Thursday, July 12, 2007

Jejak Kasih.

Salam,


2 April lalu yang lalu, petang Isnin, sms masuk "Assalamualaikum, aku dah tpon Kak K, dia dah kawin tp lum ade anak". Gembira hati bukan kepalang. Terus balas sms Kakngah minta no tepon Kak K. Tak sampai 2 minit, dapat no. teponnya.

Lama sedikit, kaklong cuba telefon dia. Tapi tak berjawab. Biarkan dulu. Lepas tu cuba telefon semula, berjawab! Alhamdulillah.

Ini kak K ke?
Ya saya (Nada dia masih kehairanan, sapalah contact dia ni agaknya..hehe)
Sibuk ke
Tidak, jalan2 saja (loghat sabahnya pekat spt selalu)
Kak..apa kabar ? Saya syikin..Ya Allah..rindunya ngan akak.." suara saya gembira. Dia punyalah terkejut. Sama2 kami ketawa gembira. Dan air mata tanpa dpt ditahan2 merembes keluar. Air mata rindu !!! Sungguh saya merindui dia. (Husna pelik nape umminya menangis masa telefon )
Ni saya menangis ni...Gelak2 saya bagitau dia. Dia pun gelak2 sama. Kami berbual dan berbual. Betapa dia pun merindui keluarga saya di sini.

Adalah dalam 10 minit kami berbual, tak boleh lama2. Dia di Sabah nun, saya di sini. Siang pula tu, hp pulak tu yg saya call. mau melambung bil. yg bayornya cik abe ku..pening lalat org tu nak bayar kang, dia tak pakai, dia kena tanggung bayar..huhu.


Siapa Kak K ? 17 tahun yang lalu, tahun 1990. 5 orang pelajar dari Sabah menyambung pelajaran di tingkatan 4 di sekolah kami. 3 lelaki dan 2 perempuan, Kak K dan Kak M. Kak M dan Kak K ni tua setahun drp kami tp masuk tingkatan 4. Tapi semua mereka tidak sekelas dengan kaklong. Dan masa ni kaklong dah mula duduk asrama. Mereka pun duduk asrama. Tapi masing2 berlainan bilik. Alkisahnya, bila cuti sekolah bermula, mrk tiada sanak saudara di semenanjung untuk dituju. Makanya pelajar2 lelaki ni, ikut warden (USt. H) balik kampungnya atau bergilir2 balik kampung kengkawan yg lain termasuk rmh suami kaklong. Yang Kak K, ustaz H minta kaklong bawa dia balik k rumah. dan Kak M pula, ikut keluarga lain.


Di sinilah bermulanya ikatan Kak K ngan keluarga Kaklong, mak dan arwah ayah k.long menerimanya sepenuh hati. Terutama ayah, mudah simpati dengan orang susah. Sejak itu, kalau akhir bulan, mmg kak K balik balik bercuti ke rumah kaklong. Sesekali dia ikut gak kengkawan lain balik kampung mrk, tp mmg lebih ngan keluarga kaklong. Time balik kampung di negeri SEmbilan, merasalah dia ikut sama. Dan kalau mak dan ayah datang melawat, kak K pun diajak join sama ngan kaklong, makan2 bagai di kantin sekolah. Bekal untuk kaklong, ada juga untuk Kak K. Hinggalah habis S.P.M, Kak K pulang ke Sabah bersama 4 yang lain. Sejak itu, kami tak pernah berjumpa lagi. Ada juga berutus surat awalnya, tp lama2 terputus hubungan sbb kaklong kehilangan alamatnya. Masa berlalu tahun demi tahun, tapi hati ini tetap ingin mendengar suaranya suatu hari nanti.


Dipendekkan cerita, suatu hari suami kaklong berjaya mendapat no. telefon salah seorang kawan lelaki Sabah tu. Sempat gak bertanyakan hal Kak K. Dia sendiri lama sangat dah tak bertanya khabar kak K. Sepanjang pengetahuannya, dia rasa Kak K lum kawin lagi, tetapi dia masih tinggal di kampung halamannya dan mengajar di sekolah sana.

Kebetulan kakngah, adik kaklong duduk Sabah sekarang, dia pun beria2 nak cari Kak K. Jadi kaklong bagilah contact no. kawan lelaki kami tu , supaya lebih mudah KakNgah sendiri mencari Kak K di sana. Makanya, hari itu dalam sejarah, 17 tahun kemudian baru ( 2 April) dapat berhubung semula. 10 minit lbh kurang saja berbual, tapi cukup menggembirakan. Dan rupanya, Kak K baru kawin tahun lepas tapi belum ada rezeki anak lagi. Memang kawan lelaki kami tu tak tau cerita terkini Kak K. Sama2 kami berjanji, ada rezeki kami akan berjumpa juga. Dia dah ajak ke Sabah tu..insyaAllah Kak K, kalau ada rezeki kita berjumpa ya.

