alia cepat sembuh.

maklang said...

maklang kalau anak2 kena macam tu, rasanya termasuk ke dalam perut tu, dan ada rasa nak terber@k dan macam2 lagi.

harap2 Alia dah sihat macam biasa...

Honey MJ said...

alahai siannyer. sib baik tak gegar otak ke apa ke. kira berani gak alia ni ek? sikit pun tak nangis kena jahit - sbb tak sakit atau sbb takut kena marah...ahaks!

mama sarah said...

Thanks Kaklong, May be orang lain dah tahu sumbernya. Saya je tak tahu. SAya ingat kalau tahu sumbernya, boleh cari arabnya.

(Contohnya qi = qaf ya (?)
da = dal alif (?)
in yu'zhiki = kalau nun mati berjumpa ya, nanti =iy yu'zhiki (?)
etc.. etc..

Salah sendiri lah ni. Tak belajar bahasa arab. :(

Syikin said...

salam,

MB: insyaAllah, rizq tak kena camtu :D

BP:tq doakan dia. :D. luka dia tak berapa dalam, tp kalau baring tu, nampaklah darah bertakung.

Maklang: tq doakan dia :D

KakHoney: alia kena bius, alhamdulillahlah dia tak menangis, masa kena suntik bius tu pun dia tak menangis.
mintak dijauhkanlah otak dia bergegar. na'udzubillah.

MamaSarah: jangan rasa rendah diri ya. saya pun baru tahu. My husband tolong surf internet, sbb kitab arab tu kami tak ingat letak mana.nanti bolehlah belajar b.arab, usia bukan penghalangkan.

betul, qi = qaf

dain yu'zhiki : dal alif hamzah (hamzah ni dibaca baris dua bawah).

dain tu satu pktn sbnrnya. sori, nanti saya betulkan balik ejaan.

yu'zhiki = ya waw hamzah zal kaf ya

Ajzie said...

Saya tak tension kalau komen tak keluar...tetapi saya rasa kesian pula dengan beta blogger nih.. coz semlm rasanya ada keluar tp hari ini hilang..Beta blogger nih masih tak stable rasanya..masih lapar ..tuh yg makan komen2 orang2..

Anyway moga anak Syikin cepat sembuh..

lindosh said...

testing testing.. td dah komen tapi ilang.. dia tanak kluar plak.. adeh laa.. btw smoga alia cepat sembuhh.. sian diaa

Syikin said...

salam,

Kak Ajzie: hehee..tersengih saya baca.entahlah kak, kalau tengok, depa kata dah tak de beta dah, dah ok dah. tp mcm nilah jadi, mcm akak kata depa makan komen orang huhuh.

tq mendoakan dia. Alhamdulillah, dia ok siap dah loncat2 balik atas katil!!! huhu..kena selalu ingatkann dia peristiwa berdarah tu :)


Lindosh: salam, tq lin doakan dia. dah ok dah, start pagi khamis tu dah. aktif dah ni..

Inqilaab said...

sib baik main sendiri... adik saya terkena libasan raket ayah. sejak tu ayah tak bawak dah anak-anak gi main badminton kecuali yang reti duduk diam.

cedera untuk jadikan alia lebih berhati-hati.. takpe, pasni alia akan terus aktif.. amin.

Sastri said...

isk isk... semoga Alia cepat sembuh... mesti terkejut pada mulanya kan?

KAMATO said...

semoga kejadian itu mengajar ia lebih matang

Zakiah said...

saya kalau rayyan kena amik darah buat blood test pun saya dah melelh ini kan pulak accident macam alia. Mau saya pulak yang pengsan.

Hopefully dah okay alia. Kalau dah loncat loncat tu dah kira senang hati sket la mak dia.

Kak Lady said...

Kesian alia....moga dia cepat sembuh...kita sebagai ibu kalau anak2 jadi camtu...memang kelamkabut dibuatnya...

Kalau kak ladylah...bila tgk banyak darah...silap2 kak lady yang pengsan...heheheh

Kaklong said...

salam,

Inqilaab: Allah, lagi kesian adik Inqilaab tu.
Dia dah start loncat2 balik atas katil tu, bila tanya dia nak jatuh katil tak? baru dia diam, agaknya teringat balik masa jatuh ari tuh :D. Amin..dia aktif balik dah ni.

Sastri: amin. Siang tu dia dah mula aktif. Mmg dia terkejut, diam sangat2 dlm tempoh sejam dua..pas tu, ok dah.

Bro. Kamato: harapnya begitulah.

Zakiah: masa tu mmg tekak akak kembang semacam dah. mmg senang hati tgk dia dah mula aktif, tp seriau takut kena lagi huhuhu

Kak Lady: tu sebab masa anak kena rawat kat klinik tu, suami yg pegang anak, saya kat bilik sebelah dah start uwek uwek semacam, kembang tekak tgk darah, dia kena suntik dan kena jahit..