Thursday, March 1, 2007

Serangan Stroke

Assalamualaikum,

Pernah tengok orang kena serangan awal stroke? kaklong berpengalaman baru2 ni melihatnya bila ia terjadi pada jiran cina di sebelah kanan rumah kaklong ni. Jiran ni suami isteri, dua2 bekerja. Si suami kontraktor tak salahnya dan si isteri bekerja di pejabat, tak ingat kat mana. Sepasang anak depa duduk kampung dan bersekolah di sana. Rutin si suami ni yang kaklong perhatikan, pagi2 hantar isterinya ke pejabat, pas tu dia akan pulang ke rumah atau lewat tengahari dia akan pulang ke rumah dan hanya akan keluar semula sebelah petang atau malam untuk mengambil isterinya. Jarang nampak dia keluar seharian dan hanya akan pulang malam bersama isterinya. Kalau dia duduk kat rumah tu, memang dia akan tutup pintu, langsir dan mangga sekali grill pintunya tu. Sesekali dia akan buka sliding door dia cuma pintu grill aje bermangga.

Hinggalah pada Isnin (11 Feb), seperti biasa rutin dia balik rumah lepas hantar isteri dan last kaklong tengok dia bukak sliding door dia pada waktu tengahari masa menjemur kain baju. Dan sesuatu menghairankan kaklong masa sebelah petang, lebih kurang hampir jam 6, pintu rumah dia masih bertutup dan dia tak keluar rumah langsung.! hati tu terdetik sesuatu sambil mengangkat kain di ampaian. Pelik napa dia tak keluar rumah langsung petang tu!!

Hinggalah waktu malam, biasanya maghrib kaklong akan tutup sliding door rumah dan buka setelah 8 mlm ke atas. Masa tu kami tak de dengar apa2 atau nampak situasi yang mencurigakan pun. Kebetulan suami kaklong nak keluar, masa tu hampir jam 10 malam, tugas kaklong memang buka dan kunci pagarlah kalau dia keluar tu. Masa nak buka pagar ni kaklong nampak ada satu keta menghalang depan pagar rumah kami dan nampak 2 3 orang depan rumah jiran cina ni. Pelik tu...kaklong dan suami kehairanan mcm ada yang tak kena terus suami tanya pada salah sorang drp mereka ni. Kata sorang perempuan ni, adik ipar lelakinya suspect kena stroke. Terkejut kami sebab tak dengar apa2 bunyi langsung dan tak nampak suasana riuh rendah atau si isteri datang minta bantuan kami. Terus kami masuk ke dalam rumahnya. Terkejut kaklong tengok si suami tu, dia tengah terbaring atas rest chair elektronik kat ruang tamu dalam keadaan badan dia mcm tarik sikit2 sebelah kiri, matanya dah tak boleh buka, paling kasihan tengok mulut dia terbuka dan lidahnya dah tak boleh keluar, macam bergulung ke dalam!!! bila orang tanya dia respon tapi dia tak boleh bercakap dah, cuma keluar ohk ohk..ya Allah, kesiannya tengok dia suffer camtu. Isterinya tolong sapukan minyak angin kat dada dan kepalanya, jiran sikh yg kebetulan sorang nurse tolong urut jari jemari tangan kanannya dan adik lelaki si suami tu pulak urut sebelah kiri. Nurse tu sempat check tekanan darah tinggi. Tinggi rupanya. Kesian gak kat isteri dia, tak sempat rehat langsung terus kena hadapi situasi suami. Syukur dia tak panik, nampak tenang aje. kalau kaklong..entahlah, berapa banyak air mata keluar dah (den ni sonang nangih).

Cerita sebenar, si isteri ni dah abih waktu pejabat, call suami dia, tapi tak berjawab hinggalah last jam 6 petang dia called tak berjawab gak. tu dia balik sendiri naik bas, dan sampai rumah jam 8 malam lebih tengok suami dia dah terbaring atas kerusi rehat yg terletak kat ruang tamu, tapi muntah punyalah banyak kat atas lantai. Cepat2 dia call adik iparnya (adik si suami tu) dan minta datang segera. Kata si isteri, rupanya sejak pagi tu suaminya dah tak berapa sihat, tapi tak sangka jadi camni.

Jam 10 lebih, ambulan pun sampai. Ni pun bercinta menunggu ambulan, adalah 45 minit baru nak sampai. Sebelum tu, call sorang doktor klinik swasta pun doktor tu tak dpt dtg sbb patients tengah ramai.

