Wednesday, July 4, 2007

Jom makan buah...

salam,

Eh, sekarang ni musim buah tempatan bermula. Raja buah kita dah mula gugur, rambutan dah ranum masuk, cempedak dah wangi baunya, dan sukun dah boleh digoreng. Empat jenis buah2an ni ada kat rumah mil sekarang, terutamanya durian. Ahad baru ni, berkesempatan kejap balik rumah mertua, wah..melantak sakan kaklong anak beranak makan durian. Pas tu bawak balik rumah lagi beberapa bijik, siap buat bubur kacang hijau + durian lagi. Dahlah jenis durian yg pak mentua tanam tu, jenis kaw2 punya, makan seulas dua aje, boleh panas badan jadinya.

Disebabkan melantak tak sedar diri, dua hari ni kaklong kena sakit kepala ditambah pulak cuaca panas sekarang. Sampai kena telan panadol. Aduh..baru teringat, kita ni makyung, tak jaga betul2 boleh kena darah tinggi. Teringat ngan pesanan KV gak. Tq KV duk ingatkan akak.S udahnya, kaklong surrender tak berani nak makan lagi. Suami duk pelawa pun kaklong tolak, takut dah, ni pagi ni ada pening2 lagi ni, risaunya janganlah bp naik huhuhu. takut mendadak tinggi, tak pasal2 kena makan ubat darah tinggi. kang tak pasal2 kena force delivery pulak.

Rambutan pulak, dah mula masak, tp ada gak yg lum masak lagi. dapatlah merasa sikit. lekangnya buah... yg penat tu duk tolong kopekkan utk anak2. Masing2 penggeli nak pegang rambut rambutan tu, kalau pegang pun hujung jari aje..itu lum nampak semut kat rambutan tu. lagilah takut nak pegang.

Cempedak lak..bestnya, buat goreng dan makan mentah camtu pun ya jugak. dapat isi cempedak yang besor2, puaslah makan. Aroma wanginya tu yg tak tahan tu..Kalau rajin, biji cempedak tu direbus empuk campur sikit garam, pas tu makan..mengunyah yolah kojo eyy.

Sukun...sedap tul makan time panas2 dengan tepungnya yang rangup tu.

Alamak, takat citer ajelah, gambor2nya tarak...

p.s. Ada sesiapa tak biasa masak lauk ayam masak halia? Boleh share resepi?
Update: Al fatihah kepada arwah mak Kak Wan (Alex Lacey) yang telah kembali kerahmatullah minggu lepas, begitu juga kepada arwah ibu mertua HotMama (Aidan's Mommy) yg kembali kerahmatullah beberapa minggu lalu. Sama2 kita doakan roh mereka di kalangan para solihin, moga lapang kuburnya, terang di dalamnya dan dapat menikmati haruman taman2 syurga Allah hendaknya. Amin..

16 comments:

RaFFLeSiA MeRaH said...

kaklong...cempedak tu angin kak, kenakan pulak dengan durian, mane tak pening....sy pun x bape nak tahan mkn cempedak byk sgt...ayam masak halia? rasanye gaul ngan halia jer la kak...heheheh...gurau jerrr...jarang goreng ayam masak halia, biasa goreng camtu jerrr, campur garam ngan halia kunyit...goreng gegaring....masak ler...

Syikin said...

salam,

RM: la..ya ka? baru tau cempedak tu angin dik oiii..tq bagitau. hehe..poning den berganda..

ha, akak nak ayam masak halia yg thai style tu hehe.

MAMAMIA said...

Aruah FIL akak ada cakap bila musim buah selalunya serentak dgn musim demam. Betul rasanya, sebab ramai na yg demam termasuk anak akak.

Dah lama tak makan biji cempedak rebus tu.

Apple Pie said...

Salam kak.

