Thursday, March 1, 2007

Kebakaran

api tak nampak, tapi mmg tengah marak kat situ

Masa ni mendebarkan sbb api tu dah hampir ke bawah

Snap drp dlm rumah kaklong

Salam,
Gambar2 di atas ni adalah kebakaran yang berlaku di hadapan rumah kaklong pada hari Jumaat (9 Februari). Deretan rumah ni menghadap bukit. Tak tau daripada mana kebakaran ni datang dan apa puncanya, yang pasti ia merebak daripada arah bukit sebelah kanan hinggalah melepasi depan rumah kaklong ni dan hampir ke penghujung bukit sebelah kiri.

Asalnya kaklong tertidur di ruang tamu bersama Huda dan Alia lepas waktu solat Jumaat dan terjaga bila terdengar bunyi api marak (menyeramkan bila diingat). Masa tu pintu sliding rumah mmg dibuka. Cuma grill sliding door aje bermangga. Kaklong terus bangun dan meninjau keluar, MasyaALlah...api tengah marak sangat2. Sempat tengok jam kat dinding, masa tu lebih kurang hampir jam 3 petang. Panik kejap takut2 api tu baru bermula dan tiada orang yang menelefon bomba lagi. Terus kaklong call 999 nak laporkan kebakaran tu. Bila pihak Bomba jawab, rupanya depa dah tau pasal kebakaran tu dan dah hantar pasukan ke sana.

Adalah dalam sejam depa settlekan semuanya. Syukurnya antara bukit dan jalan raya depan rumah kaklong ni dipisahkan oleh longkang besar, kalau tak mau boleh merebak kat area rumah kaklong ni. Bila fikir2 balik memang menyeramkan saat tu. Yang buat kaklong terfikir, kemana monyet2 liar yang ada kat bukit ni pergi, tupai2 yang rajin turun ke area rmh kaklong ni pun dah tak nampak. Paling merisaukan, kot2 ada ular yg bersarang kat situ turun ke bawah mencari tempat berlindung. Harap2nya tak delah. Sekarang ni, keadaan bukit tu dah jadi macam suasana musim luruh pula. Cantik pula nampaknya. Alamak, tak de pulak gambar tu nak ditunjukkan.

22 comments:

D said...

Alhamdulillah api tu tak 'lompat' ke rumah kak long! heheheh...

Kaklong said...

salam,

d: ya betui..hihi.

Helena said...

kak long, depan rumah Helena pun selalu terbakar. adalah once a year, esp musim kering, bila dah lama tak ujan. Tapi anak2 Helena suke la, tgk bomba datang...

So i know macamana tensionnya kak long. Yela, walaupun ada longkang ke, apa ke, manala tau kan kak long......

ibuVouge said...

leganya tak kena umah kak syikin
napa alya asyik cari modal nak nangis kak syikin??
mpga kak syikin sihat ye..

Mummy Rizq said...

eeee.. tengok dalam TV and tengok real life berbeza kan! walaupun kejadian yang sama.. bila berlaku depan mata macam macam yang kita fikirkan...

Inqilaab said...

sib baik sensiang... dan hutan tu bukan pokok getah, kan? Kalau pokok getah, jenuh la. teringat pokok-pokok getah tua sekitar rumah lama terbakar. 3 malam penduduk tak tenang. gara-gara puntung rokok budak-budak ponteng sekolah. rumah tak apa lagi. bahayanya sebab ada stesen minyak sebelah belukar pokok getah tu.

kakLuna said...

aha..kak..buat mcm sy..time daun2 kering..amik gambar..kengkunun mcm kat oversea lah..sbb tak penah pegi kan,,dpt amik pic ala2 mcm tu pun jd ler.. hehe..

Kaklong said...

salam,

Sis Helena: betul tu sis, manalah taukan.

IV: alhamdulillah, tak kena. si alia ni proses nak berdikari, excited nak buat semua sendiri, tu yg dia marah kalau kaklong tak benarkan buat hihi.
alhamdulillah, sihat :D

Mummyrizq: betul tu tak sama, ngan bunyi marak apinya..seram betul.

Inqilaab: sib baik bukan pokok2 getah.

Luna: alahai..nak gak buat camtu, tpkan jauhlah nak panjat, sblm tu nak kena lompat longkang besar tu..adeh, banyak kojo den. tapi akak nak tgkap gak gambar tu drp jauh hihi

ontahsapo said...

patutlah cam jerebu jer....