Ralat sungguh kami sebab tau lambat. Agaknya kalau suami kaklong tak bercadang nak keluar malam tu, sampai ke sudah kami tak tau. kaklong tak terbayang berapa jam dia suffer dlm keadaan tarik tu hingga waktu isterinya balik. Kasihan betul. Kaklong syak, waktu petang tu lagi dia dah kena dah..sayang sangat, kalau dia tak tutup sliding door dia, mungkin kaklong atau jiran2 lain boleh terdengar dia jatuh dan erangan sakitnya, mungkin kaklong dan jiran2 lain boleh tolong apa yang patut segera.

Kami duk seharian esoknya (Selasa) menunggu penuh debar si isteri ni pulang drp hospital sebab dia tak balik langsung sejak ke hospital malam tu. Bila hampir jam 6 petang, baru kaklong terdengar suara anak jiran ni ada, cepat2 kaklong keluar bertanyakan khabar si jiran ni daripada sorang saudaranya yang ada sama masa tu, nampaknya operation di kepala akan dijalankan untuk mengetahui puncanya. Kasihan pada anaknya, baru sampai dr kampung, belum jumpa lagi ayahnya. Kata2 support aje dpt kaklong berikan. Sebelah malamnya pula, saudara mara dan si isteri pulang ke rumah, suami sempat keluar dan berborak kejap. Pembedahan dah dibuat, lebih kurang 3 jam. tapi mereka tak boleh masuk lawat dulu. Tu yang isterinya balik rumah dulu.

Kejadian ni memang menginsafkan. Buatkan kaklong terfikir kena hari2 minta ngan Allah beri kita kesihatan yang baik, jangan ditarik nikmat sihat daripada kaklong sekeluarga. Terbayang2 sebelum tu jiran ni sihat walafiat menghantar dan isterinya . Tup2 petangnya dah jadi camtu pula. Paling kaklong tak boleh lupa keadaan lidahnya tak boleh keluar tu..ya Allah, entah kenapa ngilu melihatnya. Memang nampak sangat dia suffer masa tu. Kaklong doakan dia cepat sembuh. Kasihan isteri dan anak2nya. Paling kesian pada mereka sekeluarga, perayaan tahun baru cina hampir menjelang.

Terkini: Dia dah selamat dibedah di bahagian kepalanya, ada cecair yg tersumbat. Rupanya dia ada hypertension. Ari tu dia dibedah di Hospital Besar KL. Sekarang ni dah dipindahkan di Hospital Besar Selayang. Doktor hanya akan benarkan dia keluar setelah keadaannya benar2 memuaskan. Kata isterinya, dia dah kenal orang. Kaklong pun doa dia cepat sembuh. So, pada sesapa yang ada hypertension tu, kena jaga2 ya. Rajin makan ubat ikut waktunya. Yang cina ni mmg tak tau langsung ada penyakit tu. tup2 terus kena serangan stroke. Moga jadi iktibar buat kita semua.

39 comments:

yus said...

cepatnya akak update blog, baru yus baca n3 yg kat bawah tu..hihi.

N3 ni memang jadi iktibar buat semua. Yus pun hari2 berdoa semoga Allah sentiasa beri kesihatan yang baik pada seisi keluarga. Baru sakit demam sikit2 pun dah terasa perit, kalau yang lebih besar macam manalah.

Kaklong said...

salam,

yus..entri ni akak dah buat awal2 dah. tp save dulu hihi.

itulah yus, naknya pulak kita yg jenis bergantung penuh pada suami, kot2 jadi apa2 pada suami, mmg sukarlah situasi kita masa tukan.

Helena said...

Ada sekali tu, Helena tengah drive kat roundabout Puduraya. Ada one car ni, lebih kurang beside my car. And Helena perasan kereta tu suddenly terhoyong hayang left and right, after 2-3 macam tu, the car stopped.

As my car passed by, I saw the driver tengah kena spasm and the co-driver was trying to help him and stop the car at the same time.

Since I saw a lot of people stopped to help, and a police car pun ada somewhere behind me, I left the place.

Kesian sangat tengok.

zino said...

stroke ni datang tanpa warning... adik zino pernah kena masa tengah drive kereta di bandar jengka sana tu.. nasib baik dia sempat berhentikan kereta..

berlaku pulak di kawasan tak banyak kereta lalu.. dan wife dia tak tau drive.. mengalabah betul dia.. nasib baik ada hamba Allah yg lalu tolong hantar ke hospital..

petang tu juga zino bergegas ke bandar jengka.... mujur umur dia masih panjang dan kembali pulih.. dia minggu lagi zino nak jumpa dia di lahat datu sabah sana tu..

