Sunday, February 4, 2007

Bila tiba saatnya...

Assalamualaikum..

Petang Sabtu semalam, dalam 5 petang lebih, melalui langsir sliding door yang jarang, kaklong melihat ramai orang berbondong2 ke rumah jiran selang satu pintu daripada rumah kaklong, rumah Kak N. Kaklong jadi ingin tahu, keluar rumah dan meninjau dengan penuh tanda tanya. Nak kata kenduri, tak de riuh rendah, nak kata kematian, mustahillah pulak. Takkan kami jiran terdekat tak tahu apa2 langsung. Tapi, tetamu lelaki terutamanya mmg duduk kat luar dan berdiri di di tepi jalan (senario biasa kalau berlaku kematiankan). Atau Kak N menguruskan kematian sanak saudaranya yg terdekat yg ditumpangkan di rumahnya? Kaklong rasa tak puas hati, bagitau suami nak keluar bertanyakan beberapa orang yang duduk di tepi jalan rumah Kak N.

Kaklong keluar pagar dan bertanya seorang tetamu lelaki di situ. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un..rupanya suami Kak N meninggal dunia!!! Berderau darah kaklong. Baru lepas maghrib hari Jumaat Kaklong nampak suami Kak N di halaman rumahnya, Sabtu petang pula terima berita kematiannya!!! Menurut versi cerita yang Kaklong terima, arwah ni dlm perjalanan ke klinik sendirian waktu hampir tengahari Sabtu tu, slps mengadu sakit dada selepas dia menolong mengemas kawasan rumah mertuanya. Lepas dia balik hantar Kak N balik ke rumah, baru dia ke klinik. Anaknya nak ikut, dia tak benarkan. Masa depan satu Hypermarket, kereta dia kena langgar drp belakang. Kereta yang melanggar terus lari. Dan masa orang ramai dtg untuk membantu. Arwah ni dah tak sedarkan diri. Ketuk punya ketuk, tak berjawab. Depa ni terpaksa pecahkan tingkap kereta. Dan arwah dibawa ke hospital terus. Kak N terima call yang mengatakan suaminya kritikal, tp sbnrnya arwah ni dah tak de. Mcm2 kemungkinan mreka fikirkan, samaada arwah ni sbnrnya dah tak sedarkan diri hingga dia dilanggar drp belakang, atau ketika dilanggar tu tiba2 sakitnya bertambah kuat dan menyebabkan kematiannya. Tiada siapa yang tahu waktu sebenar dia meninggal dunia.

Kak N dan keluarganya tak benarkan post mortem dilakukan. Lebih kurang 10 lebih malam tadi, arwah dikebumikan. Disolatkan di masjid terlebih dahulu sebelum dibawa pulang sbntar ke rumah, utk tahlil kecil dan peluang sanak saudara melihat sblm dibawa ke kubur. Hampir setengah jam rasanya arwah diletakkan di rumah. Paling simpati dengan anak bongsu lelakinya, menangis2 mendapat tahu kematian ayahnya. Dia yg terakhir tahu sebab menghadiri kursus motivasi tak salahnya. Simpati untuk Kak N sekeluarga. Kak N pastinya terlalu terkejut dengan apa yang berlaku, yelah pagi tu ke pasar bersama2, kemudian ke rumah keluarga kak N, kemudian balik ke rumah bersama sblm arwah keluar ke klinik tanpa menyangka itulah kali terakhir mereka bersama. Alhamdulillah, Kak N kelihatan kuat dan tabahm walaupun sesekali air matanya berlinangan. Kaklong juga berkesempatan melihat wajah jenazah, alhamdulillah. Segalanya baik. Al-Fatihah.

Itulahkan, kalau dah tiba masanya..sesaat takkan lebih dan takkan kurang...bersediakah diri ini?





Inilah keadaan Alia, selepas bangun pagi pada hari pertama dahinya berjahit (Khamis) :D. ALhamdulillah, dia ok. Hari Khamis tu masih nampak dia berhati2 cuma tak dpt lari drp berlari, bergurau. Kaklong pun rasa seriau tgk dia berjalan laju atau berlari2 atau turun naik tangga. Risau dia tersadung dan luka lagi. Hari Jumaat petang dah start loncat2 atas katil balik!!! Adehlah...La ni, soalan standard kami pada Alia, nak jatuh lagi ke? cepat2 dia menggeleng dan jawab tak nak hehe. Si Huda pulak, pagi Khamis tu happy semacam tgk Alia ok, siap dia usap pipi Alia lagi..menyentuh perasaan!!!. Terima kasih semua doakan Alia cepat sembuh.

22 comments:

Azer Mantessa said...

innalillahi wainna ilahi rajiun ...

al-fatihah buat arwah.

yang saya ni lak leh terlepas entry alia jatuh ... semuga cepat sembuh.

Unknown said...

al-fatihah untuk arwah.

saya yg baca ni turut sedih..semoga Kak N sekeluarga tabah menghadapinya.

KAMATO said...

Tiap yang hidup, sampai masa akan mengadap Nya jua, semuga rohnya akan dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para syuhada

Kaklong Syikin said...

salam,

Bro. Azer: alhamdulillah, Alia dah ok.

Yus: insyaAllah

Bro. Kamato: amin..

aNIe said...

Innalillahi wa inna ilaihirajiun...

Betul Kak Long...ajal itu datang tanpa ditangguh walau sesaat...sampai saja masanya pasti kita akan pergi...

Terasa begitu insaf bila memikirkan segala yang berlaku disekeliling kita yang boleh kita jadikan iktibar....

