Monday, February 26, 2007

Jenayah dalam Masyarakat

Assalamualaikum,

1. Cikgu ketuk kepala murid

Astaghfirullah.. itu yang terkeluar daripada mulut kaklong bila menonton laporan berita utama tv3 sebentar tadi (26 Feb) berkenaan cikgu perempuan menggunakan tumit kasutnya utk mengetuk kepala 3 anak muridnya (darjah 4) gara2 tertinggal buku mata pelajaran B.I. Apa ke halnya cikgu ni sampai begitu sekali buat kepala anak orang? Seriau k.long tengok kecederaan kepala budak2 tu. Bayangan tpt kena ketuk tu hilang rambut sedikit. KEJAM SUNGGUH. Nasib baik bukan anak k.long yang jadi mangsa. Kalau tidak, sekurang2nya cikgu tu makan penampar k.long. Oh..sabar kaklong sabar...Maaflah emosi seketika.

Takkan semata2 tertinggal buku sampai begitu sekali menghukum anak murid? kalau pun budak2 tu sering tertinggal buku mata pelajaran mereka. Takkan seteruk itu hukumannya?Tidak bolehkah bersikap lebih kreatif seperti menyuruh budak2 tu berkongsi buku dngn rakan sekelas yang lain? Atau sekurang2nya denda berdiri sebentar ke, tidaklah sampai mencederakan mereka. Kalau anak k.long kena denda berdiri atau buat kerja amal kat sekolah disebabkan tertinggal buku, k.long tak kisah, tapi janganlah mencederakan begitu sekali.

K.Long terfikir, cikgu ni ada masalah peribadi agaknya yang terbawa2 hingga ke sekolah dan kebetulan anak2 murid membuat kesalahan, makanya merekalah menjadi mangsa dia melepaskan geram.

Apapun, perbuatan ini menambahkan calar nama institusi perguruan di negara kita. Tak tau mana nak letak muka ni bila akhbar2 inggeris dan Melayu menyiarkan berita ini, sudah tentu warga asing membacanya dan mungkin mereka terfikir "ah..betapa brutalnya cikgu sekolah negara ini". Biasalah, kerana nila setitik, habis susu sebelanga. Kasihan guru2 lain yang ikhlas berdedikasi menjalankan tugas mereka sebagai pendidik terpalit sama. Malu tak terkata. Nampak gaya, bukan takat pelajar2 aje kena ada guru kaunseling, guru2 pun patut mendapat khidmat kaunseling jika mereka bermasalah kalau tidak naya kat budak2.


2. Buang bayi


Gambar: copy paste drp Berita Harian Online

Laporan Berita Harian : "Seorang bayi lelaki dipercayai baru beberapa jam dilahirkan, ditemui dengan mulut berpelekat plastik dalam beg pakaian atas rak kasut sebuah rumah, di Kampung Sungai Cincin, Gombak, di sini, semalam.

Berita lanjut:

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Nasional/20070227075150/Article/

Kaklong terfikir, adakah perlu kita menubuhkan satu pusat bayi khas di setiap kawasan atau daerah supaya mana2 bayi yg baru lahir dan tidak dikehendaki diserahkan di pusat2 ini sebagai salah satu cara untuk elak kes buang bayi merata2 terutama yang masih hidup tu? Tetapi, jika ini berlaku, takut pula menjadi penyumbang kepada satu bentuk pemikiran baru di kalangan masyarakat terutama mrk yang suka mengamalkan hubungan bebas ni "alah, tak mengapa berzina, nanti mengandung, biarlah, dah selamat lahir nanti, pass aje baby ni kat pusat khas tu"..

Tapi itulah, kalaulah hukuman undang2 tu lebih ketat lagi mcm yang Allah perintahkan dalam Quran tu, pasti perzinaan takkan berlaku sewenang2nya dan sudah pasti masalah yang muncul akibat perzinaan ini iaitu kelahiran bayi luar nikah sukar untuk berlaku. Tapi nak buat camnerkan, orang tak yakin dengan hukum Allah...sendiri mau ingatlahkan, siapkan ajelah jawapannya kat akhirat nanti bila ditanya ALlah nanti. Cumanya, masa tu sendiri tanggunglah, tak dapat nak pasang lawyer lagilah. Oh, maaf sekali lagi, terlebih emosi ari ni. Susah hati dengan masalah masyarakat yang makin kronik ni. Wahai pemerintah negaraku..apa nak jadi dengan negara kita ini?