Inqilaab said...

moral dia, amalkan cara hidup yang sihat. jangan tensi2. tenang-tenang selalu. :D

Kaklong said...

salam,

Bro. ZIno dan Sis. Helena:tq share citer2 ni.mmg stroke ni tak dijangka rupanya ya. menakutkan. syukurlah kedua2nya dpt dibantu segera.

bro. Zino, syukur adik dah pulih. selamat bercuti di sabah nanti.

sis. Helena, syukur sis tak terbabit kemalangan, sbb roundabout puduraya tukan sibukkan?

Inqilaab: ya betul tu. :D

Qisst said...

salam,hi! pernah,suami kak sepupu yg.kena kali ke2 masa tengah minum air dgn.kengkawan,meninggal kat situ gak. Arwah pakcik masa tengah drive,trsekat kat dlm keter sbb kaki langsung tak bole angkat. Esoknya dia meninggal. Dpt.tau 1 info brguna utk.org.yg terasa sakit2 dada atau sedar masa kena stroke,batuk sekuat-kuat hati sementara nak tgu prtolongan, wallahua'lam..

Anonymous said...

kak long...

kalau stroke kena dengan orang terdekat, untuk elak saraf/salur darah di otak pecah yg boleh jdikan mangsanya koma atau ko terus akibat serangan stroke, cucuk dengan jarum (bersih) ke hujung2 jari2 tangan, jari2 kaki, dan telinga (kiri dan kanan) sehingga mengeluarkan darah (picit2kan jari/telinga) tu kasi keluar darah). Ini langkah pencegahan awal sementara belum bawa ke hospital.

Saya berhadapan dengan suami yang diserang stroke (25 Jun 2006) di depan mata, memang perit/panik / sedih dan segala macam ada masa tuh, tapi mujur cepat dapat fikir dan bertindak, tapi sebab BP masa tu tinggi sangat left side badan suami masih berat/kebas sampai sekarang...

pB said...

hidup berjiran di kl ni penuh dengan misteri....

tak terbayang kesakitan yang ditanggung oleh jiran kak long tu. sorang sorang pulak tu....

kisah ni berlaku dlm family kak pB. Tapi yang sedihnya , akhirnya beliau meninggal tanpa ada seorang pun disisi nya...

al fatihah buat 'aboh'..

ILA said...

Salam K.Long:)
dah lama tak nmpak byang kat blog ila..hehe:p
juga ada pengalaman,1) time duk kat Hostel masa blajar dulu.sdap2 tgah joging tiba2 1 org cina tua lelaki kat dpan kami jatuh terus menggelupur.selang 2,3 minit ada buih putih d mulutnya.Kami tak bley buat ape2.rasa ktakutan..apatah lagi tak ada lansung ilmu pertolongan kcemasan.Member kata org tu kna sawan..tpi kurang pasti ler..
2)pak cik ila sndiri.Dia mmg sihat.tpi jenis baran.s org kontraktor.1 day m'cari dokumen yg d anggap hilang.semua org kat umah tu kna marah.last2 jumpa kat dlm laci.dia sndiri yg simpan tpi lupa.ngam2 dia dpt dokumen tu terus pengsan.doktor sahkan kna strok.tu kjadian tahun lepas.skrg dia dah baik tpi pcakapannya x clear...

Sesuatu yg bernilai dalam khidupan kita.Walaupun khidupan & kmatian d tgan tuhan,namun sst perlu di ingat...Manusia harus berusha m'jaga kesihatan & peribadi. Jaga pmakanan ,elak makanan sgera, amalkan Exercise & jaga amal ibadah(kekuatan dlaman).

Amboi...pnjangnya ila ckap..tpi series nie tau..x main2:)

kakLuna said...

makan mesti dgn doa
minum air 3 teguk,berhenti

penyakit ni biasanya dtg dr makanan dan cara pemakanan..

jd, jagalah pemakanan.. sebelum kene makan pelbagai ubat :P

Mummy Rizq said...

bapak MB pun ada stroke. since 5 years back dah 3 kali kena attack. yang peliknya everytime bila nak CNY attack dia akan datang. cuma 2 tahun kebelakangan ni dia tak kena. mak kata mungkin dia ada saka. we all ni keturunan cina sebelah bapak.

tak tau nak percaya atau tidak. sekarang ni dia bleh berjalan tp gunakan tongkat. cakap pun kurang clear. tapi still boleh sembahyang, mandi & peri toilet sendiri....

