Thursday, February 22, 2007

Perangai Pelik (Weird)

Salam,

Saya kena tag ngan KC !!! Simah baru bagitau saya yang saya ni beruntung sbb tak aktif blogging buat masa ni tak de la nak kena tag..tup2 baru buat satu entri, KC pulak tag saya. Bila saya fikir balik, tahun lepas sbnrnya saya dah kena tag pasal benda ni, so, saya p check kat blog lama, sungguh bagai diduga. Jadi, saya copy paste baliklah letak kat sini. Tp yang dulu tu kena letak 7 weird habits..tak pelah, yg satu ni kira extralah.

1.kalau baca novel baru, mesti nak tau ending dulu

sebab: tak kisah sad or happy ending, saya nak tau cara penyampaian penulis tu, kalau olahbahasa dia menarik, ayatnya cathcy, saya akan tertarik utk membacanya drp awal selepas itu.Kalau sebaliknya, bye2 ajelah. Kekadang tu, saya suka selak tengah2..sana sikit, sini sikit, then i can jump into conclusion yg novel tu menarik. hehehe. Sapa yg tau stail saya ni selalu cakap, tak bestlah tau ending dulu. Nak wat camner, dah itu stail saya ;D

2.kalau marah kat seseorg, suka luahkan marah tu kat dinding

sebab: saya blh luahkan sepuas hati pada dinding tu. saya imaginekan muka org yg saya marah tu, dan saya akan cakap dan cakap dan cakap sampai puas hati. siap keluar air mata sekali jika ia babitkan emosi sedih saya. Tu sebab saya senang memaafkan, tapi too hard to forget. Biasanya, next time saya akan slow talk ngan org yg saya marah tu, bagi reason kemarahan saya. Masa tu tak de nak marah2 dah, sebab dinding dah jadi tong sampah saya. :).
Tapi, anak2 saya blh luahkan marah berdepan..itu pelik gak. Yg saya luahkan kat dinding ni kalau saya marah ngan someone lebih tua, dan seusia saya.heheh. agaknyalah, kalau dinding tu boleh bercakap, mesti dia kata, napelah aku jer yg kena . siap menangis2 lagi tu. huhuhu. Ikutkan nasihat pakar, menulis adalah salah satu terapi utk meluahkan marah kita, tapi bagi saya lambat....baik bercakap terus. Cumanya kekadang tu cakap perlahan2 terkeluar gak kuat2.

3.suka cakap sorang2

Habit ni sejak saya sekolah rendah lagi. Kalau terlintas satu2 perkara di benak kepala saya, mesti tak sedar ia terkeluar melalui percakapan. Lagi satu, saya suka straight to the point bila ada urusan rasmi, jd tak tercangak2 nak fikirkan apa yg nak dicakap masa jumpa org tu. kekadang tu, sehari sebelum jumpa tu dah siap fikirkan apa yg nak diutarakan. Dah ada anak2 ni, kekadang depa terdengar saya bercakap sorang2, suka bertanya, ummi cakap ngan siapa? ;). Ummi cakap sorang2. Itulah kalau tak leh nak elak drp terkeluar kuat2 cakap tuh.

4. saya tak boleh dengar kanak2 bermasalah

sebab: saya pun tak tau kenapa. Biasanya kanak2 ni mangsa dera, mangsa perang, mangsa kemiskinan, mangsa perceraian dan mangsa penyakit berat. Saya boleh menangis penuh emosi sampai keluar suara tgk kanak2 macam ni dlm tv. Saya boleh fikir nasib budak tu berhari2, tu pasal saya tak leh tgk "Bersamamu" tv 3 tu. Anak2 pun dah faham, sampaikan Husna cakap ngan Aiman, Jgn bukak Bersamamu, nanti ummi menangis.