3. Ragging

Ni lagi satu masalah. Ragging. Apahalnya ngan pelatih2 pegawai kadet senior Kolej Tentera Udara (KTU) Kepala Batas mendera sorang pelatih kolej berkenaan termasuk disepak dan dipaksa dipaksa minum air kencing dan berkumur menggunakan air bercampur najis seperti kejadian di Penjara Abu Ghraib, Iraq ? Dan memasukkan seorang pelatih lain dalam tong sampah sehingga paras pinggang, dipaksa menjilat sesuatu atas tanah, selain dipukul serta ditendang di kepala dan badan.

Kan memalukan Tentera Udara Malaysia aje. Yang mak bapak malu tok sah cakaplah. Kalau orang tau mereka parent budak2 ni, tak mustahil akan kedengaran bisikan2 "oh..itulah mak / bapak pelatih yg mendera anak orang makan najis tu.." kesannya pada parent mereka ini? Nak keluar rumah pun malu. Sian kat mak bapak mereka. Boleh kena sakit jantung dibuatnya.

Berita lanjut:

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Nasional/20070221002850/Article/

Na'udzubillahi min zalik (moga kita dilindungi drp melakukan perkara demikian).


30 comments:

marlinabaharom said...

dunia dah menghampiri akhir zaman.. banyak benda benda yang berlaku yang diluar kawalan & jangkaan kita...

blackpurple said...

Umat akhir zaman. Benda-benda yang dulu tak terfikir dek akal fikiran pun dah boleh kita dengor sekarang.

Kena kembali kepada surah dan sirah. Bermuhasabah.

Saya mengingatkan diri sendiri sebenarnya.

Azwa said...

Memang kadang2 perangai anak murid boleh membuat cikgu sakit jiwa.....tapi seboleh2nya cuba la bertindak lebih rasional dalam bentuk hukuman yang hendak dikenakan agar tidak menyusahkan orang lain dan diri sendiri kelak.

Kaklong said...

salam,

MB: betul tu. kita adalah manusia akhir zaman. dan makin banyak kejahatan yang berlaku. sama2 kita berusaha agar kita dan ahli kerabat kita tak terjebak melakukannya juga

BP: Betul tu, tak sangka ia boleh berlaku. Padanlah Nabi sungguh2 pesan dia tinggalkan Quran dan Sunnahnya supaya ia menjadi perlembagaan hidup kita, kalau tidak, inilah jadinya. Ya..saya pun mengingatkan diri juga.

Azwa: setuju dngn Azwa

Azer Mantessa said...

Na'udzubillahi min zalik (moga kita dilindungi drp melakukan perkara demikian).

kakLuna said...

yang lain takmau komen..cuma pasal buang bayi tu je...

saya rasa, kalau keadaan mendesak, memang elok buat pusat 'pengumpulan' bayi tu...tapi tak semudah itu utk menjadikan masyarakat semakin suka berzina.

matlamat utama ialah menyelamatkan bayi yg tak berdosa...dan kalau dh wujud pusat mcm tu, tentu ada pemantauan kan, jd siapa yg dtg menyerahkan bayi tu patut diberi kaunseling.

NBK466 said...

i. Udah tertinggal buku tuh, cikgu2 tak reti nak selidik kenapa buku tertinggal?
ii. Penat dah baca pasal bayi kena buang....bila buleh nampak tindakkan dilakukan oleh mereka2 yg sepatutnya? Edarkan lebih banyak CONDOM PERCUMA????
iii. Dulu zamam penjajah Jepun dok ragging kita...skg kita pun dah terikut2 perangai gitu kot??

Am said...

Secara peribadi bagi Am, semua jenayah itu bukan pekara baru dalam masyarakat kita tapi semakin menjadi-jadi kerana sebelum ini kita tak ambil pusing tentang jenayah itu dan satu lagi sebab ialah kita memberi banyak sangat ruang untuk perkara ini terjadi.

Sebagai contoh buang anak, kalau dilihat ialah punca sebenarnya banyak sangat ruang mereka bertemu dan bergaul bebas. Pernah terdengar semasa majlis agama buat serbuan di disko dan menangkap anak dara orang, siapa yang melenting, ibubapa mereka juga.

Kita sekarang suka sangat mengubat tapi tanpa kita sedar langkah pencegahan itu jauh lebih penting.

Kaklong said...

salam,

bro. Azer: amin

Luna: itulah, harapnya kementerian wanita dn keluarga boleh fikirkan efektif way cara utk atasi masalah ni. sbnrnya ada pusat2 perlindungan utk gadis2 yg bermasalah mcm tu, tpnya tak ramai yg tau kat mana nak cari.

nbk: hmm, entahlah nbk. hanya depa aje ada jawapannya. cuma pasal kondomnium percuma tu, ada ke jaminan kehamilan tak terjadi? buatnya Allah cakap kun fa ya kun, mana tau bocor ke..boleh jadi gakkan kehamilan tu..pakai benda alah tu pun,bermakna zina bertambah. hmm..betullah akhir zaman ni perzinaan tu bersepah2.
entahlah, bangga dpt ragging orang kot. tp cuba dia sorang aje, berani nak ragging org lain?