RaFFLeSiA MeRaH said...

bila baca entry kak long ni, terus teringat pada arwah fiance sy dulu, bih kurang camtulahh, dari sihat walafiat, tetiba jer jatuh, muntah, kena operation kepala, dah boleh kenal org, dah boleh balik umah...tapi takdir tuhan x der sape yg dapat menahannya...arwah pergi juga menyahut panggilan illahi, sy dpt rasa anak2 pun dah puas hati dpt jaga ayah dia selama sebulan tuuu...dah usaha mane yg termampu....selebihnya tuhan maha berkuasa....

Azwa said...

Kaklong,

tu la masalah juga kalau dok asyik tutup rumah kan...orang lain tak perasan apa berlaku kat dalam tu. kalau di buka2 pula takut mengundang pencuri pulak. Tang hypertension dan stroke nie, terutama orang lelaki kena ambil berat.

Nak tanya Hani Sumayyah...petua tentang cucuk jarum tu memang medically proven ke? bagus juga dapat info macam ini untuk panduan kemudian hari.

Azer Mantessa said...

entry yang baik walaupun mengerikan ... erks ... yikes

moga kita semua sihat2 belaka

amin

ontahsapo said...

saya baru tahu... thanks...

D said...

stroke semakin common sekarang. betullah, amalan rasulullah mesti dipraktikkan. nak tau apa, kenala banyak lagi ngaji - an endless cycle.

loveujordan said...

Mak mertua akak kena stroke 12 tahun lalu, waktu akak baru habis pantang bersalin, so akak tak pernah lihat keadaan dia waktu mula kena, cuma suami akak je yang bantu dia dan kami bawa berurut dan pernah tinggal dengan akak selama 3 tahun sampai dia boleh berjalan ( now masih gunakan tongkat ), tangan kanan memang tak boleh gerak . Sekarang dia tinggal dengan kakak ipar dan indon helper.
Urut memang banyak membantu... InsyaAllah.

Bunga Rampai said...

Salam,

Satu peringatan. Jaga kesihatan, buat medical check-up setiap tahun.

p/s Amboi Kak Long, laju benar berblog sekarang:)

lindosh said...

salam kaklong.. sakit neh bebila pon boleh dtg kan.. kita neh kene la jaga kesihatan kita.. risau jugak dengo benda2 camtu.. btw sy byk terlepas entri kat long.. cam ketapi ekeke

Anonymous said...

Azwa...

Kaedah tu takdelah medically proven tapi tu adalah kaedah perubatan cina dulu2...traditional punya cara...btw stroke kalau gi hospital pun doktor tak boleh buat apa, hanya bagi ubat cairkan darah, kurangkan kepekatannya supaya darah boleh jalan lancar...kaedah cucuk ni nak bagi darah tu bergerak, tak block! Googglekan kaedah perubatan stroke nanti dapatlah jumpa laman citer pasal kaeadah cucuk jarum nih...saya buat kat suami, alhamdulillah dia dapat diselamatkan daripada alami salur darah otak pecah, hanya selnya mati sahaja (ambil masa utk aktifkan sel baru..) w.pun tekanan dia sgt2 tinggi, ttp pertuturannya tak terjejas langsung..doc pun pelik. W.hal saya ambil masa lebih 2 jam lepas serangan sebelum bawa ke ER. Stroke nih asalnya kan dari Jin jahat namanya Al-Raihul al Ahmar (angin ahmar)dan ia pun kena kat cucu Rasulullah, Saidina Hasan dan Jibrail ada bagi Nabi satu doa dan Nabi minta seluruh umatnya untuk amalkan doa ini bagi elak angin ahmar sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

simah said...

mesti risau bini jiran syikin ni yek?

syikin memang perihatin jugak yea dengan aktiviti jiran syikin? lama ka diaorang duduk dekat rumah syikin?

semoga jiran syikin cepat sembuh..

13may said...

huh! takutnya....

Shami said...

salam.....lama dah kita tak berblog yer...weird habbit lum lagik buek..he..he

Serangan stroke...memang macam tu, saya dah pernah tengok..terjadi kepada arwah nenek saya ketika dia dalam tidur..keseluruhan badan dia...cuma bunyi nafas sahaja, dan anggukkan kepala saja yang mampu di buat...
setelah dipanggil dr datang kerumah, dia dikata demam, bila bawa kehospital, check darah dan x-ray..semua...semuanya dah takdir...
tekanan darah dia terlalu tinggi melebihi 200...dan kata dr kemungkinan uratnya dah terputus, sebab itu keseluruhan badanya tidak dapat digerak..setelah 1 hari di hospital, air yang dimasukkan dalam badanya sudah tidak menunjukkan tanda positif,tanda2 nenek saya sudah dipenghujung usianya..makin jelas nampak akhirnya kami bawa pulang, setelah 2 hari dirumah, akhirnya dia dijemput..kembali...

