Saturday, May 19, 2007

Ucapan-ucapan terlewat

Salam,

Ini semua ucapan terlewat daripada kaklong

Pertama-tamanya nak ucapkan Selamat Hari Guru pada semua pendidik. Jadi pendidik nilah mendapat pahala sepanjang masa jika pendidik tersebut memberikan ilmu yang bermanfaat pada anak2 didiknya dan diamalkan pula oleh mereka serta ditambah pula dngn anak2 didik tersebut menyebarkannya kepada orang lain.

Kedua, Selamat pengantin Baru kepada Raja Muda Perak dan Raja Puan Besar Perak. Moga Perkahwinan mereka dirahmati Allah. Amin.




Ketiga, tahniah kepada mama Blogger kita, Angah yang telah selamat bersalin kira-kira 21 hari yang lalu. Dapat girl kali ni. Adlin Humairah namanya (Angah sori ya kalau salah ejaan dan sebutan). Dah sepasang anaknya tu. Syukurlah dia bersalin mudah sangat. Sakit pun 3 jam aje. Masuk labour room 10 minit aje, dah bersalin. Tak sempat tulis nama kat papan putih tu pun katanya, hihi (Bestnya..mudah bersalin, kaklong pun doa2 mudah camtu gak). Yang kaklong tau ni, petang Jumaat semalam tergerak nak call dia sebab duk fikirkan dia dah bersalin atau belum, rupanya dia dah 20 hari bersalin. Tapi dia tak leh nak online sbb kat rmh tak de internet. Dapat dengar gaklah rengekan babynya tu. Hish..tak lama lagi turn kaklong pulak, insyaAllah.


Keempat, tahniah gak kat papa blogger kita, NBK466 yang dapat boy. Dah sepasang gak.

Kelima, tahniah kat Puteri 1 yang dpt first baby. Girl. alahai, namanya pun lupa pulak. Tahun depan boleh tambah sorang lagi kot? Cik Ngah (panggilan manja utk Rafflesia Merah la ni), sampaikan pesanan akak ni kat kembor awak tu ya hihi.

Keenam, tahniah utk ex classmate kaklong yg dah bersalin anak k 5. Dapat boy. Cuma yang kaklong tak larat dengor tu, babynya semangat. 4.15 kg. Bersalin normal pulak tu. Rezeki dialah dpt bersalin normal tu. Dia pun tak sangka sampai semangat camtu. Tapi dia bagitau masa kandungan 8 bulan tu mmg dia rasa tak larat sangat dah sebab rasa perut tu berat sangat, dia pun rasa letih sangat.


Ketujuh, tahniah gak utk isteri kawan sekerja suami kaklong dapat boy juga. Anak k 4. Tapi masih lum ada rezeki nak dapat girl sampai la ni. Tak pe ya N, insyaAllah, akan datang dapat girl pulak. Saya doakan.


Ok..stop sini dulu. Cam biasa, terima kasih atas komen2 kat entri sebelum ni. Cumanya utk Kak Lady, akak kata depa baring kat pantai macam ikan masin tu lawaklah. Nbk466, iklan Lasindah Cafe tu boleh diterima lagila, tak de unsur xxx tu pado sey, hihi. Sis d, saya try cari kat youtube, tak jumpa pulak iklan tu. Simah, anak2 saya mmg suka jalan stail berlari, turun naik tangga pun laju semacam hihi. Kena sound pun tak makan. Aku bukan bidadari, saya cuba buat kunjungan balas ke blog anda, tapi profile not available la. Harap sudi datang lagi ya.


Lupalak..sesapa yang suka berendam dalam air tu tapi bimbang masalah aurat terdedah, bolehlah ke website ni http://www.wanisapparel.com/muslimswimwear2.htm untuk order pakaian renang wanita muslim. Kat bawah ni satu contoh pakaian renangnya. Nak tengok pilihan lain lagi, surf la website tu. Eh, jangan salah faham ya, ni saja suka2 nak bagitau, kaklong tak de kena mengena pun ngan tuan punya website tu, memang tak kenal pun. Baru terjumpa website ni.