Kaklong said...

salam,

Am..setuju ngan pendapat Am tu. dan ada mak bapak terlalu open minded sampai anak buat salah drp segi hukum agama, depa anggap itu normal dlm kehidupan zmn sekarang..hmm, moga kita tak jadi ibu bapa yg begitu.

Inqilaab said...

buang bayi... Rafidah Aziz pernah mencadangkan supaya diadakan peti bayi.. macam peti surat sebagai kemudahan untuk orang-orang yang mahu buang bayi.

cadangan-cadangan memang bernas. tetapi.. harus dinilai baik buruk jangka panjang serta aplikasinya pada masyarakat.

cikdinz said...

negara kita menuju kearah apa yeik ?
ke arah pembangunan ka atau ke arah kehancuran.
sesama kita lihat dan pertimbangkan.

RaFFLeSiA MeRaH said...

dunia, dunia, bila pikirkan masalah negara kita, camni laa...memcm hal...tak terbendung lagi dah kes2 yg x sepatutnya berlaku nih...cikgu tu ader masalah la rasanya, cuba ketuk kepala dia sekali ngan kasut tumit dia tu, bagi dia rasa sakit ke tak...ni pulak budak2 kena ketuk...alahai, x sampai ati tgk....bayi tu comel ekkk, insyallah...RM doa byk2 baby yg lahir cara camtu takkan ikut jejak mak bapak dia...harap2 jadi insan yg berguna dan terbaik bila besar nanti...kes ragging? emmm...ni cam ikut budaya omputih pulak...ganazzzzzzzzzzzz....

Kaklong said...

salam,

Inqilaab: stuju ngan pendapat adik tu

cikdinz: tak taulah cikdinz. tp yg pasti, pembangunan negara dengan penuh keimanan dan ketaqwaan dpt menangani masalah sosial masyarakt yg kronik. ttpi utk memenuhi impian ini, mestilah pemimpin2 negara bersatu hati ke arah itu. nampak mudah, tp payah sbnrnya dan perlukan jihad. Kalau kita ada jihad basmi kemiskinan, kenapa tidak jihad basmi jenayahkan? tapi, smeua peringkat warga negara kena gabung tenaga,baru menjadi, insyaALlah

Kaklong said...

salam

RM: mmg letih melihat dan memikirkan masalah sosial dan jenayah dlm negara kita. tp itu mmg tanggungjawab kita punkan. kena amik berat dan sama2 menanganinya.
betul RM, kalau cikgu tu kena camtu, baru dia tau sakit ke idak.
amin..moga anak2 tu berjaya dlm kehiudpan mrk. perasan tak, anak2 luar nikah ni biasanya lawa2?
sedihlah tgk budak melayu beragama Islam berakhlak mcm org tak de pegangan agama. Nak jokes, ini bukan caranya

13may said...

kejamnya dunia sekarang....

salam:)

loveujordan said...

sedih bila baca kisah-kisah macam ni seolah-olah nilai-nilai murni yang selalu dilaung-laungkan hilang entah ke mana....

oren said...

tu kan, blum lagi kes ibu bunuh anak2 sendiri kat bayan lepas nih..sedih benau tengok..

sebab tu, paper utusan hari ahad lepas, semua kuar cerita pasai tekanan..rasanya, memang sapa yang tertekan la yang buat benda2 gini..kesian pada yang jadik mangsa :(

Kaklong said...

salam,

13May: itulah cabaran hidup di akhir zaman ni, banyak kemaksiatan dan kejahatan yg berlaku. paling menakutkan tanpa sedar kita pun salah seorang penyumbang kejahatan itu. akak mengingatkan diri sendiri ni

loveujordan: sis, itulah, rasa mcm tak padan aje slogan masyarakat penyayang tu ngan apa yang berlaku ni.

Oren: ha.yg kes tu lagi kesian. Marahkan suami, anak jadi mangsa. setuju ngan pendapat oren tu

Kak Lady said...

Salam kak long...memang le tak patut cikgu tu berbuat demikian...kesalahan yang kecik sampai dihukum sebegitu...

Teringat masa dulu...kalau tertinggal buku sains...cikgu tu hanya panggil kak lady kedepan...dan meminta penjelasan lepas tu...takde apa2 pun tindakan cuma diberi peringatan...bila cikgu baik...anak2 murid pun pandai menghormati...