kepada yang mempunyai penyakit darah tinggi awasilah pemakanan..anda..begitu juga yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi dalam badan...ajal maut ditangan Allah..tetapi kita dituntut untuk menjaga kesihatan sebaik mungkin....

lain pulak kisah jiran saya, dia terlalu tension dan penat bekerja, juga diserang stroke...tapi dia juga ada darah tinggi, tekanan darahnya memuncak..kala dia tension..dengan kerja dan telah diserang stroke...sebelah badan saja,...ketika dibawa kehospital, dia diberi rawatan sepatutnya, tetapi dalam diam keluarganya telah memberi dia minum, susu IgG plus 5 hari berturut2, tanpa pengetahuan dr, dan hari ke 5 dia dapat mengerakkan kembali anggota badan, dan dibenarkan pulang, dengan ubatan dan rawatan susulan ...kini dia tidak bekerja lagi, dan berehat dirumah, sambil berusaha memulihkan bahagian anggota yang diserang stroke...dengan membuat excercise...kesian juga tengok isterinya, tetapi sib baiklah isteri dia indipendent, pergi kerja, sendiri, ....boleh drive dan bawa motor, jadi tak ada masalah sangat....itulah pengalaman hidup masing2....kita perlu bersedia menghadapi kemungkinan, tabah, bila menhadapi ujian dari Allah...menangis sekadar untuk melepaskan rasa terbuku dihati...jangan fikir yang negatif..sangat...nanti takut makan diri sendiri....

Sastri said...

bahaya kan? sebab tu la Blackie prihatin pasal pemakanannya... Sas plak jenis yg makan ikut suka... keskeskes... kena berjaga2 gak laa camnih...

Ku Keng said...

Pesan almarhum bapa saya, yang pernah kena stroke, bahawa pesakit stroke: cepat merajuk, malas, tak sabar dan cepat marah.

ummibatrisya said...

salam,

lama ummi tak masuk blog syikin dah banyak entry ummi tertinggal. active skrg. takut nye dengar pasal jiran syikin. bagus daoat jiran macam syikin, prihatin!:)

semoga dia cepat sembuh.

Ibu said...

Kak long? org yg sama dgn 'syikin yg pandai masak' ? Laaa....

In that case, Kak Long/Syikin, i've "tagged" you. Senang2 jemput ke blog ibu to read about it.

Harap jiran kak long tu cepat sembuh.

U take care!

Titicaca said...

info bagus ni..menakutkan ye..

oldtown~Smell the Roses said...

siannya!

memamng jd iktibar...kena doa supaya hari2 sihat. Smoga kita sume sekeluarga sentiasa sihat...

blackpurple said...

So, macamana perkembangannya sekarang ?

Ngeri juga kan....

NBK466 said...

Dahsyat jugak penangan HYOERTENSION..sampai buleh kena stroke.. Minta2 dijauhkan dari kita semua.

p/s : Kalau sesapa tak tahu musti ingat jiran Syikin tuh kena letrik sbb duduk atas kusi letrik..he.he..he.. Sori dah banyak termiss N3.

Kopi Suam said...

Salam,
kak long saya ada terbaca kalau ada sauadara kita yang terkena strok sebab jatuh cari jarum dan cucuk dicuping telinga bahagian tindik tu dan picit telinga bagi keluar beberapa titik darah.

picit jari-jari tangan dan kaki bagi peredaran darah terus berjalan.

Memang takut kalau kena stoke ni specially bagi yang sellau tension.

Zakiah said...

penyakit ni one of the silent killer gak ni kan. Mintak dijauhkan.

Inqilaab said...

err kak long menghilang ke mana?

cikdinz said...

stroke, bahaya takleh nak cakap.

ILA said...

owhhh..pasai syap k.long minggu nie????
????????????????
?????????????????????
??????????????????????????
??????????????????????????????
????????????????????????????????
??????????????????????????????????
owhhh..banjir segala dgn tanda p'soalan..hmmmmmmm~~~

Anonymous said...

exercise selalu. jaga makan.

Honey MJ said...

zaman skrg ni org muda2 pun boleh kena stroke. stroke bukan lagi penyakit utk org tua.

mungkin disbbkan alam persekitaran, diet & pemakanan, lifestyle yg menyebabkan org muda2 dapat stroke.