Pernah saya jumpa sorang kakak ni di mahk. syariah semasa menemankan kawan, sorang peguam syarie berurusan.saya tgk kakak ni mcm buntu...nak menangis tu, nampak takde air mata dah. kita ni gatal mulut, p tanya nape, dia citer, suami dia bawak lari anak2 termasuk yg masih menyusu badan dan tak makan makanan lain selain drp susu badan, dan baby tu mmg tak rapat ngan ayahnya, dan baby tu masih pakai diaper. sedih tu sbb suami tu bawak lari anak2 ngan cara pukau isteri dia. Bab baby tu yg saya tak tahan, sbb saya ni ibu, tau camner rasanya bonding ibu ngan anak lebih2 lagi anak tu menyusu badan. Start malam tu sampai 3 malam berturut2 saya menangis malam kenangkan anak tu mencari susu ibu dia. Paling teruk malam pertama tulah, sampai sakit kepala saya menangis.Hehe, tu sebab saya tak jadi peguam syarie, sbb saya tak blh kenangkan masalah anak2 ni, terutama berkaitan custody. Saya takut saya emosi lebih. nanti glemer orang kata saya peguam syarie air mata. sampai hari ni saya masih ingat, doa saya, kakak tu dpt bersama anak2nya semula.

Satu hari, saya ikut suami pg hadiri kenduri kesyukuran sbb kawan dia bukak rmh anak2 yatim lelaki persendirian. dalam ramai2 anak yatim tu, ada sorang budak tu, menangis perlahan, air mata laju tak berhenti, sambil tu dia sebut "umi...umi...umi", hati saya dah mula tak keruan. syahdu dengar dia menyebut tu, mcm rindu sangat. isteri kawan tu bagitau, parent dia ada lagi.tapi mak dia terpaksa antar sbb tak de duit nak masukkan anak sekolah, nak bagi pendidikan percumalah ni (rmh anak yatim ni sediakan pembelajaran percuma, even budak2 ni duduk pun free jer.). Bapak budak ni? sibuk ber girl friend lain nak kawin lagi satu, tanggungjawab kat rmh dia abaikan. Bila tau citer pasal budak ni, kat situ gak air mata mengalir. tak leh tahan dah. rindu kat ummi dia rupanya, dia tak mo ke situ sebab nak tolong jaga ummi n adik2 dia (Nak marah ni, bapak tak fikir nak jaga keluarga, tapi anak sulung kecik, baru sekolah rendah,blh fikir camner nak tolong mak n adik2). Malam tu, mcm biasa, teringat jer budak ni saya menangis. ayoo..teruk jadi mcm saya ni

5. saya fikirkan masalah orang sampai sakit kepala

sebab: saya pun tak tau. saya ni jenis emosi dan mudah keluar air mata, jd bila ada org mengadu masalah pada saya terutama masalah keluarga, saya akan fikir sama masalah orang tu. risau dia blh handle or idak masalah dia terutama jika org tu rapat ngan saya tak kira kawan atau sedara. Saya blh fikir berhari2 even berbulan masalah dia tu.Kekadang saya suka sumbangkan buah fikiran supaya blh settle masalah tu ngan cara baik.Tapi, menghasut tu saya jauhkan. na'uzubillah.suruh org tu fikir mana baik n buruk utk masa depan masalah dia tu. Suami saya sampai pernah tercakap kat saya, Nor jadi consultant lah..hehehe. Bila dia dpt selesaikan masalah dia dengan baik, saya antara yg paling gembira, begitu juga sebaliknya. Tapi, kalau org tengok air muka saya, depa takkan percaya yg saya ni mudah merebeh, ahaks.

6.kalau berjalan menaiki kenderaan, saya suka tengok awan

sebab: awan tu macam2 ukirannya kan..kekadang tu nampak rupa mcm haiwan, or gumpalan2 yg menarik hatilah. Dan ada rahsia besar di sebalik awan tu, pada sayalah. Rahsia Allah. Paling suka tengok awan di waktu senja terutama di kawasan luas mcm pantai..subhanallah..cantik sangat ngan calitan merah sana sini,campur oren kekuningan. itu baru kat duniakan Allah touch up sikit2 cantiknya, kita dah rasa impressed sangat, camner rupa syurga yg kata Nabi cantiknya tak tergambar dek mata. Lagi satu, saya rasa tenang melihat awan.

