Sunday, September 2, 2007

Konvokesyen : 25 Ogos

Salam semua,

Alhamdulillah, kaklong dah selamat menjalani majlis konvokesyen pada 25 Ogos lalu. Sesi petang. Kenangan sungguh la...sebabnya kaklong berKERUSI RODA mengambil SKROL di atas pentas!!!. Dan pada petang tu, hanya kaklong berdua saja dengan sorang brader tu yang berkerusi roda daripada keseluruhan pelajaran yang mengambil skrol !. Kebetulan kami berdua daripada kuliyyah dan program master yang sama, cumanya dia berpangkat junior daripada kaklong.

Masa kami giliran kami berdua mengambil skrol tu, tepukan hadirin bergema memenuhi ruang dewan. Segannya kaklong tak tau nak kata, sebabnya mesti depa ingat kaklong ni OKU yang sebenarnya dan mereka kagum dengan kaklong yang berjaya menamatkan pelajaran dalam keadaan kurang upaya! Dan dan tu gak rasanya kaklong nak buat pengumuman yang kaklong tak layak terima tepukan tu sebabnya kaklong hanya mengalami kecederaan kaki dan masih boleh berjalan lagi berbanding dengan brader tu yang memang lumpuh betul.

Dan semasa staff univ. menolak kerusi roda kaklong keluar drp belakang pentas, sebaknya tak terkata. Air mata tak dapat ditahan2 mengalir perlahan. Dahla tak de tisu kat tangan. Sabor ajelah. Entahlah, adakah sebab kaklong berkerusi roda atau sebab kaklong teringat segala kenangan untuk menghabiskan program master ni, ngan bersalin dua kalinya (2x maternity leaves) dan cabaran emosi untuk menghabiskan penulisan disertasi kaklong tu. Yang pasti, perasaan tu bercampur baur sebak dan bangga kerana dapat menghabiskan master dengan izinNya. Yap!!! yang pasti Kaklong bangga naik atas pentas tu walaupun berkerusi roda!!! Syukurlah masa terima skrol tu kaklong dah boleh tersenyum ceria :D.

Barangkali benarlah kata2 suami kaklong semasa mengucapkan tahniah pada kaklong pada awal pagi tu yang kaklong deserved dapat hadiri majlis konvo setelah apa yang kaklong lalui terutama dua kali bersalin dalam tempoh pengajian.

Mak kaklong pula, sebelum bertolak keluar daripada rumah kaklong, sempat dia curi cium pipi kaklong sambil ucap tahniah. Sebak tiba2 masa tu. Dengan suara bergetar kaklong ucap terima kasih kat mak sebab dia tolong jaga anak2 kaklong waktu kaklong p kelas master dulu. Cumanya dia menolak nak masuk dewan, sebab tak larat lama2 duduk kat dalam tu, jadinya dia volunteer jaga anak2 kaklong ditemani ngan sorang adik kaklong. Tq mak n k.lang kerana datang. Syukurlah mak, adik dan anak2 kaklong masih boleh tgk kaklong amik skrol melalui siaran tv yang disediakan di ruang legar auditorium. Yang best tu, mak kaklong bagi tau, Alia sibuk cakap " go ummi go" masa tgk tv tu, hehehe. Adik2 yang lain tak dpt dtg sebab kerja, kat kampus dan duduk jauh, tak pe, tak de nak kecil2 hati. Nanti depa boleh tgk gambar kaklongkan...

Mak mertua pun tak dpt datang sebab biras kaklong yang tinggal serumah ngan mil tak berapa sihat masa tu, awal2 dia cakap jgn kecil hati sebab tak dpt datang. Tak mengapa, tak kecil hati pun sbb faham keadaan masa tu. Sebelah malamnya, kaklong telefon mil berborak cerita pasal majlis konvo tu, dan ucapkan terima kasih pada dia sebab tolong jaga anak2 kaklong masa kaklong hadapi musim peperiksaan kelas master dulu (musim exam kaklong hantar anak2 ke kampung. mmg masa ni perit utk kaklong hadapi sbb terpaksa pisah antara 1-3 minggu ngan anak2 berdasarkan jadual exam).

Bab kerusi roda ni, kaklong diberi pilihan oleh pihak univ. sama ada nak berkerusi roda atau bertopang ketiak aje masa amik skrol tu. Dalam dilema mulanya sebab dua2 pun boleh, tapi lebih risau kalau bertopang ketiak nanti jatuh terjelepuk kat tangga ke, tersadung karpet merah tu ke, dahlah perut makin boyot ( masa tu usia kandungan dah 33 minggu), kalau jatuh, kan buat rosak majlis aje. Sudahnya suami kaklong yang putuskan, kaklong naik ajelah kerusi roda tu. Untungnya lagi satu, tak perlu melalui perarakan pelajar masuk dewan, terus standby dalam dewan kat tpt yang disediakan. Kemudian, masa giliran prog. master kaklong, staff uia menolak kaklong keluar untuk bersedia di belakang pentas.