Akak tgh rambang mata tgk buah2an ek. Sib baik saya ni bukan pemakan durian. harus demam kalo makan bukan lagi pening hehehehhe.

tp akak jgn la makan byk2, kang bp naik sapa yg susah. akak jugak. kami tlg baca jer entry akak :D.

bab resepi ayam halia tu saya reti yg chinese style jer. kalo thai tatau la pulak.

ontahsapo said...

walaupun aku tak makan durian, dah seminggu dah kerja aku mengopek durian utk mereka.... apa nak buat...?

sitilina said...

salam kak long,

kita EDD 13okt. beza sehari. hehe.

kita beli fridge tu kat carefour rm119. ada yg kecik sket rm99.

ayam halia yg besa kita wat. bkn thai style, ntah style ape ntah. simple je:-
BAHAN2:
-ayam potong kecik2
-halia sebanyak mana suka (huhu)
-bebawang
-garam sikit
-sos tiram sesudu
-tepung jagung tuk pekatkan kuah

CARA2:-
-gaul ayam dgn garam & goreng/ letak dlm mikrowave. ketepikan.
-hiris halia & bebawang. tumis.
-pehtu kasik sos tiram tu.
-kalo dh byk letak garam kat ayam, xpayah letak garam lg, kalo xbyk sgt, bole tambah lg garam.
-kasik air sikit & tambah bancuhan tepung jagung.

TARAAAA... simple & enak dimakan huhu.

Sastri said...

yummyyy... lama dah tak mamam sukun goreng... dulu selalu ptg2 nenek akan goreng sukun untuk minum petang dan dicicah dengan sambal kicap... nikmatnyaaa... durian plak, hmmm... kena tunggu dulu... nak kena bagi baik betul2 dulu demam hari tu baru laa nak beli durian...

Kaklong said...

salam,

mamamia: betui kot, yelah, makan buah over sangat mmg bawak mudarat, koman2 boleh batuk kalau makan lebih rambutan..

camtu, kena belilah cempedak, rebus bijinya..sedap.

AP: hehe..tocey2 ingatkan akak..yap akak yg menanggungnya, korang tolong baca aje :). ha, resepi chinese style pun tak kisahlah, boleh bagi aje..

Sitilina:tq info tu ya..insyaAllah, nak carilah satu. berhajat besar kalau dpt kerja, still nak bg anak susu badan. tq ya resepi tu, simple tp sedap bunyinya tu :D

Sastri: alahai, kalau awak berjiran ngan akak, akak bagi setengah biji sukun mentah kat awak mcm jiran akak dpt tu. boleh goreng banyak n makan puas2. ha, kebah betul baru makan tau, jgn bedal skrg, takut demam makin teruk.

Kaklong said...

eh lupa,

OS: cayalah, tak makan durian tp reti kopek durian :D. tak pening kepala ke baunya? biasanya org yg tak suka takkan nak dekat ngan buah ni, baunya aje dah meloyakn..itu kata oranglah..

maklang said...

maklang tengah 'teringin' nak makan durian...

maklang dah masukkan resepi mee hailam kat blog dari dapur maklang...

sitilina said...

kat sini durian sedap xde. durian ala2 kampung aje. balik kelantan baru bole melantak durian siam. huhu. lambatnyeeee laagggiiii~~~

Kak Elle said...

salam kaklong lama tak kemari....best tu buah tempatan....

kat depan rumah akak ada jual durian minggu ni aje dah 2 kali membeli nya ... mmg durian ni panas kalau mkn byk sgt mmm cholestrol tu naik nanti.

hati2 jgn makan byk sangat nanti BP pun naik juga.

Kaklong said...

salam,

Maklang: cayang maklang..muah muah..hihi, tq masukkan resepi tu :D. dah 'teringin', kena cari tu :D

sitilina: alahai, siannya kat bakal mama ni, kat pasaraya2 besor di sana tak de import dr Semenanjung or Thai ke?

Kak Elle :mahai tak durian kat sana? mmg tempatan punya or import dr msia or thai? tq ingatkan saya :D, ni duk stop makan dah.

Azer Mantessa said...

al-fatihah

buat mereka yang pergi...

kasutVincci said...

hiks kak long ni, seb baik tak kena darah tinggi. Kv tak berapa gemar sgt durian, tp makan la jgk. Mengandung yg ni asal makan durian jer terus muntah. Awat tatau la.
Kalo kat kelate, durian cicah budu campur jering atau petai. Masin budu dan manis durian tu bercampur mmg kaw kaw punya lah! Hik hik. Mcm tempoyak la jugak.
Tp durian hubby kali ni kurang menjadi. Kulit luar elok, tp isi byk yg rosak. Serangan serangga.

Kaklong said...

salam,

Bro Azer: al-fatihah

KV:hehe..dah stop dah, tak berani makan. hari ni baru kepala ok. Budu? smapai la ni tak pas makan budu wlwpun duduk kelantan dulu dua tahun huhu..