7. saya cepat bosan

sebab: tak taulah. Syukur saya tak pernah bosan ngan SUAMI saya!!!itulah perkara utama yg saya risau bila nak kawin dulu, camner kalau tiba2 bosan ngan laki aku..huhu.na'uzubillah.
Saya kalau buat sesuatu kerja tu, terutama menjahit cross stitch, mudah bosan ngan penggunaan warna benang yang sama jer. jgn tak tau, saya wat cross stitch masjid shah Alam yg cantik tu, sejak tahun 89, sampai 2007 ni tak pernah siap, tinggal awan putihnya aje. Sebabnya saya bosan mengadap awan putihnya yg terlalu besar, sudah pasti hanya mengadap benang warna putih tu jer. terukkan. That's why, keje rmhtangga ni saya tak fix kan tiap2 pagi mesti sapu dulu hari2 or masak terus lepas anak2 p sekolah..saya takut bosan, saya suka tukar waktu bekerja tu. org nampak saya tak berdisiplin, tak perlah. tapi saya nak elak kebosanan melanda.

ok..syaratnya saya kena tag 6 orang pulak ni, sapa ya...oklah;

Rules: People who are tagged should write a blog post of 6 weird things about them as well as state this rule clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. Don't forget to leave a comment that says 'you are tagged' in their comments and tell them to read your blog.

1. HaniSumayyah
2. Disham
3. Apple Pie
4. Prof. MKI
5. Kopi Suam
6. Nik Ha

Update: Ouch..Nik Ha dah buat dah rupanya. So kaklong nak tag Siti Nur lah..acikan?

27 comments:

KAMATO said...

yang penting tak bosan dengan suami...

Zakiah said...

samer la kita part cakap sengsorang tuh. heheheh.

Sedih pulak dengar citer pasal baby yang kena amik dengan bapak dier tuh. Silap silap saya yang nangis nih

D said...

adoi, orang suruh buat 6, dia letak 7. tak pe, bagusla tu. biar lebih, jangan kureng! kak long ni heavy thinker la... take it easy, babe!

Kaklong said...

salam,

Bro. Kamato: betui tu hihi.

Zakiah: payah nak buang habit tukan hikhikhik. mmg sedih zakiah, kalau zakiah jumpa mak budak tu sendiri lagilah..

d: itulah namanya rajin tak bertempat huhu. itulah d, tgh belajar tak mo jadi heavy thinker ni.

NZNM said...

Akak,saya dah buat dah dulu. Kira yg tu la deh ;)

http://niznim.blogspot.com/2006_04_01_archive.html

Bunga Rampai said...

Salam,

Eh eh Kak Long, singkatnya cuti blogging ;)

Hehehe, kena tag lagi??

kc said...

thank u kaklong. memang kak long ni sporting. tak sangka kak long ni sensitip orangnya. cheq pun tak suka tengok budak kena dera apatah kena bunuh ngan mak bapak sendiri.

kisah 4 tu mmg kesian lah. sampai hati si suami tu wat camtu kat isteri dia. dahlah dia buat affair ngan pompuan lain pastu curik anak tgh menyusu badan, pada cheq lah org laki camni tak usah dibuat SUAMI. elok dipanggil JANTAN aje!!

Kaklong said...

salam,

NikHa: ha..dah buat tak pelah :D

BR: mmg singkat pun hihi..slowly warming up balik drp kemalasan. itulah, jawablah juga org dah tag kita :D

KC: sama2. ala copy paste aje drp entri lepas hihi.kalau tak jenuh jugak nak perah otak.
sensitif? betui tu. tp org tengok air muka saya, tak delah nampak ciri2 mudah sensitip hihi.sbb muka garang.

nak buat camner KC, kalau kesedaran tanggungjawab sbg ketua keluarga tak de.

RaFFLeSiA MeRaH said...

sy pun cepat bosan kak kalo jahit menjahit ni...kalo baju sy kurang la bosannyer, kalo jahit baju org, sekali wat lengan, sekali cantum badan, sekali jahit pesak...heheheh, last2 sebulan baru siap...dah lame dah x menjahit pun...

Mr PenyuBiru said...

hehe..agaknya musim mengeTAG kot.ramai sungguh org kena TAG.but it's fun!

Kaklong said...

salam,

RM: untung gak baju tu siap RM hehe. err..baju nikah nanti jahit sendiri atau tempah?

