Thursday, June 7, 2007

Sakit mata

Salam,

lama tak update ni..ada banyak citer. tp tak dpt nak citer buat masa ni. Kaklong, Husna, Aiman, Huda dan Alia sakit mata. Sakit mata ni sampai demam jadinya. Asalnya, biras kaklong (baru terima biras 26 Mei lalu) kena sakit mata ni Isnin lepas ( 4 Jun). Ahad tu (3 jun) baru majlis bertandang kat rmh mil. Kaklong balik Gombak malam Selasa tulah, cik abe dah start kojo. Husna dan Aiman tinggal rumah mil. Huda n alia ikut balik. So, hari Selasa, Husna kena pulak. Huda kat sini pun kena. Aiman kena Rabu. Sama ngan kaklong. Syukur kat rmh mertua tu ada klinik panel ofis suami, taklah susah2 pak mertua nak keluarkan duit ubat.

Pagi Khamis ni, Alia pulak kena, bangun pagi terus dua biji mata tu merah bengkak. Susah betul nak titikkan dua budak kecik ni ngan ubat mata. Punyalah dikejapkan matanya. Si Huda tu tahan lagi. Ni si Alia, sampai kena kepit dia utk paksa dia bukak mata. bunyinya kejam. tp kalau tak buat camtu, mmg tak dpt masukkan ubat. terpaksa tahankan hati tu ngan raungan dia. Tapi dah masukkan ubat tu, cepat pulak diamnya.

Oklah..nanti dah ok, sambung citer lagi. Ni badan pun rasa dedau semacam dah.

26 comments:

oren said...

sama gak macam Najmi..kalo nak bagi ubat, memang kena kepit jek..

semoga akak anak beranak cepat sembuh...

Sastri said...

bila kena sakit mata ni memang seksa... pedih mata tu, dahtu bila bangun pagi, 'tahi' mata melekat plak tu, sampai susah nak bukak mata...

goboklama said...

musim panas semacam lak nih,lagi la terasa peritnya..syian... sabar ya,semoga cepat sembuh semuanya, amin..

bunga rampai said...

Salam,

Sakit mata anak beranak? Duh!
Sabar Kaklong. Rajin-rajin bubuh ubat tu ..

Moga cepat sembuh.

NBK466 said...

Kalu dah HITLER tuh HITLER jugak..he..he.he.. Cam Syira dulu gak masa kecik2 susahnya nak bagi ubat guna syringe..skg masukkan ubat dlm syringe dia dah voulenteer nak inject masuk ubat tuh sendiri.. Tapi ubat mata lum dapat cuba lagi..harap2 tak payah..

Kak Lady said...

Ada orang kata kalau nak elak dari merebaknya sakit mata ni...kalau sorang dlm keluarga kene sakit mata...yang lain2 tu elak dari mandi air dari kolah atau tadahan cuba mandi gunakan air pancuran...

Lepas tu kalau terasa mata dah lain...beli air mawar dari kedai india dan buat sapu kat mata...sebab air mawar tu sejuk...

Kak long tak sihat ke...harap2...segera sembuh..buat kak long dan anak2

AZWA said...

Salam Kaklong...

alahai kena sakit mata kerr...petua orang kampung azwa pulak, kalau kena sakit mata nie titiskan susu ibu kat mata tu hehehe...tak tau la berkesan ka tak.

terjangkit ngan biras ek...sib baik dia tak kena masa nak kawen dulu..cam azwa seminggu sebelum kenduri kawen terkena sakit mata terjangkit nga adik azwa. sib baik cepat2 gi doktor, so tak la melarat sampai bengkak2 mata. kalau tak ada orang naik pelamin ngan spek mata hitam la jawabnya hehehehe...

ILA said...

ishhhh~~~bila titik ubat tu masuk k mata..pedih rasanya kan K.Long?eerr..dah x ingatler..pengalaman sndiri..

simah said...

ai kesiannya awak syikin....

semoga awak cepat sembuh... tak sempat balas email awak lagi...tapi saya terkejut bagak dengan apa yg awak tulis! hahahah...

hope u will get well soon... *hugs*

ontahsapo said...

sakit mata ni, selagi belum habis satu family kena, maka belum habis lah tu... tunggu jer la... hehehe semoga cepat sembuh semua....

kakLuna said...

'oh kaklong sakit mata ye?saya sakit punggung..hehe' <-- petua nak elak dari berjangkit..

D said...

orang sakit mata tak leh tengok skrin computer la..HeHeHe. selamat berehat!

Bie said...

salam akak...lama tk sembang dgn akak...rindu lah.

Zakiah said...

bukak skolah ni bebudak cuti lagi la gamaknya yer.

bebudak kalau pasal ubat jenuh nak bagi kan. Tu yang kalau sakit tuh... susah hati. Susah hati sakit satu pasal susah hati nak bagi ubat tuh...lagi satu hal

maklang said...

semuga cepat sembuh...

Helena said...

dengar cerita sekarang ni banyak orang sakit mata yang buat demam sekali.....

Take care utk kaklong sekeluarga. Semoga dah sembuh.

Mummy Rizq said...

semoga kak long sekeluarga cepat sembuh!

rizq tu selalunya tina yg kasi ubat sebab saya tak sampai ati tengok dia menangis....

Mama Sarah said...

get well soon, insyaAllah

oldtown~Smell the Roses said...

Kak Long, moga cepat sembuh!

kasutVincci said...

alahan akak dah ok ke belum? Ni kena sakit mata la pulak. Dah la benda ni mmg berjangkit satu rumah. Nak tunduk pun rasa nak tercabut bijik mata.
Moga akak n family cepat sembuh.

Mommy said...

Alo Syikin,
kita dah ade blog baru
datanglaa visit... Ni HM

mohdhaslanr said...

kak long, semoga cepat sembuh...

13may said...

salam...
datang menjenguk kak long....

moga moga sihat:)

Queen Of The House said...

Dah lega ke? Memang sakit mata ni merimaskan .... especially for children. kesian buda-budak. Get well soon.

Azer Mantessa said...

salam,

tgh pregnant2 nih, hati2 sikit ngan ubat termasuk ubat sakit mata

日月神教-任我行 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,色情,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女