Petang ni tadi (Ahad), kaklong serahkan kembali jubah konvo dan mengambil gambar konvo. Eh, lawa lar pulak ngan muka ceria tu..kah kah kah, perasan!!!!!!!! Tak per, puji diri sendiri. Kiranya menten lawa la biarpun berkerusi roda hahaha, cuma nampaklah badan tu berisi sebab boyot dah u..sedar diri tu dah sarat hehehe.

Oh ya, tak sangka pula, sorang mama blogger kita (Nenas) ada dalam dewan yang sama petang tu, rupanya suaminya pun amik skrol gak. Nenas memang kenal kaklong sebab dia junior kaklong kat sekolah menengah dulu :D. Nenas, akak tak tunggu lama lepas konvo tu, sebab akak balik awal.

Harapnya, ada rezeki kaklong buat phd satu hari nanti, berjalan ler pulak time amik skrol tu :D.

p.s. Harapnya mood kaklong nak kembali berblog datang semula. Bolehlah jenguk2 blog2 kengkawan ngan aktifnya. Terima kasih ya yang tinggalkan komen kat entri sebelum ni. Harapnya tak serik datang sini lagi biarpun sekarang ni kaklong on off berblog.

29 comments:

ajzie said...

Shikin.. Tahniah...
Air mata kesyukuran dan kegembiraan tuh...


P.s
Bila bersalin pula?

lindosh said...

congrats kaklonggg

Kaklong said...

salam,

Kak Ajzie: Terima kasih. ha..betui tu rasanya :D. saya jangka bersalin 12 okt (ikut kalendar, hari akhir Ramadhan)

LIndosh: tq LIn..dah letak gambar sendiri ya :D

Izhal said...

Omedetto Gozaimasu!!! (Tahniah!!!)

Sebab grad dengan ijazah masters, dan berjaya matrnity leave 2 kali dalam tmpoh pengajian...

Saya dulu lepas dapat masters buleh terlupa nak pi konvokesyen... hmmmm...

Azer Mantessa said...

tahniah :-)

nawalraudhah said...

Tahniah kak Long...
Boleh jd inspirasi saya utk further study pasni...

semoga dipermudahkan pulak kak Long bersalin nanti...

Helena said...

COngrats Kak LOng..... Princess baru tu bila pulak nak kluar.... semoga kak long dah kandungan sihat2 sentiasa.

Walaupun rasa kelakar bila kak long kata org ingat kak long OKU, tapi sebenarnya u do deserve a standing ovation..... For all the sacrifices.....

May God bless u

YuszTieY said...

mabruk...mabrukk...lama tak tingal jejak kat blog k.long..buka tiap hari tunggu cerita terbaru k.long...ingat dah salin...saya dah lps due dah tapi tak salin2 gak...doakan moga dipermudahkan...
moga k.long akan dapat berjalan dgn elok dah pah ni...semangat dapat skrol terbaru..tak ader gambo ker k.long...teringin nak tgk la...

NBK466 said...

Utk yg tak tahu cerita buleh jadikan kisah dan taulan utk org2 lain dlm dewan..contoh ayat "ko tgk MAKCIK tuh...dgn mengandung, dgn berkerusi roda pun buleh dpt MASTER" he..he.he..

goboklama said...

tahniah kaklong!! qisst harap juga dpt sambung pelajaran ke prigkat lebih tinggi mcm kaklong,insyaAllah..

Sastri said...

tahniah tahniah... semoga sas juga bersemangat nak sambung belajar macam kak long...

Kaklong said...

salam semua,

Izhal: Terima kasih. alahai, siannya boleh terlupa konvo, tak pe, yg penting skrol tu dah ada dlm tangankan :D

Bro. Azer : terima kasih :D

NawalRaudah: terima kasih sudi ke sini. insyaAllah, ada rezeki awak dpt sambung belajar. yg penting, dptkan redha suami 100% ya, baru belajar tu mudah. Amin, tq doakan kemudahan akak.

Sis Helena: tq so much. bila dia nak kluar? ikut due 12 Okt. ni dah 34 wks..debor dah ni... alahai Sis, malulah, ngan tepukan tu, tambahan pula kita ni bukan best student pun.Amin..moga Allah berkati sis sekluarga juga :D

Yusztiey: syukran jazilan ...laaa, awak pun tunggu masa. akak doakan urusan bersalin awak dipermudahkan juga amin. Amin..tulah akak harap leps bersalin sembuh betul, la ni mmg tgh sarat, kaki tu cepat rasa lenguh. Gambor? hehee..bak la email yus..seganlah nak reveal kat blog

Nbk: kahkahkah..lawaklah.

Qisst dan Sastri: terima kasih. InsyaAllah, saya doakan kalian dpt sambung belajar gak. Jom ramai2 sambung belajar :D.

MAMAMIA said...

Sekalung tahniah utk Kak Long. U really deserved tepukan gemuruh tu..

Kaki tu macamana, sakit lagi ke? Hopefully, sembuh sebelum you deliver.

alinlai said...