Mr penyubiru: itulah..bila sorang mula, dia start mengTag org..pastu org yg diTag tu mengTag orang lain..jadi melarat2lah ia. mmg menarik :D

kakLuna said...

akak ni lahir bulan 6 ke..
hehe..napa saya tanya?

sebab dari 1-6 (kecuali ckp dgn dinding)..totally sama cam saya!

especially bab jd consultant dan cepat bosan (mujur je tak bosan dgn suami,sama cam akak, masa sy mula2 nk terima dia tu dulu,risau jugak,hehe..)

NBK466 said...

Untung org yg sokmo kena tag nie.. cuma POTONG & TAMPAL jerk... den jugak kat siap2 lagi setelah berkali2 kena TAG...hu..hu..hu..

Kaklong said...

salam,

KakLuna: akak baru aje sambut besday 10 Feb lalu hihi. seronok pulak tau ada org yg banyak persamaan kita ya :D.

NbK: ha..copeklah siap an tag tu. buleh den tau apo yg polek eii perangai nbk ni :D

lindosh said...

no 2 tu besh.. ekeke kesian dinding jadik mangsa

Anonymous said...

Kelakarlah part cakap ngan dinding tu...lagi satu hal kanak-kanak/baby kan tak taulah nak cakap camana saya pun sejak jadik ibu kalau saya tengok anak2 kecik yang sakit dan-dan tu jugak meleleh jer air mata nih...tinggalkan anak kat sekolah pun saya dah sedih dah...

Mama Sarah said...

marah depan dinding- hehe memang tak pernah saya dengar dan lihat! pelik tu!

ummibatrisya said...

salam,

kalau dinding ader telinga, jenuh dia tutup telinga dengar syikin marah.:)betul2 pelik ni ummi tak penah dengar lagi.

13may said...

Salam K.Long,
Marah dinding takpa...jgn conteng dinding...nanti jenuh plak kena cuci atau cat dinding tu balik...hehehehhe..

Kaklong said...

salam,

Lindosh: hihi..itulah, mau nipis dinding tu.

Hani, MamaSarah & UmmiBatrisya: eh..betul tau, marah dinding tu satu terapi. hikhikhiik. cubalah buat, berkesan tau mengurangkan / menghilangkan marah kita pd org tersebut. kiranya, bila kita jumpa org tu semula, kita boleh luahkan semula rasa tak puas hati tu ngan cara yg lebih baik tak de marah2 hihi. terutama ngan cik abe kita ahhaa.

13May: salam. Ha...betui tu. Mmg jenuhlah jawabnya. huhuhu

Inqilaab said...

hati-hati kak! dinding kadang-kadang ada telinga. hehehe~ menakutkan orang jer...

Sastri said...

bab suka ckp sorang2 tu, err... Blackie selalu kata Sas suka ckp sorang2... geremeng... :D

blackpurple said...

Wah. Panjang lebar...he he he..

Macam saya komen tag orang lain juga. Saya akan kata, pelik bagi kita mungkin biasa bagi orang lain. Pelik bagi orang lain mungkin biasa bagi kita.

simah said...

heheh memang syikin masuk blog balik at the perfect timing utk kena tag.. :0)

so sorry la tak balas lagi email awak..tengah kena virus malas..

ni kira syikin boleh jadi ratu memangis la yea? syikin ada carry tissue ataupun handkerchif tak selalu next to u? kot kot la termemnagis kat mana mana :0)

Kaklong said...

salam,

Inqilaab: yelah, akak berhati2 ..hikhikhik

Sastri: genglah kita :D. tp akak cakap sorang2 time tak de org :), kecuali akak tak sedar org ada hihi

BP: yap..betui tu :D

SImah: itulah, masin mulut awak hikhikhik. ok tak pe, bila rajin, balas lah..

ratu menangis? tak molah jadi camtu :D, tu saya avoid tgk citer2 sedih. ha..bawa tisu tu jrg sekali kira nasiblah termenangis kat mana2,:D.

SitiNur said...

Kak Long,

Nak tergelak bila kena tag. Nak bagitau ni... Kak Long terlambat skit aaa! Saya dah kena tag dengan Prof Hj MKI la... Camno?

cikdinz said...

tag lebih satu plaks....