Ok...selamat berhujung minggu semua.

19 comments:

DeeN said...

Wah, ramainya orang dapat baby. Bertambah cucu cicit Adam Hawa. Alhamdulillah. Lepas ni turn Kak Long la plak. Jaga diri tau!

Sastri said...

ha'ah laaa... ramainya dapat baby... tahniah kepada semuanya... tahniah juga kepada pasangan mempelai diraja yg sama cantik dan sama padan tu... :D

silversarina said...

wah kumpul sekaligus bagi ucapan...bagusnya dapat keep updated with all the wonderful people with all the meaningful events of life....

Tahniah buat semua !!

ontahsapo said...

Istiadat kali ini aku tertanya2, apsal pasangan ni tak ke beting beras basah, itukan adatnya....hmmmmm....

YuszTieY said...

byk nya ucapan tahniah tu k.long..kumpul2 yer..utk k.long jugak mabruk akan dapat baby tak lama lagi...k.long saya takut baca yg tahniah ke6 tu baby 4.15kg normal plak tu...coz saya pun jangka salin awal puasa ni ...thanks singgah blog saya yer

Azer Mantessa said...

tahun nih musim bersalin ek
tahun lepas musim ... :D

ILA said...

wahhh..k.long dah ubah template lakk..label & sgala yg b'kaitan sebelah kiri lak..
hehe..k.long dlm kboringan le tu kut...:)
ila agak teruja mlihat psandingan Raja Muda Perak tu.tunggu gak sape2 blogger yg akan pamerkan:D

RaFFLeSiA MeRaH said...

macih kak sbb glamer kan name 2 beradik kembar ni kat entry akak, hehehehe...tambah sorg lagi baby tahun depan yerk...

kakLuna said...

tahun 2007 memang tahun yang subur..hehe

pB said...

terima kasih kerana semua update ttg baby baby baru tu ....

KakNi said...

Semalam dah masuk blog KakLong ni tapi belum sempat tulis komen dah pergi tengok gambar swimming suit muslim tu.
Saya punya swim suit, chewah, kononnya ada swimsuit pulak, saya beli yang scuba diving tu le, lepas tu pakai t-shirt nipis on top. Lebih kurang macam rupa swimsuit yang ini jugak le.

simah said...

tahniah kepada semua yg kat berkenaan...

baju wanis apparel tu memang sesuai sangat utk berenang renang...

wanis cakap dia dapat stok dari indon... sapa yg rajin beli la :0)

NJ@Goboklama said...

baby 4.15 kg? mak oiii,tentu sakit tuuuu! My Arif dulu pun 3.4 kg dah nak putus nyawa, respectlah!! bilalah nak dpt.2nd baby ni, rasa jeles lak dengar org.dpt.anak baru :)

NBK466 said...

Thanks Syikin ada lak namo den mencemar duli blog nie..he.he.he.. Awat kena reply comment kat N3 page? Stail baru kaa?

Sofira said...

salam ziarah. pekaba? harap kaklong dah bertambah sihat skrg. :)

13may said...

skrg nak sampai musim kenduri plak...

salam kakLong:)

aNIe said...

Salam kak long...heheheh...ramainya yang dpt baby....alhamdulillah...dan tahniah untuk semua...

Dah tukar cat umah nampak...hehehhe...

Ummi said...

salam,

buat renovation rumah nampak. nampaknya tahun 2007, tahun bersalin nampak. tentu syikin tak sabar menunggu giliran syikin ek. ummi doakan semoga semuanya selamat. Amin.

so macamana dengan morning sickness? dah kurang? syikin ke yang jual swimming suit tu? terbekenan plak ummi. :)

D said...

tu dia..... sekali hentam keyboard, macam-macam cerita kak long! eh, dengan bebudak tu cool la sikit. Congrats, anyway - sebab berhasil jugak titik-peluh tu.