Tahniah!!! insyaAllah ada rezeki sambung lagi PhD tu :)

kasutVincci said...

kak long, tahniah. Akhirnya skroll tu tergenggam di tangan walo pun terpaksa jd OKU. Hehehe..mmg nostalgia sungguh kan?

Mummy Rizq said...

congrats kak long. tak nak download gambar waktu konvo ker??

kakLuna said...

tahniah kakLong..terharu dan rasa tercabar juga :) ..sangat2 berharap ada rezeki nk sambung blajar mcm kakLong.. :)

tee said...

congrats kak long... penat jerih akhirnya terbayar jua dengan segulung skroll master.

niway, alhamdulillah dengar uri da naik atas semula. nampak gaya due date kita lebih kurang sama ni... tee sekarang ni da masuk minggu ke -6. semoga semuanya berjalan dengan baik.. :)

take care, k..

tee said...

oopsss, silap bukan minggu 6, minggu ke 36... hehehe...

sitilina said...

kak long dah kembali! hehe.

tahniah k long dpt master. saya nak sambung tp malas plak masuk UTP lg sekali :D

AZWA said...

Syikin,

Tahniah! Seronok ek akhirnya dapat segulung skrol Master tu...impian Azwa nie agaknya bila ler nak tercapai buat master hehehehe...

ummibatrisya said...

salam,

tahniah syikin. bila nak tunjuk kat ummi gambar konvo. mesti lawa. :)

bie said...

akak...tahniah a million..

huhuhu bie pun sebak bc cerita akak nie...bie boleh gmbrkan betape sebaknya perasaan akak masa tu kan...

tahun nie bie dh tk boleh join convo lg..sbb dh pindah Univ....klu tidak boleh gak menyibuk kat situ...

rindunya suasana convo di UIA...kat tempat br bie tak meriah sgt...

ok...take care ye kak...

13may said...

Tahniah KakLong :)

RaFFLeSiA MeRaH said...

tahniah kak long, walau camane keadaan pun, smgt belajar tu penting kan...rasa cam diri ni x amik peluang pun nak majukan diri, padahal badan tgh gagah perkasa lagi nihhh, huhuhuhu....

OndeOnde said...

syikin! sekalung tahniah di ucapkan!!!!!!!!!!!!! sorry lama tak jenguk but masa you sakit i ada jenguk cuma tak tinggal komen, air mata i turut mengalir dan berderau darah i!!!!

bukan senang nak belajar lagi dgn commitment to family and anak222 but you did it!!!!!!!!!!!!!!!!!!

you deserved it!!!

sekali lagi tahniah!!!!!! so lepas bersalin nanti kerja ke?

Kaklong said...

salam semua,

sori lmbt balas komen kalian :(.

Mamamia: terima kasih. Kaki? Alhamdulillah, lepas berurut dah ok nampaknya. :D

Alinlai: terima kasih. InsyaAllah, doakan ya. amin. sekrg ni kalau boleh nak sambung bljr heheh..

KV: terima kasih. Ha ah, mmg nostalgia :D

MummyRizq: terima kasih. download gambor? hehee..teringin gak, tp seganlah..jgnlah terpengaruh ngan citer saya kata gambor saya lawa tu. saja jer wat lawak tau..

Luna: Belajar jgn tak belajar. Akak doakan murah rezeki awak nak smbung belajr lagi. yg penting perasaan mahu tu..:D

Tee: terima kasih. Lama tak dgr khabar Tee...dah genap 9 bulan awak ya..saya doakan awak bersalin mudah :D.

Sitilina: terima kasih. Tak pe, kalau dtg rasa rajin nak belajar nanti, sambunglah ya :D

Azwa: Terima kasih. boleh tercapai! nanti ada peluang dan ruang masa serta famili support, belajarlah..belajar x mengira usiakan ? Yang penting hati tu bersedia nak belajar lagi :D

UmmiBatrisya: terima kasih ummi. saya ni x lawa orangnya, saja ckp gambar tu lawa hahaha..

Bie: terima kasih. Masa akak tu, tak meriah carey sangat, maklumlah hari pertama n sblh petang pula. akak mmg x p ke tpk konvo tu, keadaan x mengizinkan :D

13May : Terima kasih dik :D

RM: Terima kasih. Nak belajar lagi kena fizikal n mental betul2 bersedia utk belajar. kalau separuh hati, baik jangan dulu, nanti separuh jalan. rugi duit yg dilaburkan separuh jalan tu. Belajar x kira usia, insyaAllah, terbuka hati nak belajar lagi nanti, belajarlah ya.

Sis OO: terima kasih. betul, bab belajar dah ada family ni nak kena kuat semangat dan full support drp famili members. InsyaAllah, nak kerja juga :D.

cikdinz said...

tahniah kak long. segala perngorbanan kak long amat lah besar ertinya...

Kaklong said...

Salam,

Cikdinz: terima kasih :D. Tak lupa juga pengorbanan ahli keluarga saya yg menyokong saya utk berjaya :D.