Hmm..rindunya ngan kengkawan lama dulu, terutama masa kaklong duduk kat Kg. Manjoi, Ipoh sejak berumur 3 -12 tahun. Zaman persekolahan kanak2 dulu amat membahagiakan. Susah nak jumpa mcam2 masalah sosial sekarang ni. Tadi, kaklong tergerak contact J, sorang kawan sekolah rendah yang masih dlm list perhubungan. Seronok bertanya kabar. Biar pun setahun sekali berhubung, yang penting dia masih boleh dihubungi. Keluor sikit2 loghat peghak tu..tapi x leh pekat cam dulu dah. Tak best tul. Yang penting, dia masih ngan no. hp lamanya. Takut dah tukar pulak. Err..ada orang suka tukar no. hp ya..kenapa ek?

p.s,

1. Takziah kepada Mamafynn yang kematian arwah bayinya (Nurul Insyirah nama diberi. Sedapkan) yang meninggal dalam kandungan dan kepada Simah juga, di atas kematian anak saudaranya, arwah adik Afif . Alfatihah untuk mereka. Moga keluarga mereka tabah di atas kehilangan ini.

2. Entri "Fitnah" kaklong tarik dulu. Terima kasih pada Abi yang sarankan supaya kaklong blurkan gambar tu. Hmm..tak terfikir pulak. Betul cakap beliau tu, tak pasal2 kaklong pulak menyebarkan gambar tu. Terima kasih Abi atas ingatan tu.

18 comments:

Anonymous said...

berpesan2 kepada kebaikan itu tanggungjawab sesama muslim. kerana manusia itu kadang2 lupa. sama2la kita ingat mengingati.

innalillahi wainna ilaihirojiuun. hanya itu satu saja kepastian dalam kehidupan ini, MATI!

Kiah Kardashian said...

aha elok juga saranan encik abi itu kak. Saya pun baru teringat pasal tu tengok entry tu dah ilek.

KAMATO said...

Seboleh-bolehnya kekalkan perhubungan persahabatan itu.... elok tu kalau boleh bercuti ke sabah

MAMAMIA said...

Yang jauh kita dekat2kan, yang dekat kita serasi2kan, yang serasi kita mesra2kan (sorilah kalau tunggang terbalik ni..) . Tahniah kerana dapat menjejak kasih.

Mak Su said...

mak su pun rindu ngan kengkawan masa sekolah, masa kecik2,... hhmmmmm, nak kena buat jejak kasih ni.

RaFFLeSiA MeRaH said...

alhamdulillah, ikatan silaturrahim tu masih kekal....kuasa tuhan kan kak....

AppleB said...

salam kak,

kalo ke sabah..haruslah melencong ke tmpt saya ya. saya tunggu ni kak ahahhahaahhaha

Anonymous said...

salam kaklong,

bestnye kan, dpt jumpa balik kawan2 lama. sy kat miri skg suddenly terjumpa kawan sekelas masa f1 yg dah lama duk cari. tu la kuasa Allah tu bole temukan kita d mana2.

[apa ek antry 'fitnah' tu? xsempat tahu plak :P]

Bunga Rampai said...

Salam,

Kisah persahabatn begini sering saja mengusik hati.

Moga perbualan itu disambung dalam pertemuan pula.

Kaklong sihat?

Jaga diri:)

mama_fynn said...

Syikin,

terima kasih.

bila kenang balik zaman persekolahan (kanak-kanak) best kan...masa tu ..happy je...

Sastri said...

yaaa... seronok bila dapat hubungi balik kawan-kawan lama... :D

takziah kepada mama_fynn... semoga tabah menghadapi dugaan ini...

psst... kak, sas dah buat dah tag akak aritu... lupa pulak nak bagitau... :D

D said...

alahai, rugi besar lama tak berblog... terlepas entry sensasi!!!

Anonymous said...

bestkan akak bila kenang balik zmn persekolahan dulu...

lagi satu bie rasa kwn2 zmn sekolah menengah dan rendah lebih dekat di hati berbanding kwn2 kita kenal masa di U dan masa keje...taktahu lah kenape...

MOKCIK AZWA said...

Syikin,

Salam...lama tak menjenguk. baru balik dari berkursus dan sekali lagik sesat hingga ke batu caves muahahaha..

wah seronok dapat berjejak kasih ngan kenkawan lama kan...kalau ada rezeki esok2 tu bleh la pi ke sabah kan.

entry mana satu nie ek...lahai terlepas la pulak nak membacanya..

Eddie Putera said...

ish...gembira pun boleh nangis ??

kakLuna said...

ala..tak sempat la pulak nak baca entry fitnah (ni yg buat saya makin curious nih) hehe..


kakLong ni mmg sahabat yang baik :)

ontahsapo said...

ingat jejak kekasih tadi...

aNIe said...

Kak long...memang sebak dan gembira bila dpt menjejaki kawan2 lama...seakan2 mengimbau kembali segala kenangan bersama mereka....

Macam kak lady...kawan2 sekolah semua dah tak berjumpa lagi...yang masih boleh dihubungi hanya sorang je...tu pun dah lama tak berjumpa...tapi alhamdulillah kami masih bertanya khabar...