Pasal penderaan di KTU tu memang memalukan institusi berkenaan...sedih rasanya kak lady tengok cara budak tu didera...apa tah lagi ibubapa yang berkenaan bila melihatnya....

simah said...

saya masih teringat masa darjah 5 saya tertinggal homework lukisan..terus kena hantar bilik pengetua kena rotan... bayangkan tu zaman dulu dulu..la ni mesti dah teruk..
may Allah help n protect our kids from unwanted actions like the above....

Zakiah said...

Mmg bebudak zaman sekarang ni banyak test kesabaran cikgu...tapi jangan la sampai cederakan anak orang pulak. Banyak lagi cara yang boleh kita buat kut yer nak disiplinkan bebudak. etuk kepala dengan kasut tu pun dah bagi contoh tak baik dengan bebudak.

Mama Sarah said...

As usual sedih dengar dan baca perkara sebegini.

Kaklong said...

salam,

KakLady: sepatutnya begitulah tindakan gurukan. itulah agaknya dia tgh tensen kot.

saya tgk rakaman pasal dera tu pun kesian kat budak yg kena tu. bayangkan camnerlah rasanya kena minum air najis tu..na'udzubillah.

Simah: harapnya begitulah simah

Zakiah: akak tgk muka budak2 yg kena tu, alahai, wlwpun depa dah darjah 4, kecik aje, muka pun kesian tak rupa budak nakal. nampak trauma pada wajah depa tu. itulah, pakai kasut, kat kepala pulak tu.

MamaSarah: mmg letih ngna kes jenayah makin pelik2 berlaku kat negara kita.itu belum kes ibu bunuh 2 anak sbb dpt tau suami nak kawin lagi. baru berlaku minggu lepas rasanya

zino said...

cikgu sekarang ramai yg ber masaalah.. agaknya..

bila cikgu banyak masaalah .. hasil nya remaja yg bermasaalah juga.. tidak mendapat pendidikan yg betul akhirnya lahir le anak luar nikah..

bila dah dewasa mula lah nak membuli org lain.. sampai ragging orang macam dia tu lebih berkuasa dari Allah.. tak sedar diri langsung..

di mana punca nya.. lihat balik sistem pendidikan yg ada .. boleh ke melahirkan modal insan yg di laung2kan.. mengamalkan islam hadhari yg di gembar gemburkan??

Kaklong said...

salam,

Bro. Zino, betul tu, kena lihat pada pendidikan anak2 itu semula. bermula drp rumah dan bersambung di sekolah. Ibu bapa pendidik utama dan guru2 adalah pendidik kedua. dua elemen ini jika kukuh dlm diri anak2 insyaAllah anak2 tu takkan mudah terpengaruh dngn dunia kejahatan dan kemaksiatan. sekarang ni, kawan2 juga memainkan peranan ke arah masalah sosial n jenayah individu.

itu belum lagi peranan pemerintah, kalau hanya tau melaungkan slogan tp pemerintah sendri gagal menunjukkan teladan yg baik, mmg sukarlah. Islam hadhari tu satu hal, kalau tak dpt kerjasama drp semua pihak hatta yg terlibat dlm pemerintahan negara terutama pemimpin2 yg bukan Islam, mmg susah nak laksanakan.

D said...

saya nak komen hal no. 1 je sebab saya ni pun penah jadik cikgu. masyarakat kita masih belum capai tahap 'world class' terutamanya bila melihat sistem pendidikan kita dan pendidik kita sendiri. kalau di UK, untuk menjadi guru, salah satu modul yang kena ambil ialah CLASS CONDUCT di mana guru diajar "never touch a child in anger or in affection". itu baru kira professional!

Kaklong said...

salam,

d: baru tau. kenapa ya kementerian pelajaran kita tak boleh terap modul class conduct ni untuk bakal para guru?

hunnymj said...

kisah #1 tu cikgu2 skrg bnyk yg tension keja tu pasal jadik camtuh. tapi jgnlah ketuk kepala anak murid sampai jadik camtuh kan? apa dia rase kalu ada cikgu lain buat camtu kat anak dia haa haa?

kes buang anak ni tak tahu nak ckp camner. tapi akak setuju ngan cadangan kaklong pasal tubuhkan satu pusat khas supaya bayi2 yg tidak berdosa ni tak dibuang merata begitu saje tapi ada pro dan kontra lah. elok kalu pasangan2 yg buang anak ni dihukum sebat bagi menyedarkan org lain - tunggu sampai dia dah habis pantang dan anak tu dah putus susu baru sebat..apa kata?

honey mj said...

hehe..hunnymj tu akak jugalah..salah taruk nama