RaFFLeSiA MeRaH said...

memula tgk gambar tadi, ingat kawasan hutan yg terbakar tuh, rupanya ader umah org kat sebelah sane tu yer kak...tapi kira alhamdulillah la, takder kemalangan jiwa berlaku kan kak, mesti bahang api tu leh sampai kat umah akak tu kan? yerlaa, api besar mcm tuuuhhh, nak pulak time2 tgh panas cenggitu...nauzubillah lah mintak2 jgn jadi kat umah kita kan kak...

Kaklong said...

salam,

OS: hehe..duduk kat area sri gombak ke?

RM: terasa gak bahangnya. betul, alhamdulillah tak kena rumah2 kat situ.

ILA said...

Whua!!!! cepatnya K.long mgupdate entry baru...puk.1am lagi tu..
sangatttttt jeles..so rasanya mcm ada ura2 nak duk kat umah je ler mcm K.Long..hehekkk:p
ish...kat sebelah umah ila pun ada hutan.risau gak..kal.jadi mcm kbakaran tentu smpat myambar sebelah bumbung umah..ya tuhan..minta2 di jauhkan ler..:(

Mamamanja said...

salam kak long...

sib baik x merebak sampai umah kak long kan??? kebakaran kat gombak erk? kalo kat area pj, tentu pakwe MM turut sama bertungkus lumus memadamkan kebakaran.. hehehe

blackpurple said...

Macamana pulak boleh terbakar ek..?

oldtown~Smell the Roses said...

Mendebarkan..kite sorang takpe lg kan?ini ngan anak2...mesti cemas yang amat!

p/s: Sofiyapun kalu nak bende dr kite ckp'nak bagi..nak bagi'...hmmm!mula2 tu confius gak...dr mana ikutni!?

simah said...

iskh ngeri jugak yea..Alhamdulillah rumah syikin tak jadi apa apa.. tapi asap dia tak teruk ka kat rumah syikin?
i hope u didnt breath in the smoke too much ..take care :0)

Kaklong said...

salam,

Ila: masa tu mata takleh lelap, terminum nescafe lebih hihi. ha, duduklah rumah, apa salahnya :D. na'udzubillah, moga tak adelah kebakaran.

MM: itulah syukur sangat. ohh..pakwa awak anggota bomba rupanya :D

BP: tak taulah BP, tp yg pasti hari tu mmg panas terik, kat masa tu heboh pasal cuaca panas di sebabkan EL NINO tu..

Kaklong said...

salam,

nani, betul tu. mmg akak debar fikirkan keselamatan anak2. hal sofiya tu, tandanya dia dah bijak berfikir. hehe. biasalah, anak2 nikan, ada masanya perkembangan dia menakjubkan kita, kita pun tak terfikir drp mana dia belajar :D


simah, syukurnya asap tak de pulak menyelubungi area rumah kami. so, tak delah risiko hidu asap tebal. tq for ur concern hihi. tp tak nafi, masa tu angin kuat gak, tu yg cepat marak.

13may said...

hahha....teringat zaman saya nakal nakal dulu....

penah gak bakaq hutan...pastu bomba kena mai padam:D

yus said...

mcm mana pulak boleh terbakar ekk?? Panas sangat kot. Nasib tak melompat kerumah akak. Alhamdulillah api dpt dipadamkan dan takde kemalangan jiwa.

Mama Sarah said...

Ada juga kawasan bukit berhutan di KL ya? Ingat dah gondol habis.

Masa telefon bomba tu, cepat tak diaorang jawab?

Kaklong said...

salam,

13May: amboi..anak org ni, boleh tahan naa...hehehe. tak pe, yg penting la ni tak buat dah. yg lepaih tu lepaihla..er, nape bakaq? lepaih geram ka?


Yus: mmg awal2 bulan 2 ari tu, cuaca panas semacam dan dikaitkan ngan EL Nino. itulah, syukur ada longkang besar menghalang dan bomba dapat padamkan sesegera mungkin

Mamasarah: ha ah, ada lagi, kat area Gombak ni masih banyak hutan. bahkan rumah yg saya sewa ni mmg area berbukit. Tapi tak taulah sapa punya kawasan bukit ni.

lama tak lama gaklah tunggu depa jawab. resah gak.