Moga kak N akan tabah menghadapi dugaan Allah...sesungguhnya...mati itu pasti...cuma masanya saja yang menjadi tandatanya...

D said...

kebesaran Illahi amat dirasai bila nyawa diambil tanpa warning. Semoga Kak N tabah...

zino said...

al-fatihah... amin..

Titicaca said...

everytime dengar pasal kematian esp. yg x disangka mmg menyedihkan tp kalau dah tiba saatnya mmg x dapat nak elak...insyaAllah, dia di tempat yg lebih baik..

glad to see aliah is well, alhamdulillah..

Anonymous said...

ohhh..speechlessssss~~early morning menerima salam dr K.Long:)
ohhhh..ttg kmatian..kbetulan ila baru forward somethg kat YM b'kaitan dgn kmatian juga..

ohhh..senyuman Alia..mlambangkan keceriaannya..dan sudah pastinya dia terasa fobia ttg pgalaman ngerinya..

Wt Rgds.
Ila

Hanisumayyah said...

memang kematian sesuatu yang pasti...cuma kita kadang2 buat2 lupa & terlupa, bila dah berlaku depan mata baru kita tersedar...jauhnya dari amal... tq KakLong n3 yang menginsafkan...sediakah kita ditempat kak N dan lebih menakutkan...bagaimana kalau kita yang jadi arwah disaat ini?

ibuVouge said...

yelah akak, dah sampai masanya..mmg takkan terlewat
dr LC cakap, kalau cedera kat depan xpe, sbb tengkorak kepala tu memang ALLAH cipta tahan lasak, tapi kalau dibelakang kepala( serebrum dan sereblum) kena la awasi selama 48 jam..tengok ada tanda mata ,telinga, hidung, mulut berair dan berdarah..
mmg lasak la anak dara akak ni..

iv

AppleB said...

Al-Fatihah buat suami kak N. Semoga rohnya dicucuri Rahmat.

Dan semoga alia cepat semua :D

Unknown said...

al fatihah buat arwah..

si alia dah sengih2 yer..

RaFFLeSiA MeRaH said...

al-fatihah...bila dengar pasal kematian mula la rasa diri ni kurang sgt bab2 ilmu agama, rasa kat diri ni kontang segala iman, walau umur dah lebih 30 ni rasa nak insaf betul2 takder...nape yerk, ini lah manusia...selagi x ditimpa musibah selagi tu la x der aper2 perubahan kat diri kita....alia dah leh gelak2 tu ha...dah x sakit ler tuuu...

cikdinz said...

innalillahi wainna ilahi rajiun ...
semoga roh nye dicucuri rahmat...

semoga alia cepat sembuh...
jgn main tangga lagi tau...

Hot Mama said...

Ala.. kesiannya Alia!
eee takut HM tengok darah tuu.
Baguslaa Alia dah ok nowkan.. siap senyum masa abik gambar..hahah!!

Mummy Rizq said...

alfatihah.. dah tiba masanya arwah mengadap Yang Esa kan....

Alia nampak happy jer!

Mama Sarah said...

innalillah...semoga keluarga Kak N cekal.

Aktif betul Alia ya! Sakit-sakit pun mampu melompat lagi. (hihi... teringat pada anak sendiri!)

Anonymous said...

Al fatihah utk arwah..

bila difikirkan.. bila sampai ajal kita.. bersediakah kita utk bertemu dengan yg maha Kuasa.?

budak budak kalau tak buas tak best jugak syikin.. Alhamdulillah alia dah ok.. tapi gambar tak keluar la syikin..

Kaklong Syikin said...

salam semua,

K.Lady: setuju ngan akak dan kita doakan Kak N yg baik2.

d: ya, sama2 doakan Kak N.


bro. Zino: tq.

TC: amin. alhamdulillah, Alia ok dah :D

Ila: alhamdulillah, dia ceria sekarang :D

Hani: Soalan Hani tu menghantui saya setiap hari..sampai sesak dada memikirkannya

iv: tq info ni ya. tak nafikan alia ni lasak jugak :D

Applepie: tima kasih..

Lindosh: tq. Haaa..dah sengih2 dan gelak ketawa lagi tu :D

RM: biasalah kita manusia, kalau time susah baru ingat Allah, tp senang, lupa pulak. Kita boleh usaha utk tidak jadi begitu sbnrnyakan..kena tambahkan ketaqwaan kita. ini banyak cabarannya. alia tu, hari khamis siang dah elok gelak ketawanya :D

Cikdinz: tq. err..alia main loncat2 atas katil. tp main kat tangga tu pun tak dibenarkan..

HM: darah sblm tu lagi banyak. sib baik saya tak pitam. Dia bab bergambor mmg anytime ready hehe

MB: betul, bila tiba masanya..kena redha. dah ilang sakitnyalah tu :)

MamaSarah: amin. Mmg tau Mama, sampai kena tanya dia selalu, nak jatuh lagi ke..masa tu diam balik


simah: kalau tanya tu, mmg sampai bila takkan sedia nak tinggalkan dunia ni dngn tanggungjawab berat pada keluarga lagi.tp dah tiba masanya, kita tak boleh buat apakan..

err..dah boleh tgk gambar dah ke? sian plak kat awak.

cikdinz said...

kak long, sori lah yeik. salah sebut lah. main loncat-loncat atas katil patut nye...opegi letak main tangga.
apa lar cik dinz nih....

p/s:paler tgh tak betul tuh.....

Kaklong Syikin said...

salam,

Allah..takpelah cikdinz..no big hal lah..:)